Hello pembaca kesayangan,
Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kembali lagi buat tahun yang ke enam (6), kali ini dengan tema 'Positif Selalu' dengan membawakan Izzue Islam dan Janna Nick sebagai Duta DFKL 2019.
Izzue Islam dan Janna Nick ~ Duta DFKL 2019.
DFKL yang pertama diadakan pada tahun 2014, dianjurkan oleh pihak Media Prima Berhad bagi memberi pengiktirafan kepada pencapaian sinematik dalam industri televisyen khususnya drama dan televisyen. Kalau karyawan filem ada Festival Filem Malaysia, manakala karyawan muzik pula ada Anugerah Industri Muzik, karyawan drama bersiri dan telefilem yang mempunyai jutaan penonton dari seluruh Malaysia turut diiktiraf iaitu melalui DFKL ini.
Jumpa mereka di DFKL 2019!
Realitinya, kita tak boleh nafikan bahawa populariti drama bersiri adalah setaraf dengan populariti filem-filem Melayu. Sebabnya? Drama bersiri terlalu dekat di hati peminat-peminat Melayu. Sekali ter tonton, jatuh cinta, melekat terus viral di laman FB masing-masing lalu menjadi topik hangat dan debat sesama kita. Begitulah kuatnya pengaruh drama bersiri Melayu, kan.
DFKL turut bakal dimeriahkan dengan acara-acara lain seperti siri jelajah DFKL 2019, sesi uji bakat, sesi perkongsian idea, pertandingan drama pendek dan juga undian secara 'online' yang dibuka untuk semua warganegara Malaysia.
Sesi perkongsian idea dan pertandingan drama pendek akan dipenuhi dengan komponen-komponen DFKL 2019 iaitu "Realiti Dunia Media Sosial". Berikutan dari sesi perkongsian idea dan pertandingan drama pendek DFKL 2018, enam karya telah dijadikan telefilem dan bakal disiarkan di Slot Cerekarama setiap Sabtu pada jam 9 malam bermula dengan telefilem Viral Alam Maya yang akan ditayangkan pada 23 Februari ini.
Lima lagi telefilem yang turut ditayangkan adalah :-
TAJUK
|
TARIKH SIARAN
|
IDEA ASAL
|
Resort Berhantu
|
2 Mac 2019
|
Eddy Imran Bin Mohamed Zokri
|
Dulang Boy
|
9 Mac 2019
|
Nur Izni Bt Jamaludin
|
14 Hari
|
16 Mac 2019
|
Khairun Nasuha Bt Shafiai
|
Penunggu Simpang
|
23 Mac 2019
|
Eddy Imran Bin Mohamed Zokri
|
Telapak Waktu
|
30 Mac
|
Sheikh Afzal B Sheikh Abdul Karim
|
Manakala siri jelajah DFKL 2019 pula akan bermula pada 1 Mac 2019 di lokasi berikut :-
1 Mac 2019
Management & Science University (MSU) Shah Alam
2 Mac 2019
University of Malaya (UM), Kuala Lumpur
3 Mac 2019
University Putra Malaysia (UPM), Sri Kembangan
Kru siri jelajah DFKL 2019 akan turut berada di Sri Pentas, Bandar Utama (9-10 Mac 2019) dan IOI City Mall (16-17 Mac 2019). Bagi memeriahkan DFKL 2019, pelbagai aktiviti telah dirancang di setiap lokasi termasuklah uji bakat lakonan, sessi perkongsian idea (pitching).
Di IOI City Mall, ada aktiviti-aktiviti tambahan seperti photo booth, sesi ramah mesra bersama artis jemputan, sudut pameran dan bermacam lagi.
Siri Jelajah DFKL 2019 ini akan diturut sertai oleh barisan pengarah dan penerbit ternama selaku juri dan ahli panel sesi uji bakat dan sesi kongsi seperti Heykal Hanifah, Datuk A. Aida, Along Kamaludin, dan Eirma Fatimah. Mereka turut disertai oleh Ashraf Muslim dan Fasha Sandha sebagai ahli panel dan juri jemputan.
Beberapa pembaharuan turut diperkenalkan di DFKL 2019 ini. Antaranya adalah :-
Bengkel DFKL
Bengkel DFKL kini hanya terbuka untuk 20 orang peserta uji bakat yang disenarai pendek melalui sesi uji bakat semasa siri jelajah DFKL 2019. Kesemua yang terpilih akan menjalani bengkel tersebut pada 22 hingga 24 Mac bersama tenaga pengajar hebat seperti Eirma Fatimah, Shahrulezad dan Datuk Rosyam Nor. Dengan memfokuskan kepada kumpulan yang lebih kecil, lebih banyak ilmu dapat diserap dengan lebih dekat. Melalui bengkel ini juga, bakat-bakat baru juga akan disaring berdasarkan komitmen, disiplin, bakat, keyakinan dan minat mereka untuk peringkat yang seterusnya.
Tema 'Realiti Dunia Media Sosial'
Tema 'Realiti Dunia Media Sosial' turut diperkenalkan sebagai tunjang sesi kongsi idea 2019 dan juga pertandingan drama pendek. Tema ini dipilih bertepatan dengan situasi semasa alam digital kita yang tidak lari dari situasi kecam mengecam sesama individu yang boleh mendatangkan kesan negatif dikalangan peminat tempatan. Keadaan ini telah mendorong pihak penganjur untuk memilih 'Positif Selalu' sebagai tema utama DKL 2019.
Drama Rantaian Bahasa Cina
Pembaharuan lain adalah pengenalan kategori Drama Rantaian Bahasa Cina dalam Malam Anugerah DFKL 2019.
Selain itu, pertandingan Drama Pendek DFKL juga dikekalkan pada tahun ini, di mana tempoh penyertaan akan ditutup pada 1 Mac 2019 kelak. Pemenang pertandingan bakal diumumkan pada Malam Anugerah DFKL 2019 akan membawa pulang sejumlah daripada hadiah wang tunai RM18,000. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
Tema : Realiti Dunia Media Sosial
(Jalan cerita harus mempunyai nilai pengajaran, kemasyarakatan dan tidak melanggar etika, sensitiviti agama dan budaya) Durasi video: 3-5 minit
Tarikh tutup penyertaan : 1 Mac 2019
Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
Acara kemuncak DFKL 2019 adalah Malam Anugerah DFKL 2019 pada hari Ahad, 7 April 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sebanyak sembilan (9) kategori dipertandingkan dan telah dibuka untuk undian di laman sesawang www.dfkl.com.my sejak 1 Februari yang lalu sehingga 25 Mac 2019. Kategori-kategori tersebut adalah Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.
So pembaca-pembaca kesayangan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Drama-drama yang tercalon serta adakah Hero serta Heroin pujaan hati korang juga tercalon untuk kategori-kategori yang disebutkan diatas, sila layari laman sesawang www.dfkl.com.my serta laman media sosial rasmi Facebook dan Instagram @TV3 Malaysia dan @8TV Chinese untuk dapatkan maklumat lanjut. Banyak maklumat ada di situ termasuklah bagaimana korang boleh turut serta dalam acara-acara yang disediakan bersempena dengan DFKL 2019 ini. Mana lah tau kalau-kalau korang ada bakat terpendam dan mahu diujibakat, kan *sambil berangan terkenal macam Remy Ishak ... hehe*
Layari juga www.xtra.com.my untuk ikuti artikel-artikel terkini mengenai DFKL 2019. Gunakan tanda pagar #positifselalu dan #dfkl2019 dalam setiap pos anda di media sosial untuk menghangatkan lagi perbualan di platform digital.
Oops sebelum Misz-ella akhiri entry ini, Misz-ella nak kongsikan temuramah Misz-ella bersama pelakon yang semakin popular iaitu Syazuwan Hassan. Syazuwan Hassan adalah bakat yang dicungkil dari DFKL dimana bakat beliau dikesan semasa DFKL 2016 dan kini lakonan beliau sebagai suami yang curang kepada isteri yang setia di dalam drama Terbaik Dariku sentiasa diingati penonton.
Kata Syazuwan 'terpilih antara yang terbaik pun dah cukup besar buat diri saya' kalau menang, itu Bonus lah!' Watak paling diidam-idamkan oleh Syazuwan? Watak yang memerlukan saya beraksi ganas dan lasak (action scene) sebab saya sebenarnya seorang yang agak lasak orangnya.
OK dah habis kongsi dengan you all semua dah. Jangan lupa tekan semua link-link yang Misz-ella sebutkan di atas. Support DFKL 2019, k. Byebye semua. Terima Kasih baca. Jumpa lagi di lain entry, ye.