Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Save Our Rainforest Race 2017 di Pulau Pinang Anjuran PEKA Malaysia

Hello pembaca-pembaca budiman,




Bulan Mac berakhir dengan sangat manis apabila Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dibawah naungan Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil sekali lagi berjaya menganjurkan Save Our Rainforest Race 2017 (SORR 2017) buat kali ke 7, kali ini nun jauh di Utara Semenanjung iaitu di Pulau Pinang. 





Awal pagi 25 Mac 2017, kami sudah berada di Sek Keb Teluk Bahang, Pulau Pinang untuk bersama-sama menyertai SORR 2017. Keterujaan untuk menyertai SORR 2017 bermula selepas Misz-ella menghadiri PC SORR 2017 *rujuk entry ini  ini. My running group compulsory activity is running together every month but we never try any Trail Run. The idea of joining SORR 2017 were well accepted by them even that means we have to sacrifice our time leaving our family travelling to the North Terima Kasih kawan-kawan kerana sentiasa bersatu dan menyokong sesama kita. I'm touched.


I kept on reminding them that SORR 2017 has a different mission compared to other run that we participated earlier. We are going to complete the 14.8km Race with a mission and to show our love to the world ~ SORR 2017 is designed by PEKA to create the awareness on the importance of preserving our mother nature.


A pic with PEKA President, Puan Sri Shariffa Sabrina upon her arrival

Senyuman paling ikhlas untuk bumi walau kami semua masih kepenatan gara-gara baru tiba dari Kuala Lumpur sehari sebelumnya. Bak kata rakan-rakan sekumpulan Misz-ella, bila tengok kesungguhan, ketekunan serta keikhlasan Puan Sri berbakti kepada bumi tercinta ini, makin bersemangat kami nak lari .. but then they were reminded by Puan Sri that this is not the normal race where we run at comfort flat land. The trail are tough and slippery (it was raining on the earlier night) .. dont run and be careful, enjoy and respect the nature.


Ucapan penuh semangat dan emosi oleh Puan Sri Shariffa Sabrina .. Antara bait-bait ayat yang paling kami ingat ~ Pulau Pinang tempat kelahiran saya. Saya sayang negeri ini. Save Our Rainforest. Love and respect our mother nature .. Itu lah kata-kata azimat yang menjadi pegangan mereka semasa berlari.


Puan Sri Shariffa Sabrina bersama barisan pemimpin PEKA Pulau Pinang



SORR 2017 disertai oleh hampir 1,000 orang peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar Universiti dan IPTA serta kakitangan badan-badan swasta dan korporat yang turut sama mahu berbakti kepada bumi di negeri Pulau Pinang ini.



The flagged off were done by Puan Sri Shariffa Sabrina and other SORR VIPS at 8:30am

Dan larian pun bermula


Berlari beramai-ramai secara berpasukan (1 pasukan 2 orang) semestinya memberi pengalaman yang berbeza. Unlike any other run that we participated before, SORR 2017 taught us about love .. not only loving and care the nature but loving your partner too. Together in a team, we will be stronger and together we care our mother nature ~ That is SORR's mission.


Meanwhile, the official launching of SORR 2017 were officiated by PEKA's leader and SORR 2017 VIPS at Pantai Kerachut


Puan Sri Shariffa Sabrina and other SORR 2017 VIPS planting Merambong trees at Pantai Kerachut. Penang Island had two out of seven rare species of turtles that came here for nesting. The planting of Merambong tree or scaevola frutescens in Penang Island is important to create a good environment for the turtle to build their nest as this tree provides a suitable temperature for turtles to lay eggs. The planting of merambong trees were then followed by other SORR 2017 participants who cared for the nature and love the turtles.



On the other side,  the participants arrived at Check Point 1 and completed the Task


Ramai peserta suka Cabaran di CP1 kerana ianya memerlukan peserta berfikir .. betul-betul mengasah minda peserta kerana kebanyakan perkataan ini jarang digunakan dalam urusan harian. Menarik!



At Check Point 2 participants were required to Grab the Glove

Continue hiked

Hutan sangat cantik. Sambil hiked, sambil menghayati keindahan hijau bumi ciptaan Tuhan sambil menghirup udara segar tanpa pencemaran dan sambil-sambil itu, marilah kita lakarkan memori indah ini bersama buat kenangan hari tua kita. Jom kita posing!

The sweetest team - Nurul Aini and Della .. semua orang tegur .. Amboi lawanya bunga kat kepala

Opssss we found a river .. lets wefie!

At Check Point 3, participants were challenged with a Fear Factor Task. Ohhh gerunnya ..


Pasangan Nad dan Aliah. Saya menjerit sekuat hati Kak Ell .. I was so nervous when I touched it  .. rupa-rupanya ...*hehehe* Cabaran seterusnya ialah menamakan 

Continue running to Check Point 4

Stop to refill water at the Water station before proceed with the Task

Dont forget to look up and breathe ~ The weather was so clear .. green .. white cloud and blue sky .. cantik!

Di Check Point 4 ini lah terletaknya Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu dimana di sini peserta berpeluang untuk mempelajari tentang penyu dengan lebih dekat lagi. Penyu yang dikategorikan sebagai haiwan purba, semakin pupus gara-gara pencemaran alam yang rakus dan tiada belas kasihan kepada mereka. Atas tujuan untuk melindungi penyu tersebut, PEKA melalui  SORR 2017 telah mengambil langkah untuk mendidik peserta SORR 2017 tentang betapa pentingnya kita memelihara pantai dan bersama-sama menanam pokok merambong agar penyu bisa hidup dan terus bernafas di bumi Tuhan ini.



Dah bersedia untuk tanam pokok?

Pasangan Roszaida dan Angah .. serasi bersama di mana sahaja dan PEKA mendekatkan lagi silaturrahim sesama mereka melalui SORR 2017. 

Selamat sudah pasangan Ain dan Ekin menanam pokok merambong ~ Moga menjadi tempat teduhan sang penyu pokok yang kita tanam ini nanti. Terima Kasih PEKA kerana memberi peluang kepada kami berbakti kepada penyu dan bumi. Kalau tak kerana SORR 2017, mana mungkin kami berpeluang melakukan kerja-kerja murni seperti ini ..

Dan keterujaan sangat melampau bila melihat Pantai Kerachut yang sangat cantik, tenang dan bersih .. maka berposinglah mereka sekali lagi


Cantik, kan ..





Di Check Point 5, peserta dikehendaki List down scientific name of tree. Participants love it! Menarik sangat sebab kita dapat tau nama-nama pokok .. satu peluang yang jarang kita dapat, kan.



Di Check Point 6, peserta harus selesaikan Jigsaw puzzle .. tak susah buat pasangan Azie dan Mieza .. Sekejap je dah siap, kan


Completed !! Yay!! Mari teruskan perjalanan ke garisan penamat. 






Antara pasukan terawal yang menamatkan larian dan menduduki tangga teratas. Tahniah dan Syabas kerana berjaya menamatkan SORR 2017 dalam masa tak sampai 3 jam.


Kalau dah biasa berlari, mesti kita tau bahawa dalam usaha menamatkan larian, antara detik paling dramatik adalah beberapa kilometer terakhir dimana masa ini otot serta tisu badan kita mula bertindakbalas dengan keadaan semasa antaranya suhu badan meningkat dan tisu badan kita sedikit mengembang dan bermacam lagi yang mungkin akan menyebabkan kekejangan otot, melecet dan sebagainya. Peserta SORR 2017 diberi bantuan segera oleh Paramedik. 



Ketibaan Aliah dan Nad di garisan penamat. Gandingan mereka berdua sangat menarik kerana personaliti mereka yang berbeza. Aliah adalah antara pelari Half Marathon (21km) yang pantas dan berstamina tinggi. SORR 2017 mendidik mereka tentang kasih sayang, tolak ansur dan toleransi kerana dalam menamatkan Misi SORR 2017, Aliah harus memperlahankan dirinya agar seimbang dengan Nad. Can you see how SORR 2017 give impact in human's life?


Pasangan ayah dan anak ~ Shah dan Haikal dari Sungai Buloh berlari ke garisan penamat.


Haikal baru berusia 13 tahun .. Suka dia kerana pertama kali masuk hutan dan dapat menimba pengalaman berbeza. Haikal mengalami masalah kejang otot beberapa kali tapi berkat semangat yang kuat dan dorongan dari si Ayah, Haikal berjaya habiskan Misi SORR 2017 dengan jaya nya dan berimpian .. Mahu sertai SORR seterusnya nanti.


Pada Misz-ella, ini saat paling dramatik .. saat melihat ketibaan Angah dan Roszaida di garisan penamat. Misz-ella kenal sangat dengan Angah dan Roszaida. Angah ada masalah kesihatan dimana hormon thyroid dia terlebih aktif menyebabkan degupan jantungnya sangat laju tapi semangat Angah kuat .. berganding pulak dengan Roszaida, Pensyarah dan Instruktor Aerobik KBS. Angah lebih laju berbanding rakan sepasukan yang lain .. Angah tak boleh nak perlahan .. bila jantung dah rehat, nak mula balik dada Angah rasa ketat sangat Angah gagahkan diri habiskan 14.8km ni jugak  *sobs .. terharu Misz-ella dengar* Ada dua perkara yang menyentuh perasaan Misz-ella di sini .. kegigihan dan kekuatan semangat Angah dalam menghabiskan Misi SORR 2017 dan tentang bagaimana SORR 2017 memberi kesan dalam perjalanan hidup seorang insan .. menyuntik semangat Angah untuk menjadi lebih kuat walau dalam keadaan yang sangat terbatas. Secara amnya, SORR 2017  bukan sahaja mendidik peserta agar lebih mencintai dan menghargai alam malah mencabar minda peserta agar terus gagah dan jangan mengalah sehingga ke akhir garisan. Syabas PEKA dan SORR 2017!


Sesetengah peserta meraikan kejayaan menghabiskan larian dengan menari di pam air yang disediakan .. Congratulations you made it!



Akhirkata, Tahniah PEKA kerana kejayaan SORR 2017. SORR 2017 bukan sahaja mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga khazanah alam malah mengeratkan hubungan sesama insan melalui konsep teamwork yang diguna di dalam SORR. SORR mendidik peserta tentang perlunya kita berganding bahu dan bekerjasama dalam melaksanakan Misi menjaga khazanah alam kurniaan Tuhan .. satu usaha yang harus dilakukan berterusan dan bersama-sama. 

Pada akhirnya, PEKA melalui SORR 2017 mendidik kita tentang cinta. Cinta kepada alam, cinta sesama manusia dan seterusnya mendidik kita agar menjaga dan mempertahankan cinta kepada alam anugerah Tuhan kepada manusia. Tahniah PEKA. We look forward for more SORR in the future. Sekian perkongsian tentang SORR 2017 untuk pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Terima Kasih baca.






0 comments: