Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2023 - Selera Nusantara di Dewan Banquet MBSA, Shah Alam

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan 2023, Dewan Banquet MBSA turut memeriahkannya dengan membawakan buffet Selera Nusantara khusus buat pengunjung yang berada di lokasi membeli belah popular di negeri Selangor iaitu Shah Alam.



Buffet Ramadan Selera Nusantara dibawakan khas oleh Nusantara Katering, diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih dari 15 tahun di dalam dan diluar negara, kedua-dua mereka telah menghasilkan kompilasi lebih dari 100 sajian Nusantara.








Antaranya termasuklah lauk pauk tradisional seperti Ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, Daging salai rebung Sri Menanti, Daging masak kerutub, Ketam masak Kam Heong, Ayam goreng berlado Cik Ani, Sotong sambal petai, Rendang daging minang, Kari kambing "mamak style", Ayam masak merah kacang peas, Ayam goreng daun kari dan Udang "udang mamak style" 






Terdapat 6 gerai yang menyajikan juadah istimewa seperti Kambing golek dengan sos lada hitam dan "mint sauce", Ayam dara golek dengan sos istimewa, Dim sum, Kuetiaw "Penang style", Mee goreng mamak, Soto, Murtabak, Rojak buah, Rojak pasembor dan bermacam-macam lagi.




Bagi pemanis mulut pula, Sagu gula melaka, Puding caramel, Kuih muih Melayu serta moden, Bubur dan buah-buahan turut disediakan.




Kesemua juadah buffet Selera Nusantara ini boleh didapati pada harga RM98 nett (Dewasa), RM58 nett (Kanak-kanak dan warga emas). Jualan voucher Promosi pembukaan iaitu RM88 nett sahaja seorang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 23hb Mac 2023.

Kemudahan-kemudahan seperti parkir kereta PERCUMA, surau, mesra OKU turut disediakan. 




OOTD corner

Terdapat juga "Kids Zone”, OOTD corner bagi menyerikan suasana berbuka puasa anda di Dewan Banquet MBSA ini. Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis jemputan yag akan diiringi oleh "live band".

Dewan Banquet MBSA turut mengalu-alukan pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa dimana hidangan secara "dome" berserta perkhidmatan layaran VVIP disediakan. Sebarang infaq Ramadan mahupun tajaan bebuka puasa untuk anak-anak yatim atau golongan asnaf turut dialu-alukan.

Pihak Nusantara Catering turut menawarkan perkhidmatan catering untuk Rumah terbuka Aidilfitri. Berpengalaman luas dalam menganjurkan sebarang majlis, Nusantara Catering menawarkan suasana majlis yang lain dari yang lain.




So, pembaca-pembaca sekalian, jangan lepaskan peluang, cepat-cepat rancang dan tempah 'venue' berbuka puasa anda sebelum semua seat penuh. Almaklumlah, Shah Alam tu kan lokasi paling hot di Selangor yang lengkap dengan semua persiapan hari raya yang sering menjadi tumpuan semua. 

Sebarang pertanyaan dan pertanyaan, sila hubungi 011 54040385 atau email ke nusantaracatering.event@gmail.com Jangan lupa ikuti :


Buffet Ramadan 2023 - Citarasa Itali di Mearcato dan "ala Chinese" di Pearls Cuisine

Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella.com kongsikan tentang buffet buka puasa dari dua restoran yang terletak di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar iaitu Restoran Mearcato dan Pearls Cuisine.

Berbuka puasa di kedua-dua restoran ini semestinya bakal memberi pengalaman yang berbeza atau "lain dari yang lain" kerana Restoran Mearcato menyajikan hidangan citarasa Itali manakala Pearls Cuisine pula menyajikan hidangan "Chinese cuisine" ataupun masakan Cina.

Kedua-dua restoran yang dikendalikan oleh Messa Group ini menjanjikan juadah buka puasa yang halal, segar, sedap serta "lain dari yang lain".

Messa Group turut mencipta sejarah tersendiri apabila mengadakan Cabutan Bertuah buat semua pengunjung yang berbuka puasa di kedua-dua restoran tersebut. Hadiah lebih dari RM20,000.00 disediakan. Menarik, kan.


BUFFET Ramadan BBQ di Mearcato









Di Restoran Mearcato, pengunjung bakal menjamu selera dengan buffet BBQ yang sangat mewah. Antara makanan ber citarasa Itali yang menanti pengunjung adalah seperti BBQ lamb, chicken & beef, BBQ udang, sotong dan patin, Aglio Olio serta pelbagai jenis salad. Restoran yang boleh memuatkan kapasiti pengunjung seramai 300 orang pada satu masa ini akan memberi sentuhan citarasa Melayu dalam sesetengah masakan mereka.

BBQ yang bakal disajikan semasa buffet Ramadan ini sangat luar biasa kualitinya termasuklah Grill River Prawn yang akan diberikan kepada setiap pengunjung. Selain dari itu, setiap pengunjung juga bakal mendapat satu mini tub aiskrim jenama Haagen-Dazz.

Buffet BBQ di Mearcato berharga :

RM148 nett seorang (Dewasa)
RM128 nett seorang (Warga Tua)
RM74 nett seorang (Kanak-kanak)




Buat masa ini, promosi Early Bird RM128 nett seorang berserta dengan promosi BUY 10 FREE 3 sedang berlangsung sehingga 22hb Mac 2023. Terhad kepada 2000 voucher terawal sahaja. Siapa cepat, dia dapat!


Restoran Pearls Cuisine


Manakala di Restoran Pearls Cuisine pula, pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis Dim Sum dan seafood segar yang dibawakan terus dari jeti melalui Ocean Treasures Seafood & Dim Sum Buffet. 




Antara Dim Sum yang kami cuba ~ SEDAP!










Bersesuaian dengan nama buffet ini iaitu Ocean treasures, semestinya lah buffet Ramadan di Pearls Cuisine dipenuhi dengan makanan laut seperti udang, tiram, sotong, ketam dan ikan yang divariasikan cara masakannya.  Ada yang digoreng, dikukus, ada juga seafood yang dimasak dengan mee. Serius sedap semua masakan di Pearls Cuisine ni. I jatuh cinta already, teringat-ingat .. (nak pergi lagi).





Ada juga hidangan lain seperti Kari Kepala Ikan  Kerapu (yang ni pun Sumpah sangat sedap sampai teringat-ingat), Ikan Mandarin yang digoreng rangup dan dicurah sos masam manis, ada 3 perisa oyster yang dikukus dan dibakar, ada sup ayam yang manis semulajadi dan bermacam lagi.

Setiap pengunjung bakal mendapat satu baked lobster dan 1 tub mini aiskrim Haagen-Dazs. 



Selain dari itu, kedua-dua buffet juga ada kaunter pemanis mulut yang dilengkapi dengan kuih muih tempatan serta moden.

Buffet Ocean Treasures Seafood & Dim Sum di Pearls Cuisine berharga :

RM168 nett seorang (Dewasa)
RM148 nett seorang (Warga Tua)
RM84 nett seorang (Kanak-kanak)




Buat masa ini, promosi Early Bird RM148nett seorang berserta dengan promosi BUY 10 FREE 3 sedang berlangsung sehingga 22hb Mac 2023. Terhad kepada 2000 voucher terawal sahaja. 




Buat mereka yang berminat, jangan tunggu lagi. Cepat-cepat buat tempahan dengan menghubungi 016-7199927 (Restoran Mearcato) dan 010-2299927 (Pearls Cuisine) supaya tak terlepas promosi EARLY BIRD ini.

Jangan lupa ikuti :-



Buffet Ramadan 2023 di I’dahlia Corner, Kuala Lumpur. Hanya RM69 seorang!

Hai pembaca kesayangan,


Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun 2022, I'dahlia Corner sekali lagi membawakan buffet Ramadan dengan masakan ala kampung bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan tahun 2023.


Masih mengekalkan konsep "dalam taman" kerana lokasi I'dahlia Corner di Persiaran Stonor yang berada di dalam kawasan kejiranan KLCC, hampir 60 jenis hidangan menanti pengunjung yang datang berbuka puasa di I'dahlia Corner tahun ini bermula dari 25hb Mac 2023 hingga 22hb April 2023.




Antara juadah yang disediakan adalah Ayam Percik, Gulai Kawah, Ikan Bakar, Sambal Jering, Siput Sedut Masak Lemak, Keli Berlado, Rendang Minang, Perut Masak Lemak Cili Api, Sambal Udang Petai, Sambal Sotong, Ayam Masak Lemak Cili Api, Ayam Sweet Sour  dan pelbagai lagi. Tak ketinggalan adalah Sup Tulang Meletop I'dahlia Corner yang sentiasa mendapat sambutan ramai.


Nasi Lemak Daun Pisang serta Nasi Ayam I'dahlia Corner juga ada



Antara pemanis mulut yang disediakan adalah kuih muih Melayu dan goreng-gorengan seperti pisang goreng, keledek dan tempe goreng. Dua jenis bubur serta minuman sejuk dan panas turut disediakan setiap hari.

Pada hujung minggu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan.



Harga buffet Ramadan "dalam taman" di I'dahlia Corner ini adalah RM69 NET (Dewasa),  RM49 NET (Warga Emas) dan RM49 net (Kanak-kanak 6-12 tahun) (60 hidangan you alls!) Sangat berpatutan! Kemudahan bilik solat dan tandas yang selesa serta parkir turut ada.



Promosi  EARLY BIRD untuk pembeli-pembeli terawal buffet Ramadan tahun ini sedang berlangsung iaitu dari 6 Mac 2023 hingga 18 Mac 2023. Setiap pembelian sepanjang tempoh ini akan mendapat potongan harga sebanyak 10%. Jimat!

So, pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku, rebutlah peluang untuk mengeratkan silaturrahim sesama rakan taulan dan keluarga di bulan Ramadan ini dengan berbuka puasa bersama-sama pada harga yang sangat berpatutan di I'dahlia Corner.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi 017-9913907 atau ikuti: