Hello pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ..
Jom kita sorot kembali Malam Anugerah Juara Lagu (AJL31) yang telah berlangsung pada hari Ahad, 22 Januari 2017 yang lalu.
AJL31 kekal sebagai program anugerah no.1
negara setelah meraih 6 Juta
orang penonton dan berjaya mendominasi separuh penonton di seluruh negara (51.2% market share) mengatasi pelbagai program menarik di stesen televisyen
lain yang juga bersiaran pada masa dan waktu yang sama.
Dalam bahasa yang lebih mudah, lebih separuh rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan umur menonton Anugerah Juara Lagu 31. Ye memang betul tu sebab ada kawan Misz-ella yang berbangsa Cina dan India sampaikan pada Misz-ella yang mereka nampak Misz-ella di kaca TV pada malam tu. Amboiii .. dah termasuk dalam TV pulak i ye .. harap-harap elok molek lah rupa kita *hehehe*
Dalam bahasa yang lebih mudah, lebih separuh rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan umur menonton Anugerah Juara Lagu 31. Ye memang betul tu sebab ada kawan Misz-ella yang berbangsa Cina dan India sampaikan pada Misz-ella yang mereka nampak Misz-ella di kaca TV pada malam tu. Amboiii .. dah termasuk dalam TV pulak i ye .. harap-harap elok molek lah rupa kita *hehehe*
AJL31 turut ditonton menerusi laman
portal video rasmi tonton (www.tonton.com.my)
di mana penonton disajikan dengan strim langsung berdefinisi tinggi. Seramai 150,000 penonton AJL31 telah menonton
secara strim langsung melalui ’aplikasi tonton’ dan laman Facebook rasmi tonton
(@tontonmy). Dengan jumlah angka itu, AJL31 telah ditonton di merata sumber
media sosial lebih 500,000 tontonan
(views) termasuk Facebook dan Youtube.
Statistik di arena ‘atas
talian’ (online) mencatatkan sebanyak
33.5 juta pengguna laman sosial telah
menggunakan #AJL31 bermula 1 Januari
hingga tamat program itu, malam Ahad, 22 Januari lalu. Dengan pencapaian itu, Anugerah
Juara Lagu telah trending nombor 1 bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia. Para pencinta Anugerah Juara Lagu 31
boleh melihat kesemua komen dan gambar yang dimuat naik dengan #AJL31 di laman
sosial Twitter, Instagram, dan Facebook. Wahhh hebatlah!! Dan Misz-ella pasti pembaca-pembaca blog Misz-ella pun pengikut setia Anugerah Juara Lagu, kan.
Dengan tema Cerita Dalam Lagu, kesemua penyanyi yang bertanding bersungguh-sungguh menyampaikan lagu mereka secara kreatif. AJL 31 turut ditonton secara LIVE di Golden Screen Cinema, Dataran Pahlawan, Melaka.
AJL 31 diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Puan Nurhul Huda Hj Khalid dan dibantu oleh Penerbit, saudara Zamzuri ‘Ayau’ Zaini di samping empat pengacara berpengalaman dan petah berbicara iaitu Fizi Hot FM, Fara Fauzana, Awal Ashaari, dan Sarimah Ibrahim.
Dengan tema Cerita Dalam Lagu, kesemua penyanyi yang bertanding bersungguh-sungguh menyampaikan lagu mereka secara kreatif. AJL 31 turut ditonton secara LIVE di Golden Screen Cinema, Dataran Pahlawan, Melaka.
Barisan pemenang-pemenang AJL31.
Keputusan penuh #AJL31
Persembahan Akim & The Majistret memang lain dari yang lain
Vokal Black dalam lagu Anugerah Terindah ini memang best
Well .. semua dah tau siapa pemenangnya, kan. Kalau tak ingat jom tengok kat bawah ni :-
Juara (RM50 ribu) - Lelaki Teragung ~ Dayang Nurfaizah
Naib Juara (RM35 ribu) - Terimaku Seadanya ~ Hafiz/Misha Omar
Tempat ke3 (RM20 ribu) - Sudahku Tahu ~ Projector Band
Vokal Terbaik (RM12 ribu) - Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik (RM12 ribu) - Khalifah
Persembahan Terbaik (RM12 ribu) - Khalifah
Lagu Lelaki Teragung memang sangat indah baik dari susunan muzik dan liriknya dan vokal Dayang memang terbaiklah. Memang layak Lelaki Teragung bergelar Juara Lagu, kan. Penonton di dewan siap bagi standing ovation.
Misha Omar dan Hafiz ~ Gandingan dua-dua penyanyi hebat dengan lagu Terimaku Seadanya.
Sudah ku Tahu dendangan Projector Band dapat tempat ke 3. Sejujurnya, Misz-ella suka lagu ni. Irama dia sangat dinamik ~ turun naik *hehehe* dan disampaikan dengan penuh perasaan oleh penyanyi nya.
Hang Pi Mana dendangan Khalifah ~ lagu favourite kami sekeluarga ni. Anak-anak buah kalau menyanyi lagu ni .. Amboiii meriah rumah. Menarik, kan bila Khalifah bawah kumpulan Dikir Barat ke atas pentas. Tak hairan lah kalau Khalifah menang Persembahan Terbaik. Meriah gila!
Gandingan Mawi dan Syamsul Yusof dalam lagu Kalah Dalam Menang sangat menarik. Penonton di Dewan terpaku dan beri tepukan gemuruh. Misz-ella ada sedikit terkilan kerana lagu ini tak menang. Mesej yang disampaikan dalam lagu ini sangat bermakna .. vokal Mawi sangat bagus dan 'rapping' oleh Syamsul sangat sempurna.
Persembahan Akim & The Majistret memang lain dari yang lain
Aiman Tino ~ Penyanyi paling muda. Penceritaan Aiman membuat penonton bagaikan sedang menonton sebuah drama pendek, besesuaian dengan lirik dan mesej lagu Ku Rela Dibenci.
Pada Misz-ella persembahan Hazama & The Penglipur Lara sangat manis dan comel. Tampil dengan gaya Ahli Silap Mata, terhibur kami semua dengan penyampaian lagu DiAmara n Mama oleh Hazama ini.
Awi Rafael dan Elizabeth Tan dengan lagu cinta Setia
Selamanya Cinta oleh Shila Hamzah dan Alif Satar
Suffian Suhaimi dengan lagu Terakhir
Selain dari persembahan mantap dari artis-artis yang bertanding, persembahan interlude sementara menunggu keputusan diumumkan pun tersangatlah hebat. Persembahan tribute kepada dua penulis lirik yang telah pergi meninggalkan kita ~ Allahyarham Juwie dan Loloq disampaikan oleh Ameng, Man Bai dan Ella. Hummmm .. lepas rindu Misz-ella pada lagu-lagu lama yang sangat puitis liriknya.
Lagu Sampai Hati dendangan Ameng ni adalah lagu favourite Misz-ella sejak dari dulu lagi. Teringat kenangan menyanyi lagu ni sorang-sorang dalam bas mini no. 25 masa dalam perjalanan balik dari kerja. Alahai .. nostalgia sungguh lah!
Man Bai dengan lagu Masih Aku Terasa. Dulu Man Bai nyanyi lagu ni dengan kumpulan Gersang. Misz-ella hafal lirik lagu ni tau .. sampai sekarang.
Ella dengan lagu Layar Impian dan Permata Pemotong Permata. Aduhai .. Ella never change ~ Tetap manis dan manja seperti dulu. Kalau you all nak tau, dua-dua lagu ni favourite Misz-ella jugak. Dulu I ada album ni tau .. selalu menyanyi dengan adik beradik dulu.
Hummm .. dah berakhir AJL 31. Sejujurnya setiap kali Anugerah Juara Lagu berakhir, pasti Misz-ella teruja nak tengok Anugerah Juara Lagu yang seterusnya sebab Anugerah Juara Lagu sangat dekat di hati Misz-ella. Dari umur I 13 tahun I dah ikut Anugerah Juara Lagu ni tau. Haishhh .. Kita tua bersama nampaknya ye.
AJL 31 berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan penaja-penaja AJL31, Honda, Samsung, dan CJ Wow Shop.
Honda memberikan satu pengalaman
unik kepada artis-artis AJL31 termasuk Man Bai dengan menyediakan pemandu yang
membawa mereka ke Pusat Dagangan Dunia Putra dengan menaiki Honda Civic
generasi ke-10. Samsung pula
memberikan peluang kepada penonton AJL31 di Dewan Merdeka untuk memenangi
sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A.
Selain itu, atas pilihan Samsung, selebriti turut dipilih sebagai pemenang dan
telah memenangi sebuah telefon pintar Samsung
Galaxy A Series 2017 serta pakej penginapan di St. Regis Langkawi selama tiga
hari dua malam. Manakala, CJ WOW
SHOP menyumbangkan penambahan hadiah baucar produk sebanyak RM10,000 kepada Juara Lagu 31.
Selain itu, Anugerah
Juara Lagu 31 ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada rakan-rakan
media AJL 31 iaitu Geng Radio Hot
FM dan Kool FM, serta media rasmi
Harian Metro, Berita Harian, dan ZIP. Tidak
ketinggalan juga geng digital tonton yang
membolehkan penonton menonton AJL 31 secara strim
langsung berdefinisi tinggi di www.tonton.com.my. Selain itu, Studio 8 juga mengulaskan AJL 31 dari
sudut berbeza melalui program ‘Dari
Bilik Sebelah’ dimana penonton menontonnya di www.youtube.com/user/TV3MALAYSIAOFFICIAL .
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga
laman sosial Facebook, Twitter, Instagram
dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.
0 comments:
Post a Comment