Hello readers ..
Menginjak ke tahun 2017, Misz-ella tetap meneruskan Gaya hidup sihat ~ bukan sahaja dengan bersenam minimum 3 kali seminggu malah dengan mengamalkan pemakanan sihat lagi berkhasiat. Almaklumlah .. kalau kita tak sayang diri sendiri, siapa nak sayang diri kita, betul tak? Salah satu cara tunjuk kasih sayang pada diri ialah .. Jaga perut! Hehehe.
Misz-ella baru-baru ini telah mengamalkan Diet protein dan diet tiada gula dalam amalan harian Misz-ella. Umur pun dah makin meningkat .. kalau tak sekarang, bila lagi, kan. Ini ialah Daging Goreng Kunyit berserta dengan sayur-sayuran. Daging digoreng kering dengan setengah sudu minyak sahaja. Gaul daging dengan garam dan kunyit, potong cili api dan bawang dan masukkan sedikit air asam jawa. Gula Misz-ella tak letak ye. Lepas tu goreng sayur kubis, baby carrot, salad hiris dan baby tomato. Mari kita berjemaah di atas pinggan yang sama. Misz-ella tak makan nasi. Sepiring 120gm Daging Goreng Kunyit ini Misz-ella yang punya. Dan seperti biasalah .. dessert adalah sebiji Oren dan sebiji Kiwi. Alhamdulillah kenyang.
Grilled Chicken with Soft Tofu. Yang ni pun sangat senang. Perap kepingan ayam dengan Steak spice dan serbuk Paprika *kalau tak ada boleh guna serbuk cili* selama 5 minit. Panaskan setengah sudu minyak masak, masukkan ayam .. balik-balikkan sambil cucuk tengah dia. Curah sesudu dua Apple Cider Vinegar untuk tambah rasa. Masa masak tu you all tutup kuali ye supaya ayam lebih cepat lembut. 10 minit siap. Dalam kuali berasingan, goreng bawang bersama cili padi menggunakan setengah sudu minyak sahaja, masukkan soft tofu yang telah dipotong kecil dan hancurkan. Makan bersama Grill Chicken ni. Ya Allah sedapnya la hai. Rasa nak sekeping lagi. Hehe.
Daging Black Pepper dengan sayur-sayuran. Misz-ella ada satu masalah sikit .. Masa nak masak baru jenguk peti ais apa ada dalam peti ais so apa yang ada sahaja lah. Maka terjadi lah resepi Daging Black Pepper bersama terung dan tomato ni.
Grill Black Pepper Chicken with Spicy Stir Fried Mix Vege ~ Perap ayam dengan paprika sahaja selama 5 minit. Panaskan setengah sudu minyak dan goreng ayam tu. Seperti biasa curahkan Apple Cider Vinegar supaya masakan lebih sedap. Jangan lupa tutup ye supaya wap tak lari dan ayam lebih 'juicy' .. masa nak angkat curahkan sedikit serbuk Black Pepper *Misz-ella guna black pepper McD!* Hehehe. Lepas tu dalam kuali lain panaskan setengah sudu minyak tumis bawang dan masukkan terung. Terung dah masak masukkan timun dan baby tomato yang dipotong kecil. Kacau dan curahkan serbuk cili *Misz-ella gunakan serbuk cili Dominos .. hehe* lepas tu terus tutup api. Makan dengan Grill chicken tu. Sooooo yummy!
Mudah, murah dan cepat resepi diet Misz-ella ni. Tiada gula. Tiada carbo. Mudah-mudahan lebih sihat. Amin.
OK I'm done my sharing session with you, readers. Selamat mencuba ye. Terima kasih baca. Bye.
1 comments:
sedapnyer...
Post a Comment