Hello pembaca-pembaca budiman ..
Kali ini marilah kita cerita tentang Cinta dan Jodoh. Paling indah dalam hidup kita kalau berpeluang dicintai dan mencintai. Mencintai seseorang buat kita rasa bahagia, buat kita rasa mahu menjaga yang dicintai dengan sebaiknya dan mahu beri yang terbaik kepada yang dicinta. Begitu jugak bila kita dicintai .. dia sentiasa teringatkan kita, sentiasa mahu bersama kita. Sesungguhnya, Cinta adalah anugerah paling indah Allah SWT kepada kita .. rasa yang sangat istimewa khusus buat yang terpilih sahaja.
Sayangnya, realitinya bukan semua pasangan bercinta itu akan ke gerbang bahagia kerana adakalanya cinta memerlukan pengorbanan terutamanya di dalam Cinta Tiga Segi.
Tetapi pengorbanan sebesar manakah yang cinta
perlukan? Zul Ariffin, Fathia Latiff, dan Afiq Muiz akan menjawab persoalan-persoalan itu dalam drama
terbaharu mereka, ‘Menanti Febuari’.
Menanti Febuari diterbitkan
oleh Sha’s Media Sdn Bhd di bawah
arahan saudara Ayie Mustafa. Drama 15 episod ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat lain seperti Juedian Omar, adik Kirana
Batrisyia, Dato’ Rahim Razali, Wan Nur Azlin, Nurman Salleh, dan Helvera Susanti.
Menurut pengarah Menanti Febuari, saudara Ayie Mustafa, “Istimewanya drama
Menanti Febuari ini adalah gabungan pelakon-pelakon yang mantap. Mereka telah
memberikan kerjasama yang amat baik. Terutamanya apabila ketiga-tiga pelakon
utama, Zul Arffin, Fatiya latif, dan Afiq Muiz dapat mewujudkan keakraban yang
diperlukan seperti dalam naskah drama ini. Selain itu, kru produksi juga telah
memberikan kerjasama yang baik sehingga kami dapat mengakhiri penggambaran
drama ini mengikut jadual. Justeru, dengan usaha yang telah kami lakukan,
saya bagi pihak seluruh produksi Menanti Febuari berserah pada rezeki
Allah dan para penonton dalam menilai drama ini.”
Menanti Febuari mengisahkan cinta tiga segi tiga sahabat, Arie (Zul Ariffin), Fiza (Fathia Latiff), dan Edi (Afiq Muiz). Rakan sekelas semasa di kolej, mereka bertiga tidak pernah berenggang walau
kemana pun, akan tetap bersama. Arie dan Edi merupakan anak usahawan terkenal
tanah air, manakala Fiza pula hidup sederhana setelah kematian kedua ibu
bapanya.
Dalam bersahabat, terdetik perasaan cinta antara
mereka secara diam. Arie dan Edi menyukai Fiza, tetapi nasib lebih menyebelahi Arie kerana
Fiza turut menyukainya.
Setelah setahun mereka menamatkan pengajian, Arie membantu ayahnya menguruskan syarikat usaha sama carigali
minyak di beberapa buah negara yang berpotensi. Edi membuka syarikat
pembangunan sistem komputernya sendiri, dan Fiza berkerja di sebuah syarikat swasta.
Walaupun mereka sudah mula mengorak langkah kehidupan mereka tersendiri,
hubungan Arie dan Fiza semakin utuh. Akhirnya, Arie dan Fiza
disatukan menjadi suami isteri di bulan Febuari, dan Edi hanya mampu mengukir senyuman
dan menguburkan perasaan cintanya terhadap Fiza.
Di awal perkahwinan, hubungan mereka amat
baik tetapi lama kelamaan Arie mula taksub dengan pekerjaannya serta mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai suami malah menangguhkan bulan madunya bersama Fiza.
Pada Arie, hati Fiza mampu dipujuknya manakala pelabur syarikatnya akan memberi
impak yang lebih besar pada masa hadapan mereka. Ini sangat melukakan hati Fiza, tetapi dia hanya berdiam diri dan memendamkan perasaan kecewa itu.
Selepas beberapa bulan, Fiza disahkan mengandung. Arie mula memberi perhatian penuh kepada Fiza, menatangnya bagai minyak yang penuh dan belajar membahagikan masa untuk pekerjaan dan
keluarganya. Fiza mula merasa amat bahagia dengan kehadiran seorang suami
yang amat mengasihinya.
Kehidupan rumahtangga mereka bagai direstui Tuhan .. bertambah bahagia dengan kehadiran puteri sulung mereka Intan dan telah menjangkau usia ke tujuh tahun.
Sayangnya, kebahagiaan itu hanyalah sementara bila
Arie kembali ke sikap lamanya iaitu taksub pada pekerjaannya dan mengabaikan
keluarga. Sekali lagi hati Fiza terluka tetapi beliau tetap bersabar dan sentiasa berdoa agar diberi
kekuatan oleh Tuhan dalam menghadapi badai tersebut. Kehibaan Fiza bertambah buruk apabila Arie didapati mengalami
kemalangan ketika beriadah bersama pelabur syarikatnya dan hilang di tengah
lautan.
Semenjak kejadian itu, Fiza sentiasa berdoa agar suaminya dikembalikan
kepangkuannya sebelum terbitnya bulan Febuari.
Dapatkah Fiza menemui kebahagiaannya semula? Adakah
Fiza akan dipertemukan kembali dengan suaminya .. atau mungkinkah hati Fiza bakal
terisi kembali dengan kehadiran Edi yang telah lama mengharapkannya?
Suspen, kan. So kalau nak tau kesudahan drama bersiri yang penuh trajis ini, jangan lupa tonton Menanti Febuari setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda bermula
3 April 2017.
Untuk maklumat
lanjut, jom kita sama-sama layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga
laman sosial Facebook, Twitter, Instagram
dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.
1 comments:
I have to agree with the above comment... you write very informative posts. Your blog has everything I like: discovery of something new
accurate and research-based information, and thorough and careful explanations.
I found your blog just a few days ago so I have a lot of reading to do!
Natural Jade Roller
anti-ageing rollers
Post a Comment