Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

KL Tower Merdeka Madness sempena 66 tahun kemerdekaan Malaysia

Hai pembaca kesayangan,

“Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” adalah tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 66 tahun ini.



Bersempena dengan 66 tahun kemerdekaan Malaysia tercinta, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan promosi “KL TOWER MERDEKA MADNESS 66% FOR ALL” bermula dari 1 Ogos sehingga 16 September 2023.


Ucapan pelancaran KL Tower Merdeka Madness oleh YB Khairul Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia


Observation deck


Tower Walk 100

Sky Box


Promosi yang julung-julung kali diadakan ini membolehkan pengunjung mendapat potongan harga tiket sebanyak 66% bagi semua tarikah yang terdapat di Menara Kuala Lumpur seperti Sky Deck, Sky Box, Observation Deck dan Tower Walk 100.

Harga tiket bermula serendah RM7.00 untuk lawatan ke Observation Deck atau Tower Walk 100, manakala tiket masuk ke Sky Deck dan Sky Box pula, bayaran masuk adalah bermula dari RM13.00. 

Pakej Kombo turut ditawarkan dimana pengunjung boleh berkunjung ke Sky Deck, Sky Box dan Observation Deck dengan harga RM35.00 sahaja (harga normal RM101.00) bagi dewasa dan RM59.00 (harga normal RM170.00) bagi dewasa tanpa MyKad.

Jom kita rebut peluang harga promosi yang sangat berbaloi ini, hadiah istimewa dari Menara Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung yang sentiasa menyokong Menara Kuala Lumpur sejak tahun 1996.

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi 03-2020 5421 atau layari media social Menara Kuala Lumpur di :


1 comments:

mummy_ayu said...

wah..murah tu..menariks