Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

7 Tempat Makan Menarik di Seremban, Negeri Sembilan

Hello hai readers ..

Seperti yang diberitahu, Misz-ella dan Rakan blogger 'travel' baru-baru ini. Destinasi kitorang dalam Malaysia sahaja iaitu Negeri Sembilan. Tiga bandar utama di Negeri Sembilan kitorang terjah ~ Senawang, Seremban dan Port Dickson. Terima kasih blogger Travel popular Tatie kerana inisiatif ini. Terima Kasih Corus Paradise Hotel, Port Dickson untuk Bilik penginapan kami. Kami hepi .. hepi .. hepi .. sangat hepi. Gila meriah Negeri Sembilan kerana kegilaan kitorang.

Misz-ella sampai Corus Paradise dah lewat malam. I had three Events earlier. Tengok la tu  ... travel back to back ... event back to back Misz-ella, kan. Gigih sungguh la akak ni ha. Alhamdulillah Allah SWT bagi kita sehat dan kuat maka segala-galanya dipermudah walau kadang fikir-fikir ... macam 'impossible' jer .. macam 'gila' je .. tapi cam tu la .. Misz-ella sesekali memang akan buat kerja gila. Kerja yang mungkin korang takkan buat tapi saya buat. Well .. thats me. 

Di Negeri Sembilan, kitorang 'On the mission of Jalan-Jalan Cari Makan Negeri Sembilan' We have only one day, in fact bermula dari jam 4 petang keesokan hari sebenarnya sebab hujan turun tak berhenti. Tapi tu la kan, walau hujan, gigih jugak la Blogger ber tiga ni menjejak Restoran-restoran sedap di Negeri Sembilan terutamanya Seremban untuk Entry Khas kami ini. 

So here we go 
Khas untuk pembaca Blog Misz-ella

Jom baca ..


Ketua rombongan ialah Izzati Ghafur dari blog www.kisahtatie.com Kaki travel sure kenal dia. Dia sangat terkenal dan top dengan 'travelogue' nya. Ahli rombongan lain ialah Nannie Isa dari www.kitepunye.com dan jugak Misz-ella. Rombongan 3 Mak orang ke Negeri Sembilan. Yeayy !! Ehhh oopss .. Tatie masih berduet lagi ye .. belum dapat title Mak. Ok Jom baca ..


1. RESTORAN WADI AR-RAUDAH
Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang, Seremban


Menarik nya Restoran ini adalah kerana ia menghidangkan the best dishes of Negeri Sembilan yang semestinya lah Masak Lemak Cili Api. Macam-macam masak lemak cili api ada ~ Ikan Keli Salai, Daging Salai, Telur Itik, Ayam dan tak ketinggalan Rendang Itik. Makan kat sini memang best. Cukup lemak dan pedas segala. Tengok lah pinggan kitorang, tiga-tiga ambik Masak Lemak Cili Api Telur Itik. Gambar-gambar lain kitorang lupa nak ambik sebab 'over excited'. Hehehe. Ohhh by the way, makan 3 orang kat sini adalah RM27.00 termasuk semangkuk Sup Tulang dan air sorang satu. Ok la tu .. zaman sekarang mana ada yang murah, kannnn.

Layari laman web Restoran Wadi Ar-Raudah kat http://raudhah-seremban.blogspot.my/ untuk lebih banyak info dan gambar lagi.


2. HAJI SHARIFF CENDOL
Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan

Lepas tu kitorang ber 'dessert' Cendol yang terkenal di Seremban ~ Cendol Haji Shariff di Jalan Yam Tuan. 

Cendol jagung lebih tu confirm lah Misz-ella punya .. sebab saya memang peminat jagung. Lagi banyak lagi best. Istimewa nya Cendol di sini ialah sebab ianya menggunakan Gula enau. Sedap. Cendol kat sini RM1.70 semangkuk sahaja. Murah, kan.


 Rojak kat sini pun tersangatlah sedap. RM4.00 sahaja.


Seriously both Rojak dan Cendol ni bila digabungkan bersama rasanya tersangatlah Yummy. Sedap sangat-sangat. Puas gila makan kat sini. Kos makan Cendol 3 + Rojak 1 = RM6.10. Yeayy !!



3. POPIA KUALA KANGSAR
Gerai No. 11, Stadium Tuanku Abd. Rahman, Paroi

Lagi satu yang best kat Negeri Sembilan ialah kewujudan gerai Popia Kuala Kangsar. Tak sangka ramai yang datang ke sini untuk menikmati Popia Kuala Kangsar. Dengar khabar orang KL pun ramai turun ke Paroi untuk Popia sedap ni. Maka kitorang pun nak jugak mencuba.


 Ada dua jenis Popia - yang kering dan basah. Off course kami pilih yang basah. Murah sangat - RM1.20 sahaja satu. Dan seriously, sangat sedap.


 Ooppsss .. bukan tu sahaja, kat sini pun ada jual Cucur Udang Campur


Cucur Udang campur Tahu goreng, Timun dan Tauge makan dengan Sos Cucur Udang. Sedap gila! RM2.50 sahaja sepinggan. 



4. SATE MINANG
Depan Kedai No. 3, Jalan Dato Abdul Rahman, Pekan Seremban


Buat peminat Sate Minang, or those yang baru nak merasa Apakah rasanya macam Misz-ella, boleh la berkunjung ke Gerai No. 18 kepunyaan Rejab Bin Ripin ni. Dekat area Benteng Seremban atau lebih tepat lagi di Jalan Dato Abdul Rahman, Seremban. Gerai ni bukak di waktu malam sahaja.


Sate Minang 


Sate Minang ni dibuat dari organ-organ dalaman. Means hati + limpa + paru dan macam-macam lagi. Dan dimakan dengan Kuah berlemak yang antara bahannya adalah kunyit, rempah ratus dan juga cekur. Dijual satu set = 6 cucuk RM5.00/set siap dengan Nasi Impit. Sesuai untuk mereka-mereka yang sukakan sesuatu yang lemak berkrim tapi sayangnya kurang kena pada selera Misz-ella. Kawan Misz-ella yang dua orang tu OK je. Dorang suka.


Kat sini pun ada jual Bakso. Mintak lah Bakso kosong macam kitorang dan kongsilah semangkuk bertiga. Best. Best. Sangat best bila makan berjemaah macam ni. Terasa sangat kasih sayang nya. Hehehe. 


5. N9 STICK FACTORY
No. 99 Persiaran S2, Seremban, Negeri Sembilan


OK .. yang ni menarik. Sebenarnya kitorang dah kekenyangan tapi tetap gigih nak selesaikan jugak Misi di Negeri Sembilan ni. Izzati suggest tempat ni *dia kan Duta Travel Negeri Sembilan*. Katanya di sini ada 'Lok-lok' dan boleh nak jugak kalau nak di grill


I love the Landscape




I love the environment ~ Tenang, damai. Slow, nice music. Boleh makan dengan santai dan rilek .. telinga pun tak bingit. Best tempat ni. Memang Misz-ella rekomen.







 


Pelbagai jenis Sup ada ~ Sup Tomyam, Sup Tulang, Sup Ekor dan Sup Ayam.




Best, kan .. macam-macam ada


Air Teh dia sangat menarik




Nak Grill dan ber BBQ pun boleh ..


Ye .. ini saya punya


Kitorang pilih Sup Tomyam dan 3 jenis Sos - Sos rendang, Sos cili dan Sos BBQ.



Ini sahaja yang mampu kami makan kerana masih kenyang and again ... The jagung is mine. I is so minat jagung lah. Suka sangat .. dan satu kelainan bila makan jagung dicelup Sup Tomyam. Hahaha.



Total makan di sini ialah RM28.00. Agak mahal la sikit pada Misz-ella tapi bersesuaian lah dengan tempat nya, kan. Layari Facebook N9 Stick Factory kat https://www.facebook.com/n9stickfactory/?ref=ts&fref=ts untuk lebih info.


6. SATE TULANG
Depan Restoran Bundo Kanduang, Dataran Senawang


OK Yang ni menarik. Sate Tulang Jelebu yang Gerai nya ada di Area Dataran Senawang ni, memang sedap. Kuah dia pun rasa lain dari yang lain. Lokasi gerai adalah di depan Restoran Bundo Kanduang, belakang Restoran Sate Haji Samuri. Gerai bukak seawal 6 petang tapi kadang-kadang ada sedikit 'delay'. Gigih kitorang menunggu Abang Sate Tulang bukak gerai. Bersemangat nak makan. Hehehe.


Amboi .. amboi .. dalam gelap dan hujan *bawah khemah daa* sanggup akak berdua ye. Gigih sungguh.


Di sini ada jual Sate Tulang, Sate Ayam dan Sate Daging


Sate Tulang yang belum dibakar





Kami order 6 Sate Tulang, 4 Sate Ayam =  RM9.80. Sedap tapi kena hati-hati lah makan Sate Tulang tu ye .. jangan tertelan tulang-tulang tu sekali. 


7. WARUNG LEMPENG LIMET
Taman Desa Ixora, Seremban

Then kami ke Taman Desa Ixora untuk menikmati Lempeng di Warung Lempeng Limet. Yeayyy .. Misz-ella memang peminat Lempeng. So gigih la saya men drive dalam kegelapan malam dan hujan yang masih tak mau nak berhenti.


Lempeng Pisang


Lempeng Kelapa


Lempeng Kosong


Setiap satu lempeng berharga RM1.00 sahaja. So, tiga lempeng adalah RM3.00.


OK .. dah cukup 7 tempat makan menarik sekitar Seremban-Senawang tapi ni ada satu lagi extra. Kitorang terjumpa Gerai jual Lontong sedap ni masa meronda cari Sarapan di hari akhir kami. Kitorang sengaja tak sarapan di Hotel kerana mau 'explore' apa yang sedap di sini ..



Gerai AFS Empayar Enterprise .. sebelah kiri jalan kalau kita datang dari arah Pekan PD .. depan dia ada Banglo DBKL. Betul-betul menghadap jalan besar. Sebelah Gerai ni ada Bengkel motor.



Lontong dia sangat sedap. Yang kami ambil ni ialah 3 keping Nasi Impit (saiz kecil) dan 3 ekor Sotong. Sayur dia banyak dan kuah dia secukup rasa. So happy dapat makan semangkuk Lontong yang mewah dengan sayur-sayuran ini.



Ye .. itulah Sarapan kami di Pantai Port Dickson di hari terakhir di Negeri Sembilan ini - RM25.00 semuanya. Best. Best. Sangat best. Our tummy are very happy.

So you alls, kalau ke Negeri Sembilan, sila lah terjah tempat makan yang Misz-ella cadangkan ni. Cuba ye. Jangan tak cuba. Terima kasih baca. Byeee.



3 comments:

ct cheery said...

Sate tulang tu plan nak try last month pegi tapi last minute xjd sebab hujan lebat sangat.so tersdai lag Kat umah member huhu

Mohammed Ashraf said...

Mcm hangus je sate tulang tu.. cepat mati kena kanser

Anonymous said...

Satay hangus..gigi pun hitam dek karbon..mmg xjejak lg