Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Datuk Hajjah Rozzana ~ Mrs Malaysia Universe 2019 Charity Ambassador

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan sebuah kisah inspirasi. Misz-ella sentiasa rasa bersyukur dan bertuah kerana berpeluang mempunyai kenalan dari pelbagai lapisan masyarakat. Mungkin tidak ramai *oh yes !! saya memang tidak popular tetapi tak apa lah ..* kerana yang penting adalah saya memilih quality bukan quantity

Misz-ella sering dikecam kerana selalu kelihatan berada bersama mereka yang berpangkat maka saya dilabel sangat pemilih kawan. Masa kecik dulu, mama selalu pesan .. Kawan dengan orang yang baik-baik, jangan salah pilih kawan .. dan sampai sekarang itulah pesanan mama yang menjadi pegangan Misz-ella.

Alhamdulillah Misz-ella mempunyai kawan dari latar belakang yang berbeza. Mana yang rapat, itu tandanya wujud keserasian antara kita. Mana yang tak rapat, mungkin sekadar Hye Hye Bye Bye sahaja yang sesuai untuk kita. Betul tak? Sebenarnya dalam persahabatan, bukanlah pangkat atau darjat jadi ukuran tetapi di mana ada kasih sayang, di mana kita rasa dihargai dan diingini, di situlah kita berada, kan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menerima saya seadanya.


Baru-baru ini salah seorang kenalan rapat Misz-ella, Datuk Rozzana Binti Datuk Haji Rahmat atau Misz-ella panggil nama manja dia Datuk Nana, telah jemput Misz-ella ke majlis Grand finale Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Malaysia Universe 2019.  Kebetulan Misz-ella memang free maka kaki melangkah ke Hotel Sheraton PJ dengan senang hati, tempat dimana majlis meriah gilang gemilang itu telah berlangsung.

Datuk Rozzana bersama para juri yang lain

I will be one of the Jury for the night, Ella, you datang tau .. begitulah kata Datuk Rozzana. Pemilihan Datuk Rozzana sebagai Juri pada malam tersebut adalah sangat tepat kerana beliau yang saya kenali adalah seorang yang sangat berkaliber dalam apa sahaja beliau yang beliau ceburi. Datuk Rozzana juga seorang yang berpendidikan dan berkeyakinan tinggi .. Misz-ella dah beberapa kali dengar beliau bercakap atau berucap secara spontan .. setiap patah perkataan dilantunkan beliau dengan jelas, pendapat beliau disuarakan dengan bernas dan beliau sangat tegas dengan apa yang beliau fikirkan. Datuk Rozzana berani bersuara, sangat mementingkan etika penampilan dan yang paling saya suka ialah .. beliau sentiasa bergaya cantik, menepati tema dan sentiasa buat kami tertunggu-tunggu kemunculan beliau. 



Rupa-rupanya, bukan sahaja beliau dilantik sebagai salah seorang dari juri pertandingan Mrs Malaysia Universe 2019 tersebut, malah beliau juga terpilih sebagai Charity Ambassador of Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Malaysia Universe 2019 ini. Wahhh .. kejutan!! Ehemm .. ehemm .. saya automatik rasa bangga kerana beliau memang layak memiliki gelaran tersebut.


Disebabkan Misz-ella suka berkongsi kisah-kisah positif dan berinspirasi, mari Misz-ella nak cerita tentang beliau. Datuk Rozzana, Pengarah Urusan SRT Travel & Tours sememangnya seorang yang sentiasa prihatin akan nasib golongan yang kurang bernasib baik, samada golongan ibu tunggal, golongan asnaf mahupun anak-anak yatim. Setiap kali menjelang bulan Ramadan atau pada bulan Syawal beliau akan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim, samada di hotel mahupun di kediaman beliau sendiri. Datuk Rozzana sentiasa jemput Misz-ella sayangnya kadang-kadang jemputan tu tak dapat Misz-ella penuhi. Anyway, terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa simpan daku dalam hatimu, Datuk Rozzana *Chewah .. bersastera la pulak kau, wahai Ella*

Selain dari itu, Datuk Rozzana rajin menganjurkan Majlis keagamaan. Kadang-kadang ada majlis tahlil, ada kursus pengurusan jenazah, sambutan Maal Hijrah, ada majlis berbuka puasa dan bersolat tarawikh berjemaah dan macam-macam lagi. Datuk Rozzana juga tak kekok turun padang bagi memberi sokongan dan bantuan kepada para jemaah Haji di musim Haji.


Malah baru-baru ini, Datuk Rozzana telah mengambil keputusan untuk menyambut hari jadi beliau bersama dengan anak-anak yatim dimana sambutan hari jadi beliau diadakan di rumah anak yatim tersebut berbanding di hotel mewah seperti tahun-tahun sebelumnya.




Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betul cakap orang tu. Pada Misz-ella, Datuk Rozzana ibarat seorang kakak yang sangat tegas tapi dalam waktu yang sama sangat penyayang dan prihatin pada kawan-kawan, saudara mara dan juga golongan yang kurang bernasib baik. Datuk Rozzana seorang yang pemurah dan baik hati, sentiasa memberi ..  baik kepada saudara mara, sahabat handai mahupun golongan yang memerlukan.



Dalam waktu yang sama, beliau sebenarnya seorang sangat yang unik - ada masa beliau sangat tegas, lantang dan berani bersuara tetapi deep inside, she is a happy go lucky, colourful and lively person *majlis lebih meriah bila dia ada, tau .. macam-macam karenah dia yang boleh buat kami semua ketawa, serious! Misz-ella tak tipu .. *



Tahniah Datuk Rozzana yang sangat Misz-ella hormati dan kasihi diatas anugerah Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Malaysia Universe 2019. You deserve it my dear Datuk Nana. Semoga Allah SWT beri Datuk Rozzana kesihatan yang baik, rezeki yang luas agar dapat terus berbakti dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan and keep on inspiring us with your noble effort. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berpeluang mengenali seorang wanita hebat bernama Rozzana binti Rahmat. Tanpa disedari, banyak yang Misz-ella belajar dari beliau. OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan pembaca semua, I nak pergi buat kerja lain pulak. Thank You baca and see you in my next entry, k. Ada banyak cerita best-best nak kongsi dengan you all ni. Jangan lupa datang lagi. Bye.




Puding D Raja De Deliciouz by RA

Hello pembaca kesayangan,


Nak bagitau .. my friend di Pulau Pinang, ada sediakan perkhidmatan membekal makanan siap di masak .. macam-macam makanan dia buat dan antara yang paling menjadi kesukaan dan kegemaran ramai adalah Puding D Raja De Deliciouz.



Bila sebut Puding, yang terbayang di minda ialah .. OhMyGod .. sure manis .. Oh die .. die ..

Tapi my friend Wanda kata .. tak berapa manis kak. You cuba dulu ye. Maka saya pun telah bersetuju dengan dia dan meng order sebekas Puding D Raja De Deliciouz ini semasa berada di Pulau Pinang bulan Ogos yang lalu ..



Lapisan paling bawah adalah kastard. Lepas tu atasnya diletakkan roti jala yang sangat halus dan topping nya adalah buah-buahan seperti laici, kismis, ceri, prune dan macam-macam lagi *OMG such a quality fruits .. not cheap lah*


Sesudu demi sesudu .. sedikit demi sedikit .. sudahnya habis sebekas Misz-ella makan. Wanda betul ... Puding D Raja De Deliciouz oleh Wanda ini, tak manis meleting seperti puding-puding raja yang lain, memang sedap dan boleh layan!


Well, beruntunglah warga Pulau Pinang kerana Wanda berada di sana. Kalau teringin, angkat telefon tekan number dan terus order .. bergegas Cik Wanda kita masuk dapur dan hantar direct to your door step mengikut masa yang telah dipersetujui oleh you all berdua.

Puding D Raja De Deliciouz by RA boleh didapati dalam 3 saiz yang berlainan iaitu :-

Kecil - RM12
Sederhana - RM30
Besar - RM55

Baik untuk kenduri atau majlis-majlis keraian, mahupun untuk dimakan sendiri atau makan bersama berjemaah bersama rakan dan keluarga, semua saiz ada. Kalau you all nak order, jangan lupa WhatsApp Wanda di 017 -  5676358 ye.

MYHEALTH RETREAT di Kuala Lumpur dari 13-15 Disember 2019

Hello pembaca kesayangan,

Imej dari google

Kebanyakan dari kita ada masalah menurunkan berat badan, kan? Ataupun, jika ada yang berjaya menurunkan berat badan, cabaran seterusnya adalah mengekalkan berat badan.

Masalah berat badan yang selalu 'yo-yo' sekejap turun lepas tu naik balik adalah masalah yang sentiasa menghantui kebanyakan dari kita semua. Ini adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan tentang bagaimana kita boleh mengekalkan berat badan ideal tanpa perlu berlapar atau berdiet.

Berita baik buat mereka yang menghadapi masalah-masalah yang Misz-ella sebutkan di atas.


MYHEALTH Retreat adalah satu program khas selama 3 hari 2 malam yang akan diadakan di hotel bertaraf 5 bintang iaitu Palace of the Golden Horses Hotel, Kuala Lumpur.

Program yang akan berlangsung dari 13 hingga 15 Disember 2019 ini akan diketuai oleh Dr. Mustafa Bin Muhamad Taher dimana kumpulan yang terdiri dari pakar nutrisi, pakar pemakanan dan pakar kecergasan ini akan membimbing para peserta secara intensif dan terperinci dari segi senaman, pemakanan dan perubahan minda untuk mencapai kesihatan yang lebih baik. 

Program MYHEALTH Retreat tidak berakhir pada hari ke tiga program tersebut di mana peserta akan dibimbing selama 6 minggu untuk memastikan peserta mendapat keputusan atau berat badan ideal yang diidam-idamkan.

Anda juga berpeluang untuk mengikuti perkongsian dari tetamu jemputan istimewa program  MYHEALTH Retreat ini iaitu Y Bhg Puan Sri Shariffa Nisa Bakri, Coach Bob Harun, Zin Uchopmat & pelakon/hos terkenal, Dazrin Kamarudin.

Jom ramai-ramai. Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk mempelajari ilmu pengetahuan ke arah gaya hidup yang lebih sihat melalui program MYHealth Retreat - TEMPAT ADALAH TERHAD!

Untuk pertanyaan lanjut/pendaftaran, sila hubungi:

Dr. Farahiyah +6010 811 8522
Pn. Dayana +6017 355 2382
Cik. Aqilah +6011 6164 6746




Midway in Cinemas 7th November 2019


Dear lovely readers,



I have watched Midway during the Media Preview and it's interesting! Directed by Rolland Emmerich, Midway brings back world history with Luke Evans, Mandy Moore, Woody Harrelson, Patrick Wilson, Dennis Quaid, Aaron Eckhart, Ed Skrein and many more.




Midway is based on an incredible real event: Battle of Midway. The decisive naval battle in the Pacific Theatre of World War II took place between 4 and 7 June 1941, six months after Japan's attack on Pearl Harbour.



Admiral Chester Nimitz was the naval commander for the mission with Lieutenant Commander Edwin Layton (Patrick Wilson) works closely with him and a group of codebreakers who soon discovered that Midway Island is set to be the next target of the Japanese.




Midway, tells the story of the leaders and soldiers who used their instincts, fortitude, and bravery to overcome the odds.

Midway is about one of the United States greatest military victories with Japan where Japanese forces took massive losses. They lost ten times the number of men, four aircraft carriers, two heavy cruisers, and almost 250 aircraft.

Midway is now showing in all cinemas throughout Malaysia. Dont forget to watch!






Dinner at Faroz Cafe. MADAGASCAR THE MUSICAL LIVE IN KL

Hello lovely readers ..


I went to Faroz Cafe again. Well, in fact, I always go to Faroz Cafe for lunch, dinner with my friends or love ones because I love the ambiance offered *read my previous post about Faroz Cafe by clicking this LINK.



Dato Grace of Milestone Production was my partner in 'makan-makan' this time .. *yeay .. we have been waiting for this moment for so long before it's finally arrived*

Milestone Production is an award-winning event and entertainment company in Malaysia that has brought many spectacular show and performance such as Elton John Tribute in Malaysia, The Giving Bank, Yannick Bovy celebrates 100 years of Natt King Cole, Remembering Whitney ~ The Greatest Love of All and many more shows.



We ordered Nasi Kerabu ~ Bunga telang rice with ulam, daging bakar, budu, fish crackers, salted egg, sambal and we add on Ayam Percik. Big portion till we have to 'team-up' together to finish the whole plate! and it's only RM23 *very wallet-friendly price, right*



Other than that, we also had a set of Cream of Mushroom Soup with come with Sourdough Grilled Cheese. This homemade cream of mushroom soup is so delicious ~ creamy in texture and I enjoy the fresh small chunks of mushroom *love .. love .. love the taste* It's only RM18, good enough to share with 2 persons *in case if you are not so hungry like us*




And we ended our dinner with Sizzling brownies with vanilla ice cream (RM20). Warm, moist brownies served on a hot plate with vanilla ice-cream and chocolate sauce  Oh La La .. what a great way to end our dinner together *I m sure those with a sweet tooth will love it*


This coming December, my lovely friend, Dato' Grace of Milestone Productions is proud to bring MADAGASCAR THE MUSICAL LIVE IN KL! Yahh .. who do not love Madagascar movie, right? A movie about four animals from the Central Park Zoo who was on escape mission but they ended found themselves stranded in Madagascar! 


Madagascar is a very hilarious movie that left us with none other than happy feeling and yah .. I like to move it move it move it .. *I remember singing the song together with my siblings after watching the movie*



KLCC Plenary Hall, the venue of the show is set to be transformed into a colorful jungle world which means we are going to experience the island of Madagascar in the heart of Kuala Lumpur! It's school holiday guys, let's bring our family and friends to enjoy the Madagascar fun!

Tickets are priced between RM98 until RM498 and can be purchased online at www.milestone-entertainment.com. For those of you who are interested to buy the tickets, do not wait any longer cos it's selling very fast now!

A special discount of 25% *T&C apply* is applicable for those who buy tickets from Premium, VIP and A category. All you need to do is just KEY IN promo code "MADFANS" when prompted. 

So my dear readers, I have done with my sharing session with you. Let's get excited to Move it .. move it .. move it with Madagascar The Musical and Have fun!









MaTiC FEST 2019 (1 - 3 November 2019)


Hello pembaca kesayangan,



MaTiC FEST 2019 sedang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) Kuala Lumpur. 











Festival selama tiga (3) hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga seperti persembahan kebudayaan, permainan tradisional dan sukan rakyat, bazaar menjual pelbagai makanan tradisional dan kraftangan tempatan.

Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam, sudah semestinya Festival ini menjadi one stop center yang sesuai buat anda dan keluarga.

Lepas makan makanan tradisional dan tempatan boleh tengok persembahan. Lepas tengok persembahan boleh sertai sukan rakyat. Best, kan!

So hari ini hari Sabtu dan esok hari Ahad, jom kita ramai-ramai ke MaTiC FEST 2019! Bawak kawan, bawak keluarga dan saudara mara dan sama-sama meriahkan Festival beridentitikan Malaysia ini. 

Jumpa di sana, k.