Hai everyone. Assalamualaikum.
I m back with my sharing. Dah lama Misz-ella tak kongsi dengan pembaca kesayangan kat sini. Stucked with work dan lain-lain hal duniawi.
Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang dunia senaman Misz-ella yang sememangnya sudah 20 tahun Misz-ella amalkan. Dari Aiman berumur 5 tahun sampai sekarang aiman dah 26 tahun, mamanya masih exercise, terutamanya menari.
My friend recently opened a new exercise studio atau lebih tepat lagi lifestyle studio (sebab studio ni sesuai untuk sebarang majlis lifestyle seperti majlis harijadi, majlis pelancaran produk, bengkel dan pelbagai lagi) di The Linc, Kuala Lumpur.
Masa dia mula-mula bukak dulu, I datang kelas Marsha je (Marsha is my teacher for the last 7 years) lepas tu owner studio ajak join kelas-kelas lain iaitu kelas cardio dance, kelas zumba dan kelas Hip Hop. Ye kat sini ada banyak jenis kelas tarian, bukan satu jenis kelas sahaja) and I started to try all classes .. zumba with Hannah, cardio dance kelas Azy dan kelas Hip hop oleh Hazmi.
Apa keistimewaan Mzone studio berbanding studio-studio lain?
Lokasi sangat strategik iaitu di Jalan Tun Razak (tapi sangat jauh dari Sg. Buloh)
Studio Mzone fully airconditioned.
Ada pelbagai pilihan kelas.
Tiap-tiap hari ada kelas.
Instructor semua best-best.
Bermula dari nak cuba kelas Azy (sebab Kak Rafeah suruh .. haha) till today tiap-tiap hari I ada di studio Mzone untuk kelas dia. Kelas Azy ialah Cardio dance. Cardio dance bermakna gabungan pelbagai jenis tarian untuk senaman badan. Kadang-kadang Azy bawak kita ke Amerika Latin, kadang-kadang dia ajak kita berdangdut di Indonesia, tiba-tiba dah sampai ke negara Arab .. maka ber gelek Arab lah kita bersama. Macam-macam pilihan muzik, pelbagai jenis tarian ada di kelas Azy.
Kelebihan Azy ialah dia sangat energetik dan selalu bersemangat which I like so much. I pernah pergi kelas yang cikgu dia cakap "We do slow-slow lah" .. aku terdiam. Kenapa kena slow? Why should I?
Komunikasi dia dengan crowd bagus. Lagu2 di kelas Cardio Azy pun best. Step tak terlalu susah. Either you are beginner or intermediate or high impact macam i .. semua boleh follow. Best. Best. Memang best.
Lagu best-best, step serta bunga tarian yang mudah diikuti serta Azy sendiri punya karisma serta tarikan tersendiri merupakan antara sebab kenapa kelas Azy sentiasa penuh.
Azy, sentiasa bergerak bersama kumpulan 'thegoodvibetribes'. #thegoodvibetribes adalah nama gelaran buat followers Azy yang sentiasa hadir di studio Mzone, a group of beautiful-kind hearted energetic people, a lil 'crazy' at times and fun to be with! Seronok tengok diaorang menari bersama .. itulah yang dimaksudkan dengan "jadilah manusia yang bermanfaat buat yang lain" daripada kita buat kerja yang tak berfaedah dan buang masa, lebih baik kita jaga kesihatan bersama, kan.
Seorang lagi instructor yang Misz-ella suka ialah Hannah. Hannah mengajar Zumba di Mzone. Kelas dia pada waktu tengahari iaitu pukul 1 hingga 2 dan pukul 7:45 malam. Agak mencabar jugak Misz-ella nak ke kelas dia. Nak pergi kelas Hannah kena berperang dengan client dulu, kena marah staff dulu, kena ketuk jari-jari halus di keyboard laptop untuk siapkan kerja dulu .. by the time Misz-ella sampai studio, kelas dia dah start, kadang sampai 15 minit lambat. Dah berapa lagu I terlepas. Sedih! tapi sejak beberapa minggu lepas, pihak pengurusan Mzone telah mengubah jadual kelas Hannah ke waktu petang.
Mula-mula, agak susah Misz-ella nak terima kelas Hannah. Lagu-lagu dalam kelas dia agak pelik (not friendly to my ear or perhaps because I do not enjoy Zumba), bunga tarian dia banyak tapi I challenged myself supaya suka. Bukan salah dia, bukan salah lagu tapi salah diri kita sendiri kerana tak bisa sesuaikan diri. Lama-lama alhamdulillah .. I adapted myself very well infact Misz-ella tak pernah ponteng kelas Hannah walaupun sekali. Hannah is fun, dia selalu gelak, selalu ketawa, dan dia selalu usik-usik kita semua dalam kelas. Biasanya bila I masuk kelas dengan muka stress masam mencuka, dan tiba-tiba Hannah tegur dengan senyum manja dan nakal dia .... cair hati aku. Misz-ella pernah tanya how do you keep the happy momentum for 1 hour, Hannah? You laughed through out the class. Dia jawab 'because of you all lah ... " Hummm kita tumpang energy dia, dia tumpang energy kita balik.
I really appreciate her effort in making me talk to her or responded to her. Aku kan jujur, i told her on how I had a hard time accepting her class at the beginning. She noticed it and she said, I m glad you keep on coming, Ella.
Other than that, di Mzone studio juga ada kelas Hip Hop bersama Hazmi, kelas MTV dance bersama Uchop (currently unavailable due to Uchop's condition) dan ada kelas pound bersama Hasif.
Mzone studio juga sesuai untuk majlis berskala sederhana seperti majlis harijadi (my birthday was done here, a special entry about the party will be on the blog, soon), majlis pelancaran produk atau sebarang get-together.
Untuk maklumat lanjut tentang Mzone studio, you all boleh lah lawati Instagram Mzone di https://www.instagram.com/mzonestudio/