Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsi cerita tentang minyak wangi Arab. Misz-ella memang peminat minyak wangi, dari dulu lagi.
Sejak tiga (3) tahun yang lalu, Misz-ella mula meminati minyak wangi keluaran negara Arab. Misz-ella mula jatuh cinta pada minyak wangi Arab kerana sering terpikat dengan bau wangian kawan baik Misz-ella, Puan Sri Nisa Bakri. Puan Sri Nisa ni, dah la cantik .. dia sentiasa berbau wangi pulak tu. Maka Misz-ella pun bertanya tentang wangian yang beliau gunakan. Katanya dia menggunakan minyak wangi berasaskan 'oud'. 'Oud' ialah cecair atau lendir yang keluar dari dahan pokok gaharu. Cecair ini berbau sangat wangi malahan dikenali sebagai 'luquid gold' kerana semakin tinggi kualiti minyak tersebut semakin tinggi nilai dan harganya.
Kebanyakan minyak wangi dari Arab mengandungi 'oud' (oil based) bagi menggantikan 'alcohol'. Ianya boleh dibawa Solat.
Sejak diperkenalkan dengan wangian berasaskan 'oud' ini oleh Puan Sri Nisa, Misz-ella mula menjalankan banyak kajian mengenai pokok ajaib yang mengeluarkan cecair atau lelehan berharga ini. Pokok gaharu tumbuh subur di negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Orang kata kalau kita masuk hutan tiba-tiba terbau wangi yang teramat sangat, kemungkinan itu bau dari pokok gaharu.
'Oud' sekarang ni semakin popular malah minyak wangi keluaran negara Barat turut mengandungi campuran 'oud' seperti Gucci Intense Oud, Cartier, Christian Dior, Jo Malone, Polo Ralph Lauren, Tom Ford dan beberapa jenama lagi.
Walaupun begitu bukanlah semua wangian dari negara Arab itu mengandungi 'oud'. Ada juga yang tidak menggunakan 'oud' (kerana 'oud' sangat mahal) tetapi aroma minyak wangi Arab tetap istimewa dan lain dari yang lain. Sejak itu Misz-ella mula menjadi peminat minyak wangi dari negara Arab. Meskipun aroma wangiannya agak kuat tetapi aroma itu lah yang sangat memikat hati Misz-ella.
Prestige Al Maleki ini boleh didapati di Arabian Village pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM100 sahaja. Selain dari Prestige Al Maleki, terdapat berbagai lagi pilihan minyak wangi Arab serta barangan lain dari Timur Tengah di Arabian Village. Buat sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan produk-produk dari Timur Tengah bolehlah kunjungi Instagram Arabian Village di https://www.instagram.com/arabianvillagemy/ atau beli secara online di www.arabianvillage.myhubungi no telefon 011-11111 9664.
OK Misz-ella dah habis berkongsi tentang minyak wangi kesayangan Misz-ella ini. Terima Kasih baca ye. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bye.
0 comments:
Post a Comment