Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Subi - untuk semua

 Hello lovely readers,

Harini Misz-ella nak kongsikan tentang Subi makanan sejuk beku (frozen) berasaskan seafood.

Kalau dahulu kita sebut makanan frozen yang terbayang di fikiran kita adalah makanan tidak berkhasiat tetapi Subi adalah makanan yang tinggi dengan kandungan protein dan Omega 3.

Subi menggunakan makanan laut sebenar dan tidak ditambah surimi. Ia adalah produk buatan Malaysia sejak dari tahun 1998 lagi, disahkan Halal dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Subi  sangat variety bukan lah sekadar makanan ringan atau snek malah boleh dijadikan hidangan utama. Ada 12 produk Subi yang sangat sedap dan sesuai untuk dinikmati oleh semua. Antaranya :

Tempura Pollock Fish Bites
Tempura Pollock Fillet Steak
Crumbled Pollock Fish Fingers
Tempura Pollock Fish Fillet
Crumbled Corns Fish Fillet
Seafood Fries
Battered Squid Based Rings
Crumbled Tomyam Seafood Nuggets
Crumbled Prawn Patty
Crumbled Squid Patty
Crumbled Fish Patty
Crumbled Spicy Korean Pollock Fish Fingers

Memasak dan menyediakan makanan lebih mudah iaitu boleh disediakan dengan guna airfryer - mudah, cepat dan tidak renyah menjadikan Subi sesuai untuk dinikmati semua - baik yang mengejar masa atau dijadikan kudapan sambil bersantai dengan keluarga atau disajikan kepada tetamu yang datang.Yang penting, produk Subi tak perlu dinyahbeku terlebih dahulu. Kita boleh terus masak tanpa buang masa.

Subi juga sangat “mesra poket” dengan harga yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. 





Antara resipi-resipi menarik yang Misz-ella jumpa di laman Facebook Subi Tengok cadangan resipi yang dicadangkan, terus bersemangat nak masuk dapur dengan produk Subi. 

Berita baik! Subi sekarang sedang menemui penggemar-penggemar Subi dengan Beberapa siri roadshow yang bertempat di Mydin USJ mulai dari 31/07 sehingga 9/8/2026




Ada beberapa program interaktif menanti pengunjung antaranya :

- penampilan Chef Alwi sebagai chef ambassador 
- ⁠pertandingan memasak ibu dan anak
- ⁠PWP 
- ⁠Cabutan Bertuah


So, jangan lepaskan peluang untuk bertemu Subi dari 31/7 hingga 9/8/2026. Selain dapat merasai keenakan Subi yang enak itu, ada banyak lagi yang aktiviti yang kita boleh buat bersama Subi. Ada banyak masa lagi, you guys jangan lupa check it out, k












Cerita di balik cerita

Di balik setiap kisah sedih, masih ada yang tak mampu aku kisahkan kerana ia mempunyai cerita di balik cerita.

Yang kau lihat itu luaran. Yang tidak kau tau itu dalaman.

Bukan semua kisah mampu aku cerita kan. Maka aku banya mampu memendam sambil berdoa agar semua duka dan luka ini berlalu pergi.

Ya Allah Yang Maha Baik, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, lindungi lah hatiku, pelihara lah aku dari segala luka. Kau rawati lah segala luka di hati dan jadi kan lah aku insan yang sentiasa mensyukuri segala pemberian serta dugaanMu. 

I choose ME

At the end, I decided to choose ME.

Its not selfish. Its my way to safe myself from further hurt. 

1001 kisah sedih

Kecewa - Jangan lama
Sedih - Cepatlah bangkit

Sebab itu semua ujian dunia. 

1001 kisah sedih.. bukan semua kita boleh cerita. Dan pada akhirnya, aku tetap bersyukur kerana meski tiada bahu tempat berpaut, masih ada lantai tempat bersujud. 


Hello everyone

 Ya Allah sungguh aku rindu pada blog yang ditulis dengan jari-jari halusku.

So many things happened bermula dari akhir tahun lepas. Menekan perasaan, merintih jiwa lalu membuat aku lara untuk satu jangkamasa yang lama. Tapi Syukur lah .. masih bisa tersenyum walau jiwa ku parah. Masih bisa melangkah walau tak gagah. 

Setiap malam sebelum tidur .. Ya Allah hari ini indah. Syukur Ya Allah. Semoga esok lebih indah.

Terlalu banyak nak dikongsi bersama. Masih ada yang nak dengar ke? 

Sedih. Jangan lama.

Sedih tak apa.
Kerana itu adalah salah satu dari rasa kurniaan Allah kepada kita.
Tapi jangan lama-lama.

Orang putih kata ‘EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING’
Orang Melayu cakap ‘PASTI ADA SINAR DI HUJUNG JALAN’

Allah ada. Usaha. Doa. Jangan sedih. ALLAH ADA. 

Lodeh terpaling sedap di Dapor Cik Oli

Hai lovely readers,

Siapa peminat lodeh? ME! Iye. Saya memang peminat juadah nasi berbentuk kiub (nasi impit) yang dimakan bersama kuah lemak warna kuning diraja ini. Baru-baru ini Misz-ella jumpa lodeh sedap di Dapor Cik Oli. Kat mana tu? Kat Damansara Utama je. Menariknya, di sini kita boleh nikmati lodeh sepanjang hari! Dari sarapan pagi hingga makan malam.



Lodeh
Antara juadah popular di hari raya. Hampir semua rumah hidang lodeh buat tetamu. Saya memang peminat lodeh. Menariknya lodeh di Dapor Cik Oli ini adalah ia kaya dengan ‘rasa’ bukan kuah lemak biasa-biasa yang cair dan tawar. Kuah lodeh di Dapor Cik Oli cukup pekat, lemak dan ada rasa rempah ratus yang biasanya ada di dapur kita. Bertambah ‘wow’ bila diiringi kuah kacang dan serunding, memang melengkapkan lagi rasa lodeh ni. Nak lagi ‘extra’? Boleh ‘add-on’ paru goreng berempah yang rangup, sedap dan tidak berminyak. Satu suap lodeh, satu gigitan paru. Sedap ya amat lah you all .. wajib cuba lodeh di sini. Misz-Ella panggil lodeh sepanjang hari Dapo Cik Oli sebab ia boleh didapati sepanjang hari, dari pagi sampai malam. 



Soto Johor kuah daging
Biasanya kita dihidang dengan Soto ayam. Di Dapor Cik Oli, kita disajikan dengan Soto Johor berkuah daging dan diiringi isi ayam yang diracik halus buat pelengkap Soto Johor di Dapor Cik Oli. Menarik, kan. Sekali lagi Misz-ella terpegun dengan sepinggan juadah khas dari Dapor Cik Oli ni sebab kuah nya pekat (bukan sup cair) dan kaya dengan pelbagai rempah buat kami berkata-kata .. Sedapnya! 



Laksa Johor
Tak Johor lah kalau takda Laksa Johor, kan. Laksa yang menggunakan spaghetti ini lebih enak jika dimakan dengan tangan. Laksa Johor di Dapor Cik Oli simple je tapi sedap! Kuah laksa dibuat dari ikan parang yang dikenali dengan rasa manis semulajadi. Spaghetti rebus tu cukup lembut dan bahan-bahan iringan seperti hirisan bawang besar sangat ‘fresh’ dan rangup (kami memang peminat bawang)! 



Gaul sebati, perah limau dan tambah sambal, gaul-gaul  lagi hingga rata semua .. ohhh sedap! 


Nasi Ambeng Johor
Siapa yang suka makan nasi,  jangan lupa cuba Nasi Ambeng di Dapor Cik Oli. Ada ayam kicap yang teramat sedap, sayur, serunding kelapa, ikan masin, mee goreng, timun  dan sambal belacan .. sedap tak terkata terutamanya ayam kicap tu .. resipi rahsia milik keluarga pemilik Dapor Cik Oli. Wajib cuba,




Lempeng bersama sambal bilis dan kelapa
Kat Dapor Cik Oli ada lempeng yang dihidang bersama sambal bilis dan kelapa tapi sebenarnya enak dimakan begitu sahaja. Tau-tau dah habis! 



Rojak Tahu
Snek paling sedap pilihan hati Misz-ella di Dapor Cik Oli adalah Rojak Tahu. Berbeza dari tempat lain, Rojak tahu di sini guna tahu lembut yang teksturnya kekal lembut walau telah dihidang berjam-jam. Sayur-sayuran iringan dia banyak dan tengoklah taburan kacang goreng tumbuk di atas tu - banyak, kan. Langsung tak kedekut! Paling penting rasa kuah rojak tahu sangat seimbang, tak manis dan tak pedas. Sesuai untuk semua. 


Kuih Sejuk
Ohh yang ini adalah pemanis mulut yang sangat istimewa sebab ada di Dapor Cik Oli sahaja. Kuih sejuk adalah puding coklat yang dibuat dari serbuk koko berkualiti ‘premium’ yang dicurah sos kastard dan hirisan buah-buahan. Rasa kuih sejuk bukan manis meleting tapi manis-manis buah yang nyaman. Yang ni wajib cuba di Dapor Cik Oli. 


Kami cuba beberapa jenis air. Kopi Cik Oli sangat sedap! Peminat kopi harus cuba.


Dengan lafaz Bismillah .. mari kita makan. Alhamdulillah .. puashati menjamu selera di Dapor Cik Oli. Semua makanan sedap dan ada rasa tersendiri. 


Suasana di dalam restoran Dapor Cik Oli sangat kemas, teratur dan selesa .. feeling very comfy and homey. Pilihan perabut berkonsep minimalis dan dinding putih buat pengunjung rasa tenang - sejuk rasa hati.



Lokasi Dapor Cik Oli adalah di No. 84, Jalan SS 21/62, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor antara lokasi strategik yang tidak jauh dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Ada banyak parking di luar bangunan terutamanya di hujung minggu dan selepas waktu pejabat.

Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti Instagram Dapor Cik Oli di sini.




Akhirkata, Jemput datang ke Dapor Cik Oli. Kalau terjumpa Hafeeza, jangan lupa Hai Hai kat dia kerana pemilik Dapor Cik Oli ini sangat peramah dan suka senyum. OK. Done sharing tentang Dapor Cik Oli dengan you all semua. Terima Kasih baca. Bye.