Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rendang Ayam 'Crispy' Nisa Bakri di Nicsmann Ramadan ini

Hello pembaca budiman,


Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan, bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh masyarat Islam seluruh dunia. Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tahun ini, restoran Nicsmann 1940s by Lewre telah menjalin kerjasama dengan Puan Sri Nisa Bakri dan Datuk Lewre Lew telah melancarkan Menu Khas Ramadan khusus untuk pengunjung-pengunjung berbuka puasa sepanjang Ramadan ini. 



Puan Sri Nisa Bakri, penulis buku I AM NOT A CHEF yang terkenal dengan usaha gigih tanpa lelah beliau menjelajah ke seluruh dunia dengan masakan ciptaannya telah mengambil langkah lagi unik dengan menambahkan inovasi 'rangup' terhadap makanan tradisi Melayu Rendang Ayam. 


Datuk Lewre dan Puan Sri Nisa 

Mendapat ilham dari kontroversi Rendang ayam 'crispy' yang hangat diperkatakan tidak lama dahulu, Rendang Ayam 'Crispy' hasil ciptaan Puan Sri Nisa ini boleh dinikmati oleh pengunjung-pengunjung Nicsmann sepanjang bulan Ramadan ini. Wow !! Rendang Ayam crispy? rangup? bagaimanakah? Menarik, kan .. kerana tidak pernah lagi dibuat orang.

Set Rendang Ayam 'Crispy' Nisa Bakri ini didatangkan khas dengan Nasi putih (Beras Basmathi), Acar dan Papadom berserta dengan hidangan sampingan Soto Ayam dan pemanis mulut Puding Sagu Klasik, hanya pada harga RM35 sahaja setiap set.

Selain set Rendang Ayam 'crispy', set Asam Pedas Ikan Tenggiri juga turut disediakan sebagai pilihan pengunjung.



Nak tau bagaimana rasanya dan apakah Rendang Ayam 'Crispy' Nisa Bakri? Misz-ella dah rasa tau .. memang best, sedap dan melekakan menjamu selera dengan Rendang Ayam 'Crispy' Nisa Bakri ini .. sedar-sedar habis nasi sepinggan *oh my diet .... *




So, pembaca kesayangan, jangan tunggu lagi .. mari kita ke Nicsmann dan berbuka puasa dengan Rendang Ayam 'Crispy' Nisa Bakri. Ianya sangat unik dan tersendiri, walau telah diinovasi secara kreatif oleh Puan Sri Nisa, rasa asli Rendang tetap tidak berubah. Hanya RM35 sepanjang Ramadan ini di Nicsman, cepat-cepat jom kita berbuka puasa di sana *Misz-ella pun nak pergi lagi, tau ..*

Buat dua orang kesayangan hati Misz-ella ini, Datuk Lewre dan Puan Sri Nisa, Congratulations! I am very happy with the collaboration and look forward for more from both of you *love*

Nicsmann 1940s by Lewre terletak di Lot G-034 & G-35, Ground Floor The Starling Mall, No. 6 Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor. Hubungi no. telefon 013-359 0443 untuk tempahan.






0 comments: