Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kurus sihat dengan HCG. Makanan Diet HCG.

Hello pembaca budiman ..

Kali ini mari kita bercerita tentang gemuk or lebih berat badan. Gemuk tak cantik, kan .. Ohhh .. silap. Ada jugak orang gemuk yang cantik .. berseri-seri wajah dia.

Tetapi bukanlah cantik atau tidak yang ingin Misz-ella kongsikan di dalam entry ini. Topik utama entry ini adalah bagaimana hendak mengatasi masalah kegemukan atau lebihan berat badan yang jika kita tak atasi pada peringkat awal, ianya boleh memudaratkan kesihatan.



Imej dari Google


Kenapa gemuk? Antaranya adalah masalah genetik, ketidak seimbangan hormon yang disebabkan oleh penyakit atau pengambilan ubat-ubatan, gaya hidup tidak sihat dan bermacam lagi.

Yang Misz-ella nak kisahkan di entry ini adalah tentang kegemukan yang disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat - kurang bersenam dan terlebih makan.


Bila dah terlebih makan dan kurang bersenam, maka kita dilanda masalah kegemukan. Realitinya, nak menaikkan berat badan memang mudah tetapi nak menurunkan bukan lah senang. Walau apa pun kaedah yang kita gunakan, 'diet' seimbang adalah perkara utama untuk menurunkan berat badan. 


Yang Misz-ella nak kongsikan disini ialah cara-cara untuk menurunkan berat badan menggunakan hormon HCG.


Apakah HCG? HCG atau nama penuhnya Human Chorionic Gonadothrophin adalah hormon yang dihasilkan/wujud semulajadi di dalam badan manusia (lelaki dan perempuan). Hormon semulajadi ini membantu proses pembakaran lemak dimana lemak-lemak tersimpan di dalam badan dibakar lalu ditukar menjadi tenaga. Dalam ayat yang lebih mudah difahami, makin tinggi hormon HCG di dalam tubuh kita, makin tinggilah metabolisma badan kita. Hormon HCG menjadi semakin tinggi di kalangan wanita hamil.

Program diet HCG pertama kali dikenalkan pada tahun 1950 dan merupakan program penurunan berat badan yang popular dikalangan mereka yang 'obese' dan hanya boleh dijalankan di bawah kendalian Doktor yang bertauliah. Jangan suka-suka beli dari orang perseorangan ye. Sesuai untuk lelaki mahupun wanita, program diet HCG telah diterima secara meluas di seluruh dunia.

Efektif ke tidak? Sangat efektif kerana teknik diet HCG membantu meningkatkan metabolisma, membakar lebihan lemak dan mendidik pengamalnya ke arah gaya hidup sihat kerana di dalam diet HCG .. pengambilan karbohidrat dan gula adalah dilarang sama sekali. STRICTLY NO CARBS AND SUGAR!

Susah? Ohh tidak. Misz-ella berani kata tak susah kerana saya dah cuba. Ok jom baca perkongsian Misz-ella ini hingga akhir ye. 



Suntikan hormon HCG adalah wajib setiap pagi. Tak lama .. sekejap sahaja tak sampai 5 minit pun. Takut? Ohh percayalah bahawa saya sangat takut pada jarum. Malah setelah berkali-kali sahabat dan Doktor meyakinkan saya yang ianya tidak menyakitkan, barulah saya berani cuba. 




Sapu Alcohol pad pada tempat yang ingin disuntik. Ini untuk membasmi kuman di kawasan sekitar.




Perlahan-lahan .. masukkan jarum picagari di tempat yang telah dibasmi kuman. Sakit? Langsung tidak tapi kita boleh rasa lah jarum tu masuk.


Dengan perlahan-lahan, tekan picagari sehingga hormon habis disuntik ke dalam badan kita. Masa ni, terasa macam pedih-pedih sikitlah .. tapi tak sakit .. malah tak menjerit pun Misz-ella. I am strong, OK *hehe*

Lepas tu? Selesai! Tak perlu buat apa-apa lagi .. boleh sambung rutin harian macam biasa tetapi ingat .. NO CARBS! NO SUGAR! dan hadkan pengambilan makanan harian anda ke 500 calories sahaja sehari. Aduihh!! mati lah tak da tenaga sebab kurang makan, kan? Ohh tidak .. kerana hormon HCG yang disuntik ke badan kita meningkatkan metabolisma badan, membakar lemak lalu ditukar kepada tenaga. Biasa-biasa je hidup Misz-ella masa menjalani proses diet HCG ni .. tak terjejas pun aktiviti harian saya cuma ... Misz-ella hentikan senaman sementara kerana mahukan keputusan yang maksima! Kalau terus bersenam, nanti jisim otot bertambah maka jarum penimbang susahlah nak turun, kan. 

Berapa berat badan kita boleh turun? Bergantung kepada individu itu sendiri tetapi kalau setakat nak turun 500gm sehari tu memang mudah sangatlah. Di sini Misz-ella nak kongsikan bahawa 3 hari pertama adalah hari 'loading' di mana hormon yang disuntik itu mengambil masa 3 hari untuk stabil dan meresap di dalam badan kita. Hari-hari berikutnya ialah ... SUPERB!! All you see is losing .. losing and lose weight! Best, kan!

Lepas berat badan dah turun, jangan risau yang berat badan kita akan naik mendadak kerana setelah tamat program ini, kita perlu mengikuti tempoh 'maintenance' .. kalau you all ambil suntikan ini selama 23 hari .. tempoh 'maintenance' jugak adalah 23 hari .. maknanya selama 23 selepas tamatnya tempoh suntikan hormon HCG itu, diet NO CARBS! NO SUGAR! tetap harus diteruskan. Ini bertujuan untuk mendidik diri kita supaya lebih berdisiplin.



MAKANAN DIET HCG

Misz-ella nak kongsikan tentang menu-menu sedap yang Misz-ella masak khas sepanjang misi Kurus sihat dengan HCG ini. Jom tengok apa yang Misz-ella makan ..





Sarapan pagi ~ salad sayur-sayuran bersama lada hitam atau Telur Rebus bersama serbuk Paprika .. sebab saya suka pedas!




Ayam bakar - perap dengan kunyit, garam dan paprika. Perah lemon dan makan dengan salad. Yummy!




Lagi ayam bakar tapi yang ni terlebih masak *jangan follow me, OK ..Hehe*





Ayam bakar 'togel' .. hehe. Misz-ella perap dengan garam dan kunyit sahaja, 'pan-fried' dengan hanya sesudu minyak lepas tu masukkan hirisan bawang besar dan cili padi sebab nak pedas! Tak pedas tak syok la kan ..




Daging bakar - perap dengan garam, lada hitam dan paprika .. pedas dan menyelerakan!





Stik daging terlebih lada hitam sebab lada hitam tu keluarkan aroma yang sangat menyelerakan semasa daging dibakar .. makan dengan hirisan tomato, timun jepun dan daun salad. Rangup!





Lagi Ayam Bakar 'togel" ..




Ikan dory - dibakar dalam 'aluminium foil' bersama garam, lada hitam, cili padi dan lemon .. makan panas-panas. Lembut, 'juicy' dan masam-masam pedas rasanya ..


Kalau masih lapar di antara waktu makan, Misz-ella akan makan sebiji oren atau buah belimbing. Lain-lain masakan yang Misz-ella buat adalah ~ Ikan Siakap stim *tanpa gula, kicap atau sos* .. Ikan bakar, Ayam stim dan bermacam-macam lagi. Kalau ada orang kata diet HCG membosankan, makanan tak sedap dan tak effektif .. itu tipu! sebab Misz-ella berjaya kurangkan berat badan sebanyak 3.5kg dalam 10 hari!

Kebaikan lain mengikuti Diet HCG iniini : -

1. Selain mengalami penurunan berat badan, kita juga dapat membaiki tahap kesihatan keseluruhannya. Tekanan darah dan gula semakin stabil.
2. Diet HCG mendidik kita supaya lebih berdisiplin
2. Tidur lebih berkualiti
3. Nafsu makan lebih terkawal
8. Meningkatkan kesuburan untuk hamil.

Seronok, kan. Macam-macam kebaikan kita akan dapat apabila kita amalkan Diet HCG ini. Bukan sahaja berat badan turun, tahap kesihatan menjadi lebih baik malah Diet HCG mendidik kita agar menjadi lebih berdisiplin = GAYA HIDUP SIHAT!

Banyak lagi kebaikan Diet HCG yang kita akan dapat dengan syarat kita patuh dan betul-betul ikut nasihat serta garis panduan HCG. Dan seharusnya lah kita dapatkan khidmat rundingan Diet HCG dari doktor yang bertauliah. Buat Misz-ella, saya jalani program Kurus sihat dengan HCG di Dr.MM Clinic.

So, kalau sesiapa yang berhasrat nak turunkan berat badan dengan kaedah HCG, sila layari laman web klinik Dr. Maryati di sini atau ikuti Instagram Dr.MM Clinic di sini atau kalau nak cepat, angkat telefon dan dail 012-9660852. Selamat mencuba!




1 comments:

Anonymous said...

Excellent, i love ths post very much, i read your blog fairly aften and youre always coming out with some
great stuff. keep up the good work )