Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Pizza Hut perkenal Nasi Lemak Pizza - Rasa Campur, Lagi Bes Bersama


Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Nasi Lemak yang ada di Pizza Hut. Pizza Hut baru-baru ini telah memperkenalkan Nasi Lemak Pizza dengan slogan 'Rasa Campur, Lagi Bes Bersama'



Pizza Hut mendapat ilham untuk mencipta Nasi Lemak Pizza ini dari keunikan budaya rakyat Malaysia yang sukakan kepelbagaian dalam kehidupan, baik dari segi pemakanan, petuturan dan gaya hidup. Ye betul .. Budaya hidup rakyat Malaysia memang sangat unik, kan .. berbilang bangsa, pelbagai budaya tapi saling kuat bersatu padu menyokong satu sama lain.




Nasi Lemak Pizza ini adalah gabungan citarasa Malaysia yang unik, kombinasi harmoni antara pizza dan nasi lemak ~ ada topping ayam rangup, sambal enak, ikan bilis, kacang tanah, timun, ayam perap santan dan ada poket keemasan yang dilengkapi dengan limpahan keju .. ohlala .. tak sabar Misz-ella nak cuba!

Nasi Lemak Pizza boleh didapati di semua rangkaian restoran Pizza Hut di seluruh Malaysia bermula dari 15 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 untuk khidmat makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang.




Pelanggan boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak Pizza secara A-La Carte iaitu pada harga RM38.90 



Atau memilih pelbagai Set kombo yang harganya bermula dari RM40.00. Turut diperkenalkan ialah minuman Soda Bandung, iaitu sirap bandung klasik yang diolah dengan rasa Soda.

So pembaca-pembaca kesayangan, jangan tunggu lagi mari kita beramai-ramai ke Pizza Hut untuk menikmati Nasi Lemak Pizza yang dicipta khas untuk kita semua. Jangan ragu-ragu dan bimbang kerana Pizza Hut memastikan keselamatan dan kesihatan pengunjung dan kakitangannya dengan menetapkan standard kebersihan dan kualiti tertinggi sejajar dengan polisi-polisi dan garis panduan kerajaan.

Selamat Mencuba!



Pizza Hut memastikan kesihatan dan keselamatan semua pengunjung dan
kakitangannya dengan menetapkan standard kebersihan dan kualiti tertinggi sejajar dengan
polisi-polisi dan garis panduan kerajaan.

Durian King TTDI

Hello pembaca kesayangan,


Musim raja buah sedang berlangsung sekarang ni. Masing-masing sedang teruja dengan buah durian, kan. Misz-ella turut tak terkecuali tau. Alhamdulillah dah beberapa 'round' makan durian ~ Durian kampung sudah, durian IOI sudah, Black torn sudah, D24 dan Musang King yang popular itu pun sudah. Tapi Misz-ella tak kuat makan sangat .. makan sikit-sikit je.



Baru-baru ni Misz-ella ke Durian King TTDI yang terletak di No. 179 Jalan Wan Kadir untuk menikmati Cendol Durian. Lokasi nya adalah di dalam 'gated parking' sebelah pasar Taman Tun Dr. Ismail.  Misz-ella pergi awal. Konon untuk elakkan kesesakan rupa-rupanya pukul 3 pun sudah beratur panjang 'you alls'



Hampir 40 minit beratur untuk dapatkan Cendol Durian ini. Kat sini ada jual 2 jenis Cendol Durian. Cendol Durian Musang King RM25.  (Dalam tu ada 3 ulas durian Musang King) manakala  Cendol Durian D24 berharga RM15.

Muka 'happy' dapat Cendol Durian Musang King 


Cendol kat sini simple je dan tak terlalu rasa manis. Durian nya gebu, isinya tebal dan dan rasanya lemak-lemak manis. Yang paling best bila durian tu dah bergaul dengan santan dan gula merah tu, rasa Cendol berubah ke rasa durian. Menarik, kan. 'So' peminat-peminat durian, sila lah cuba Cendol Durian Musang King TTDI yang 'famous' ni.







Kuatkan antibodi badan dengan Vitamin C Pahang Pharma

Hai pembaca kesayangan,


Nak tau tak rahsia kuatkan antibodi badan supaya kita tak kena batuk, demam atau selsema selama bertahun-tahun lamanya?

Cara paling mudah, jimat dan selamat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari. 


Vitamin C keluaran Pahang Pharma
1000mg/100 tablets @ RM85 sahaja
Boleh tahan 3 bulan
Jimat, kan.

Sepertimana yang Misz-ella selalu tekankan ~ Apa-apahal cari sihat dulu. Bila badan sihat, semua kita boleh buat .. boleh cari rezeki, boleh jaga family, boleh berbakti pada mak ayah .. macam-macam kita boleh buat, kan 

Suka Misz-ella nak kongsikan dengan pembaca semua tentang Vitamin C yang Misz-ella guna sejak 8 tahun yang lalu - Vitamin C keluaran Pahang Pharma. Alhamdulillah .. antibodi badan sangat kuat .. dah lama tak kena selsema, batuk atau demam. Dengan hanya sebiji sehari diambil setiap pagi, kita dapat perlindungan dari simptom-simptom penyakit COVID-19 yang ganas dan menakutkan ini. 

Takut, kan .. kita semua ibarat hidup dalam trauma, pantang bersin sikit, kita risau. Tapi Alhamdulillah, dengan mengambil hanya sebiji sehari Vitamin C Pahang Pharma ni,  katalah kita terlupa nak ambik, walaupun kita dah mula  bersin, gatal-gatal telinga .. bila kita cepat-cepat ambil Vitamin C Pahang Pharma ni, simptom tu tak melarat. Antibodi badan terus meningkat.

So pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi maklumat tentang Vitamin C yang Misz-ella amalkan sejak bertahun-tahun lamanya iaitu Vitamin C Pahang Pharma.

Harga nya cuma RM85 sahaja (termasuk wang pos) untuk 100 biji. Boleh tahan 3 bulan you alls .. jimat, kan. Kalau you all berminat nak beli untuk tingkatkan tahap kesihatan, sila WhatsApp no. 016-6223138. In Sha Allah akan jawab dengan segera. ByeBye you all. Terima Kasih baca ye.


Hati-Hati dengan Hati

Hello pembaca kesayangan,

Hari ini Misz-ella nak kongsi dengan you all semua tentang hati. Kebanyakan kita akan terpedaya dengan hati sendiri, tanpa kita sedari.

Kita rasa hati kita lah yang paling baik, paling bagus, paling sempurna .. tanpa sedar kita mendabik dada di dalam setiap patah ayat-ayat kita .. kita diperdaya oleh hati kita, kan.


Innersejuk X Wirdora facemask anti bakteria ber tatah Swarovski


Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang facemask. Memandangkan kita semua sedang berada di dalam PKPB dimana kita dibolehkan untuk keluar rumah tetapi Bersyarat iaitu dengan mengamalkan norma-norma baru, maka facemask atau topeng muka dan hidung adalah satu keperluan bagi kita semua.

Tak kira jantina, umur atau bangsa .. asalkan kita berada di luar rumah, kita digalakkan untuk memakai facemask (meskipun kita tidak bergejala)



Memperkenalkan facemask Innersejuk X Wirdora, facemask anti-bakteria bertatah kristal swarovski yang bakal membuat kita kelihatan sangat bergaya meskipun mengenakan topeng muka. 

Al-maklumlah, lama lagi kita nak guna facemask ni kan. Mungkin setahun, dua lagi. Larat ke asyik nak beli yang pakai buang tu sepanjang masa? Apakata beralih ke facemask yang boleh dicuci dan diguna semua seperti ini?













Facemask Innersejuk X Wirdora ni sangat selesa. Dibuat dari kain spandex yang stretchable. Tidak panas. Senang nak bernafas. Hijab friendly sebab guna tali.


Ini adalah facemask ber swarovski penuh. RM35 sahaja.

Yang ini adalah jenis Half swarovski ~ RM25

Yang ini adalah Plain facemask ~ RM15


Boleh digunakan oleh perempuan ataupun lelaki

Sesuai digunakan oleh anak-anak kecil juga



Buat masa ini hanya terdapat 3 warna sahaja. Dulu ada dusty pink tetapi sekarang dah out of stock you alls ..


Nak tau tak apakah relevan dan sebab-sebab you all kena pakai facemask ini?
  • Facemask ini sesuai untuk low risk person. Tujuannya untuk menghalang droplets direct ke hidung dan mulut kita, apabila kita terpaksa keluar rumah atas tujuan tertentu. Juga untuk mengelakkan droplets kita *sekiranya ada* mengenai orang sekeliling.
  • Facemask keluaran "Innersejuk" mendapat kelulusan dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mengesahkan FABRIK MASK ini adalah  ANTI BAKTERIA. 
  • Kenapakah Kementerian Pertahanan Malaysia, bukan KKM ?
  1. KKM keluarkan sijil untuk ubat-ubatan yg tidak membahayakan & tidak membuat pengesahan/ lab test bagi fabrik.
  2. MAKMAL STRIDE HIGH TECHNOLOGY milik ATM ini adalah yang paling canggih di malaysia & hanya terdapat di Kementerian Pertahanan Malaysia. 
  • Semua jenis fabrik-fabrik yang berteknologi tinggi seperti kalis air, kalis peluru dll, membuat ujian lab test di  Makmal Stride ini.
  • Sedia maklum, facemask boleh di pakai selama 4 jam dan hendaklah ditukar setiap kali selepas dipakai.
  • Manakala facemask ini boleh digunapakai dan di cuci menggunakan air panas.


Dengan menggunakan facemask bertatah swarovski ini, kita bukan sahaja telah mengambil langkah mencegah penyebaran covid-19, malah kita akan kelihatan lebih bergaya. Cantik tak we alls ?



Nak tau cara-cara untuk membeli facemask yang cantik ini?
Whatsapp 016-6223138 ye ..







Selamat Hari Raya AidilFitri 2020. Raya PKPB la you alls!



Resepi Pisang Goreng Rangup oleh Dato' Sri Aliff Syukri

Hello pembaca kesayangan,

Kali ni Misz-ella nak kongsikan resepi pisang goreng. Yes! pisang goreng kegemaran rakyat Malaysia tak kira bangsa, pangkat dan umur. Makan panas-panas cicah Kopi O. OhMy .. sedap tak terkata!

Sejujurnya Misz-ella bukanlah peminat Dato' Sri Aliff Syukri. Saya cuma kagum dengan cara dia mengembangkan empayar perniagaannya sahaja. Personaliti, gaya, budi bahasa, sopan santun .. ehemmm .. maaf .. kurang sikit di mata saya. Jarang-jarang Misz-ella lawati IG dia ... cuma ada sekali tu tertengok resepi Pisang goreng yang dikongsi oleh Dato' Sri. So Misz-ella pun cuba.


Bahan-bahannya mudah je :
Pisang *apa pisang pun boleh .. tak kesah*
 tepung beras
 garam
 kunyit
minyak untuk menggoreng
Oopsss .. saya tambah bijan.




Hiris pisang nipis-nipis *lagi nipis lagi best la, kan*



Masukkan tepung beras, garam, kunyit dan air secukupnya dalam bekas. Saya tambah bijan *bukan wajib ye .. kalau tak da, tak apa*



*bancuhan jangan pekat sangat, jangan cair sangat*



Panaskan minyak untuk menggoreng pisang



Bila minyak dah cukup panas, ambill 3, 4 sudu minyak panas tu dan masukkan ke dalam bancuhan tepung tadi.



Kacau hingga sebati dan celup pisang



Dan goreng



Tadaaaa .. sedia untuk dimakan bersama keluarga. In Sha Allah .. rangup sampai ke petang. Selamat mencuba you alls.

Dan buat Dato' Sri Aliff Syukri, Thank You for sharing. Kongsi benda-benda berfaedah camni bagus tau .. Moga Allah bagi ganjaran pahala. In Sha Allah.

Resepi Pecal Lockdown Misz-ella


Hello pembaca kesayangan,

Sudah hari ke empat kita berpuasa. Selamat berpuasa pembaca-pembaca kesayangan. Berbeza sungguh puasa kita tahun ini berbanding dengan tahun-tahun lepas, kan.

Tahun ni kita puasa seadanya ataupun kita-kita aje. Maka apa yang kita teringin nak makan, kita kena buat dan masak sendiri. Kali ini Misz-ella nak kongsikan resepi Pecal. Misz-ella bagi nama Pecal Lockdown sebab Misz-ella buat masa kita semua di lockdown di dalam rumah.


Seperti biasa, Misz-ella akan gunakan sayur yang ada dalam peti ais. 
Ada kangkung, ada kacang panjang dan tauge. Kita celur.
Lepas tu ada tempe .. kita goreng. 
Ehhh ada kentang .. kita rebus. OK DONE!

Kalau ada tahu kita boleh goreng, kalau ada pucuk ubi, kubis kita boleh celur dan kalau ada sengkuang kita hiris je.

Cara-cara buat kuah pecal :-
Goreng kacang tanah, cili kering, bawang putih, bawang merah, halia, sedikit belacan dan sekepal asam jawa.
Blender kering semua bahan kecuali asam jawa
Bila nak makan masukkan garam, gula, air asam jawa dan air panas. Gaul rata.
Lepas tu you all rasalah.

Dah siap.
Selamat Mencuba buat yang ingin mencuba.
Selamat Berpuasa you all dan selamat duduk rumah.

Terima Kasih baca. Bye.

Buttonscarves x Elfira Loyy perkenal The Maharani

Hello pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan kisah tentang pelakon Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Elfira Loy. 


Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy baru baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana.

Malah lebih tepat, artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.


Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy  hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.

Apatah lagi isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.

Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia.



Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.

Hasil penjualan koleksi  tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa wabak covid 19 di Indonesia dan Malaysia.



“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.

“Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namun
apabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.



“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.

“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.

“Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.

“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.

Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.

“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.

Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.

“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.

“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.

Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita. 

“Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu. 

“Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan. 

“India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi.



The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun free shipping  kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas.

Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas.

Ketika ini jenama yang bermula sejak 2016 itu terus sukses bukan hanya di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.

Info
www.buttonscarves.com 
Instagram: buttonscarves

Rendang Daging Duduk Rumah



Rendang Daging Duduk Rumah versi Misz-ella



Hello pembaca kesayangan,

Kita dah memasuki Fasa ke 2, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Harap-harap semua pembaca kesayangan Blog Dari Jari-Jari Halusku ini berada di dalam keadaan yang baik, paling penting menjalani PKP dalam keadaan yang sangat berdisiplin. Misz-ella sendiri sangat enjoy dan menghargai masa bersama keluarga. Paling penting, semasa tempoh PKP ni, Misz-ella makan makanan yang sihat *sebab masak sendiri*. OK Misz-ella nak kongsikan resepi Rendang Daging Duduk Rumah bersempena dengan PKP dengan you all semua di sini.


Bahan-bahan :-
1kg Daging
1 kotak Santan (S)
5-6 helai Daun limau purut
3 sudu besar Kerisek
1 helai Daun kunyit
Sedikit minyak

Bahan-bahan (dikisar) :-
4 biji Bawang besar
1 labu Bawang putih
2 inchi Halia
1 inchi Lengkuas
5 batang Serai
Segenggam Cili Kering

Cara-cara membuatnya :-
1) Tumis bahan kisar sampai garing *wanginya bau masa ni*
2) Masukkan daging dan air *masak sampai daging empuk*
3) Masukkan Santan pekat dan Daun limau purut. Masak sampai kering.
4) Masukkan Garam dan sikit Gula *sebab i tak guna Ajinomoto you alls*
5) Akhir sekali masukkan Kerisek dan kacau supaya sebati. Lepas tu you all rasalah *Emmm dapnya 😋*
6) Bila kuah Rendang dah kering, masukkan hirisan daun kunyit. Gaul dan tutup api.
7) Dah siap. Dengan lafaz Bismillah, jom kita makan.

Rendang Daging Duruk Rumah ini adalah di antara menu #Dudukrumah Misz-ella sepanjang 19 hari ini. Antara hikmah disebalik PKP ini ialah Saya dapat #Dudukrumah dan masak sendiri for my small family. Alhamdulillah.

OK you all boleh la cuba resepi Rendang Daging Duduk Rumah Misz-ella ni. Sedap you alls ..



Roti Farhana's Oven di Tanah Aina Cafe, Shah Alam

Hello pembaca kesayangan,

Apa khabar semua? Semoga semuanya baik-baik sahaja menjalani Movement Control Order di rumah masing-masing.

Baru-baru ni kecoh sebentar bila Gardenia membuat pengumuman yang pihak mereka tak dapat menambah bekalan produknya di pasaran kerana pengeluaran roti di kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksimum.

Misz-ella sendiri turut tak terkecuali dari tak dapat bekalan roti, bukan saja roti Gardenia malah roti biasa-biasa termasuklah kedai roti. Empat kedai Misz-ella pergi, hampa.



Nasib baiklah Tanah Aina Cafe di Shah Alam ada buat roti. Rotinya fresh, tiada bahan pengawet paling penting, ianya dibakar setiap hari oleh pihak cafe.

Dan yang paling bagus, kita tak perlu bersusah payah keluar rumah. Hanya perlu telefon atau whatsapp dan pihak cafe akan uruskan penghantaran ke rumah anda melalui Grab car delivery ataupun LalaMove. Senang, kan


Ada dua jenis roti yang boleh kita pilih - roti putih ataupun roti wholemeal. Misz-ella beli dua-dua. Satu buku roti yang fresh dan sihat ini *tiada bahan pengawet*  hanya berharga RM10  sahaja *you all kena potong sendiri, tau* dan alang-alang dah order roti, Misz-ella order Hot Latte sekali. Latte kat Tanah Aina best tau .. cukup lemak, sedikit pahit di hujungnya. 


Alhamdulillah .. dapat Misz-ella lepas rindu pada hot latte, minuman kegemaran Misz-ella dan esok paginya ....


Dapat Misz-ella dan keluarga bersarapan pagi roti bersama peanut butter dan coklat. Tak la kelam kabut pagi masuk dapur nak masak sarapan, lepas tu tengahari nak masak lagi .... lega i.

Buat mereka yang sedang mencari roti tetapi tak nak keluar rumah, boleh lah hubungi Tanah Aina Cafe di no telefon 03-55243258 atau 017-7671988. Bukan sahaja roti, you all boleh order makanan dari dapur Tanah Aina Cafe jugak. Ohh ye .. selain dari itu, bekalan sayur dan buah-buahan juga ada. You just have to make a call and check it out, k.

Buat pembaca kesayangan blog Dari Jari-Jari Halusku, diharapkan agar anda menjalani Control Movement Order ini dengan patuh. Sila disiplin. Jangan main-main, k. Percayalah yang arahan kerajaan ini adalah yang terbaik untuk kita. Jadilah rakyat yang hormat kepada pemimpinnya dan sayangkan Malaysia. Kita tak nak negara tercinta kita hancur kerana virus yang amat ganas ini, kan. So please .. do your part. OK dah habis sharing dan membebel. I nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca. GoodBye.


Tabung Covid-19 MedTweetMy

Hello lovely readers,

Dalam keadaan dunia sedang berperang dengan virus ganas yang mengancam nyawa, kita diuji dengan pelbagai cara. 

Misz-ella secara peribadi merasakan yang ini adalah ujian buat kita sebagai manusia. Tahap kematangan kita dalam mematuhi arahan diuji. Tahap disiplin dan tahap kesabaran kita diuji, tahap kebijaksanaan dan kecekapan pentadbiran kerajaan kita dalam menangani konflik ini turut diuji.

Paling penting di sini adalah sikap toleransi, kerjasama. Tanpa toleransi dan kerjasama sesama kita, amat sukar untuk Malaysia melepasi saat-saat getir ini.

Di sini Misz-ella nak kongsikan tentang Tabung COVID-19 yang dilancarkan oleh MedTweetMy bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh frontliners atau barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus bekerja tanpa henti bagi membantu menangani penularan wabak COVID-19.

You all baca ye .. dan marilah kita sama-sama menyumbang agar dapat membantu meringankan beban mereka.

MedTweetMY melancarkan tabung COVID-19

Kita turut merasai betapa peritnya barisan hadapan yang sedang menangani penularan wabak COVID-19. Justeru, TABUNG COVID-19 MedTweetMY dilancarkan pada hari ini. 

Tujuan utama tabung ditubuhkan adalah untuk meringankan beban kumpulan tersebut sekaligus memberi sokongan kepada mereka agar terus tegak berada di barisan hadapan. Kami akan menyalurkan terus kepada mereka melalui ahli dan rakan MedTweetMY seluruh negara.  
.
MedTweetMY menyeru rakyat Malaysia supaya bersama-sama tampil memberikan sumbangan  bagi membekalkan makanan, kelengkapan perlindungan diri atau apa sahaja yang dapat membantu memudahcara tugas mereka buat masa sekarang. MedTweetMY akan berhubung terus dengan pihak yang berkenaan bagi memastikan kutipan akan dimanfaatkan sebaiknya.

Buat masa ini kami telah mengumpulkan lebih kurang 1000 helai tudung untuk petugas petugas di hospital. Tudung yang praktikal, mudah sarung dan cepat kering ini akan digunakan bagi tujuan bersama pakaian perlindungan.

Sekali lagi kami menyeru rakyat malaysia bersama-sama menyumbang  kepada tabung kami dalam bentuk tunai pada akaun yang tertera.

#MedTweetMY
#COVID19MTM
#COVID19








Tunaikan haji bersama Pakej Rawdah Felda Travel tahun ini

Hai lovely readers. Assalamualaikum.

Setiap umat Islam pasti berhajat untuk menunaikan Haji yang merupakan rukun Islam yang ke lima. Misz-ella sudah berpeluang menunaikan ibadah umrah dan tak terkecuali turut menyimpan impian untuk menunaikan haji. Walaubagaimanapun, menunaikan Haji tidaklah semudah menunaikan umrah. Bermula dengan miqat dan diakhiri dengan melontar di ke tiga jamrah, amatlah penting untuk kita memilih agensi yang berkaliber.




Terdapat pelbagai agensi haji yang berdaftar di Malaysia dan salah satu darinya adalah FELDA TRAVEL. Bila disebut perkataan FELDA, mesti ramai orang ingat ianya khusus untuk kakitangan FELDA sahaja tetapi sebaliknya kerana FELDA TRAVEL juga membuka tawaran Haji ini untuk pasaran luar.



Ada 7 sebab kenapa you all patut memilih menunaikan Haji bersama FELDA TRAVEL. FELDA TRAVEL  juga sangat berpengalaman dalam membantu urusan menyempurnakan ibadah haji iaitu sejak tahun 2007 lagi. OK .. Mari kita baca perenggan seterusnya untuk tahu apakah kelebihan menunaikan Haji bersama FELDA TRAVEL iaitu melalui Pakej Rawdah FELDA TRAVEL.


Peluang Yang Tinggi
Kebarangkalian untuk you all dapat menunaikan haji sangat tinggi meskipun permohonan untuk menunaikan Haji you all berstatus rayuan.

Pada tahun lepas, semua jemaah yang dalam kategori rayuan dan mengambil pakej ini dengan  FELDA TRAVEL, Alhamdulillah dapat naik haji. Jika you all telah daftar haji pada tahun 2015 ke bawah (2015, 2014, etc), Inshaallah FELDA TRAVEL akan bantu supaya you all dapat naik haji tahun ini. 

Pembimbing Berpengalaman
Ibadah haji anda akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah haji bertauliah yang cukup berpengalaman membawa jemaah haji Malaysia. Jadi anda tak perlu risau tentang masalah hukum dan ibadah sepanjang menunaikan haji di sana. 


Hotel bertaraf 5 bintang berdekatan dengan Masjidil Haram

Imej dari google

Para jemaah akan menginap di Safwah Royal Orchid Hotel yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini dekat dengan dataran Masjidil Haram jadi kita boleh ulang alik ke masjid dengan selesa untuk beribadah. 

Imej dari google

Paling menarik, di lantai 2, ada Food court yang menawarkan pelbagai jenis makanan termasuklah Restoran Felda D’Saji yang sentiasa menjadi tumpuan jemaah dari Malaysia melepas rindu dengan makanan dari Malaysia. Kat sini you all boleh makan Nasi lemak, roti canai, mee goreng dan minum teh tarik. Misz-ella dah cuba. Serius sedap you alls. 


Tidak perlu menginap di luar kota Mekah (transit di Aziziah)


Misz-ella pernah dengar ada jemaah Haji yang akan transit di Aziziah dahulu sehingga 15 Zulhijah kerana mahu jimatkan kos tetapi melalui pakej Rawdah FELDA TRAVEL ini, jemaah tidak perlu transit di Aziziah sebaliknya akan terus masuk menginap di hotel Mekah.

Ini sangat menguntungkan para jemaah kerana jemaah berpeluang menunaikan ibadah di Masjidil Haram yang ganjarannya adalah 100,000 kali berbanding dengan jemaah yang mengambil pakej murah yang mana mereka harus menginap di luar Mekah iaitu di Aziziah. Kedudukan Aziziah bukanlah dekat iaitu lebih kurang 4.5km dari Masjidil Haram. Jemaah mungkin tak akan dapat beribadah di Masjidil Haram kerana keadaan yang sesak  ~ jalan sangat jem ketika musim haji. Rugi lah kan dah datang jauh-jauh tak dapat beribadah di Masjidil Haram .. bila lagi nak buat pahala banyak-banyak, betul tak?


Penerbangan Business Class Saudi Airlines

Imej dari google

Melalui Pakej Rawdah FELDA TRAVEL  ini, para jemaah akan diterbang dengan selesa terus ke Jeddah menaiki pesawat Saudi Airlines (business class).

Ya pakej Rawdah FELDA TRAVEL sudah termasuk flight business class. 


Khemah dekat dan selesa di Mina


Para jemaah akan dapat beribadah dengan tenang dan selesa kerana khemah khas yang lebih selesa disediakan ketika di Mina, dengan jarak kurang dari 800m untuk melontar (bukan 3.5km seperti pakej biasa atau muasasah). Sangat sesuai jika ada jemaah yang bermasalah sakit kaki atau sakit lutut. Almaklumlah, melontar jamrah itu sendiri akan mengambil masa hingga 4 hari.

Lebih Fokus kerana Kumpulan Jemaah Bersaiz Kecil


Tahun ini, FELDA TRAVEL menghadkan jumlah bilangan jemaah Pakej Rawdah kepada 45 orang sahaja. Cukup-cukup 1 bas sahaja untuk mereka pastikan jemaah mendapat perkhidmatan berkualiti dan bimbingan ibadah haji yang terbaik. 


Slot untuk Pakej Rawdah ini sangat terhad, iaitu untuk 45 jemaah sahaja. Sudah 34 orang bakal jemaah haji mendaftar pakej ini setakat 20 Mac. Hanya ada 11 kekosongan sahaja lagi. 


“Promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25 Mac 2020” 

Ada banyak lagi promosi istimewa yang disediakan untuk mereka yang berdaftar Haji dengan FELDA TRAVEL sebelum 25 Mac 2020 ini seperti gambar di atas.

Untuk sebarang pertanyaan, you all boleh hubungi :-


Atau hubungi

Pn Shidah +60192010843
Tn Hj Rizal +60192637028

Akhirkata, Misz-ella sudahi blog post ini dengan doa Mudah-mudahan kita semua dijemput untuk menjadi tetamu Allah dan dapat menunaikan Rukun Islam ke 5 tahun ini. In Sha Allah. Amin.