Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2022 : Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya di The RuMa Hotel & Residences

 Hai pembaca kesayangan,


Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang Buffet Ramadan bertemakan "Hidangan tradisi - Edisi Nyonya" yang disediakan oleh The RuMa Hotel & Residences bermula dari 8 hingga 30 April 2022.



The RuMa Hotel & Residences bersiap sedia menyambut kedatangan pengunjung dengan barisan pekerja yang lengkap berpakaian kebaya nyonya bagi menghidupkan suasana berbuka puasa Ala Nyonya di sini.



Buffet Ramadan Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya ini bakal menampilkan juadah-juadah Nyonya yang unik dan agak sukar didapati seperti Ayam Pong Teh, Ketam Cili, Asam pedas lidah, Ayam Masak Buah Keluak. Kesemua juadah ni Misz-ella dah rasa, memang sedap dan membuka selera.



Bukan sahaja juadah Ala Nyonya, juadah-juadah tradisi yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa seperti Kambing panggang bersama Nasi Kabsa, Lemang Pulut Hitam, Ketupat Pulut Daun Palas, Ketupat Nasi Daun Kelapa, Serunding Daging, Serunding Ayam, Sate Daging, Sate Ayam dan berbagai lagi turut disediakan buat pengunjung.


Buffet Ramadan Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya turut menyediakan pemanis mulut yang menarik seperti Pulut Tai-Tai, Onde Onde, Puding Santan Kacang Merah, Coconut Macaron, beraneka jenis kek dan paling istimewa adalah Pineapple Tart Nyonya (yang i wajib cuba sebab sangat sedap).

Harga buffet Ramadan Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya The RuMa Hotel & Residences adalah RM218 Nett seorang dari 8 hingga 30 April 2022. Promosi Super Early Bird discount sedang berlangsung iaitu hanya RM152.60nett seorang (bagi belian dari 15 hinga 31 Mac 2022) dan harga Early Bird promo adalah  RM174.40 nett seorang (beli dari 1 hingga 10 April 2022).

Ada tawaran istimewa untuk pemegang kad kredit CIMB iaitu layak mendapat potongan harga sebanyak 30% manakala pemegang kad kredit Maybank layak mendapat potongan harga sebanyak 20%. 

Buat pemegang 'charge card' seperti American Express dan 'charge card' yang lain, mereka layak mendapat potongan harga sebanyak 20%

Harga istimewa ini hanya layak diberikan buat 'Dine in' sahaja. Buat mereka yang mahu bawa pulang juadah buka puasa dari dapur The RuMa Hotel & Residences, terdapat 2 pilihan disediakan iaitu Pek Bawa Pulang (Take Away) untuk dua orang berharga RM228 nett dan Pek Bawa Pulang untuk empat orang berharga RM328 nett. Setiap pembelian 2 pek bawa pulang melayakkan pembeli mendapat potongan harga sebanyak 10%.

Macam-macam promosi disediakan oleh The RuMa Hotel & Residences sempena dengan Ramadan ini, kan. So pembaca kesayangan, jangan lepaskan peluang  untuk dapatkan harga promosi Buffet Ramadan Edisi Nyonya di The RuMa Hotel & Residences dengan cara "BELI AWAL". Sila Whatsapp 03-27780735 atau hubungi 03-27780888. Boleh juga email atas@theruma.com

OK my lovely readers, I have done sharing my Buka Puasa experienced at The RuMa Hotel & Residences with you. See you in my next post!




Buffet Ramadan 2022 : Sajian Nostalgia Kampungku di Menara Kuala Lumpur

Hai pembaca kesayangan, 

Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak 1443 Hijrah yang semakin menghampiri, Menara Kuala Lumpur membawakan Buffet Ramadan Sajian Nostalgia Kampungku yang akan bermula dari 4hb hingga 24hb April 2022 dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.



Antara yang menarik di buffet Ramadan Nostalgia Kampungku ini adalah Kambing panggang yang diperap khas dengan rempah-rempah terpilih.



Nasi Beriani Johor, Opor Daging Pahang, Ikan Masak Gulai Pantai Timur, Ayam Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan dan pelbagai lagi juadah antarabangsa dan tempatan turut disediakan.



Menariknya tentang berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur adalah, pengunjung dapat berbuka puasa bertemankan pemandangan yang sangat indah pada waktu malam pada ketinggian 288 meter.

Pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu 'The Sky Band' yang akan memeriahkan suasana iftar pada setiap malam.













Harga buffet Ramadan Nostalgia Kampungku di Menara Kuala Lumpur adalah :-

Hari Biasa
RM125 (Dewasa) RM70 (Kanak-kanak 5 hingga 12 tahun)

Hujungi Minggu
RM160 (Dewasa) RM72 (Kanak-kanak 5 hingga 12 tahun)

Buat masa ini, Menara Kuala Lumpur sedang mengadakan promosi 'EARLY BIRD' iaitu :-

RM88 (Dewasa),  RM49 (Kanak-kanak) pada hari biasa 
RM128 (Dewasa) dan RM72 (Kanak-kanak) pada hujung minggu

Bagi setiap belian buffet Ramadan Nostalgia Kampungku sebelum 25 Mac 2022.


Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke SKY DECK bagi setiap pembelian pada hari yang sama iaitu hanya RM20 (Dewasa) dan RM10 (Kanak-kanak). 




Tiket tambahan ke tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur iaitu TOWER WALK 100 pula boleh didapati pada RM15 (Dewasa) dan  RM10 (Kanak-kanak).

So, pembaca kesayangan, jangan lepaskan peluang untu berbuka puasa bertemankan pemandangan langit Kuala Lumpur yang indah di Menara Kuala Lumpur. Hanya RM88 sahaja seorang untuk belian awal sebelum 25 Mac 2022.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi nombor telefon 03-20205499 atau layari www.menarakl.com.my

Jangan lupa ikuti :

Instagram Menara Kuala Lumpur dan

Facebook Menara Kuala Lumpur


Buffet Ramadan 2022 : Santapan Warisan di Corus Hotel, Kuala Lumpur

 Hai pembaca kesayangan,

Satu lagi perkongsian tentang buffet buka puasa dari Misz-ella. Kali ini Misz-ella ke Corus Hotel untuk menikmati Buffet Ramadan Santapan Warisan.



Buffet Ramadan Santapan Warisan diadakan di Dondang Sayang Coffee house, Corus Hotel, berhadapan dengan pintu masuk. Senang sungguh nak cari, masuk je hotel pandang kiri terus jumpa. 


Menyediakan hampir 200 hidangan Melayu tradisional seperti Daging salai masak lemak pucuk ubi mangga muda, Asam pedas ikan tenggiri, Udang masak kapitan dan macam-macam lagi.


Kalau tak cukup pedas, boleh ke kaunter aneka sambal ni. Macam-macam sambal, kerabu dan ikan masin ada .. pembuka selera sungguh!



Kambing panggang yang sentiasa menjadi idaman ramai di bulan Ramadan pun ada. Kambing panggang kat sini sedap! Sangat sedap!



Well, tak lengkaplah kalau tak akhiri buka puasa kita dengan pemannis mulut, kan. Macam-macam pemanis mulut ada di buffet Ramadan Santapan Warisan, baik kuih muih Melayu mahupun yang moden.





Buffet Ramadan Santapan Warisan akan diadakan bermula dari 5hb April sehingga 30hb April 2022 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam pada harga RM108 nett (Dewasa) dan RM70 nett (kanak-kanak) dengan tawaran 10+1 (percuma 1 untuk setiap 10 belian).

Selain dari buffet ramadan, pengunjung juga boleh menempah Ayam Bakar Mentega with Garlic Herbs untuk dibawa pulang. Hanya RM68 seekor boleh dinikmati sehingga empat orang.



Akhirkata, Terima Kasih The Corus Hotel kerana menjemput Misz-ella dan rakan-rakan ke preview buffet Ramadan Santapan Warisan. Best! Sangat best! 

Untuk tempahan, sila telefon atau Whatsapp 0122874820 atau 0122820786.







Buffet Ramadan 2022 RM59 sahaja di I'dahlia Corner

Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang satu lagi lokasi menarik untuk berbuka puasa iaitu di I'dahlia Corner yang terletak di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur.


Berkonsepkan berbuka puasa dalam taman, pengunjung akan disambut oleh pokok-pokok hijau di pintu masuk I'dahlia Corner.

 

Dan sebaik melangkah masuk ke I'dahlia Corner, wow .. ibarat berada di sebuah taman yang sangat indah ~ luas, selesa dan dekorasinya sangat menarik.


Antara sudut menarik di I'dahlia Corner


Feeling Ramadan betul, kan


Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan, I'dahlia Corner menyediakan lebih dari 50 juadah berbuka puasa 'Ala-kampung' bagi mengubati kerinduan warga kota berpuasa di perantauan dan rindukan masakan ibu di kampung. 


Antara juadah yang Misz-ella dah cuba adalah Nasi lemak Stonor, Paru goreng berempah, Ayam goreng berempah, Rendang Minang, Sambal Sotong, Asam pedas Ikan Pari, Ikan goreng bercili wow .. semuanya sedap-sedap .. rasa Melayu Asli sungguh!

Ramai kawan-kawan Misz-ella (baik Melayu ataupun Cina) yang sukakan Masak Lemak Siput Sedut tu .. masing-masing ambil seorang semangkuk .. enjoy betul tengok diaorang makan Siput Sedut. Saya hanya mampu memandang sebab tak pandai makan (rugi ehh).

 

Yang pasti di Sup tulang di I'dahlia Corner ni adalah menu yang wajib korang cuba. Menurut Puan Dahlia, Sup tulang ini adalah resepi turun temurun yang diwarisi dari ibu mertua beliau. Menggunakan rempah ratus yang digiling khas, Sup tulang ni memang juadah yang meletop di awal perniagaan I'dahlia Corner dan masih kekal favourite sehingga hari ini.


Di bahagian pemanis mulut, ada aneka jenis kuih-muih Melayu, ada bubur, goreng-gorengan seperti pisang goreng, ubi goreng dan berbagai lagi. Macam-macam ada. 


Sambil berbuka puasa, pengunjung akan dihiburkan dengan LIVE BAND. Surau turut disediakan.

Untuk makluman, I'dahlia Corner adalah premis makanan di dalam kategori A (sangat bersih) dan pernah muncul di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.



Buffet Ramadan Buka Puasa dalam taman di I’dahlia Meletop hanya berharga RM59 (Dewasa) dan RM29 (Warga Emas dan kanak2) dan akan bermula dari 5hb April 2022 sehingga 29hb April 2022 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam.


So pembaca kesayangan, Misz-ella dah kongsikan tentang  Buffet buka puasa dalam taman di I'dahlia Corner. Jom kita ramai-ramai bawak mak, ayah, adik abang dan kawan-kawan buka puasa di I'dahlia Corner ~ lokasi yang strategik (lepas shopping di KLCC boleh buka puasa di sini), suasana yang selesa, juadah yang buatkan 'tummy kita happy' dan harga yang sangat 'wallet friendly' RM59 sahaja you alls .. mana nak dapat, kan.

Jangan lupa book awal-awal, k. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 0123526397 atau 0122585162.

Jangan lupa ikuti Instagram I'dahlia Corner di: https://www.instagram.com/idahlia.corner

































Kuatkan imunisasi badan dengan BioWonders

Hello pembaca kesayangan,

Dalam keadaan dunia ditawani oleh virus corona yang menyebabkan wabak Covid 19 menular tanpa ada titik noktahnya, kita tiada pilihan melainkan menguatkan sistem imunisasi badan. Memperkenalkan BioWonders, makanan kesihatan terbaru di  pasaran khusus buat mereka yang mahu menguatkan sistem pertahanan badan supaya 'askar-askar' di dalam badan kita lebih kuat dan dapat memerangi virus Corona dengan lebih effektif.

 


Misz-ella dah cuba sekotak BioWonders (trial pack). Dalam satu kotak ni ada 6 peket BioWonders.



Ada 2 jenis Biowonders di dalam kotal trial pak tu iaitu 3 peket BioWonders Mighty Immunity khusus untuk menyokong atau mempertingkatkan lagi sistem pertahanan badan kita dan 3 peket BioWonders Inflamma-Care yang diambil pada waktu malam iaitu sebelum tidur bertujuan untuk meremajakan tubuh badan kita.

I love the packaging colours - striking and attractive! buat kita terus rasa teruja nak cuba!

BioWonders Mighty Immunity


BioWonders Inflamma-Care

Well, tidur tu penting ye wahai pembaca ku sayang kerana ia adalah proses istirehat buat semua hidupan di muka bumi ini. Dengan hanya tidur, kita telah beri peluang kepada tubuh kita untuk berehat, memperbaiki dan menyiapkan diri untuk aktiviti esok hari. Tidur sebenarnya adalah satu proses yang sangat penting (walaupun saya sangat kurang tidur) sebab masa kita tidur organ-organ dalam badan sedang bekerja .. proses detoksifikasi sedang berlaku, otak sedang berehat dan hormon pertumbuhan atau human growth hormone sedang aktif. Agaknya sebab tu lah orang yang cukup tidur awet muda, kan .. sebab hormon dia sentiasa aktif dan grow .. (humm .. tak boleh jadi, kena cukup tidur ni).



BioWonders Mighty Immunity ni kita minum di waktu siang, selepas sarapan. Ia mengandungi bahan-bahan seperti Mixed orange, Apple with Vitamin C dan ektrak bawang putih. Wow! Saya suka! sebab saya susah nak makan bawang putih walaupun saya tau ianya sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita. 

Kalau terjumpa bawang putih dalam masakan, saya kuis-kuis bawang putih tu ke tepi supaya tak tergigit atau termakan. Bila bawang putih ada dalam BioWonders Mighty Immunity .. I LIKE! 

Saya dah cuba BioWonders Mighty Immunity - rasanya sedikit masam (macam minum air asam jawa) tapi sangat sedap!





Dan saya dah cuba Biowonders Inflamma-care yang mengandungi blueberry (king of anti-oxidant foods), apple with curcumin (sejenis kandungan yang terdapat di dalam kunyit) dan ekstrak cinnamon (kayu manis). Sedap tapi dihujungnya ada rasa pedas-pedas sikit. 


Selepas cuba Biowonders Mighty Immunity selama 3 hari, badan rasa lebih ringan dan tak cepat penat (walaupun saya exercise 2 jam sehari, siang dan malam) dan saya ada 4 appointments sehari. Ye .. hidup saya ni macam 'amazing race' saya yang pergi pitching, saya lah buat proposal, saya lah tukang taip, kadang-kadang saya jadi tukang design jugak, saya yang pergi event dan saya lah tukang menaip yang sedang berkongsi pengalaman minum Biowonders  dengan pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Dalam waktu yang sama, saya pergi exercise sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (biasanya lebih sebab i suka dance, dance and dance). Dengan gaya hidup ala-ala Superwoman saya ni, BioWonders banyak membantu.

Selepas cuba BioWonders Inflamma-Care selama 2 malam, bangun tidur rasa lebih segar dan bertenaga (walaupun tidur lewat). Tak rasa lesu atau rasa malas nak bangun. 



Saya yang selalu busy - lepas Ramadan review, bergegas ke lantai tari, lepas habis menari pergi meeting lagi .. i dah terbiasa hidup ala-ala 'Amazing race' ni dari dulu lagi tapi Alhamdulillah, BioWonders banyak membantu gaya hidup sihat saya


Kesimpulannya, kedua-dua BioWonders ini membantu menyokong gaya hidup seorang wanita yang aktif dan umur hampir separuh abad seperti Misz-ella dan sesungguhnya kita memang memerlukan makanan tambahan yang boleh membantu kita menguatkan sistem imunisasi badan dalam usaha memerangi covid 19. Kita tak da pilihan selain dari kuatkan imunisasi badan kita sebab Covid 19 sudah hidup bersama kita. Nak perang dengan dia tak boleh .. dia lagi 'subur ' dari manusia dalam dunia ni .. dok membiak dan beranak tanpa henti sampai dah keluar macam-macam variasi. The best that we can do is to protect ourselves, kan.

So pembaca kesayangan, mari kita sama-sama jaga diri kita dengan cara menguatkan sistem imunisasi badan kita. Salah satu caranya ialah dengan mengamalkan BioWonders. 

Maklumat lanjut tentang Biowonders boleh didapati di :-









 


Buffet Ramadan 2022 di Zebra Square Kuala Lumpur

Hai pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Buffet Ramadan 2022 di Zebra Square, Kuala Lumpur. Zebra Square yang terletak di lokasi yang strategik buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Buffet ramadan 2022 bermula dari 7hb April 2022 bagi memeriahkan suasana Ramadan tahun ini setelah dua tahun menyepi gara-gara pandemik.

Tarikan utama buffet ramadan ini adalah kambing panggang  yang sememangnya menjadi idaman ramai di bulan puasa. 


Selain dari itu terdapat juga sate, ikan bakar yang merupakan juadah kegemaran rakyat Malaysia.

Pengunjung juga akan disaji dengan juadah-juadah kampung seperti Daging Gulai Utara, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu perut serta lempeng kelapa dan sambal bilis.




Di sudut pemanis mulut pula, pengunjung akan disajikan dengan kuih melayu yang sememangnya sangat sinonim di bulan puasa.









Ruang makan buffet ramadan di Zebra Square sangat selesa dan boleh memuatkan sehingga 400 orang sehari manakala kemudahan surau turut disediakan. Pengunjung tak perlu risau tentang 'parking' kerana terdapat hampir 250 petak parking di Zebra Square dan ianya adalah PERCUMA.




Buffet ramadan di Zebra Square ini hanya berharga RM125.00 sahaja. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 017-5707039 dan 017-2516315 atau email info@modernndynamicgroup.com dan jangan lupa ikuti Instagram Zebra Square Kuala Lumpur di https://www.instagram.com/zebrasquarekl/