Featured Post
Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise
Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...
Rawatan alternatif di Healife
Hai pembaca kesayangan,
Baru-baru ini Misz-ella telah berpeluang ke Healife, sebuah pusat kesihatan bertaraf antarabangsa yang menawarkan rawatan alternatif dalam 4 bidang iaitu rawatan tradisional Cina, rawatan perubatan Arab, rawatan perubatan India dan juga rawatan perubatan moden. Healife merupakan satu-satunya pusat kesihatan di ibu kota yang menggabungkan 4 rawatan ini di bawah satu bumbung.
Healife bukanlah baru di dalam bidang perubatan alternatif malah telah mempunyai empat cawangan di seluruh dunia iaitu dua cawangan di Abu Dhabi, satu di Kuala Lumpur manakala cawangan Healife yang ke empat di Qatar sedang dalam proses pengubahsuaian.
Menariknya di Healife ialah pesakit berpeluang untuk menjalani gabungan rawatan moden dan holistik yang akan disediakan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing mengikut keperluan badan pesakit itu sendiri.
Healife ditubuhkan pada tahun 1997 oleh pengasasnya, Dr. Reham yang menghidap penyakit kronik - mempunyai keadaan yang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya dengan perubatan moden. Sebaliknya, ubat yang ada hanya boleh melegakan simptom dan mempunyai kesan sampingan yang berisiko dan berbahaya. Tanpa putus asa, Dr. Reham mula mencari rawatan alternatif. Ketika itulah beliau diperkenalkan dengan Hijama, sejenis kaedah perubatan alternatif. Pada mulanya Dr. Reham agak ragu-ragu, terutamanya dengan latar belakang perubatan beliau sendiri yang juga adalah seorang doktor. Secara perlahan-lahan, Dr. Reham mula meningkatkan keyakinan diri dan menjalani rawatan alternatif dan Dr. Reham akhirnya sembuh. Berdasarkan pengalaman beliau itulah tertubuhnya Healife, dengan niat bagi membantu mereka yang senasib dengan beliau.
Antara rawatan yang boleh didapati di Healife adalah seperti pengurusan berat badan, rawatan penyakit kronik secara holistik, rawatan kecantikan wajah dah berbagai lagi. Healife telah menerima maklumbalas yang baik dari pesakit-pesakit yang pernah menjalani rawatan di sini.
Buffet Ramadan 2022 : Destinasi Rasa Serantau di Sofitel, Kuala Lumpur Damansara Hotel
Hai pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella bawakan Buffet ramadan dari Sofitel Hotel, Kuala Lumpur. Sofitel Hotel turut meraikan kedatangan bulan Ramadan dengan buffet Ramadan Destinasi Rasa Serantau.
Barisan Chef Sofitel Hotel membawakan tujuh hidangan unik dari Malaysia iaitu Itik Salai Masak Lemak Chili Padi hidangan khas dari Negeri Sembilan, dari negeri Perak Rendang Tok Batu Kikir, Udang Galah Masak Diraja dari negeri Pahang, Asam Pedas Ekor Lembu dari negeri Melaka, Kambing Bakar dari negeri Selangor, Manuk Pansuh dari Sarawak dan Otak-otak Lobster dari negeri Johor. Kesemua juadah tu saya dah rasa .. semuanya sedap dan membuka selera.
Asam Pedas Ekor Lembu
Rendang Tok Batu Kikir

I'm Misz Ella. I am a Lifestyle Blogger. I share my thought about the Beauty products that I used, my travelogue, the food that I enjoyed and my healthy living routine. Email me at kakchik_ella@yahoo.com if you have any enquiries
Followers
POPULAR POSTS
-
Ya Allah sungguh aku rindu pada blog yang ditulis dengan jari-jari halusku. So many things happened bermula dari akhir tahun lepas. Menekan...
-
Dear Frens, as promised here, hari ini dgn rasa riang gembira dan excitednya, i officially launched my 1st misz-ella.blogspot Contest. Wa...
-
Lauk favorite no. 1. Tak susah sebenarnya melayan selera kami sekeluarga. Kalau ada Sambal Sardin, Ayam golek sudah tidak ku pandang lagi. H...
-
Yeah .. Ben kembali lagi dengan Segmen yang bisa menggegar hati keibuan ku ini. Haha .. Secara ringkas tentang diri saya ye? Saya ibu@mam...
-
Sabtu petang balik dari keja, kita main masak-masak sorang-sorang. Tak da org nak teman kita main. Eleh .. dah tua pun nak main masak-masak?...
-
Ingin tau bagaimana seronoknya menjadi selebriti? Diberi layanan 5 bintang dengan bayaran 3 bintang?? Jom follow me di sini. Pagi Ahad, lepa...
-
Hmmmm ... Cerita minggu lepas ni. Petang tu Misz-ella gi daftar Tution Aiman dekat Tution Center berdekatan dengan rumah. Aiman was among ...
-
Entah kenapa .. tiba-tiba mengidam macam-macam, mengalahkan Ibu mengandung Kembar 4. Dan kerana tidak mahu tidur dalam keadaan teringat-ing...
-
Toncet?? Getah belacan sgt berguna time-time camni. Hihi .. Biar la buruk pun. Yg penting selesa. Kan korang kan? Ya Rabbi .. semaknya dap...
-
"You Doesn't Look Your Age" Bila diberi 'statement' begini oleh seorang Amoi Comel di satu Event yang lalu ... it ...































