Featured Post
Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise
Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rawatan alternatif di Healife
Hai pembaca kesayangan,
Baru-baru ini Misz-ella telah berpeluang ke Healife, sebuah pusat kesihatan bertaraf antarabangsa yang menawarkan rawatan alternatif dalam 4 bidang iaitu rawatan tradisional Cina, rawatan perubatan Arab, rawatan perubatan India dan juga rawatan perubatan moden. Healife merupakan satu-satunya pusat kesihatan di ibu kota yang menggabungkan 4 rawatan ini di bawah satu bumbung.
Healife bukanlah baru di dalam bidang perubatan alternatif malah telah mempunyai empat cawangan di seluruh dunia iaitu dua cawangan di Abu Dhabi, satu di Kuala Lumpur manakala cawangan Healife yang ke empat di Qatar sedang dalam proses pengubahsuaian.
Menariknya di Healife ialah pesakit berpeluang untuk menjalani gabungan rawatan moden dan holistik yang akan disediakan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing mengikut keperluan badan pesakit itu sendiri.
Healife ditubuhkan pada tahun 1997 oleh pengasasnya, Dr. Reham yang menghidap penyakit kronik - mempunyai keadaan yang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya dengan perubatan moden. Sebaliknya, ubat yang ada hanya boleh melegakan simptom dan mempunyai kesan sampingan yang berisiko dan berbahaya. Tanpa putus asa, Dr. Reham mula mencari rawatan alternatif. Ketika itulah beliau diperkenalkan dengan Hijama, sejenis kaedah perubatan alternatif. Pada mulanya Dr. Reham agak ragu-ragu, terutamanya dengan latar belakang perubatan beliau sendiri yang juga adalah seorang doktor. Secara perlahan-lahan, Dr. Reham mula meningkatkan keyakinan diri dan menjalani rawatan alternatif dan Dr. Reham akhirnya sembuh. Berdasarkan pengalaman beliau itulah tertubuhnya Healife, dengan niat bagi membantu mereka yang senasib dengan beliau.
Antara rawatan yang boleh didapati di Healife adalah seperti pengurusan berat badan, rawatan penyakit kronik secara holistik, rawatan kecantikan wajah dah berbagai lagi. Healife telah menerima maklumbalas yang baik dari pesakit-pesakit yang pernah menjalani rawatan di sini.
Buffet Ramadan 2022 : Destinasi Rasa Serantau di Sofitel, Kuala Lumpur Damansara Hotel
Hai pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella bawakan Buffet ramadan dari Sofitel Hotel, Kuala Lumpur. Sofitel Hotel turut meraikan kedatangan bulan Ramadan dengan buffet Ramadan Destinasi Rasa Serantau.
Barisan Chef Sofitel Hotel membawakan tujuh hidangan unik dari Malaysia iaitu Itik Salai Masak Lemak Chili Padi hidangan khas dari Negeri Sembilan, dari negeri Perak Rendang Tok Batu Kikir, Udang Galah Masak Diraja dari negeri Pahang, Asam Pedas Ekor Lembu dari negeri Melaka, Kambing Bakar dari negeri Selangor, Manuk Pansuh dari Sarawak dan Otak-otak Lobster dari negeri Johor. Kesemua juadah tu saya dah rasa .. semuanya sedap dan membuka selera.
Asam Pedas Ekor Lembu
Rendang Tok Batu Kikir
Buffet Ramadan 2022 : Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya di The RuMa Hotel & Residences
Hai pembaca kesayangan,
Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang Buffet Ramadan bertemakan "Hidangan tradisi - Edisi Nyonya" yang disediakan oleh The RuMa Hotel & Residences bermula dari 8 hingga 30 April 2022.
Buffet Ramadan Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya ini bakal menampilkan juadah-juadah Nyonya yang unik dan agak sukar didapati seperti Ayam Pong Teh, Ketam Cili, Asam pedas lidah, Ayam Masak Buah Keluak. Kesemua juadah ni Misz-ella dah rasa, memang sedap dan membuka selera.
Bukan sahaja juadah Ala Nyonya, juadah-juadah tradisi yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa seperti Kambing panggang bersama Nasi Kabsa, Lemang Pulut Hitam, Ketupat Pulut Daun Palas, Ketupat Nasi Daun Kelapa, Serunding Daging, Serunding Ayam, Sate Daging, Sate Ayam dan berbagai lagi turut disediakan buat pengunjung.
Buffet Ramadan Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya turut menyediakan pemanis mulut yang menarik seperti Pulut Tai-Tai, Onde Onde, Puding Santan Kacang Merah, Coconut Macaron, beraneka jenis kek dan paling istimewa adalah Pineapple Tart Nyonya (yang i wajib cuba sebab sangat sedap).
Harga buffet Ramadan Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya The RuMa Hotel & Residences adalah RM218 Nett seorang dari 8 hingga 30 April 2022. Promosi Super Early Bird discount sedang berlangsung iaitu hanya RM152.60nett seorang (bagi belian dari 15 hinga 31 Mac 2022) dan harga Early Bird promo adalah RM174.40 nett seorang (beli dari 1 hingga 10 April 2022).
Ada tawaran istimewa untuk pemegang kad kredit CIMB iaitu layak mendapat potongan harga sebanyak 30% manakala pemegang kad kredit Maybank layak mendapat potongan harga sebanyak 20%.
Buat pemegang 'charge card' seperti American Express dan 'charge card' yang lain, mereka layak mendapat potongan harga sebanyak 20%
Harga istimewa ini hanya layak diberikan buat 'Dine in' sahaja. Buat mereka yang mahu bawa pulang juadah buka puasa dari dapur The RuMa Hotel & Residences, terdapat 2 pilihan disediakan iaitu Pek Bawa Pulang (Take Away) untuk dua orang berharga RM228 nett dan Pek Bawa Pulang untuk empat orang berharga RM328 nett. Setiap pembelian 2 pek bawa pulang melayakkan pembeli mendapat potongan harga sebanyak 10%.
Macam-macam promosi disediakan oleh The RuMa Hotel & Residences sempena dengan Ramadan ini, kan. So pembaca kesayangan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi Buffet Ramadan Edisi Nyonya di The RuMa Hotel & Residences dengan cara "BELI AWAL". Sila Whatsapp 03-27780735 atau hubungi 03-27780888. Boleh juga email atas@theruma.com
OK my lovely readers, I have done sharing my Buka Puasa experienced at The RuMa Hotel & Residences with you. See you in my next post!
Buffet Ramadan 2022 : Sajian Nostalgia Kampungku di Menara Kuala Lumpur
Hai pembaca kesayangan,
Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang semakin menghampiri, Menara Kuala Lumpur membawakan Buffet Ramadan Sajian Nostalgia Kampungku yang akan bermula dari 4hb hingga 24hb April 2022 dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.
Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke SKY DECK bagi setiap pembelian pada hari yang sama iaitu hanya RM20 (Dewasa) dan RM10 (Kanak-kanak).
Tiket tambahan ke tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur iaitu TOWER WALK 100 pula boleh didapati pada RM15 (Dewasa) dan RM10 (Kanak-kanak).
So, pembaca kesayangan, jangan lepaskan peluang untu berbuka puasa bertemankan pemandangan langit Kuala Lumpur yang indah di Menara Kuala Lumpur. Hanya RM88 sahaja seorang untuk belian awal sebelum 25 Mac 2022.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi nombor telefon 03-20205499 atau layari www.menarakl.com.my
Jangan lupa ikuti :
Instagram Menara Kuala Lumpur dan
Buffet Ramadan 2022 : Santapan Warisan di Corus Hotel, Kuala Lumpur
Hai pembaca kesayangan,
Satu lagi perkongsian tentang buffet buka puasa dari Misz-ella. Kali ini Misz-ella ke Corus Hotel untuk menikmati Buffet Ramadan Santapan Warisan.
Buffet Ramadan Santapan Warisan diadakan di Dondang Sayang Coffee house, Corus Hotel, berhadapan dengan pintu masuk. Senang sungguh nak cari, masuk je hotel pandang kiri terus jumpa.
Menyediakan hampir 200 hidangan Melayu tradisional seperti Daging salai masak lemak pucuk ubi mangga muda, Asam pedas ikan tenggiri, Udang masak kapitan dan macam-macam lagi.
Kalau tak cukup pedas, boleh ke kaunter aneka sambal ni. Macam-macam sambal, kerabu dan ikan masin ada .. pembuka selera sungguh!
Kambing panggang yang sentiasa menjadi idaman ramai di bulan Ramadan pun ada. Kambing panggang kat sini sedap! Sangat sedap!
Buffet Ramadan Santapan Warisan akan diadakan bermula dari 5hb April sehingga 30hb April 2022 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam pada harga RM108 nett (Dewasa) dan RM70 nett (kanak-kanak) dengan tawaran 10+1 (percuma 1 untuk setiap 10 belian).
Selain dari buffet ramadan, pengunjung juga boleh menempah Ayam Bakar Mentega with Garlic Herbs untuk dibawa pulang. Hanya RM68 seekor boleh dinikmati sehingga empat orang.
Akhirkata, Terima Kasih The Corus Hotel kerana menjemput Misz-ella dan rakan-rakan ke preview buffet Ramadan Santapan Warisan. Best! Sangat best!
Untuk tempahan, sila telefon atau Whatsapp 0122874820 atau 0122820786.
I'm Misz Ella. I am a Lifestyle Blogger. I share my thought about the Beauty products that I used, my travelogue, the food that I enjoyed and my healthy living routine. Email me at kakchik_ella@yahoo.com if you have any enquiries
Followers
POPULAR POSTS
-
Hello pembaca kesayangan, Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang tempat makan menarik Ala-ala Taman di dalam hutan yang lokasinya t...
-
Hello Hai Readers .. Setuju tak kalau Misz-ella cakap masa mandi adalah masa yang paling best sekali. Masa ni lah nak memanjakan tubuh ...
-
Hello pembaca kesayangan, Tak lama lagi dah bulan puasa dan tahun ini kita bertuah kerana berpeluang berbuka puasa dan beribadah bersama ahl...
-
Hello readers .. Hari ni jom kita cerita tentang Cabaran Kurus. Well rasanya cabaran untuk menguruskan badan atau menurunkan berat bada...
-
Hello lovely readers... I believe each and every one of us wants to look good and feel the best on our appearance. One of the most imp...
-
Hello pembaca budiman .. Kali ini mari kita bercerita tentang gemuk or lebih berat badan. Gemuk tak cantik, kan .. Ohhh .. silap. Ada j...
-
Hello pembaca kesayangan, Dalam banyak-banyak kisah, kisah benar paling kita suka dengar dan dalam banyak-banyak kisah benar, kisah k...
-
Dear Frens, as promised here, hari ini dgn rasa riang gembira dan excitednya, i officially launched my 1st misz-ella.blogspot Contest. Wa...
-
Hello pembaca kesayangan, Sebelum Misz-ella sambung kisah Ekspresi Media Kenyir 2019, Misz-ella nak kongsi cerita dulu tentang houseb...
-
Hello pembaca kesayangan, Kali ini Misz-ella nak kongsi cerita tentang minyak wangi Arab. Misz-ella memang peminat minyak wangi, dari dulu l...