Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Aerodance Night @ Rockafella Saujana Utama

Hai lovely readers ..

Kalau Selasa malam Misz-ella ber 'piloxing' setiap hari Jumaat malam Misz-ella akan ber 'aerodance' and Yes .. this entry is about another chapter of my exercise diary.

I have been sharing my exercise routine for seven years. Tujuh tahun Misz-ella mencatatkan perjalanan suka duka kehidupan di Blog Dari Jari-Jari Halusku ini termasuklah kisah-kisah Misz-ella bersenam, melompat dan menari di Lantai Tari. Dari studio di Saujana Utama ke Meru ke Puncak Alam ke Shah Alam .. banyak studio Misz-ella sudah jejakkan kaki. I have seen people come and go. Hari ini bersenam, esok tidak lagi tetapi saya masih di Lantai Tari.

Bermula dari umur 20an sekarang Misz-ella sudah pertengahan 40an. Alhamdulillah saya masih konsisten. Masih suka dan cinta pada exercise nak pulak Aerodance.


As usual, Misz-ella suka datang awal supaya boleh bertenang dan tak terburu-buru. Malam ni Misz-ella bersenam dengan Jonlivia hotpants. Dah baca review Misz-ella tentang Jonlivia hotpants tu? Rugi you all tak baca tau sebab Misz-ella review seikhlas hati ~ Jonlivia sangat best!

Friday night class with Coach Lina

I must say .. Tahniah dan Syabas buat ibu-bu yang datang bersenam pada malam itu. Susah kan jadi perempuan, jadi ibu .. nak bersenam pun kena bawak anak. Hummm macam tu lah Misz-ella masa Aiman kecil dulu. Ke salon, ke studio, ke mana sahaja .. Misz-ella bawak dia. Buat seorang ibu, anak adalah segalanya dan beranak kecil bukan alasan untuk tidak bersenam. Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih!

Misz-ella sendiri travel 22km dari rumah untuk ke Rockafella Saujana Utama semata-mata kerana mahu bersenam. Misz-ella sendiri terpaksa susun jadual cantik-cantik supaya dapat mencuri masa untuk bersama mereka semua. Tak da alasan untuk tak bersenam, ok.

60 minutes Aerodance class with Coach Lina ~ From warm up to Hi-Lo and stretching in between and then the tempo went fast and our heart pumped .. pumped and pumped .. from toe touch, heel touch, V, V-X, box step, leg curl, knee, lompat bintang .. Perghhhh .. we killed those unwanted fats away with her help. 

Pilihan lagu sangat best, step aerodance created by Coach Lina is fun, easy and fit all level of fitness and her communication is good. Coach Lina tak banyak cakap masa mengajar tapi dia suka senyum. 


Exercise improved blood circulation .. merah muka selepas bersenam. Calories burning progressing well *I LIKE* and I look forward for more session with her.

Ladies in Pink tapi kami berdua tak cukup tinggi untuk digelar Pink Panther ye *hehehe*

All in .. all in .. we had fun during our 60 minutes Aerodance session with Coach Lina. I love you my exercise buddies. Let exercise together more  ... kita fit dan sihat sama-sama ye. Ibu dan isteri yang sihat .. anak dan suami suka, In Sha Allah keluarga bahagia. Bersenam bukan sahaja kerana kita sayangkan diri kita tetapi juga kerana kita mahu jadi yang terbaik dan memberi yang terbaik untuk kesayangan kita. 

So siapa-siapa yang belum jadikan senaman sebagai gaya hidup, mari mulakan hari ini. Beli kasut sukan yang sesuai *yang murah-murah pun tak apa untuk permulaan* dan mulalah bersenam. Samada berjogging di kawasan rumah, menggunakan CD aerobik *macam i dulu-dulu lah .. hehe*, menjadi ahli di Gym atau buat warga Saujana Utama, SBCR dan kawasan sekitarnya .. mari sertai kami di Rockafella Gym & Exercise Studio *atas Circle K* 

Nak angkat besi boleh, mahu ke Lantai Tari macam kami pun boleh. Hampir setiap hari ada kelas, tau .. dari jam 9-10 malam. Walk-In rate hanya RM10 sahaja. Apa lagi .. jom senam!





0 comments: