Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Temubual dengan Paco De Jaimes, Presiden World Fashion Week (WFW)


Hello pembaca budiman



Pada 8 hingga 10 September 2017 nanti, Kuala Lumpur akan dimeriahkan dengan pertunjukan World Fashion Week 2017 di mana Kuala Lumpur telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi World Fashion Week Asia 2017. 

Bertempat di Hotel Palace of Golden Horses, acara 3 hari ini akan disertai oleh peserta dari lebih dari 100 buah negara dengan pelbagai aktiviti menarik bertemakan fesyen seperti Majlis makan malam WFW, pertunjukan fesyen, preview fesyen, fashion talk dan sebagainya.


Paco bersama Misz-ella

Baru-baru ini, President World Fashion Week, Encik Paco De Jaimes telah berkunjung ke Kuala Lumpur dan Misz-ella.blogspot.com telah berpeluang untuk bertemu dan menemuramah beliau.

Dalam temubual eksklusif tersebut, Paco berkongsi pengalaman serta penglibatan beliau pada awal penubuhan World Fashion Week. Paco mula menceburi dunia fesyen ketika berusia 24 tahun apabila beliau memulakan Miami Fashion Week dengan hasrat untuk membantu golongan Latin Amerika menembusi pasaran Amerika. Hasrat beliau ialah untuk membantu golongan wanita, para ibu khasnya menjana pendapatan keluarga. Pada tahun tersebut (2003) jumlah pertunjukan fesyen bertaraf dunia sangat sedikit malahan boleh dibilang dengan jari.

Bermula secara bertatih, kecil-kecilan dan bersusah payah, Paco mula mengorak langkah besar pada tahun 2010 apabila beliau bekerjasama dengan Shanghai Fashion Week memulakan World Fashion Week pertama beliau yang disertai oleh hanya 5 buah negara.

Selepas itu, Paco tidak berpaling lagi dan pada tahun 2014, Paco berjaya memulakan World Fashion Week di kota Paris dengan penyertaan yang lebih besar iaitu 53 buah negara. Paco seorang yang sangat mementingkan isu-isu kemanusiaan dan telah memulakan langkah murni dengan menyumbang perolehan dari acara tersebut ke Afrika World Fashion Foundation bagi membantu memperkasakan wanita baik dari segi ekonomi mahupun kemahiran.



Pada tahun ini, kemuncak World Fashion Week 2017 akan diadakan di kota Paris pada bulan November nanti dengan disertai oleh peserta lebih dari 100 buah negara.


Paco, Maziah Mohamad, Sabrina Syed dan Badal

Bercakap tentang penyertaan sulung Malaysia di World Fashion Week 2017, Paco berkata pemilihan Puan Maziah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif GID (M) Sdn Bhd sebagai rakan kongsi dari Malaysia dibuat berdasarkan kepada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang industri bio-textile manakala pemilihan Puan Sri Sabrina Syed dipilih sebagai Duta World Fashion Week 2017 adalah kerana sumbangan tanpa lelah beliau dalam perjuangan melindungi khazanah alam semulajadi.

Presiden World Fashion Week 2017 ini juga berkata, Malaysia, sebagai sebuah negara Islam yang moden semestinya mempunyai ramai pereka-pereka muda berbakat yang boleh diketengahkan ke persada antarabangsa baik dalam bidang fesyen muslimah mahupun kontemporari.

Paco turut melahirkan hasrat agar World Fashion Week dapat berkembang dengan lebih maju di masa yang akan datang dan berharap agar impian beliau untuk melihat lebih ramai invididu mahupun syarikat melihat perniagaan/industri fesyen ini dari pelbagai sudut, bukanlah perniagaan semata-mata. 

Kita boleh memberi dan menyumbang kepada lebih ramai manusia yang memerlukan diluar sana melalui fesyen. Fikirkan kemanusiaan dan masukkan elemen-elemen tersebut didalam bidang kerja kita melalui progam-progam yang boleh kita laksanakan dibawah tanggungjawab social korporat. Seterusnya, Paco melahirkan hasrat besar beliau. Pembaca semua nak tau tak apa? Eksklusif ni .. Misz-ella seorang sahaja yang tau ..

UNTUK MEMBUKA WORLD FASHION UNIVERSITY satu hari nanti bagi membantu golongan berpendapatan rendah, wanita khususnya mendapat pengajian dalam bidang fesyen secara formal dan lebih berpatutan.

Menarik, kan misi serta visi Presiden World Fashion Week ini? So pembaca-pembaca budiman, World Fashion Week Asia Series akan menemui kita semua tidak lama lagi.

Mari kita sama-sama countdown ke hari tersebut. Kunjungi Hotel Palace of Golden Horses dari 8 hingga 10 September 2017 untuk tunjukkan sokongan kepada Malaysia dan mari kita alu-alukan kedatangan warga fesyen dari serata dunia bersama-sama. Ok Misz-ella dah habis berkongsi dengan pembaca semua. Terima kasih baca. Jumpa lagi di entry seterusnya, ye.



Jom raikan Mooncake Festival dengan mooncake keluaran Resorts World Genting

Hello pembaca budiman,


Tak lama lagi, masyarakat Cina di Malaysia akan meraikan Mid-Autumn Festivals (perayaan pertengahan Musim Luruh). Ini adalah antara perayaan yang popular dikalangan masyarat Cina di Malaysia  dimana kaum keluarga dan rakan-rakan akan berkumpul bersama-sama makan Mooncake dan minum Chinese Tea disaat bulan penuh dengan dihiasi tanglung berwarna-warni.

Senang cakaplah .. Its Mooncake Festivals!! Misz-ella tumpang seronok bila Mooncake festival tiba sebab .. dapat makan Mooncake ataupun kuih bulan!! Masa ni lah supplier akan hantar berkotak-kotak mooncake yang halal untuk Misz-ella enjoy dengan keluarga. I love mooncake and I am happy the mooncake festival is back!!


Bersempena dengan kedatangan Mooncake Festival, Resorts World Genting tak ketinggalan untuk meraikannya dengan menyediakan pelbagai pilihan mooncake dan tanglung-tanglung cantik.


Buat pengetahuan pembaca semua, masa Mooncake Festival ni lah semua pusat membeli belah, restoran dan gerai-gerai akan meriah dengan pelbagai resepi baru kuih tradisional masyarat Cina ni. Masing-masing akan tampil dengan resepi baru yang lebih kreatif bagi meraih perhatian pembeli. Misz-ella pun turut teruja sama masa mula-mula Mooncake durian keluar dulu *hehe*

Di Resorts World Genting, pelbagai pilihan mooncake menanti para tetamu. Bermula 19 Ogos sehingga 4 Oktober nanti, penggemar mooncake boleh membelinya di Garden Courtyard (Tingkat 1, pusat beli-belah SkyAvenue), antara pukul 12 tengah hari hingga 8 malam.
Kios khas menjual mooncake turut disediakan di Wisma Genting iaitu di OneHub (bersebelahan kaunter tiket Resort World Tours) dengan pelbagai pilihan yang pasti membuka selera kita. Pembelian boleh dilakukan dari 11 sehingga 29 September (kecuali pada hujung minggu dan cuti umum) dari pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Pelbagai perisa baru mooncake diperkenalkan oleh pihak Resorts World Genting untuk tahun ini. Antaranya adalah mooncake putih dengan pes beri biru, pes teh hijau dengan bijan hitam jingsa, pes jagung manis dengan satu telur kuning, pes jed pandan putih kastad susu mentega, pes buah naga bersama kelapa jingsa dan pes teratai berperisa teh pu er dengan jingsa oren mandarin kering. Wow .. macam-macam ada. Menarik, kan!
Tidak dilupakan juga beberapa jenis mooncake kegemaran ramai iaitu pes teratai putih kurang manis, pes teratai dengan satu kuning telur atau dua kuning telur, pes kacang merah, pes teratai teh hijau, pes jed emas dengan satu kuning telur, pes teratai durian, pes kacang “Ng Yan”, pes teratai putih dengan telur kuning bijan hitam serta pes pu er teratai bersama satu telur kuning.
Kuih bulan Dewa Kekayaan pula boleh didapati dua biji dalam satu paket. Lagi banyak kita beli lebih untung kerana setiap pembelian 50 kotak (satu kotak mengandungi empat biji) diskaun sebanyak 30% akan diberikan. Setiap pembelian empat biji mooncake pula, pengunjung akan diberi kotak perhiasan secara percuma. 
So, penggemar-penggemar mooncake, kalau nak dapatkan sekotak dua buat dijadikan buah tangan ataupun untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan semasa perayaan Mooncake Festival tahun ini, jangan lupa dapatkan nya dengan menghubungi +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com.



2 Ekor Ayam Panggang Ayamas RM31.80 sahaja di Hari Merdeka Ini!!

Hello pembaca budiman ..




Siapa suka makan Ayam? Saya! Siapa suka Ayam panggang Ayamas? Saya!! Wah .. wah .. wah  Misz-ella, sendiri tanya .. sendiri jawab ye. Tapi sejujurnya Misz-ella dan keluarga memang peminat Ayam panggang Ayamas terutamaya "Percik Roasters" .. Kalau makan, berebut-rebut sampai licin pinggan.


Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-60, Kedai Ayamas menjemput para pelanggan untuk menikmati ayam panggang Roasters pada harga yang luar biasa!


Promosi yang berlangsung “hanya satu hari sahaja” memberi peluang untuk pelanggan berjimat besar apabila mereka membeli dua ekor ayam panggang Roasters pada harga RM31.80 sahaja! Promosi ini hanya akan berlangsung pada Hari Kemerdekaan Malaysia "31/08", dimana ayam panggang Roasters dijual pada RM31.80 untuk dua ekor ayam (harga biasa RM23.50 satu ekor).

Pelanggan boleh memilih dari pelbagai ayam panggang yang tersedia iaitu Golden Roaster – diperap dengan madu untuk rasa Ayamas sebenar, Pepper Roaster – dicipta khas untuk penggemar lada hitam dan Percik Roaster – dengan citarasa santan dan serai beraroma. (Yeay !! "Percik Roaster" kegemaran Misz-ella sekeluarga pun ada)


Promosi eksklusif ini boleh didapati pada 31 Ogos 2017 sahaja, di semua kedai Kedai Ayamas (kecuali Ayamas Roaster Express GM Klang) sementara stok masih ada.

Jadi jangan lupa jom kita beramai-ramai ke Kedai Ayamas berdekatan dengan kita di hari Merdeka ini. Misz-ella pun dah bagitau budak-budak .. Merdeka ni kita makan Ayamas sebab ada promosi 2 ekor Ayam Panggang RM31.80 sahaja. Murah sangat tu weih .. lebih murah dari harga Ayam Panggang Dalam Mesin Pusing di Paya Jaras tu. So korang pun jom lah .. sama-sama kita menikmati ayam panggang Ayamas pada harga istimewa di hari merdeka ini. Berbaloi-baloi, lah!

Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, layari www.kedaiayamas.my atau log masuk ke Facebook Kedai Ayamas di sini.  

Pelancaran Anlene Heart-Plus™ bersama Dato' Sheila Majid


Hello pembaca-pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella berpeluang ke majlis pelancaran Anlene HEART-PLUS, produk susu tepung baru yang diformulasikan untuk membantu menjaga kesihatan jantung berikutan dari statistik tahap kesihatan rakyat Malaysia yang membimbangkan.




Majlis pelancaran yang diadakan di Nexus@Connextion, Bangsar, Kuala Lumpur turut dihadiri oleh duta Anlene® Dato’ Sheila Majid, Professor Dr. Chee Kok Han, Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya dan Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Fonterra Brands Malaysia.



Majlis pelancaran ini turut diselitkan dengan sessi perkongsian ilmiah dimana Sheila, Dr. Chee dan Puan Megawati berkongsi fakta serta tips amalan gaya hidup sihat untuk menjaga 3 Tinggi - kolesterol, tekanan darah dan tahap gula dengan Anlene HEART-PLUS™.




Menurut Dr. Chee, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap gula darah yang tinggi, yang dikenali sebagai 3 Tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, dan merupakan punca kematian lebih kurang 73% rakyat Malaysia. Penyumbang terbesar pada jumlah ini adalah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.






Dr. Chee berkata: “Hampir satu daripada dua rakyat Malaysia mempunyai kolesterol yang tinggi, hampir satu daripada tiga mengalami tekanan darah tinggi, satu daripada enam mengalami diabetes Jenis 2, dan hampir satu daripada empat pesakit jantung berumur kurang daripada 50 tahun.” 

“Golongan dewasa perlu lebih berwaspada dan menjaga 3 Tinggi ini dengan mengamakan gaya hidup sihat untuk kesihatan jantung yang lebih baik,” tambahnya lagi.



Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia dalam ucapan aluannya berkata, "Fonterra komited dalam menghasilkan produk tenusu yang bukan sahaja lazat tetapi meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Sejajar dengan misi ini, kami telah membawa Anlene® menjangkau lebih daripada aspek pemakanan untuk tulang"




"Bermula dari tahun lepas, kami telah menambah MoveMax™ ke dalam formulasi Anlene® untuk menjaga bukan sahaja tulang, tetapi membantu menjaga aspek pergerakan seperti sendi dan otot. Tahun ini, kami memperkenalkan Anlene HeartPlus™ yang merupakan gabungan MoveMax™ dan HeartMax™, bagi membantu menjaga kesihatan jantung disamping menyokong  pergerakan,” tambahnya lagi.


Gabungan nutrien HeartMax™ termasuklah Sterol Tumbuhan, Omega 3 (DHA & EPA), dan kalium, dengan kebaikan-kebaikan seperti berikut:

Sterol tumbuhan untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam darah

Kalium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
Asid lemak Omega 3 membantu mengurangkan trigliserida atau lemak dalam darah

Formulasi Anlene Heart Plus juga telah diuji dan mengandungi Indeks Glisemik yang rendah* yang mana ianya penting dalam membantu mengurus tahap gula dalam darah.

Bersetuju dengan nasihat Dr. Chee, Karen berkata walaupun cara pemakanan yang betul merupakan permulaan yang baik, golongan dewasa Malaysia juga perlu melakukan aktiviti fizikal secara kerap untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik.

“Oleh itu Anlene® memilih untuk bekerjasama dengan ratu jazz kesayangan Malaysia, Dato’ Sheila Majid, untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan jantung dan gaya hidup yang sihat,” kata Karen.



Sheila dalam sessi perkongsian beliau berkata: “Bukan mudah untuk kekal aktif selama 32 tahun berkecimpung dalam industri muzik ini dan pada masa yang sama perlu memberi perhatian kepada keluarga, terutamanya dua orang anak saya yang masih bersekolah. Anak-anak, keluarga serta rasa sayang pada diri sendiri adalah antara faktor utama saya ingin sentiasa sihat. Untuk terus melakukan apa yang saya inginkan, saya harus kekal aktif dan amalkan diet yang seimbang untuk kesihatan dan kesejahteraan diri saya.”




Sheila turut menggalakkan rakyat Malaysia, tua atau muda untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dan mula menjaga kesihatan jantung serta 3 Tinggi mereka. Lakukan senaman secara konsisten, amalkan diet seimbang dan minum dua gelas Anlene Heart-Plus setiap hari supaya kita dapat terus melakukan apa yang kita sukai” tambah Sheila lagi.

Dr. Chee bersetuju dengan pendekatan Sheila dan menasihatkan semua agar melakukan pemeriksaan jantung tahunan untuk menjaga tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah. Kekalkan berat badan yang sihat dengan menjaga indeks jisim badan (BMI) supaya berada di antara 18.5 dan 24.9 serta mengawal stres. Ini boleh dilakukan dengan amalan gaya hidup sihat yang betul iaitu melalui menjaga pemakanan dan bersenam dengan konsisten yang mana ianya juga dapat membantu menjaga 3 Tinggi kita!




Anlene Heart-Plus kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene Heart-Plus dan tips menjaga jantung yang sihat, layari Facebook Anlene Malaysia di www.facebook.com/AnleneMalaysia dan laman sesawang di www.anlene.com.my.




Misz-ella pun dah mula amalkan meminum  Anlene Heart-Plus™ ini 2 gelas sehari. Misz-ella peminat setia Sheila dari kecil lagi dan kagum dengan keupayaan beliau yang boleh menyanyi, menari selama lebih dari 2 jam tanpa henti. She is 50 but her energy .. fuhh .. Misz-ella yang lebih muda ni rasa malu nak sorok muka dalam baju *hehe* 

Pengajarannya, kita semua tak boleh mengelakkan penuaan kerana ia akan hadir secara semulajadi tanpa kita sedari tapi kita boleh mengawal penuaan dan kekal cergas dan sihat dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti Sheila ~ kawal stress, bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat termasuklah dengan mengambil Anlene Heart-Plus™. 


We can avoid that Lifestyle disease ~ kata Sheila. So pembaca budiman, semoga perkongsian Sheila ini menjadi inspirasi kepada kita semua agar sentiasa kekal sihat, aktif dan bertenaga walau meningkat usia. Jom kita amalkan gaya hidup sihat dan jangan tunggu lagi .. Mari dapatkan  Anlene Heart-Plushari ini.

Elvina Mohamad punya kuasa luar biasa dalam Jojie Gigil

Hello pembaca budiman dan peminat drama tempatan ...


Mulai dari hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6:58 petang, TV3 akan membawakan drama berkonsepkan Adiwira seperti X-men yang memaparkan watak-watak berkuasa luar biasa melalui drama bersiri berjudul Jojie Gigil.


Jojie Gigil mengisahkan seorang gadis bernama Jojie (Elvina Mohamad) yang merupakan anak perempuan kepada Kak Joyah (Raja Azura), seorang janda cantik dan popular dalam kalangan penduduk kawasan rumah mereka. Meskipun Kak Joyah digemari orang ramai, tetapi anaknya Jojie kerap dibuli oleh pelajar-pelajar lain di kolej kerana mempunyai cara pemakaian yang agak pelik.


Kak Joyah tidak peduli tentang persepsi orang lain terhadap Jojie dan dia menyayangi puterinya itu bagai menatang minyak yang penuh. Pada suatu hari, Jojie dan sahabat baiknya telah pergi berkelah di sebuah kawasan air terjun. Rupa-rupanya, buah hati Jojie iaitu Adam (Ben Amir) dah rakannya turut berkelah di tempat yang sama!

Adam cuba menyakat Jojie namun gurauannya itu bertukar menjadi tragedi apabila Jojie terjatuh ke dalam sungai dan dibawa pergi oleh arus yang deras. Kepala Jojie terhentak pada sebuah batu besar dan menyebabkannya tidak sedarkan diri.


Peristiwa hampir mati lemas itu telah menyebabkan Jojie menjadi lebih aneh. Kadang-kala, Jojie akan berkhayal dan menggigil secara tiba-tiba ketika melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya, Jojie dikurniakan kebolehan untuk melihat perkara yang akan berlaku.


Pada mulanya, ibu dan rakan-rakan Jojie sendiri tidak percaya tentang kelebihan yang dimiliki Jojie ini. Mereka sangkakan Jojie telah diganggu oleh makhluk halus. Akan tetapi, Jojie bersifat positif dan tidak menganggap kebolehan unik ini sebagai suatu beban, malahan dia ingin menggunakan ia untuk membantu orang lain mengelak daripada ditimpa kemalangan.

Mampukah Jojie menjadi ‘superhero’ kesayangan orang ramai? Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Jojie Gigil setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang menerusi slot Dahlia, hanya di TV3! Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.



Dr. Zyro Wong ~ Strategic Branding Workshop with Dr. Wong & Friends



I think one of the most interesting facts about  my life as a blogger is I got the opportunity to meet a lot of people from all walks of life.

I went to many events and met many new peoples. Some become friends while some become memories. Life is always beautiful, right. We live like a chain - stay close and connect to each other. Appreciate, enjoy and see how our life grows ..



Today sharing is about Dr. Zyro Wong - a young talented-man who I met during a birthday celebration of a friend.  It was a casual fun birthday celebration. We were enjoying BBQ together, sit by the pool side with my glass of Coke, talking and exchanging our cards before we have to say GoodBye to each other.



When I first met Zyro he was just like the boys next door ~ simple, humble, young, happy go lucky, cool, very 'boyish' with his hat and short pant .. Nothing much I know about him during that time. He was a friendly, easy going guy and we became a Facebook friend later.




I noticed, we have almost the same lifestyle. Dr. Zyro Wong went to the events and represent a lot of brands. Finally, I find out who my friend is ~ The 27 years old Dr Zyro Wong, is a Founder and CEO of the ZW Consultancy Sdn Bhd. Zyro (yah .. i called him Zyro) is a multi-talented young man with solid track record of performance in various areas. 



He is the founder and contributor for a number of successful business ventures such as the 8Dorm, Sense Plus and Webist Solutions Sdn Bhd. He was also nominated for the Top Outstanding Youth Malaysian award, thus serving as a true role model in the circle of young entrepreneurs.


Zyro Wong is a celebrated and experienced speaker in the area of Entrepreneurship, Personal Development and Learning. Substantiated by his Doctorate of Philosophy in Learning and Development from the University of Malaya, he has trained and educated a great diversity of people, ranging from professionals to business executives and high school students. His unique approaches in teaching, coupled with his exceptional life experiences, have made him an excellent teacher with many followers from all around the world. He is now a frequent visiting speaker in numerous local universities, where he coaches the young great minds of the future.   





To date, Zyro has been acknowledged in the international business arena with various awards for his entrepreneurship such as the Asia Honesty Enterprise Award, ASEAN Top 50 Award (China), Top Business Award 2016 (Singapore), Creative Young Entrepreneur Award 2016 and the Asia Top 100 Honesty Brand Award, to name a few.





Winning many awards to his name, he has also carved a niche for himself in the field of Business Consulting and Branding, in which his skills and knowledge are emblematic of excellence. His name is not foreign in the field and has also appeared on various publications as a reputable expert – from the acclaimed Top Corporate Leader magazine to Outstanding Youth Men’s Uno and even in beauty magazines such as the Ai Beauty. As a distinguished guru in his own rights, he has pioneered a great number of local and international marketing projects with significant market leaders and brands such as the Guinness Anchor Berhad, Village Grocer, Giant, Pokka, Morning Kiss, iCandy Studio and Juice D’Fruitz, amongst others. 




Zyro also made his way to being in the Advisory Boards of the SME Business Entrepreneurship, Yayasan Usahawan Malaysia and MyPreneurship, World Chinese Association and many others, where his mind is highly valued. 

Zyro is only 27th years old but he is so successful. I had an opportunity to talk to Zyro to find out the secret of his success. Zyro started his enterpreneurial journey with trials and tribulations. His baby step was not easy. He learned, he tried, he made mistakes and faced many challenges. Zyro identify his own weakness and strength and walk his journey with his determination and his positive mind. Being someone who is easy going, Zyro easily build connection and network with people from all walks of life. Zyro has an unquenchable drive to learn and once he started .. No Turning Back!!

Looking at today's highly competitive trends and challenges, it is definitely not easy for us to be visible in the market without a right strategy but Zyro made it! Zyro, is definitely a personality that we should look up to, especially for the youth!



Following his successful journey in branding, Zyro and a group of friends will be organising a highly interactive workshop called Strategic Branding. Specialised in his own field, Dr. Zyro Wong will be sharing his experienced and all the necessary knowledges/components that we need to know in order to success in the business world, either in personal or company branding.

The guest speaker for this exciting workshop is Amber Chia, Malaysia's Supermodel, International Artiste and Enterpreneur who will be covering another interesting topic ~ Controlling and developing your image.

This two elements are not complete without the right Social Media Game Plan. Strategic Branding Workshop will also bring three (3) entrepreneus of Award Winning Digital Marketing Agency ~ Bryan, Johnson and Chris to help the participants develop a creative marketing strategy in order to reach the right target audience.




This Strategic Branding workshop will take place on 19th August 2017 at Wisma R&D, University of Malaya from 9am to 5pm  (inclusive of tea and lunch). 

With only RM1800 (Early Bird price), a professional certification endorsed by the University of Malaya will be given to the participants upon completing the course. Interesting, right!

So readers, either you are a fresh graduates, entrepreneurs, social media influencer, school leavers, online business owner, beauty queen or you are a sales & marketing personnel, this is your opportunity to learn and listen from the experts who are recognized in their own field.

Remember, You are your greatest asset. Identify yourself, develop it and strategies it with the experts in this Workshop. As seats are running fast, call 019-2249663 now. Don't Miss It!




Mama Pergi Haji. Nasi Ayam Mama Ella


Alhamdulillah Mom, Sister, Brother In Law and another Sister got the opportunity to performed their Haj this year. Infact, they are already in Madinah when I wrote this entry.

My pretty mom

My darling Sister, KY


And I am back to Sungai Buloh. Back for goods, to take care of my sister kids. Dia orang pergi Haji, Misz-ella yang dapat peluang buat pahala ~ Jaga makan minum dan kebajikan budak-budak ni. Alhamdulillah. One of the day, I cooked Nasi Ayam for lunch. Dini, Amir and Puteri makan dengan berselera sekali. Habis satu periuk kita makan. Among all kind of food, Nasi Ayam is the easiest to cook. Nak resepi? Nanti lah Misz-ella share, OK.

Sheila Majid : The Concert Kuala Lumpur 2017


Hello lovely readers ..





Happy new week!! Weekend ended perfectly when I got the opportunity to watch Sheila Majid : The Concert Kuala Lumpur 2017 at Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Back to Stadium Negara, Sheila Majid : The Concert Kuala Lumpur 2017 was her forth concert held at the same stadium, last Saturday, 5th August 2017. The last time Sheila graced the stage Stadium Negara was back in year 1999 with Konsert Ku Mohon. Tickets were SOLD OUT! 4,000 people were seen at the Concert. Audience started to fill the stadium as early as 6:30pm.


Sheila started her performance with Pengemis Muda, the song which witnessed the emergence of Sheila in the music industry 32 years ago.

Hey .. Si Pengemis Muda. Apa rahsiamu. Apakah maksudmu itu
Tentu ada sesuatu. Apakah yang kau cari, dariku ..

Trust me that I still remember every bits of the lyrics as I grew up with Sheila's song. Dari suara Sheila di zaman anak dara lagi sehingga lah sekarang anak perempuan Sheila pulak dah anak dara, Misz-ella tetap peminat Sheila!

Continued with Embun, Di dalam Emosi Ini, Tua Sebelum Waktunya, Gerimis, Kepergian mu/Di Suatu Persimpangan, Ratu, Wanita, Ku Mohon, Jentayu, Gemilang and many more, Sheila control the stage perfectly ~ The audience were entertained .. danced and sang along with her.


Sheila also entertained the audience  with songs from her latest album : Boneka. Accompanied by Tophati Ario Hutomo, the most famous jazz guitarist in Indonesia who is also a songwriter for part of the songs in Boneka, Sheila delivered Kerinduan, Ku Nanti, Melukis Dunia, Haruskah Ku Pergi and Boneka.




Throughout her 2.5 hours Concert, Sheila appeared in three couture from her favourite designer, Michael Ong.

Sheila also presented a special tribute to the late Tan Sri P. Ramlee with Bila Larut Malam, Aduh Sayang and Jelingan Manja.


With 40 songs in more than 2.5 hours performance, Sheila ended the Concert with Sinaran, 'lagu wajib yang dinanti-nantikan peminatnya' ..



Thank you Anlene for the Media pass. Sheila Majid : The Concert Kuala Lumpur 2017 was a great concert! A night to remember .. the audience went back happily *includes me* Rasa sangat bertuah kerana berpeluang menyaksikan Sheila di konsert besar ini. Sheila sangat eksklusif .. entah bila lah beliau akan tampil di pentas besar ini sekali lagi, kan.









'Coolblog' is looking for Cool Blogs!!


Hello readers ..

This is a cool entry for my cool readers who owned a blog. 'Coolblog' is looking for Cool Blogs!! 


OK lets talk about one of Aiman's favourites dessert and beverages booth by the name of 'Coolblog'. 

'Coolblog' which was first launched in Singapore on 2005 is a well-known Malaysian brand that is growing internationally. 


Cendol

Teh Tarik

Specialising in desserts and beverages in a take-away kiosk concept, 'Coolblog' objective is to marry the taste of natural fruits into an ice blended thirst-quencher. With 25 flavours and 300 products range, 'Coolblog' quickly place it name in the heart of Malaysians. With 'Coolblog', we started to enjoy Cendol, ABC, Teh Tarik and Bandung in a cool way!!



If you are a blogger and a fan of 'Coolblog', this is your opportunity to share 'what you think is cool about 'Coolblog' with your blog readers and stand a chance to win great prizes !! Interesting, right!! Ok lets read more to find out the details ..

Who can enter?
All registered blogs within the country

How to enter?
Unleash your creativity and share your 'coolest' experience with 'Coolblog' products
Post it on your blog
AND ..


Other exciting facts about the contest ..
No limit to number of entries unless your post/blog has won the weekly contest. 
Winners will be selected at the end of every Sunday during the contest period

The prizes
Weekly winners will win Coolblog vouchers worth RM300 
Two best winners will be chosen for Grand Prizes - OPPO R9s worth RM1,800 each *Best winners will be announce on 25th September 2015*

Easy, right!! So bloggers, lets do it!! This contest will end on 24th September 2017. Post as many entries as you can till you receive your winning notification. Selagi tak menang selagi tu you post .. post and post ye!!

OPSS .. another bonus awaits us ~ Use #JOMCOOL in your Instagram posts and stand a chance to win more merchandises if it get re-posted on COOLBLOG's page.

So .. Jom kita cool kan blog kita by posting lot of cool entries and be part of this coolest 'CoolBlog contest' !! #JOMCOOL