Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Passionfruit Crispy Layered Crepe, Chicken Kebab Wrap, Murtabak Telur Gaya Bogor oleh Mission Supersoft Original Wraps

Hello pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella bawakan kisah Wrap kegemaran rakyat Malaysia keluaran Mission Foods. Mission Foods telah memberi penambahbaikan kepada wrap aslinya di Majlis pelancaran Supersoft Original Wraps, baru-baru ini.

Supersoft Original Wraps yang ditambahbaik ini kini lebih lembut dan mudah dibentuk, dengan tekstur cair di mulut malah ia lebih fleksibel bagi memudahkan kita menyatukan semua bahan kegemaran bersamanya.


Dikeluarkan oleh salah sebuah pengeluar tortilla, roti leper, dan tepung jagung terbesar di dunia, Supersoft Original Wraps yang lebih lembut ini bakal meningkatkan lagi kelarisan produk wraps dari Mission menyertai varian lain seperti 6-Grain, Bijirin Penuh, Bawang dan Kucai, Bawang Putih dan Kentang, kesemuanya akan ditambahbaik dengan formula Supersoft.


Untuk mengetengahkan sifat lembut tetapi kuat bagi produk terbaharu ini, Mission Foods Malaysia melancarkan kempen untuk meraikan wanita bertemakan #softandstrong. Dikuasakan oleh personaliti terkenal dalam bidang mereka yang tersendiri, kempen yang diadakan sepanjang April meraikan sifat-sifat kewanitaan pada wanita sambil menonjolkan kekuatan dalaman mereka.
  
#Softandstrong telah menyatukan tiga nama besar - penyanyi ikonik Malaysia, Ning Baizura, personaliti kecergasan yang begitu berinspirasi Linora Low, dan usahawan berjaya di sebalik jenama Frankitas, Francisca Turner. Ketiga-tiga mereka ini adalah contoh sebenar wanita yang telah menghadapi dan mengatasi kesukaran dalam kehidupan untuk berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing.

Ketiga-tiga personaliti ini berkongsi inspirasi dan pengertian maksud #softandstrong kepada mereka. Mereka juga masing-masing telah mencipta empat resipi setiap seorang yang dimuatkan di dalam buku resipi Mission Foods, yang diberikan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dan Singapura dengan setiap pembelian produk-produk Mission Foods.




Semasa pelancaran kempen tersebut, Ning Baizura, yang turut dikenali sebagai salah seorang dari 3 Diva Malaysia telah menunjukkan demonstrasi penyediaan pencuci mulut kegemarannya, Passionfruit Crispy Layered Crepe. Ning baru-baru ini turut melancarkan koleksi minyak wanginya sendiri dan telah membuka sebuah restoran, dan sangat berbangga menjadi seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki berusia 5 tahun. Ning turut berkongsi betapa pentingnya bagi gadis dan wanita muda untuk mengenalpasti kekuatan di dalam diri mereka sambil mengekalkan sisi kewanitaan masing-masing. 



“Ia agak mencabar untuk memiliki nilai kelembutan dan kekuatan pada masa yang sama. Saya sangat gembira apabila terpilih sebagai salah seorang wakil untuk memberitahu kepada wanita di luar sana bahawa sekiranya saya boleh melakukannya, anda juga boleh,” kata Ning.



Bagi Linora Low, seorang penyampai radio, pengacara dan seorang pengamal pemakanan dan gaya hidup yang sihat, kempen ini amat bermakna baginya kerana ia membolehkan beliau menyampaikan mesej mencintai diri sendiri di kalangan wanita. “Wanita biasanya disalah tafsir sebagai simbol jantina yang lemah kerana mereka lembut dan sensitif, tetapi kelembutan sebenarnya adalah kekuatan bukan kelemahan. Wanita boleh memindahkan gunung (melakukan perkara yang berat) dan bangkit sebaik sahaja minda ditetapkan dan ia adalah sisi lembut yang memberi kita empati untuk menjadi baik dalam keadaan kita menjadi kuat,” 



Linora berkongsi resepi Wrap Kebab Ayam. Linora turut membakar hirisan wraps untuk menjadikannya lebih ranggup dan menambah rasa untuk resipi salad kegemarannya.


Francisca Turner yang merupakan pengasas Frankitas, sebuah jenama fesyen antarabangsa, menggambarkan perjalanannya sebagai seorang usahawan satu pengalaman yang mengubah hidupnya. “Sebagai seorang usahawan anda memerlukan minda dan disiplin yang kuat tetapi anda juga perlu tahu bila untuk menjadi lembut – cukup untuk melentur, tetapi tidak mematahkan,” ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengulangi salah satu petikan yang dikongsi bersama dalam kempen ini. 


Francisca berkongsi resipi kegemaran keluarganya, Murtabak Telur Gaya Bogor yang menggunakan kelembutan dan kekuatan membungkus kesemua bahan-bahan dengan sempurna semasa digoreng.


Mission Supersoft Original Wraps ini yang dijual 8 keping dalam satu pek turut dijual bersama perisa lain dan ia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mission Wraps dan produk lain keluaran Mission Foods, sila layari laman sesawang www.missionfoods.com.my

Mission Foods #perfecttogether kempen bersama Chef Wan


Hello pembaca kesayangan,



Peneraju roti leper (wraps) Mission Foods dan produk tenusu terbesar Emborg telah bergabung melancarkan kempen #perfecttogether bersama lagenda kulinari, Chef Wan. Kempen #perfecttogether ini menjanjikan kelainan kreativiti resipi hasil daripada gabungan kedua-dua produk jenama ini dengan pelbagai cara yang lazat dan menyenangkan.

Sepanjang bulan Ramadan sehingga menjelangnya Syawal, Chef Wan akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya yang digabungkan bersama produk Mission Foods dan Emborg. Sebanyak 10 resipi #perfecttogether mudah dan cepat boleh didapati secara dalam talian dalam bentuk video yang boleh ditonton oleh pengguna sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja mereka berada.

"Kolaborasi bersama  Mission Foods dan Emborg untuk kempen ini benar-benar merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan berinspirasi.

Ramadan dan raya segala-galanya mengenai keluarga, sahabat dan orang tersayang untuk berkongsi makanan sama ada ketika bersahur atau pun sewaktu berbuka puasa. Oleh itu, resipi-resipi ini dihasilkan bersama gabungan bahan-bahan terbaik daripada Mission Foods dan Emborg. Kedua-dua produk ini benar-benar #perfecttogether," kata Cef Wan, Chef antarabangsa yang terkenal dan juga merupakan 'khazanah' negara.



Baru-baru ini, satu sesi ramah mesra bersama media telah diadakan sempena pelancaran kempen #perfecttogether. Tetamu yang datang telah menjadi antara yang pertama mendalami  kempen tersebut dan turut berpeluang mengikuti demonstrasi masakan oleh Chef Wan. 




Antara resipi pilihan Chef Wan pada majlis itu ialah wraps murtabak kambing, piza tuna pedas dan ikan bilis, serta wraps tat keju kelapa dan pisang. Dalam demonya, Chef Wan turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan kedua-dua produk tersebut termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan. 

Seronok menyaksikan demo Chef Wan kerana kesemua masakan yang beliau persembahkan menggunakan Mission Foods dan Emborg adalah mudah, cepat, berkhasiat dan enak – menjadikannya makanan ideal untuk Ramadan di mana rata-rata masyarakat lebih cenderung memilih masakan yang menjimatkan masa memasak.
  


Acara ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti masakan seperti Juliza Adzlizan, Didie Nasir dan Danish Harraz yang merupakan sebahagian daripada kempen ini dan turut berkongsi resipi masing-masing bersama resipi Chef Wan #perfecttogether.

Buat pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, jangan ketinggalan ikuti kempen yang telah bermula dari Mei ini kerana resepi-resepi ciptaan Chef Wan mudah disediakan, cepat dan dijamin akan membangkitkan selera kita sekeluarga. Kesemua siri resipi ini telah dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Misssion Foods  Malaysia, Emborg dan media sosial Chef Wan untuk dinikmati semua.

Di Instagram, anda boleh lawati laman-laman ini: @missionfoods.my; @emborgasia; dan @ _chefwan58; manakala untuk Facebook pula, anda boleh layari: https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia/ dan https://www.facebook.com/EmborgMalaysia/   

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Mission Foods dan Emborg di www.missionfoods.com.my dan www.emborg.com.



Crispy Choco Bar untuk Hari Raya


Hello pembaca kesayangan ..

Tak lama lagi kita dah nak beraya. Misz-ella nak kenalkan you all dengan Crispy Choco Bar (CCB) keluaran Adeliciousz yang sangat sedap.


Crispy Choco Bar keluaran Adeliciousz ini sangat sedap, lain dari yang lain dan sentiasa dinanti-nantikan menjelang hari Raya. Nak tau kenapa?


Nak tau kenapa Crispy Choco Bar (CCB) menjadi kegilaan ramai bila tiba musim raya? 

LIMITED EDITION (Keluar hanya pada bulan puasa SAHAJA,  sempena HARI RAYA)
KUIH RAYA RARE! takkan jumpa kat tempat lain
KUIH RAYA COKLAT YANG TERSEDAP
Rasa yang RANGGUP sehingga menjilat hujung jari
Rasa Kekacang yang cukup terasa CRUNCHY, kekacang dibakar sebelum di adunkan. 
Diperbuat  menggunakan bahan yang PREMIUM QUALITY





Menarik, kan. Siap dia bakar dulu kekacang tu dulu sebelum diadunkan. Crunchy, rangup, penuh rasa coklat .. leka kita memakannya .. satu demi satu .. tak sedar habis sudah!

Sebekas CCB  yang dibungkus cantik ini hanyalah RM30 sahaja. Selain sesuai untuk dijamu seisi keluarga dan tetamu di musim Raya, CCB juga sesuai dijadikan hadiah/buah tangan bersempena dengan Hari Raya.

Nak order tak? Whatsapp Misz-ella di 012-6013773. Ada diskaun khas untuk yang beli 5 bekas (You all pandai-pandai lah kongsi dengan kawan-kawan, kan)


Juadah buka puasa 11 Ramadan


Hai pembaca kesayangan ..


Alhamdulillah dah  12 Ramadan. Ramadan tahun ni best .. kurang penat .. mungkin kerana cuaca tidak terlalu panas. Pada 11 Ramadan, Misz-ella ada tetamu .. maka hati mula lah berbunga-bunga untuk masuk dapur .. al-maklumlah .. Misz-ella dapat masuk dapur sekali sekali sahaja (bila ada tetamu) .. biasanya kalau tak ada orang datang rumah, Misz-ella akan samada buka puasa di luar dengan kawan-kawan, balik rumah mama atau bungkus sahaja makanan .. so bila ada tetamu .. bukan main suka lah Misz-ella, kan. 

Tetamu Misz-ella pada 11 Ramadan adalah Mazidah dan 2 orang anak perempuannya, Maz bawak Nasi Impit, Rendang, Kuih Tepung Pelita dan Donut. Baby soft shell crab dan Murtabak daging Misz-ella beli di Pasar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail .. sikit-sikit jadi banyak .. meriah meja i tau!



Misz-ella masak sayur campur ditambah tempe goreng ... sedap makan sayur campur macam ni .. rangup, leka dok meratah sayur ni je *rasa macam makan kacang .. haha*



Lepas tu Misz-ella masak Asam Pedas Ikan Dory menggunakan Pes Asam Pedas NisaBakri. Dengan tak ada serai, tak ada daun kesum .. hanya bergantung pada Pes Asam Pedas NisaBakri je, alhamdulillah .. menjadi Asam Pedas Ikan Dory Misz-ella .. cukup rasa, cukup aroma .. tetamu suka, Misz-ella lagi lah suka. 


So, begitulah Ramadan ke 11 Misz-ella. Hari ini 12 Ramadan .. rasa nya nak repeat Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail lagi sekali. Nak cari Murtabak Ayam Cheese, Popia pakcik sedap dan Tahu Sumedang.  Best tau Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail. Korang baca kat https://misz-ella.blogspot.my/2017/06/bazar-ramadan-taman-tun-dr-ismail.html ye.


Ayam Goreng Kunyit






Pagi ni masak Ayam Goreng Kunyit untuk sahur. Gaul garam dan kunyit goreng gitu je. pastu masukkan kentang yang dah dihiris. Dah masak kentang tu masukkan tomato, bawang besar dan cili api yang dah dihiris. Siap. Makan dengan nasi panas-panas pastu Aiman tambah kicap manis. Berselera dia makan.

Gitu lah rumah Misz-ella. Pagi-pagi tak da nya nak makan beria-ia. Se ringkas yang boleh tetapi bisa menaikkan selera sudah memadai. Hummm .. dah 11 Ramadan hari ini. Ada berbaki 19 hari lagi Ramadan kita ini. Semoga Allah permudahkan urusan ramadan kita tahun ini. In sha Allah. Amin.

Lakarkan 'moment' bersejarah bersama Sweetpictures


Hello pembaca kesayangan,


Hari ini Misz-ella nak kongsikan tentang Sweetpictures, sebuah laman web yang membolehkan kita mendapatkan perkhidmatan fotografi secara dalam talian/online. 

Seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi, kalau dahulu kita mencari jurugambar untuk merakam detik bersejarah dalam hidup kita secara rujukan oleh kawan-kawan atau kenalan, melalui Sweetpictures, kita hanya perlukan komputer atau laptop ataupun telefon bimbit dan talian internet berkelajuan tinggi. Duduk diam-diam di satu tempat, layari laman web Sweetpictures .. tekan butang itu dan ini dan akhirnya ... done!

Mudah, kan

OK mari kita kenal Sweetpictures dengan lebih dekat lagi.



Sweetpictures diilhamkan oleh Rudy Azwan Sairan yang mula menceburi perniagaan fotografi pada tahun 2004 secara sambilan. Pada tahun 2008, Rudy mula menjadikan bidang fotografi sebagai kerjaya tetap beliau dan telah menubuhkan Sweetpictures. Diawal penubuhan, Rudy hanya dibantu oleh adiknya, Luqman. Segala-gala proses dilakukan oleh mereka berdua. 




Setelah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran dalam bidang fotografi, Rudy akhirnya mendapat ilham untuk menawarkan khidmat Sweetpictures melalui talian (online) iaitu dengan menubuhkan sweetpictures.com, on-demand photography platform yang pertama di Malaysia.




Sweetpictures menawarkan perkhidmatan 'life event photography' seperti di atas. Selain dari itu, perkhidmatan fotografi untuk majlis konvokesyen, pelancaran produk, sambutan ulangtahun kelahiran atau perkahwinan,  majlis berendoi dan yang lain-lain turut disediakan.

Laman web Sweetpictures telah mula beroperasi sejak dari bulan Januari 2018. Pada waktu ini, Sweetpictures mempunyai rangkaian jurugambar seramai 58 orang di seluruh Semenanjung Malaysia yang bersedia menawarkan khidmat fotografi. Kesemua jurugambar bertauliah yang berdaftar dengan Sweetpictures ini telah di 'screen' biografi mereka oleh pihak Sweetpictures terlebih dahulu.


Nak tau bagaimana laman web sweetpictures berfungsi? Sila scroll entry ini sampai habis ye ..












Masukkan tarikh, lokasi dan majlis yang memerlukan perkhidmatan fotografi








Selepas itu, kita akan dibawa ke halaman di mana kita dapat melihat biografi lengkap jurugambar sebelum kita membuat pilihan. Testimonial ke atas kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh jurugambar turut disediakan untuk rujukan.






Paling menarik, kita berpeluang untuk melihat sendiri jenis kamera atau 'gadget-gadget' lain yang dimiliki oleh jurugambar tersebut. Lengkap, kan!





Dah pilih jurugambar? Di sini kita pilih majlis yang dirancang pulak ye ..





Masukkan tarikh dan on-the-spot quotation akan terpapar di skrin.

Setuju?

Terus tekan BOOK NOW



Dan kita akan dibawa ke halaman seterusnya di mana urusan pengesahan tawaran perkhidmatan akan dijalankan. Pada waktu ini, pelanggan tidak perlu membayar keseluruhan kos perkhidmatan kerana Sweetpictures hanya akan mengenakan deposit sebanyak 20% sahaja manakala baki 80% lagi hanya akan dikenakan 14 hari sebelum acara berlangsung.




Cara pembayaran adalah melalui 'payment gateaway' .. segala-galanya adalah melalui ONLINE. Mudah, kan.

Tetapi jangan risau sekiranya kita tak memiliki 'online banking' atau tak boleh buat 'online payment' kerana Sweetpictures sangat fleksibel .. pelanggan dibolehkan membuat bayaran melalui Cash Deposit Machine atau datang terus ke pejabat Sweetpictures untuk membuat bayaran tunai tetapi haruslah berhubung dengan pihak Sweetpictures terlebih dahulu.

Selepas semua urusan selesai, pelanggan hanya perlu menunggu. Jurugambar yang dipilih akan menghubungi pelanggan tujuh (7) hari sebelum tarikh majlis berlangsung.



Ye .. ini lah barisan hadapan dan tulang belakang Sweetpictures yang memastikan urusan merakam moment bersejarah kita berjalan lancar. Sweetpictures mempunyai 21 orang kakitangan di bahagian Jualan dan Operasi yang menjaga keseluruhan proses perjalanan rakaman gambar. Jurugambar hanya perlu merakamkan detik bersejarah, urusan seterusnya akan dijalankan oleh pihak Sweetpictures sendiri sehinggalah pelanggan menerima 'end product'. 

Misz-ella sendiri dah teliti konsep yang dijalankan oleh pihak Sweetpictures dan kesimpulannya :-

Konsep online sweetpictures adalah sangat 'customer-friendly' kerana :-

Dengan rangkaian jurugamber di Seluruh Semenanjung Malaysia, pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih jurugambar yang dikehendaki.
Harga perkhidmatan ditetapkan oleh Sweetpictures.
Urusan bayaran hanya melalui Sweetpictures.
Risiko jurugambar tidak datang pada hari yang ditetapkan tidak ada kerana pihak Sweetpictures akan mendapatkan jurugambar gantian (sekiranya perlu).
Kualiti End-products dijamin oleh pihak Sweetpictures yang mempunyai kakitangan teknikal yang mahir dalam bidang 'editing'
  


So pembaca-pembaca kesayangan, Misz-ella sendiri sejujurnya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan perkhidmatan fotografi Sweetpictures setelah mengunjungi pejabat operasi Sweetpictures yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Selain dari itu, Sweetpictures turut mempunyai dua lagi cawangan iaitu di Pulau Pinang dan Johor.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang Sweetpictures, you all boleh lah layari :


LIKE Facebook Sweetpictures di https://www.facebook.com/sweetpictures/

dan Ikuti Instagram Sweetpictures di 


hubungi nombor telefon 

03-9174 6868
019-888 3176

Dan kunjungi pejabat Sweetpictures di 

Sweetpictures Gallery
54-1 Danau Lumayan Business Centre
Jalan Danau Lumayan 1
Bandar Sri Permaisuri
56000 Cheras
Kuala Lumpur








Buka Puasa di Restoran Halia, SACC Mall


Hello pembaca kesayangan,

Hari ni dah 10 Ramadan. Sekejap betul masa berjalan, kan. Alhamdulillah sepanjang 10 Ramadan ini Misz-ella telah berpeluang untuk berbuka puasa dengan ramai 'kesayangan'.

Ramadan ke 9, Misz-ella telah ke Shah Alam untuk bertemu dengan 'kesayangan' dari kumpulan hijau. Misz-ella panggil diaorang ni orang-orang hijau kerana latarbelakang diaorang adalah 'Landskap' .. tapi kebanyakan dari mereka telah meninggalkan bidang tersebut dan beralih ke bidang lain.

\

Kali ini kami ke Restoran Halia, SACC Mall (berhadapan dengan Uncle K). Yana yang pilih restoran ni kerana restoran ini ada hidang makanan 'small eats' ala-ala 'boat noodles' .. sesuai lah untuk kita yang tak makan banyak ni. 


Cantik restoran ni .. 'colourful'!


Dan kami pun pilih dinding cantik ni sebagai tempat makan kami ..




Yang ni lah kitorang order  - meatball, tom yum glass noodle, beef glass noodle dan popiah tu RM1.90 je sepinggan, Chicken Lor bak tu RM7.90, tambah dengan 3 pinggan Thai Chicken Basil Rice, 1 pulut mangga, 3 cendawan goreng dan 5 gelas minuman - RM87 sahaja. 






Pada Misz-ella, harga makanan di sini sangat berpatutan. Restoran bersih dan paling penting, makanan dia sedap. So you all, kalau sedang mencari tempat berbuka puasa di sekitar Shah Alam, Misz-ella rekomen lah tempat ni - Restoran Halia. Buat 'reservation' dulu ye .. supaya you all tak gigit jari. Hehe.




Nisa Bakri Exclusive Ramadan Offer ~ perkhidmatan katering di bulan yang mulia ini

Hello pembaca kesayangan,

Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan yang mulia. Bulan paling pemurah dimana semua pintu rezeki terbuka buat mereka yang sentiasa berusaha dan ingat padaNya. Rezeki buat mereka yang memerlukan, rezeki buat mereka yang berniaga (pasar ramadan) dan juga peluang untuk mendapat ganjaran pahala.

Buat sesiapa yang sedang mencari perkhidmatan katering di bulan Ramadan baik untuk diri sendiri mahupun untuk jamuan korporat ataupun untuk dijadikan sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin atau pun warga tua, di sini Misz-ella nak kongsikan tentang Nisa Bakri Exclusive Ramadan Offer.




Kesayangan Misz-ella, Puan Sri Nisa Bakri yang cantik, lemah lembut, manis, peramah dan manja ada menawarkan Perkhidmatan NISA BAKRI CATERING.

Kalau pembaca semua nak tau, Puan Sri Nisa Bakri memang terlalu cintakan bidang masakan dan sejak dari dulu lagi suka menjamu tetamu dengan air tangan beliau sendiri. Bermula sebagai hobi dan suka-suka, berkat kesungguhan beliau, akhirnya Puan Sri Nisa Bakri telah menjadikan bidang masakan sebagai kerjaya. 

Selain dari sering muncul di kaca TV Malaysia, Puan Sri Nisa Bakri turut muncul di rancangan masakan di Dubai, Indonesia dan terbaru di London. 

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, Puan Sri Nisa Bakri membawakan NISA BAKRI CATERING untuk memenuhi permintaan 'Juadah Berbuka Puasa'

Juadah istimewa Berbuka Puasa yang dimasak sendiri oleh Puan Sri Nisa Bakri menampilkan Menu-menu seperti berikut :-

Nasi Wangi
Gulai Ayam Lemak Bertutu
Beriyani Ayam Yamen
Asam Pedas Udang Telur Masin
Sayur Campur
Kuih Muih
Minuman

RM59 nett/seorang @minimum 20 orang setiap tempahan

Bagi setiap tempahan minimum 20 orang, penghantaran adalah PERCUMA (untuk Lembah Klang sahaja).


Selain dari itu, buat mereka yang berhajat untuk bersedekah kepada golongan fakir miskin dan kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini, NISA BAKRI CATERING turut menawarkan pakej yang lebih ekonomi :-

Nasi Wangi
Kari Ikan ATAU Asam Pedas Ikan Nisa Bakri
Kobis Goreng
Telur Rebus Kicap
Kuih
Minuman 
HANYA RM12 sebungkus 
@Tempahan minima: 50 bungkus
Termasuk kos penghantaran di sekitar Lembah Kelang

Hanya dengan RM12, NISA BAKRI CATERING membantu kita beramal dengan cara menyumbang makanan buat mereka yang memerlukan. Tak perlu lagi kita risau tak cukup masa atau tak pandai memasak, serah sahaja kepada NISA BAKRI CATERING.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut, sila telefon atau whatasapp Jasmin di no 012-302  7094. Selamat Beramal ye pembaca kesayangan.