Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Barbie Movie 2023 - segalanya pink di Barbie Land!

Hello lovely readers,


Filem Barbie 2023 telah mula ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh dunia bermula dari 21 Julai 2023 yang lalu.

Barbie, adalah anak patung cantik kesukaan anak-anak kecil. Melalui anak patung Barbie, pengasasnya Ruth Handler cuba mendidik anak-anak kecil bahawa mereka boleh menjadi apa sahaja yang mereka ingini dari tuan puteri hingga lah ke Presiden, ibarat menyediakan kanvas kosong untuk kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka. Mereka boleh melakonkan senario yang berbeza, mencipta cerita dan meneroka kreativiti mereka. Permainan anak patung Barbie membantu kanak-kanak mengembangkan imaginasi dan kreativiti mereka.

Terdapat 250 patung Barbie berinspirasikan wanita bekerja seperti astronaut, doktor, peguam, wartawan, ahli perniagaan, ahli bomba dan pelbagai lagi.


Filem Barbie membawa kita ke sebuah negara bergelar Barbie Land yang sangat indah. Segalanya pink! Semua Barbie mempunyai nama yang sama iaitu Barbie (Hi Barbie). Barbie adalah satu negara dimana semua wanita-wanita di dalamnya hidup dengan gembira (al-maklumlah patung kan takda perasaan), berdikari, punya keyakinan diri yang sangat tinggi dan berjaya dalam hidup (memang itu misi dan visi Barbie, untuk mendidik anak-anak bahawa wanita itu hebat dari kecil lagi).

Barbie mempunyai sahabat bernama Ken. Ken suka sangat pada Barbie tapi Barbie anggap Ken sebagai kawan sahaja.

Ada satu malam tu, ketika semua Barbie sedang berparti (ada lagu Dance The Night & Gilrl Just Wanna Have Fun), Barbie tiba-tiba berfikir tentang kematian. Esok pagi, Barbie bangun dari tidur dalam keadaan kakinya rata (kaki anak patung berjengkit sebab dipakaikan kasut tinggi) dan dia berselulit. Maka Barbie pergi berjumpa dengan Weird Barbie untuk dapatkan nasihat.


Weird Barbie sarankan Barbie pergi ke dunia nyata untuk mencari anak kecil yang bermain dengannya kerana apa yang berlaku kepada Barbie berpunca dari anak itu. Maka Barbie pun mengembara ke alam nyata, ditemani oleh kawannya Ken. 

Barbie adalah anak patung, dia taktau bagaimana dunia nyata tu. Minum air pun dia tak pandai sebab biasanya orang bagi dia minum tanpa air. Macam-macam kejadian berlaku sehingga berita anak patung Barbie yang hidup di alam khayalan anak-anak telah memasuki alam nyata sampai ke pengetahuan Mattel, syarikat pengeluar Barbie.




Filem Barbie 2023 memang best! Sarat dengan mesej-mesej berguna yang memperkasakan wanita. Mungkin filem ini agak berat untuk anak- anak kecil tapi untuk kita yang dewasa ni, sangat sesuai.

Barbie masih segar di pawagam. So you all jangan tunggu lagi, cepat-cepat book tiket dan ke pawagam untuk turut merasai fenomena Barbie. OK done sharing. Terima kasih baca. Bye.



2 comments:

mummy_ayu said...

mcm nak gi tgk jugaks....

Mama Zharfan said...

lps baca review miz ella, terus terasa nak tgk movie ni hehehhe