Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Promosi "WE ARE FREE - MASUK PERCUMA ke Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar


Hello pembaca kesayangan,

 

 

Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar yang telah dibuka pada awal bulan Julai 2020 yang lalu kini  menawarkan kempen “WE ARE FREE – MASUK PERCUMA” bagi merancakkan semula sektor pelancongan Malaysia.

 


Semasa pelancaran kempen tersebut, Puan Ainol Shaharina Binti Shaha, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpr Sdn. Bhd.  berkata promosi ini membolehkan pengunjung melawati Pelantar Pemandangan Tertutup (observation deck) secara percuma manakala buat mereka yang ingin ke pelantar yang lebih tinggi iaitu Sky Deck yang berketinggian 300 meter, diskaun sebanyak 50% ditawarkan. Tawaran ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia & bukan warganegara yang mempunyai permit/pas bekerja yang sah di Malaysia. Kempen ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada pengunjung yang sentiasa menyokong Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sejak tahun 1996 sehingga kini.

Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19 antaranya ialah dengan cara memastikan penjarakan sosial, penyediaan ‘hand sanitiser’, merekod suhu badan pengunjung, memastikan pengunjung memakai pelitup muka dan kesan kontak (contract tracing).



Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan yang turut melancarkan kempen tersebut menggalakkan seluruh rakyat Malaysia mengambil peluang untuk turut sama-sama membantu menyemarakkan industri pelancongan negara.

 


So pembaca-pembaca kesayangan Blog Dari Jari-Jari Halusku, mari kita ambil peluang ini untuk melawati menara tertinggi di Asia Tenggara ini iaitu Menara Kuala Lumpur. MASUK PERCUMA you alls !