Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Aiman Tino keluarkan Qurta 'hipster' - Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity

Hello pembaca-pembaca budiman,




Kali ini Misz-ella bawakan berita baik untuk penggemar-penggemar Qurta dan peminat-peminat Aiman Tino. Setelah mencipta kejayaan dengan produk kosmetik Sweet Aiman, kini Amin Tino menceburi bidang fesyen pula, sekali lagi bekerjasama dengan pihak Wonder Glow. 



Baru-baru ini, bertempat di Busana @ Menara Mara Kuala Lumpur Aiman Tino telah melancarkan “Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity” 

Qurta yang berkonsepkan "hipster" ini ialah sebagai hadiah Iman kepada peminat peminat nya sempena menyambut Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti. Qurta by Sweet Aiman Fashion UnverCity


Aiman memilih konsep Qurta “hipster” kerana ianya menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur.  Qurta by Sweet Aiman ini boleh didapati dalam 10 warna terkini yang mana semua warna dipilih oleh Aiman sendiri. 





Selain dari pilihan warna yang ceria, satu perkara yang menarik lagi tentang koleksi pakaian Qurta by Sweet Aiman ini ialah ianya bercirikan "unisex" dimana ia boleh digayakan oleh wanita juga. Pemilihan rekaan dan corak Qurta ini adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, iaitu pengasas produk Wonder Glow.


Bagi menyambut bulan Syawal yang akan menjelang tak lama lagi, Aiman turut memeriahkan suasana Syawal kita dengan mengeluarkan lagu raya berjudul Lara Dalam Kerinduan. Lara Dalam Kerinduan telah dimuatnaik di saluran YouTube pada 12 Mei 2017 yang lalu, kini telah mencapai lebih dari sejuta penonton.  Wow !! tak sabar Misz-ella nak check it out ..


“Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity” boleh didapati di Mydin pada harga RM79.90 sahaja. 

So peminat-peminat Aiman Tino, Raya tak lama lagi dan pasti semua sedang sibuk cari baju raya, kan. Jom kita kunjungi rangkaian terpilih Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia, di antaranya ialah :

1) Mydin USJ Subang, 
2) Mydin UTC Melaka, 
3) Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang, 
4) Mydin Kubang Kerian Kelantan, 
5) Mydin  Pelangi Indah Johor Baru, 
6) Mydin Meru Raya Ipoh  
7) Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur 

Dan semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia bermula pada awal Ramadan ini dan dapatkan “Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity” sehelai dua. Abang-abang boleh pakai, kakak-kakak dan adik-adik pun boleh, cepat-cepat jangan lambat sebab seperti biasa, Mydin Hyper Market sentiasa jadi pilihan membeli belah kelengkapan dan keperluan hari raya.

Ada lagi satu berita baik .. sebagai tanda Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia yang telah menyokong Sweet Aiman selama ini, pihak Sweet Aiman dengan sukacita telah melancarkan peraduan "Soul to Seoul Contest Sweet Aiman”. Peminat-peminat berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea serta wang tunai RM10,000. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM500,000.

Cara untuk menyertai peraduan ini adalah sangat mudah. Beli sebarang kosmetik atau pakaian Qurta Sweet Aiman dan kita layak menyertai peraduan “Soul to Seoul Contest Sweet Aiman” ini.

Pembeli perlu mengimbas QR CODE yang tertera dibelakang kotak produk atau “tag” pakaian. Setelah imbasan QR CODE dibuat, pembeli akan dibawa ke laman web Peraduan Sweet Aiman dimana pembeli harus mengisi maklumat-maklumat yang dikehendakki di borang peraduan “on-line” di laman web tersebut. Simpan resit pembelian dan nombor ID Sweet Aiman yang terdapat pada setiap kotak produk  sebagai bukti pembelian. Cabutan bertuah akan diadakan pada bulan September 2017. Wow .. Wow .. Wow .. Senangnya!! Misz-ella pun rasa nak join lah! Mana tau dapat terbang ke Korea dengan percuma, kan *tehehehe*

So pembaca-pembaca Dari Jari-Jari Halusku yang Misz-ella sayangi, Misz-ella dah habis kongsikan tentang 2 perkara best dalam entry ini ~ “Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity” dan “Soul to Seoul Contest Sweet Aiman”.
  
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Tel          : +6016 7094042
Email      : sweetaiman360@gmail.com


Sekian perkongsian Misz-ella untuk entry kali ini. Terima kasih baca. Jumpa lagi di lain entry. Bye.

Kelantan 2017 ~ Restoran Nasi Ulam Cikgu, Tok Aman Bali Resort, Professor Cendol, Pantai Irama


Kelantan 2017 ..

Kelantan is the hometown for my late father. Yes .. my late father is from Kelantan. My mom is from Perak .. while myself and my siblings were born and grown up in Kuala Lumpur.

I made a point to went back to my late father hometown after a small discussion with my family. Living in a big city like Kuala Lumpur, Kelantan is always in our heart.

Sampai sahaja di Kelantan we went to the best Restaurant for Nasi putih and Ulam-ulaman in Kota Bharu ~ Restoran Nasi Ulam Cikgu - Yummy! Located in Kampung Kraftangan, this restaurant served the best ulam-ulam (raw vegetables) Aiman ate nasi with 'ikan keli' because 'ikan keli' is his favourite. Aiman cakap sedap walaupun lauk dia sikit. Ulam je banyak.


Bila dah kenyang hati pun senang, kita teruskan perjalanan selama 1 jam untuk ke Tok Aman Bali Beach Resort. 

Cantik, kan bilik di Tok Aman Bali Resort ni .. Entry about this beautiful room will be on the blog, soon.


Dah selesai dengan bilik? Kita keluar balik pergi makan cendol. Yahuu! Tak tau pulak Professor Cendol ni femes. (psst ada sesetengah cendol boleh tambah/refill free tau)

Ini pasembor. Pasembor bercirikan Penang tapi kuah Kelantan. A bit sweet lah .. 

Dan inilah Cendol Professor yang semakin digemari ramai tu. Yang ini Cendol Special ~ ada pulut, ada jagung, ada kacang, ada roti dan Ice cream - Sedap makan diwaktu cuaca panas. Nyaman tekak.

Dan selepas itu, kami ke Pantai Irama, Bachok.

Hati sayu di Pantai Irama ni ~ Teringkat kenangan bersama Arwah Abah .. bersama-sama menyusuri pantai dan kemudiannya makan Ikan Celup Tepung di salah sebuah gerai disini. Kenangan manis bersama Arwah Abah, mana mungkin akan ku lupakan .. selagi hayat di kandung badan.


Dan selepas itu, Kucing comel yang Misz-ella temui di Pantai Irama itu setia menemani Misz-ella ke sana sini


Comel. Cute kan dia .. manja!


Dan kita pun wefie ..


3H/2M di Kelantan - sempat kami ziarah saudara mara di sini. More entry will be on the blog, soon. Akan cuba update selaju yang boleh walaupun penat belum habis lagi. Satu yang pasti, Misz-ella sangat bersyukur dengan kekuatan yang diberi Allah SWT. Walau jiwa kacau, walau berpenat-penatan memandu kereta dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan sesampainya sahaja terus ke event, Alhamdulillah segala-galanya berjaya ditempuh dengan jayanya. Segala kekuatan hari ini, samada tenaga atau minda adalah dari Dia. Banyak lagi kisah yang akan Misz-ella kongsi di sini. Rajin-rajin ziarah ye. OkBye. Terima Kasih baca.

Tarte Tartin Cooking Workshop with LeCordon Bleu ~ Le French Festival in Kuala Lumpur

Hello lovely readers ..

Do you know that the French community in Malaysia celebrates Le French Festivals every year? Every year, nearly 12,500 people will gather to take part in various events organised by the Alliance Francaise and the Embassy of France in Malaysia in several locations of Kuala Lumpur, Penang and with additional location which is Kota Kinabalu for the first time this year.

The Festival which highlighted the best of French performing arts, visual arts and cinema, education, gastronomy and science focus are to create linkage between French and Malaysian cultures.

I personally attended the Flea Market which was held at Alliance Francaise last year. It was fun!! Talking about French gastronomy, among activities organised were Bonjour France ~ A Taste of France. A few series of roadshow performing the art of French gastronomy was organised in collaboration with the partners, Le Cordon Bleu. 


I recently had an opportunity to watch a workshop on how to cook Tarte Tartin, an upside down pastry in which the fruit (usually apples) are caramelized in butter and sugar before the tart is baked. Tarte Tartin is originated in France and has spread to other countries and became famous over the years. I love Tarte Tartin too!

The cooking workshop which was organised by Le Cordon Bleu took place at Bangsar Shopping Centre and its open to public. I came to support the cooking demonstration workshop by my favourite French cafe, Chez Leoniel.


We were taught on the right technique on how to bake a Tarte Tartin by Chef Leoniel. Mix Butter and Sugar in pan .. stir it well to avoid uneven burnt sides. Stir regularly until the sugar begins to caramelize.

Add in appples. Keep on stirring it for 20 minutes and ensure to baste the apples with those cooking juices.


Arrange the apples facing all at the same directions. Make sure to arrange them fairly and tight. Roll out the pastry puff. Bake until the pasty is nicely brown at 175 degree celcius around 15 minutes.

Tadaaaaaa .. its ready!

Mmmmmmm .. Yummy!


With Ms Ming, the General Manager of Le Cordon Bleu and Chef Leoniel


The Tarte Tartin cooking workshop were brought to the public by Le Cordon Bleu in conjunction with Le French Festival in Kuala Lumpur which is happening from 4th May 2017 to 18th June 2017. Le Cordon Bleu which was founded in Paris in 1893, is considered today as the largest network of culinary arts school in the world with more than 35 institutes in 20 countries, training more than 20,000 students of over 100 nationalities every year.

Le Cordon Bleu now collaborate with Sunway University in offering Le Cordon Bleu tradition, expertise and passion to design your international career and join Le Cordon Bleu International, the world's most exclusive hospitality club.

More information about Le French Festival can be find by visiting http://lefrenchfestival.com.my/ while more information about Le Cordon Bleu Institute of culinary arts can be find at www.cordonbleu.edu/malaysia



Papahug & Mamakiss ~ Fragrance of Heart by Shidie Sahaq


Hello pembaca-pembaca budiman,

Baru-baru ini Misz-ella ke pelancaran minyak wangi terbaru lagi. Amboi .. selalu berwangi-wangian .. makin wangi lah blog reader Misz-ella nanti, kan .. almaklumlah .. semakin banyak perkongsian, semakin banyak informasi yang pembaca blog Misz-ella ini akan dapat. Sharing is Caring .. demi cinta kepada pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini, Misz-ella rela *hehehe*


Terbaru di pasaran adalah minyak wangi Papahug & Mamakiss ~ Fragrance of Heart by Shidie Sahaq. Masa dapat jemputan untuk hadiri majlis pelancaran minyak wangi ini, Misz-ella teruja !! Sebab nama minyak wangi sangat lain dari yang lain. Tak sabar nak check it out!


Maka kaki pun melangkah ke Restoran Saloma Bistro & Restaurant dengan keterujaan yang melampau. Apakah Papahug & Mamakiss? Siapakah Shidie Sahaq? OK .. Jom baca hingga habis ye pembaca semua ..

Ohh .. begini rupanya minyak wangi Papahug & Mamakiss .. dua jenis minyak wangi keluaran Shidie Sahaq untuk kaum wanita dan lelaki dengan saiz comel 35ml sahaja .. very handy, kan .. senang nak dibawa ke mana-mana. Selain dari itu, pihak Shidie Sahaq juga mengeluarkan Hijabers Spray, produk rambut khas buat mereka-mereka yang berhijab.


Majlis dimulakan sebaik sahaja ketibaan Encik Shidiq Sahaq, usahawan tempatan yang juga merupakan pengeluar produk Papahug & Mamakiss ini.


Dalam ucapan beliau, Encik Shidie berkongsi tentang produk sulung syarikat milik beliau, Shidierich Global Enterprise ini. Wangian Papahug dan Mamakiss ini adalah inspired perfume yang diimport dari France, Swiss dan Germany. Kesemua wangian ini adalah berkualiti EDP yang mana kepekatannya adalah antara 65-75%, sangat pekat dan tahan lebih lama. Mendapat maklumbalas menggalakkan dari para pelanggan, ketahanan wangiannya adalah melebihi 8 jam dan mencapai 12 jam manakala semburan di baju pula dikatakan tahan sehinga 24 jam. Tiada bahan terlarang digunakan di dalam pembuatannya dan ianya juga adalah mesra solat dan halal kerana menggunakan alcohol dari tebu. Maka kita semua boleh lah gunakan tanpa was-was, kan.

Antara wangian Papahug dan Mamakiss yang mendapat sambutan hangat di pasaran adalah yang diinspirasikan dari :-

Dunhill Desired Red
Dunhill Desired Blue
One Million
212Sexy
Jadore
Forbidden Rose
Be Delicious
Midnight Fantasy
Purr
Bombshell
Gucci Flora
Huga Boss Red

Kedua-dua produk telah menjalani kajian demi kajian bagi memastikan inspired perfume ini adalah 90-99% sama kualitinya dengan bau perfume original tetapi boleh didapati oleh orang ramai pada harga yang jauh lebih murah. Ianya juga adalah pilihan terbaik untuk seisi keluarga.


Bagi memantapkan lagi strategi pemasaran, pihak syarikat telah melantik penyanyi Syura Badron dan Lan Kristal dalam urusan promosi wangian Papahug dan Mamakiss ini. Kedua-dua mereka telah mencuba wangian ini dan ternyata dah jatuh cinta pada kedua-duanya.

Pihak Shidierich Global Enterprise turut menaja pembikinan video klip single terbaru penyanyi Linda Eva berjudul Bulan Rindu. Selain dari itu, turut menaja aktiviti sukan selebriti tempatan seperti perlawanan persahabatan futsal dan badminton di antara team sukan selebriti dan organisasi korporat. 

 Encik Shidie Sahaq bersama barisan teraju utama Papahug & Mamakiss

Kerjasama-kerjasama  yang telah dijalankan oleh pihak syarikat ini telah menjadikan syarikat ini lebih dikenali di platform media social dimana pengikut Instagram Papahug dan Mamakiss telah mencecah hingga ke 11,000 orang dan semakin meningkat hari demi hari.


So buat Misz-ella sendiri, Misz-ella nak ucapkan Tahniah kepada Shidierich Global Enterprise di atas pelancaran produk Papahug dan Mamakiss ini. Saya suka melihat sesiapa sahaja menceburi bidang perniagaan. Selamat Maju Jaya !


Wangian Papahug dan Mamakiss ini boleh didapati pada harga RM59.00 sahaja (35ml) manakala Hijabers Spray pula hanya berharga RM69.00 sahaja. Kesemua produk keluaran Shidierich Global Enterprise ini boleh didapati secara online di Instagram : https://www.instagram.com/byshidiesahaq/ atau di FB : https://www.facebook.com/papahug.mamakiss atau kunjungi laman web mereka di http://shidiesahaqperfume.com/


Selain dari itu, boleh juga berhubung dengan pihak syarikat di no talian :- 019-2978724/016-9601297 atau email sebarang pertanyaan di mamahugpapakiss@gmail.com atau kunjungi pejabat syarikat di alamat berikut : 311, Block 3, Jalan Tepian 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Ok pembaca semua, Misz-ella dah kongsikan tentang produk Papahug Mamakiss dengan you all semua. Terima kasih baca ye, Jumpa lagi di lain entry. Bye.

*Gambar-gambar di entry ini adalah dari Facebook Sam Kassim Events and Communication. Terima Kasih.

Buffet Buka Puasa 2017 - Bazaar Buka Puasa di The Settlement Hotel Melaka


Hello pembaca budiman,

Semakin hampir kita dengan kedatangan bulan Ramadan, semakin teruja Misz-ella nak bawakan entry-entry Buffet Buka Puasa. Kali ini lebih istimewa, kerana lebih jauh Misz-ella berkelana iaitu ke negeri bersejarah, Melaka.



Terletak di No. 63, Kampung Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, Melaka, The Settlement Hotel bersedia untuk meraikan kedatangan Ramadan dengan membawakan Bazar Buka Puasa kepada tetamu sepanjang bulan Mei dan Jun ini.


Membawakan konsep Ala-kampung dengan, Bazaar Buka puasa The Settlement Hotel membawakan pelbagai juadah antarabangsa dan tempatan yang ... ahemmm .. tersangatlah membuka selera. OK Jom .. kita check it out ..










Antara yang menarik menanti tetamu adalah Udang Masak Lemak Nyonya, Daging Kawah Utara, Daging Salai Masak Lemak Ciliapi dengan Mangga Muda, Lala Kam Yeong, Ayam Percik, Ikan Jelawat Tempoyak, Char Kuey Teow, Nyonya Asam Pedas, Ketupat dan Lemang, pelbagai jenis Kerabu, Ulam-ulaman dan bermacam jenis Sambal untuk melengkapkan lagi buka puasa kita.




Roti John Pak Isa dan Gerai Goreng-Goreng Bincang Petang pun ada . Sedap Roti John Pak Isa .. lain dari yang lain.




Selain dari itu, pengunjung boleh ke gerai Panggang Ala Settlement untuk hidangan ikan bakar, sate dan pelbagai lagi yang dibakar segar.



Gerai khas Sup Ujong Pasir dan Laksa Jonker Baba Nyonya pun ada .. pendek kata, semua hidangan terkenal dari Melaka negeri bersejarah ini ada di sini.





Dah sudah berbuka puasa, jangan lupa ke kaunter pencuci mulut dan nikmati kuih muih tradisional dan moden seperti Sago Gula Melaka, Kuih Bingka, Bubur Jagung, Bubur Pulut Hitam dan pelbagai jenis kek-kek moden.




Bazaar Buka Puasa The Settlement Hotel akan bermula dari 3 Jun sehingga 23 Jun 2017 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam dengan Harga Buffet hanya RM68++/Dewasa/seorang dan RM40++/Kanak-Kanak/Seorang. Buat warga Melaka atau you all yang bercadang mahu ke Melaka di bulan Ramadan ini, Misz-ella cadangkan agar you all berbuka puasa di The Settlement Hotel ini. Harga sangat berpatutan, suasana berbuka puasa sangat meriah dan makanan pun tersangatlah sedap .. sampai Kuala Lumpur Misz-ella teringat-ingat. Jangan lupa dapatkan potongan 15% dengan menempah lebih awal. Telefon Tina di 012-3561448 atau 06-2921133 hari ini. Cepat-cepat jangan terlambat.


Misz-ella, Blogger Ben Ashaari dan pihak The Settlement Hotel Melaka

Misz-ella nak ucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak The Settlement Hotel Melaka kerana menjemput Misz-ella.blogspot.com untuk preview Bazaar Buka Puasa ini. Dari jauh saya datang .. so worth my long journey cos the food is super awesome!



Last but not least, I am so excited to share my discovery on The Settlement Hotel with you all, soon. You guys dont forget to check it out! And for the PR and management team of The Settlement Hotel, Thank you very much for your kind hospitality. I had a great time!