Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Entry Santai Sahaja


A night out with Girlfriends and family .. but a failed night for me.  Its ok cos most importantly is my kesayangan happy.  Its our responsibility to make each other happy.  Recently .. bila status FB berbau sedih .. ramai bertanya Kenapa? One simple question yang sangat bermakna .. Tq friends .. i am ok. Sangat ok.  I chased the negative aura right away and welcoming the positive one into my body.

A cup of Teh Tarik, Cheese Nan and Roti Telur. Sekali sekala ambik 'supper' with my Darlings.

I miss Shikara Ride in Kashmir .. tapi terubat hati bila berada jauh nun di tempat yang tiada pencemaran yang sangat mendamaikan yang sangat mencairkan hati.  So excited to tell you guys about it.

An hour of waste last Monday.  Badan disini mindanya di mana? I think that was the worst performance i ever had. Peluh separuh je beb

When the Stress mode is on .. laughter is the best medicine .. untuk put back the mood in the right track .. dah gelak dan rasa lega .. baru rasa ni la Ella yang sebenarnya.

In life, we face a lot of challenge, we face up, down and bittersweet moment .. i feel blessed cos the end result is sweet.  Alhamdulillah .. Allah swt turunkan ujian agar kita lebih tabah dan kuat.  Itu cara Dia bagi rezeki kat kita ... yang pahit masam kelat dulu yang manis di penghujungnya.  Orang cakap .. kalau tak diuji itu tanda Allah swt tak sayang kita so Redha dan Redah sahaja dengan tiap ujian, ok kawan-kawan. 

Jom cuci mata .. cantik, kan Handphone cover tu .. Al-diva la sangat tapi tak sesuai kot untuk orang macam i .. perfume Lolita Lempicka yang sangat best and Free Olio Spagethi during my next visit to Manhattan Fish Market.  Realitinya saya sangat banyak kerja.  Khamis ada Event dengan International brand .. Drafted Entry i nak kena Edit .. drafted entry nak kena prepare and submit .. nak submit profile GCE .. looks like the fun time is over and weekend ni is Hari Raya. Ok bye.  Got to go and prepare other things. Tq baca. Bye.

Trip C

Good morning Malaysia. Hellooo Monday.

I just came back from The C Trip - Comel, cantik, ceria dan comot.
Ditemani 'travelmates' yang ceria .. together we mencomotkan diri di sini.
Scenery yang cantik buat hati melekat di sini.
Everything is so comel here lah!

4 Days 3 Nights travelled with new friends .. met new people, exploring new places, experienced new things gave an awesome experience to a City Girl like me. Sweet-sweet-sweets .. no bitter moments  .. buat hatiku melekat pada mereka-mereka yang terlibat dalam Trip ini.  

Its worth my thousands miles journey. Excited nak share my experience with you here but at the moment i need to re-tune myself into reality .. a long checklist need my touch. Nanti kita cerita panjang ye. Byeeee .. 




Khamis Manis-Manis

Selamat Hari Khamis.
Moga hari ni manis.

Tapi kadang .. disebalik manis itu  terselit sama pahit hempedu.
I am so sad .. *sobs* 



Basuh Muka Biar Bersih dan Cantik

Hai. Selamat Hari Rabu. Harap tak haru-biru.  Pagi ni Misz-ella berada di sebuah Hotel 'classic' di tengah bandaraya KL. Sibuk-sibuk pun, Misz-ella tetap nak 'share' sesuatu dengan readers kat sini.


By the way, ada orang tanya Misz-ella jaga kulit muka macamana?  Ini sabun muka kegemaran saya ~ Borneo Soap Beras Bario Facial Bar.  Ingat Entry ini?  Misz-ella diberi Beras Bario Facial Bar, Sagu Mukah Facial Bar dan Dabai Sarawak Facial Bar.  Tiga-tiga Misz-ella dah guna dan sangat suka.  Yang kat atas ni ialah Beras Bario Facial Bar.  Bila pakai, boleh rasa kulit kita ada pengelupasan nipis atau sikit-sikit .. boleh rasa kulit kita glowing and shine .. boleh rasa otot-otot muka lebih tegang tepuk-tepuk tak gegar kauuu .. Tepuk eh .. bukan lempang. Lempang kalo terus i "X" tak nak kawan. Hehehe.  Nak tau camana Misz-ella guna Sabun mewah yang di 'hand crafted' ni?  Sabun ni besar .. Misz-ella potong dua .. guna satu persatu.  Masa nak guna, Misz-ella akan buat buih kat tapak tangan dan kemudian ratakan buih tu kat muka. Misz-ella buat pusingan kecil guna 2 jari tengah dan jari manis (guna dua-dua tangan kiri dan kanan)  .. perlahan-lahan jangan tekan dengan kuat cos our skin is living cell too .. so jangan sakitkan kulit kita ye .. 20 pusingan di dahi, 20 turun ke pipi, tepi pipi, keseluruhan muka dan dagu. Tiap satu tempat Misz-ella buat pusingan jari 20 kali.  Dah rata seluruh muka baru bilas. Itu cara Misz-ella basuh muka.  Yang bestnya lepas basuh kulit rasa lebih lembut, lebih licin, lebih halus dan lebih berseri.  Borneo Soap ada dijual di theSkintopic The Curve, Mutiara Damansara dan juga di Metrojaya Mid Valley. Both are my favorites spot so Yeayy!!  Menariknya buat you all yang jauh tapi nak cuba Borneo Soap, Borneo Soap juga boleh dibeli Online disini.

Selain dari tu, Misz-ella juga guna Pencuci Muka, Toner dan Moisturiser jenama Kiehl's.  Kiehl's ni Misz-ella guna selalu .. means untuk kotoran bukan beratlah.  Contohnya .. bangun tidur guna Kiehl's ..  kalau kulit lepas bermekap atau baru balik dari luar then Misz-ella akan guna Beras Bario Facial Bar sebab Kiehl's sangat ringan dan light manakala Beras Bario sangat berkesan untuk mengeluarkan kotoran degil dan sel-sel mati dari muka.  And what i can say is best guna dua-dua produk ni. Ok done. Tu je nak 'share' dengan korang semua. Tq baca. Bye.

Marah sekuat hati

Semalam marah orang.
Punya kuat Misz-ella marah
Sampai Aiman kat meja angkat kaki tak sanggup dengar lagi
Padahal i bukan marah dia
I marah orang kat dalam telefon tu

Habis cakap baru Aiman berani turun bawah
Kesian budak tu Ma ..
Biarlah .. sapa suruh kau jadi Customer Service?
Company kau tak betul memang kena la dengan Customer garang macam aku.

Masa ni teringat kata seorang kawan .. Kak Ella kalau marah, terkeluar susuk lawa dari mulut dia. Yang tinggal hanya rupa buruk dia je. Cissss .. dengan ayat-ayat itu maka nyatalah yang aku sangat buruk dan hodoh ketika marah. 

Betullah orang cakap Misz-ella bersifat macam Angin.  Dia ok .. sangat ok .. tapi jangan ada sesuatu yang mengacau dia .. keluar angin puting beliung 'hurricane' semua. Hurmmm .. nasib la sapa yang kena. Tapi rasanya tak ramai yang kena sebab i susah nak 'explode' .. melainkan benda tu betul-betul mengganggu dia.

Readers, jangan marah-marah Ok. Marah adalah satu tekanan sebenarnya.  Yang kena marah tertekan .. yang tukang marah tu pun sama sebenarnya.  Tension jugak sebab marah orang, kan. 

Lepas marah orang i pegi Aero .. I think hanya 90% minda di Lantai Tari .. lagi 10% hanyut entah di mana. Tapi tak pe lah .. dapat jugak bersenam tari selepas seharian memanjakan 'tummy'.  Ringan kepala lepas 'exercise' .. padam dah kot angin marah sekuat hati tu tadi.

Nasib baik kejadian marah berlaku selepas 'Beef lasagna' ni habis kena telan .. kalau tidak .. agaknya pandang je yang mampu. Minggu ni diet ke laut sebab Aiman kesayangan cuti ada di rumah menunggu.  Seronok ooo .. boleh masak-masak, boleh jalan-jalan .. makan pun ada orang teman. Yeahooo .. mak terlebih hepi minggu ni. Ok bye. Dah habis cite marah. Byeee.

Walk Away, Haters, Exercise & Vitamin C

A note to a Blog Reader who e-mailed me recently ...

Dalam sebuah hubungan ..
Kalau tak dihargai
Kalau disakiti berulang kali
Kalau apa yang awak rasa dah tak penting lagi kepada dia
Kalau hati awak asyik luka dan terus dia lukai
Kalau awak sedih tapi dia masih ulangi
Dan dia tak sikit pun rasa simpati
Maybe you should consider to walk away
Tolak ansur kena dua hala bukan sehala
Tak guna kalau hanya awak yang bertolak ansur beralah sedangkan dia terus melukai tanpa belas kasihan dan simpati.  Tak guna.

Nasihat saya ..
Bangkit lah.
Jangan biar diri terus ditindas ..
Walk away with pride.


Sebab diri kita .. perasaan kita terlalu berharga untuk dipermainkan oleh orang yang tak tau menghargai.  Awak bangunlah. Jangan jadi bodoh kerana cinta. Jangan buta hati kerana rasa cinta awak pada dia sebab akhirnya .. hanya awak yang bertanggungjawab menjaga hati awak sendiri .. bukan dia .. kerana dia menyakiti dan melukai .. lepas tu mengaku Cinta.  I hope i have answered you clearly here.

By the way, haritu makan ni dengan Budak Ensem si Aiman .. makan pagi cum lunch plus minum petang pada jam 3 petang. Dasyat kau .. sekali hadap 3 round makan kita 'pow' lepas tu malam dah tak makan.  Macam unta kita boleh simpan stok, kan.


Class Aerodance Jumaat malam minggu lepas. Penuh class 35 orang. Termasuk our Instructor, ada 72 batang kaki dan tangan bergerak bersama. Up, down, left, right, forward, back, jump-jump .. macam-macam kita buat. Seronok exercise ramai-ramai. Tambah seronok bila dance sebelah Umi sebab dia sama macam i .. bila 'dance' selalu 'have fun' dan tak buat muka ketat. Exercise is fun.  Exercise is good for mind and soul. Exercise buat saya rasa 'fit', bertenaga dan awet muda. Do you know that you can strengthen you mind by exercise? Tahukah awak yang saya jarang penat dan mempunyai minda yang kuat kerana saya selalu exercise? Tak percaya? Sila bersenam dengan konsisten 3 kali seminggu dan cuba maintain dekat 20 tahun macam i.

Gambar lama masa muda dulu .. masa ni dok layan Gym .. bina otot di tempat-tempat yang patut .. tu pasal 'my tummy flat' kan, tu dulu .. masa muda .. sekarang dah tak muda. Malah ada orang cakap 40an dah penghujung umur. How can you say that .. penghujung umur itu kan rahsia Allah SWT.  Ada orang terlalu muda lagi dah pergi.  Ada orang dah bongkok tiga masih belum penghujung lagi. Sapa kita nak hakimi dan ukur jangka hayat orang lain, kan. By the way, haters kalau tak suka Misz-ella or tak suka baca blog i, tak payah lah baca.  No point you all datang sini baca lepas tu meyampah meluat segala. Means you come and read my entry lepas tu menyakiti hati sendiri. Haishhh .. kesian kat hati. Cuba jaga hati tu .. biar dia tak sakit, tak menyampah, tak meluat .. biar dia hepi selalu. Hati satu je tau .. tak da 'spare part'. Jaga hati eh .. jangan bagi dia sakit.

By the way, Misz-ella dah 're-stock' Vitamin C. Musim-musim panas hujan panas hujan ni adalah baik kalau kita jaga kesihatan.  Misz-ella dah 2 tahun amalkan makan Vitamin C and i'm very happy.  Dah lama tak demam, tak selsema, tak batuk .. Alhamdulillah.  Kita usaha jaga kesihatan kita .. ketentuannya Dia. Makan Vitamin C, selain dari dapat kuatkan antibodi badan, kulit pun semakin cantik.  Bila bersenam peluhnya Ya Ampunnn .. basah muka dan satu badan semua. I am very happy bila customer bagi 'positive feedback' diaorang hepi dengan Vitamin C yang misz-ella jual ni. Nak order Whatsapp 016-6223138 or email saya kat :- kakchik_ella@yahoo.com ye.

Hepi dapat share good products dengan korang semua.
Hepi dapat buat awak gembira.

Ok cukup dah membebel. Tq baca. Bye.









Glucerna Challenge Me ! - Managing Your Diabetes!

Hello Readers .. Hari ini Misz-ella nak buat Entry bersifat Ilmiah buat readers semua.  Moga-moga ada manfaat untuk kita.


Recently, i was invited by Abbott Nutrition to attend a Talk on Glucerna Challenge Me! program, sebuah program 'online' yang direka khas untuk membantu mereka yang mempunyai masalah Diabetes .. atau buat mereka yang berisiko tinggi untuk menghidap diabetes. Menariknya dengan menyertai program ini, kita bukan sahaja dapat mengatasi masalah diabetes malahan juga dapat membantu mengawal berat badan dan menurunkan kadar kolesterol di dalam darah.  

Diabetes Mellitus, seperti yang diketahui ramai adalah penyakit dimana penghidap mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam darah.  Diabetes Mellitus adalah penyakit seumur hidup dan memerlukan penjagaan dan rawatan rapi dimana sekiranya ia tidak ditangani sebaiknya ia boleh mendedahkan pesakit diabetes ke komplikasi lain seperti Cardiovascular Diseases, komplikasi pada mata, Kegagalan buah pinggang, Kerosakan pada saraf, Tekanan darah tinggi, Komplikasi penyakit kulit dan Amputasi kaki.

Di Malaysia, terdapat 2.6 juta penghidap Diabetes menjadikan kita diantara negara yang mempunyai kadar penghidap diabetes paling tinggi di dunia.

Pihak Abbott Nutrition telah mereka dan membangunkan Progam Glucerna Challenge Me! bagi membantu penghidap Diabetes menguruskan 3 elemen penting dalam pengurusan diabetes iaitu pengurusan kadar glukosa, membantu pengurusan berat badan serta membantu pengurangan kadar kolesterol yang merupakan sebahagian daripada Pelan Pengurusan Diabetes.

Program Glucerna Challenge Me! selama 12 minggu ini akan membekalkan peserta dengan 'online tools' dan  sumber-sumber lain yang diperlukan bagi :-
  • Plan makanan ringkas dan resepi
  • panduan bagaimana menggabungkan Glucerna di dalam Diet sehat penghidap Diabetes
  • Senaman harian langkah demi langkah
Program ini juga menyediakan 'tracking tools' dan laporan kemajuan bagi membolehkan peserta memantau perkembangan terkini dan berkongsi maklumat tersebut dengan Doktor perubatan mereka.


Selain dari diberi penerangan terperinci mengenai Diabetes dan cara menanganinya dengan sokongan Program Glucerna Challenge Me! Kami juga berpeluang mengikuti Kelas Masakan/Baking Hokaido Cake dimana Glucerna merupakan antara bahan utama untuk membuatnya.



Setiap seorang Blogger diberi 2 Bijik Hokaido Cupcakes dan diberi peluang untuk menghias Cupcakes tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Photo dari FB Butterfly Projek Malaysia


Dan tadaaaaaa .. itu Cupcakes yang telah dihias oleh Jari-Jari Halus Misz-ella.  Tak menang hadiah utama but i'm having so much fun!!  Dengan Glucerna, penghidap Diabetes masih berpeluang menikmati kek yang lazat dan berkhasiat.


Program 12 Minggu Glucerna Challenge Me! ini sangat ringkas dan mudah difahami dan ia membekalkan peserta dengan teknik-teknik yang betul bagi membolehkan golongan ini menguruskan dan mengawal diabetes dengan konsep Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.  Sebaik mendaftarkan diri secara Online, peserta akan diberi panduan pemakanan dan senaman untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.  Peserta program akan dibimbing secara Online bagi mendapatkan kesan yang lebih optimum.  Di dalam Program ini, peserta hanya dikehandaki menjalani 3 langkah mudah iaitu :-


  • Peserta dikehendaki mengambil Glucerna - sejenis makanan kesihatan yang membantu mengawal tahap gula di dalam darah.
  • Peserta akan diberi panduan tentang Pelan pemakanan sehat yang bersesuaian untuk membantu pengurusan berat badan
  • Peserta juga akan dibimbing dengan aktitivi-aktiviti fizikal dan kecergasan bagi mendapatkan keputusan yang lebih optimum. Ketiga-tiga langkah ini akan membantu peserta mencapai 3 Matlamat utama Progam Glucerna Challenge Me! ini iaitu Mengawal kandungan gula di dalam darah, menurunkan berat badan dan menurunkan tahap kolesterol di dalam darah.
Apakah Glucerna?

Glucerna dengan formula yang telah diperbaharui adalah SATU-SATUNYA produk nutrisi untuk pesakit Diabetes yang memenuhi sepenuhya garis panduan yang disediakan oleh pihak Malaysia Medical Nutrition Therapy (MNT M2DM). Glucerna adalah sejenis makanan kesihatan yang berkonsepkan "Triple Care System" dimana ianya :-
  • mengandungi New Chromium Picolinate and Sucromalt with Fibresoil yang meningkatkan kesan insulin dan mengoptimumkan pengurusan glukosa darah
  • membantu dalam pengurusan berat badan yang lebih baik kerana ianya sesuai dijadikan "meal replacement".  Glucerna adalah makanan kesihatan yang lengkap dan seimbang dan tinggi serat.
  • meningkatkan taraf pengurusan kolesterol dimana ianya mengandungi Omega -6 dan 3 dan 'monousaturated fatty acids' (MUFA)' yang tidak mengandungi kolesterol.  Diet tinggi Omega -6 dan 3, MUFA dan SFA mengurangkan risiko penyakit Kadiovascular.
Glucerna dengan nutrisi yang sangat berkhasiat untuk penghidap Diabetes disertai dengan Pelan pemakanan sehat dan dibimbing dengan Latihan Senaman dan kecergasan pastinya peserta akan melihat perubahan dalam masa 12 minggu sahaja.  Disamping itu, Program Glucerna Challenge Me! ini bakal mengubah gaya hidup penghidap Diabetes ke arah yang lebih sihat.


Inilah dia Glucerna yang berperisa seperti Aiskrim Vanilla.  Misz-ella sendiri walaupun tidak menghidap Diabetes telah habis mencubanya se tin dan sangat berpuas hati dengan rasanya yang sedap dan sangat suka dengan rasa kenyang yang berpanjangan yang dapat dirasai sebaik sahaja mengambil Glucerna ini sebagai Sarapan Pagi.

Buat Penghidap diabetes yang mahu menyertai Cabaran 12 minggu bersama Glucerna Challlenge Me! ini, sila lawati Laman Web ini. Daftar kan diri anda sebagai peserta dan anda akan dapat memulakan Progam ini dengan segera. Anda juga boleh memuat turun Applikasi 'mobile' yang disediakan untuk telefon pintar Iphone dan Android. Ini sudah semestinya lebih memudahkan anda kerana program ini berada di hujung jari anda dan anda boleh menyertainya bila-bila masa sahaja. Jom kita cuba. Untuk tahap kesihatan yang lebih baik. Untuk gaya hidup yang lebih sihat.  Untuk keceriaan hidup kita dan keluarga.

Layari www.glucernachallengeme.com untuk maklumat lanjut.






















                                                      

Titis Peluh & Airmata. Bola-bola. Silent Reader.

Harini sedih.
Harini buat satu keputusan yang sangat berat.
Dah lama aku tanggung sakit.
Harini aku lepaskan.
Kita merancang dan berimpian
Tapi tak kesampaian.
Tak pe lah. God has his plan for us.
And i believed His plan is better than mine.
*sobs*

Satu benda yang Misz-ella pegang dalam hidup, buat apa pun biar bersungguh. Nak nangis, biar sampai bengkak mata pun tak pe. Lepas tu dah. Lets rise and shine so jom exercise. Bila exercise give 100% komitment .. enjoy the music and smile. Hilang titis airmata berganti titis peluh habis basah satu badan dan muka.  Exercise good for mind, health and soul.  Yes i'm hurt but my heart is still in good condition.  Disakiti berulang kali tapi dia masih kuat lagi. Alhamdulillah .. i love my strong heart very much.  Nampak tak bola-bola tu? Rasa macam nak melantun atas bola tapi tak boleh .. tak cukup ruang sebab student terlalu ramai .. please ensure you minimise your step bila dah ramai tu ye .. if bukak tangan terkena rakan sebelah, sila gerak 2 langkah ke belakang atau hadapan.  The row will look a bit zig zag but its ok.  I miss the ball ... hope can melantun di atas bola hujung minggu ni. Nak main bola .. nak main bola. Bola + dumbell .. Yeayyy!! 

Puncak Alam Fasa 3 Tini Aerodance Studio, 17/9/2014.
Lets welcome this 3 new ladies to the group.  Adik cermin mata tegur i .. Kak Ella .. saya Silent Reader akak.  Saya selalu baca Blog akak dan buat saya teringin nak exercise.  Selamat datang Adik bertiga.  I am so happy my writing membawa awak bertiga ke Gaya Hidup Sehat ini. I hope you enjoy the Dance Floor as much as i do. Dah almost 20 years dik akak ber exercise.  Itu rahsia saya Awet muda dan hepi sentiasa even jiwa kacau kadang kala.  Readers, jangan layan perasaan ok .. dari melayan jiwa yang kacau baik buat benda lain yang lebih berfaedah, kan. Jom join kami meronggeng disini tapi malam ni kita layan Dangdut and Rasa Sayang for finishing.  Rasa Sayang versi RAP tau bukan versi Kindergarden. Best!!

Tetiba rasa nak shopping baju exercise sebab dah lama tak 'shop, shop and shop.  Hope this weekend can do that therapy provided dompet tebal tak kempis la kan .. if kempis kita shopping dalam mimpi.  Exercise is Fun! And i add the fun by pakai baju 'fancy-fancy' untuk exercise.  Be creative during exercise and for sure, saya suka sangat match kan skirt 'basketball' dan skirt 'pom-pom' girl with my long pants masa exercise. Best tengok skirt tu kembang kuncup macam 'parachuet'. Ehh silap .. 'parachuet' pun kalah sebab once kembang tunggu mendarat lah baru kuncup but my skirt keep on moving as my body moves. Tonight i missed Umi, Mama and Kak Wan .. kurang 'dance partner' yang gila-gila dan 'fun' .. ramai bila exercise muka ketat .. penat ke .. hafal step ke .. or terlalu focus kot? Jangan macam tu .. enjoy your movement, the music and smile .. baru lah exercise is fun dan tak memenatkan babe.  Confirm kita enjoy and jom repeat!! And tonight, ramai tegur 'Apasal cantik sangat ni  *sambil raba my body* dan ehh dah kurus lah .. cepat betul kurus ye. Exercise contribute 30% from your total weight loss program *i designed my own plan* .. other 70% is healthy food and positive attitude.  Nak tau lebih lagi? Nanti i cerita.  Jari halus dah penat. Bye. Tq baca. 




misz-ella.blogspot.com Page

Semalam 16 September .. Hari penubuhan Malaysia.

I talked to my Mentor over the weekend.
My mentor has almost 20k pageview per day
Great, right. Dia bagi i banyak panduan dan nasihat.
I therefore decided to create misz-ella.blogspot.com page.
Readers jom Like Page misz-ella.blogspot.com di FB.
Lebih senang you all like-like and like rather than request-request and request, kan.

Ok Bye. Misz-ella nak buat kerja lain. See you on my Page.



Hari Gila

Hari Gila.
Gila lambat.
Gila makan.
Gila melayang fikiran.
Gila exercise.
Gila-gila.


Before slept i told Aiman, esok kita keluar pukul 9. Tapi Misz-ella bangun 10 pagi. Gila lambat.  Reschedule all program. So i went down to did some therapy and ta daaaaaa ... i cooked Nasi Lemak Healthy .. using Beras Herba Ponni Taj Mahal. Beras low carb, low calorie for my small family.

Nasi Lemak Healthy served with Sambal Bilis, Ayam Goreng Berempah And Condiments. Sambal and Ayam Goreng fried with Sunflower Oil.  If you can afford, feed your family with quality food.  More expensive but very healthy. Hajat hati nak makan sikit je tapi Ya Ampunnnn .. this Nasi Lemak is super sedap so 3 senduk for me. Gila makan aku harini.  Lepas Zohor, keluar berduet dengan Aiman .. planning to watch movie at 1U but again, program changed cos Aiman kata cite Hantu je yang best kat Wayang sekarang ni. WHAT? Cite hantu? NO. NO. NO. Cite Hantu paling gempak i pernah tengok Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kg Pisang je, yang lain jangan harap sebab i gila penakut.  Finally we decided to shop Aiman's stationery and things sahaja. Yeayyy !! Happy gila kita berdua. 

Then someone called .. Jom minum ABC. I'm not a fan of Cendol, ABC or whatsoever tapi boleh layan la sekali sekala. Cuba tengok .. cuba tengok .. air gula, syrup, susu pekat, susu cair. OhMy .... berapakah calorie? Tapi makan tak baik membazir .. maka semangkuk high calorie ABC ni safely landed in my little tummy.

My ABC date that afternoon .. Teacher Tini and Zulaikha.  ABC, Apam beras, Sup Daging, Pisang Goreng ... ohmyyyy .. Gila makan!!

Feeling guilty to our body so lets exercise .. tapi bagai ada yang tak kena .. kelas macam sedikit tawar tak cukup rasa.  Nasib baik ada Cinta Satu Malam dan La Is La Bonita buat penghibur hati. By the way, thats my Darling Umi .. my dance partner dan antara kawan yang sudi pinjamkan ruang whatsapp nya melayan Misz-ella ni tak kira apa waktunya even masa tu dah pukul 1 atau 2 pagi tapi if dia tak jawab that means she already sleep like Sleeping Beauty.   I dont like to talk on the phone .. only Whtsapp please .. nak cite panjang jom 'dating'.  Cuba tengok .. even ada orang cakap badan i macam Saloma or macam biola or macam kerengga .. tapi muscle i boleh tahan besarnya .. hasil senaman berpuluh tahun. Kick boxing, weight lifting all i tried. YESSS ...Saya memang Gila 'exercise' cos Exercise is Fun!! So readers lets do this ~ Eat and Burn. Exercise for healthy living. Yeayy!!



Malam Gemercingggg ..

Hai. Good morning readers.
Isnin baru di minggu baru.
Esok 16hb cuti Hari Malaysia.
Suka la korang ye.

Fun dance session after aerobics .. harini kita buat Lagu Arab .. kita banyak gelek pinggang so kita pakai scarf bergemercing di pinggul masing-masing.  Pinggang Misz-ella nampaknya dah kembali ke asal.  Haritu terkembang sekejap kerana Raya dan makan-makan. Dan sekarang ..  ehemmm .. menuju 26. Waistline 26 inches is my original size and i am targetting it now and guess what? You can do it by doing Cardio exercise .. focusing more on your waist. Kita pecahkan lemak-lemak di pinggang, kita ketatkan otot-otot perut.  Kita bersenam untuk kesihatan. Mari amalkan gaya hidup sehat.  Untuk kita.  Demi keluarga kita.

Bersenam baik untuk menurunkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.  Juga baik untuk merehatkan minda dan menyingkirkan stress.  Bersenam sangat baik untuk kesihatan, menyumbang kepada penurunan berat badan, mengetatkan otot-otot dan membentuk potongan badan dan akan buat kita awet muda selalu kalau senaman itu kita amalkan. Dont worry of not having enough time .. even 10 minutes walking, 5 minutes toning and stretching, it is still exercise.  Its very much better dari tak buat apa-apa, kan.

Dan minggu lepas, Mr. SUV pulang ke pangkuan setelah lebih dari sebulan jauh dari mata. Alhamdulillah .. walau terdapat beberapa halangan dalam menyelesaikan masalah Mr. SUV, tersangat lah lega kerana selesai semuanya akhirnya.  Thank you to all my 'kesayangan' who gave a helping hand throughout the period.  Saya yang bertuah kerana awak sentiasa ada saat saya memerlukan. Saya boleh rasa kasih sayang awak bila ada ketika tanpa saya minta awak hulurkan bantuan.  Life is sweet. Even sometimes we faced a bitter moment but i feel blessed when the final reward is happiness. Happy life. Happy moment.  Happy ending. Lagi banyak kita sabar, lagi banyak kita redha, lagi banyak ganjaran kita dapat. Yeayy!

Kehilangan Tragis

Tiap kehilangan wajarlah kita tangisi. Tapi kehilangan kawan Sekolah Aiman baru ni sangat tragis. 

Kawan sama sekolah dengan dia, sebaya, umur 18 meninggal dunia kemalangan motosikal pada 13/9/2014 jam 1 pagi.  Arwah dikatakan berlumba di Highway Guthrie dengan kawan-kawan. Dikatakan berlumba .. kita tak tau akan kebenarannya .. Arwah pun dah tak ada .. tak dapat nak bela diri ..

Sebuah trailer datang merempuh lalu sebuah SUV brek mengejut dan melanggar beberapa moto lain. Tiga meninggal di tempat kejadian.  Dua orang 18 tahun, seorang 16 tahun.  Sedihnya yang seorang melambung tinggi dari Highway Guthrie dan jatuh di tepi jalan berdekatan Tasik Biru Kundang. 

Sedihnya Aiman dan kawan-kawan kerana bila didekati mangsa yang melambung tinggi dan ditemui berdekatan Tasik Biru Kundang itu adalah kawan sekolahnya sendiri. Terkedu Aiman dan kawan-kawan yang lain. Sedih. Hiba. Tak tau nak cakap apa lalu diaorang tel mak Arwah yang duduk setaman dengan kami.

Teringat perbualan mak Arwah dan Misz-ella 2 minggu lepas .. Akak risau .. dia asyik dengan moto. Akak nak dia sambung belajar. Ella tolong dapatkan maklumat tu.  In Shaa Allah Kak.  Dan Arwah pun menurut kata Aiman selalu bercerita dengan kawan-kawan dia nak melanjutkan pelajaran.  Sayangnya dia pergi lebih dulu.

Dan Aiman sejak melihat keadaan kawannya yang meninggal, dia susah nak tido malam.  Dia sebak, dia sedih sebab kawan satu sekolah.  Tambah sedih bila dia antara yang terawal tiba di tempat kejadian dan membuat pengecaman identiti Arwah.  Misz-ella pesan .. bila Aiman teringatkan dia .. bacalah Al-Fatihah. Kirimkan pahala buat Arwah.  Moga Allah SWT mengampuni dosa-dosanya.  Moga Arwah tenang di sana.  Moga Kak Lang dan keluarga tabah menghadapi Takdir ini.

Warga SU, kalau ada yang membaca .. Arwah ialah anak kepada Kak Lang, pemilik Restoran Kak Lang Sup.  Ok Misz-ella dah sebak .. dah bergenang airmata.  AL-FATIHAH buat Arwah.

FB, Insta Misz-ella

Hello readers semua.  Semalam Misz-ella dah bukak akaun Facebook untuk Blog Misz-ella. Blogger lain dah lama buat, infact dorang buat 'Fan Page' lagi. Tapi i tak buat 'Fan Page' .. bukak akaun Facebook biasa je. Rasanya tak da 'fan' @ peminat pun .. ceiling fan, stand fan banyak la. Hihihi.  


Kat sana boleh kita sembang pasal Entry-entry di Blog Misz-ella. Rasanya segala komen akan dibalas dengan lebih laju nanti.  Jom sembang kat sana. Cari Misz-ella di FB, dan Misz_ella di Insta.  In sha Allah saya akan 'approve your friend request'.

Misz-ella FB profile pic. 


Makan Kari Kepala Ikan dan Udang Besar di Restoran Kari Kepala Ikan which we have visited for years.  Tengok udang tu teringat Udang Goreng belah tengah disapu 'butter' ditabur gula di tempat Danny.  Sedap nya la sampai harini saya teringat. Itu cerita Suatu Waktu Dahulu. Entah masih ada ke tidak lagi sekarang ni.  By the way, Tq for today. Harini begini kisahnya .. esok lusa kita tak tau lagi camana.  Tapi like i said, despite the sadness, i am blessed dengan kehadiran mereka yang melengkapi hidup ini yang buat kita masih boleh bergelak ketawa, rasa disayangi dan dihargai. Ok Sedih. Tetiba emo. Tak nak cite lagi. Bye.




Angkuhkah Bongkak?

Kadang-kadang saya tak faham kenapa ada orang bersifat sangat angkuh lagi bongkak like I'm the boss or I'm the powerful here you know.


Kuat mengarah sini sana .. seolah dia berkuasa semua orang kena dengar cakap dia.  Terlalu mendongak ke langit, lupa nak pandang rumput di bumi.

Pangkat, darjat semua pinjamanlah.  Harta dunia semata.  Mati esok tetap sama tempat kita.  Berdoalah.  Berdoalah agar kita tak jadi macamtu.  Berdoa lah agar kita sentiasa merendah diri, saling bekerjasama, bantu membantu dan saling menyokong sesama kita selalu. Hidup macam rantai .. lebih bagus kalau hulur tangan sama membantu dari mengarah semata.  Lain manusia lain ragam. Yang baik jadikan teladan .. yang buruk jangan kita ikutkan. Sekian.


Feel Good. Looks Good.


Before and after exercise. Peluh membasahi dahi, pipi, hidung .. macam-macam rasanya.  Tak kesah lencun baju peluh nitik-nitik basah muka .. yang penting i feel good after exercise.

Bersama si Kecik yang pandai dan rajin bersenam di Dewan Meru 3.  Class di Meru  Hari Selasa malam Rabu. Class start at 8:30-9:30 or to be exact selepas berakhirnya laungan Azan Isyak.  Call Misz-ella at 0166223138 or Teacher Tini at 0129241988 for enquiries.  

Puncak Alam Fasa 3.  Ada orang kata i doesnt look like 40's.  Ye ke? Ye ke? I Forty one lah.

Wohoho hari ni class Hi-Lo yang sangat best. Kita lompat, kita 'swing', kita 'jump' .. kita buat macam-macam. I gave 200% concentration and the result is Kepuasan yang tak terkata.  We finished with 'Chumbia Semana' and Cinta Satu Malam which is so much fun!!  Dah macam Joget Lambak wa cakap lu tapi senada dan seirama .. serentak dan sama langkah kaki tangannya. 

Ye betul i am 41. Tak tipu. Rahsia awet muda?  Stay strong and happy. Positive mind, eat healthy food, avoid stress, take food supplement, senyum selalu dan jom exercise. Meh join i dan kawan-kawan.  Kita bersenam untuk kesihatan.

Jarang Misz-ella nak 'pose' gedik camni. Sesekali .. bila jumpa kawan yang gila-gila and Ekin is one of them. So this is for you Ekin. Muahh *flying kiss*

Alhamdulillah to all the good things happened in my life recently.  Despite the sadness, i am still happy. Despite the lackness .. i masih berupaya ke Lantai Tari.  Tq Loves .. jasamu dikenang. Tanpa korang .. tak da la Misz-ella di sini. Sayang korang-korang ketat-ketat takmo lepas.  See our happy faces after exercise? Feel good .. look good. 

Puncak Alam .. call Teacher Tini at 0129241988 to join the class. Class malam tiap Isnin, Rabu, Jumaat. Petang tiap Khamis. Ahad pukul 8:30 pagi. Mari kawan-kawan jaga kesihatan. Untuk kita, untuk keluarga kita.  Walaupun ada Bapak, i masih rasa Ibu adalah tonggak sebuah rumahtangga.   Ibu yang sehat, ceria lah keluarga.  Ibu kalau dah tak sehat, bapak pun pening kepala. Anak-anak caner? So jom sihat sama-sama. Sekian pesanan ikhlas dari Misz-ella. Bye.



The Unsung Hero, Saat Kau Lafazkan dan Aerodance


Jumpa Novelis terkenal Melur Jelita di Pesta Buku Selangor.  Ya Allah hepinya dapat jumpa dia.  Last jumpa kak Melur masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC tahun lepas.  Dalam ramai beratur nak ambik gambar dengan dia Kak Melur panggil Kc meh .. duk sini *sambil tepuk peha*.. Sweet gila ambik gambar duk atas riba dia.  Kak Melur dulu aktif Blogwalking kat blog saya ni.  Siapa lah saya .. hanya Blogger picisan biasa tapi Novelis tersohor macam Kak Melur sanggup datang baca dan komen entry-entry saya.  Tq Kak Melur. Blogging membina dan merapatkan ukhuwah sesama insan, kan.  Lepas tu masa jumpa di Pesta Buku Selangor Ahad lepas, kita ambik gambar berdua lagi sekali.  Kali ni tak yah berebut .. Misz-ella hanya lambai tangan and so sweet .. kak Melur still remember me. Kini kak Melur kembali dengan novel terkini .  THE UNSUNG HERO.  Habis baca nanti i review kat sini ye sepertimana Misz-ella review I LOVE U STUPID! satu waktu dahulu.

Misz-ella bertandang ke Booth Lovenovel untuk dapatkan novel SAAT KAU LAFAZKAN kiriman seorang teman.  Ye .. itu ialah Isma Adeliya .. novelis SAAT KAU LAFAZKAN yang meletop di Pesta Buku Selangor. All books SOLD.  Satu pun tak berbaki .. Selamat membaca kawan-kawan. Konfem tak regret punya sebab Misz-ella pun dah khatam SAAT KAU LAFAZKAN.


Ada Free Gift untuk pembeli-pembeli yang datang tempohari. I took the blue one for my dear friend.  Tasbih manik yang cool, sweet dan cantik.

Pagi tu sempat 'Aerodance'.  Sapa kata lepas exercise penat? If penat means your fitness level belum 'up' lagi so please dont give up but continue  exercise.  Satu hari u akan feel like me - lebih ceria dan bertenaga selepas exercise.  Exercise is Fun!! Jom amalkan gaya hidup sehat.