Ikan Dory Sweet Sour

Monday, July 23, 2012

Tup tap .. tup tap .. dah 4 Ramadhan. Sekejap je dah 4  hari .. Sekejap je bulan 8 tak berapa hari lagi. Cepat betul masa berlalu. Semalam 3 Ramadhan first day berpuasa penuh sambil bekerja. First day jugak berpuasa dengan 'mood' ting tong .. Mana taknya semalam tak dapat balik awal .. kuar opis kul 5:15 vrooommmm lelaju bawak keta cilok sana cilok sini .. masuk Highway Guthrie .. pukul 6 sampai terus lelaju tukar baju toom tamm toom tamm kat dapur. Dalam masa satu setengah jam dapat la buat Kari Kepala Ikan Salmon, Ayam Goreng Kunyit Daun Kari dan Kacang Bendi Goreng. Malam tu baru terasa penat dan-dan tu kepala ting tong. Tu la kannnnn .. bila kita tidak buat bekerja secara 'slow, relax and steady' tapi buru-buru memaksa diri .. kepala yang sengsara jadi mangsa. Tehehehehe ...

Kali ni nak kongsi resepi Ikan Dory Sweet Sour. Yang ni kita beli yang Frozen je .. Satu peket ada seketul isi ikan Dory. Kita beli dua peket. Rendam dalam air sekejap .. kasi defrost semua yang beku pastu hiris kecik-kecik. Basuh dan buh dalam penapis .. biar air dia semua keluar habis. Pastu masuk dalam pinggan buh kicap cair.

Pastu salut dengan Tepung Jagung satu persatu. Ohhhhh .. comelnya bila dia dah jadi cenggini.

Pastu goreng ... camni la rupa dia selepas digoreng. Masa kita buat ni kan .. kita tak puasa. Sambil masak sambil curi-curi kunyah dan telan .. 4, 5 ketul sekali jalan. Makan camni je pun dah sedap . Pastu kita tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Orang lain hiris, kita tumbuk sebab kalau hiris nanti diaorang kuis-kuis bawang, halia dan bawang putih tu .. sudahnya berbuang. Bila dah ditumbuk diaorang tak nampak dah .. dah tak boleh kuis so kena telan *dipaksa telan*. Hehehe. Ok lah ... pas tumbuk kita tumis gitu-gitu je .. bila dah garing kita masukkan cili kisar sesudu .. pastu kita masukkan cili sos dan sedikit plum sos. Sos tomato kita tak taruk sebab diaorang tak suka. Pastu kita kacau-kacau .. sebatikan rasa garam, gula dan sebagainya.


Sambil-sambil tu kita potong dadu bawang besar, tomato, capsicum, sekeping dua nenas *beli yang dalam tin lebih cepat, murah dan boleh mengelakkan pembaziran* Pastu kita jumpa timun lebih buat masak Taucu haritu dalam peti ais so kita potong sekali. Pastu kita masukkan bahan-bahan daduan ni dalam kuah sos tadi. Kacau-kacau angkat dan curah atas ketulan dory tu tadi.

Tadaaaaaa .. Ini yang dah siap ~ Ikan Dory Sweet Sour yang kita bawak balik ke rumah Mama masa hari pertama Puasa haritu. OK lah .. Sekian sahaja Entry Berkongsi Resepi untuk kali ini .. *Eh .. apsal skrip aku dah macam Pengacara Ketuk-ketuk Ramadahan nih?* Ishhhhh .. Oh By the way (BTW) .. Sila la mencuba dan Mekaseh baca Entry saya ye. Selamat Berpuasa. Bye.



You Might Also Like

29 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail