Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pelancaran 'Save Our Rainforest Race 2017' Dan Lagu Rasmi Peka Malaysia

Hello pembaca budiman .. 



Buat penggemar-penggemar entry fitness atau lebih tepat lagi bagi 'kaki-kaki yang suka berlari' ini ada berita baik untuk anda. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) kembali lagi dengan larian Save Our Rainforest Race (SORR 2017) buat kali ke lima berturut-turut.

SORR 2017 ke lima akan diadakan di Pulau Pinang melibatkan beberapa lokasi menarik seperti Taman Negara Pulau Pinang, Taman Rimba Pulau Pinang dan kawasan-kawasan penempatan.


Presiden PEKA Malaysia, Y Bhg Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dan Kartunis Abdul Aziz  di Majlis Pelancaran SORR 2017 bertempat di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.


Presiden PEKA Malaysia, Y Bhg Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil dalam ucapan beliau semasa upacara pelancaran SORR 2017 mengatakan bahawa SORR 2017 akan melibatkan laluan sejauh 14.5km yang akan bermula dan berakhir di Sekolah Menengah Teluk Bahang, Pulau Pinang. Larian berunsur interaktif ini bukanlah larian biasa kerana peserta bukan sahaja berpeluang untuk berlari bertemankan keindahan alam hijau Taman Negara Pulau Pinang dan Taman Rimba Pulau Pinang malah turut berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang bakal menguji minda peserta di check point yang disediakan. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang kepentingan hutan Hujan Tropika di negara ini.

Well .. Misz-ella dah saksikan sendiri bagaimana SORR 2016 dijalankan pada tahun lepas di Hutan Lipur Sg. Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Memang seronok. Hampir semua peserta yang Misz-ella temubual bagi maklumbalas yang sangat positif. Nak tau bagaimana seronoknya SORR 2016? Sila rujuk entry INI.



Puan Sri Shariffa Sabrina turut mengatakan bahawa SORR 2017  lebih istimewa dari SORR terdahulu kerana ia bukan sahaja melibatkan kawasan hutan malah peserta berpeluang berlari di pesisiran pantai dan kawasan santuari penyu.

Hummm .. I have participated in many races before dan sangat teruja dengan SORR 2017. Bayangkan berlari di dalam Taman Negara Pulau Pinang dan Taman Rimba Pulau Pinang bertemankan pokok-pokok dan dedaun berusia ribuan tahun sambil bayu lembut menyapa tubuh dan selepas tu berlari di pesisiran pantai sambil diberi pendedahan tentang satu lagi khazanah dunia yang sangat berharga iaitu penyu. 

Penyu yang dikategorikan sebagai haiwan purba dan dipercayai hidup sejak dari zaman dinosaur lagi adalah reptilia yang semakin pupus gara-gara pencemaran alam, air terutamanya dan PEKA telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa perlunya kita menjaga kepentingan alam sekitar agar penyu bisa hidup dan tidak pupus melalui SORR 2017.



PEKA turut melancarkan lagu dan video klip rasmi PEKA Malaysia bertajuk Khazanah Alam yang dicipta oleh penyanyi Bob AF. Memandangkan Bob tidak dapat bersama di Majlis tersebut, pelajar-pelajar dari Sekolah Cempaka telah mendendangkan lagu tersebut bagi pihak Bob. Puan Sri Shariffa Sabrina berharap agar penerbit-penerbit radio dan rangkaian televisyen utama turut menyokong usaha PEKA dalam menghargai khazanah alam dengan menyiarkan video klip dan lagu Khazanah Alam ini supaya dapat meningkatkan lebih kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya kita menjaga alam sekitar.



Berbalik kepada SORR 2017, peserta akan dibahagikan kepada satu kumpulan seramai 2 orang dimana setiap kumpulan akan berlari bersama dan berhenti di check point tertentu untuk menyiapkan task yang diberikan. Kalau SORR 2016 ada puzzle games, ada kuiz, kita tanam pokok dan ada aktiviti anyam menganyam, SORR 2017 apa pulak lah agaknya ye? Ehhh teruja pulak Misz-ella nak bawak my running group ke Pulau Pinang bulan Mac nanti. 

Jom geng kita gegar Pulau Mutiara. Kalau sebelum ni Pulau Pinang terkenal dengan makanan sedap tak terkata seperti Nasi Kandar Line Clear dan Sila Beratoq, Pasembor Pulau Mutiara, Roti Canai Transfer Road, Cendol Teochew, Jeruk Pak Ali, Coconut shake Padang Kota Lama and my favourite Bukit Bendera's Chic peas, apa kita kita teroka alam semulajadi Pulau Pinang pulak yang jarang diperkatakan oleh orang ramai gara-gara kemasyuran makanan sedap Pulau Pinang, kan. Jom kita enjoy Pulau Pinang dengan cara yang lebih sihat instead of just enjoy Penang's food. Misz-ella dengar Teluk Bahang tu sangat cantik. Can't wait to experience it by myself! 

14.5km lari-jalan-berhenti di check point main game-lari-jalan-berhenti selfie we-fie sebab hutan cantik sangattt ..*rugi lah tak rakamkan kenangan, kan*ohh tak sabar!!

Yuran pendaftaran adalah RM80/seorang sahaja *RM160/kumpulan*. Peserta akan dapat Tshirt dan goodies lain. Sarapan pagi dan makan tengahari turut disediakan. So dah sedia nak daftar? Sila daftarkan diri secara online di website PEKA Malaysia di www.pekamalaysia.org atau kalau tak pandai daftar online, jangan susah hati ~ hubungi Saudara Izwan di no tel 017-9321899 atau Azrizal di 011-2249782 dan Norhayati di 016-6084510.

Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan melalui email di pekaSORR@gmail.com atau tel 03-55240316. Cepat-cepat jangan lambat sebab tempat adalah terhad kepada 1,000 peserta sahaja.


0 comments: