Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jumaat terakhir 2023

 Termenung panjang Misz-ella di hari Jumaat terakhir 2023. Tahun sedih. Paling sedih mengenangkan ramai saudara mara kita yang syahid di bumi suci Palestine. 

Tahun suka bersulam duka kerana ada banyak peristiwa yang memberi pelbagai emosi. Tekanan, kesedihan, ketawa, tangis semua bersilih ganti, bagai bergilir-gilir mengambil tempat untuk duduk dihati kecil Misz-ella.

Pencapaian dan kegagalan .. semua jadi pengajaran serta pengalaman paling berharga, tak terbeli dengan wang ringgit atau harta berjuta.

Dua hari lagi menuju 2024, hati masih berharap agar berlaku keajaiban. Mahu lihat semua orang bahagia, mahu dunia ini menjadi aman damai dimana penduduknya bersatu hati dan bahagia bersama, tanpa mengira pangkat dan darjat, warna kulit dan agama. Mimpi! In your dream, Ella. Dunia yang kau mahu itu hanya wujud dalam mimpi, tiada di dunia nyata kerana hakikatnya, manusia hari ini masih “selfish” masih mengejar duniawi dibandingkan kasih sayang sesama insan.

Dunia lebih penting. Wang ringgit dan harta masih jadi keutamaan, bukan nilai-nilai insani. Kita lebih rela hilang persahabatan berbanding wang. Kita lupa yang wang atau duit itu ujian Allah kepada kita. 

Dunia dah nak akhir zaman, tapi kita masih begitu. Sedih.

Nasi Kambing Bakar, Kuih bakar Burnt Cheese di Hannan Cawan Manis


Warga Puncak Alam, Saujana Utama atau kawasan kejiranan yang berdekatan, kalau nak makan kambing bakar yang sedap, boleh lah ke Hannan Cawan Manis.

Terletak di No. 42, Jalan Puncak Alam Jaya 16, Bandar Puncak Alam, saya suka cafe ni.


Nasi Kambing bakar menggunakan beras Basmati, Kambing bakar nya lembut dan sedap, dicicah dengan kicap yang rasanya buat saya terfikir “macamana nak buat kicap ni eh? Sedap betul!” Percaya tak saya habiskan semua yang ada dalam pinggan ni? Sikit pun tak bersisa sebab sedap Ya Amat!


Spagethi Aglio Olio bersama ayam bakar dan garlic bread - yang ni pun sedap. Spageti cukup lembut dan secukup rasa .. lemak-lemak sikit sebab ada cheese tabur. Perah lemon untuk variasi kan lagi rasa dia dan ayam tu .. sangat ‘juicy’ tak kering. Habis sepinggan Della makan. Sedap!




Yang penting di sini ada macam-macam jenis kek. Kami pilih Kuih Bakar Burnt Cheese Cake iaitu kuih bakar tradisional yang divariasikan dengan ditambah cheese dan dibakar menggunakan teknik ‘burnt’. Sedap! Tak terlalu manis seperti kuih bakar tradisional kita tapi ada sedikit rasa lemak-lemak cheese. Sesuai untuk mereka yang mahukan pemanis mulut selepas makan tapi mahukan sesuatu yang tak terlalu manis. Credit to Della kerana dia yang pilih kek ni. Pandai dia pilih. Sesuai untuk kami yang “sedang-sedang saja” ni .. tak tua dan tak jugak muda .. gitewww 

Habis sepinggan. Percaya lah .. 


Sedap kata Della and yes! We love the food presentation too. Belum makan dah nampak menyelerakan.


Definitely a good place to dine in sebab suasana cafe sangat cosy dan selesa. Very minimalist concept tanpa ada susunan perabot atau dekorasi yang memberatkan pandangan. Tenang-tenang saja bila berada di sini. Owner pun peramah. Terima Kasih! Nanti kami datang lagi. 

Kawan sampai bila-bila

 

Sesekali, bila ada masa kita jumpa. Macam tu lah kita jaga persahabatan, kan. Tapi masa itu perlu dicari. Jangan sesekali kita guna alasan sibuk atau terlalu sibuk sebagai alasan untuk tak berjumpa. Perlu ada inisiatif dalam hal menjaga ukhuwah.


Terima Kasih Datin Sofea. Lama betul kita tak jumpa ye. Tapi kalau kita simpan kawan-kawan kita dalam hati, InshaAllah pasti akan bertemu lagi walau kita terpisah sementara. Hidup ini indah kalau kita jaga ukhuwah, kan. 

Hidup ini keras

 Ye betul. Hidup ini keras. Banyak dugaan yang perlu kita tempuh dan laluan itu berliku. Tidak mudah. Malah ada masa meruntun hati, menyeksa emosi. Yang harus kita lakukan adalah terus melangkah. Biarpun tak gagah. 

Sambil berdoa “Wahai Allah yang Maha pengasih, Maha penyayang, Maha memimpin, Maha mengatur .. Engkau lah pemilik hati ini. Engkau Maha mengetahui segala rahsia hati. Sedihku, sukaku, tangisku, tawaku. Pimpinlah aku. Bimbinglah aku. Hanya padaMu aku berserah (pasrah, redha)

Ikan Bawal Emas Kukus, menu menarik di Dahlia Corner

Kali ni Misz-ella nak kongsi tentang menu Ikan Bawal Emas Kukus untuk makan malam yang sangat sedap di Dahlia Corner di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur. 


Ikan Bawal Emas Kukus, Tomyam Campur, Sotong Goreng Tepung, Ikan Siakap 3 Rasa, Ayam Goreng Kunyit, Relur Dadar Udang, Kailan Ikan Masin antara menu makan malam di Dahlia Corner.


Dahlia Corner (dulu dikenali sebagai I'Dahlia Corner) berhampiran KLCC ini merupakan tempat paling ideal untuk makan malam bersama keluarga atau kawan-kawan sebab restorannya besar dan selesa, ruang parkingnya luas dan percuma pada waktu malam dan paling penting makanan di sini sedap! Ruang makan utama ini boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Sesuai untuk majlis keraian ataupun makan malam.


Kalau datang dalam kumpulan yang kecil dan mahu kan 'privacy' boleh book bilik 'private' ber hawa dingin ni.

OK jom kita tengok menu-menu menarik di Dahlia Corner.


Ikan Bawal Emas Kukus
OK ini sangat menarik sebab jarang-jarang kita jumpa Ikan Bawal Emas Kukus di tempat lain. Rasa ikan bawal emas ni sangat sedap, ada lemak-lemak sikit .. bila dikukus dengan bahann-bahan khas ini, Ya Allah sedap tak terkata. Recommended! Harus cuba kerana susah nak dapat menu ni di tempat lain.



Tomyam Seafood
Sedap sangat tomyam seafood di Dahlia Corner ni. Kuahnya tak terlalu cair, cukup-cukup je dan rasanya teramat lah sedap. Tak terlalu masam, tak pedas dan tak manis. Sangat sedap.


Sup Tulang
Sup tulang adalah signature food Dahlia Corner. Sejak dari dahulu lagi ramai yang sukakan Sup Tulang di sini kerana kesedapannya. Terasa rempah-rempah serta bumbu-bumbu dalam setiap suapan sup tulang Dahlia Corner ni. Sedap!Korang kena cuba.


Ikan Siakap 3 Rasa
Ikan siakap digoreng garing lalu dicurah kuah 3 rasa yang sangat sedap. Sedikit manis, sedikit pedas .. semua nya cukup.




Ayam Goreng Kunyit
Ayam goreng kunyit ni nampak biasa-biasa tapi ayamnya crispy di luar, juicy di dalam. Makan dengan nasi panas-panas dan sup kosong pun dah cukup. Sesuai untuk anak-anak dan mereka yang tak makan makanan pedas.



Daging Masak Merah
Pun tidak menghampakan. Peminat daging boleh lah cuba!



Telur Dadar dengan udang
Bukan telur dadar biasa-biasa sebab di dalamnya ada udang. Telur dadar tu sangat garing dan fluffy. Gebuuuu ..






Lempeng Kelapa
Buat yang mahu makanan ringan, boleh cuba lempeng kelapa Dahlia Corner. Didatangkan dengan 2 pencicah, sambal dan gula perang (tapi saya tak ambik brown sugar tu) Hanya RM5.00 untuk satu set lempeng kelapa ni. Sedap sangat!


So, buat semua pembaca, kalau mahu mencari tempat makan malam terbaik di Kuala Lumpur, yang selesa, anak-anak boleh bermain, berlari tanpa kerisauan, mak-mak boleh borak dengan tenang sambil layan LIVE Band (malam ada persembahan dari LIVE Band), tempat makan yang parkingnya senang dan PERCUMA, sila lah ke Dahlia Corner. Kalau bernasib baik, dapat jumpa dengan tuan kedai yang cantik dan peramah iaitu Kak Dahlia. 

Dahlia Corner dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 12 malam (kecuali Ahad). Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila whatsapp nombor 0123526397 atau ikuti Instagram Dahlia Corner di sini.