Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

empro Hijab surgical face mask - selamat, selesa dan beri perlindungan maksima

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang face mask. Sejak virus covid-19 menyerang dunia dan menjadi musuh kita, kita semua telah terbiasa dengan norma baru yang mana salah satu antaranya adalah memakai face mask ataupun pelitup muka.

Nak keluar rumah mahupun ke mana-mana, face mask jangan sesekali kita lupa kerana tanpa face mask, bukan sahaja kita tidak melindungi diri kita dari musuh atau bakteria yang tidak kita sedari ini, malah kita turut terdedah kepada risiko kena saman oleh pihak berkuasa. RM1,000-00 saman dikenakan kepada mereka yang tak pakai face mask di tempat awam. 


Baru-baru ini Misz-ella telah dikenalkan dengan empro - hijab surgical face mask. empro adalah face mask yang dibuat lengkap dengan ciri-ciri keselamatan. empro hijab surgical face mask memberi perlindungan yang sangat tinggi dan sesuai digunakan di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti hospital.


Bertepatan dengan namanya empro - hijab surgical face mask, ianya sesuai digunakan oleh mereka yang ber hijab.

Misz-ella pun dah cuba empro hijab surgical face mask ini. Menarik dan senang digunakan kerana ianya boleh dililit terus ke kepala (tak perlu guna extender). Malah Misz-ella suka pada kualiti empro hijab surgical face mask ini kerana ianya tahan lasak berbanding dengan sesetengah face mask yang pernah Misz-ella cuba. Ada yang mudah koyak dan talinya senang putus .. tapi empro hijab surgical face mask tak begitu. Ia betul-betul berkualiti.


Ciri-ciri empro Hijab surgical face mask

Ia adalah produk peralatan perlindungan peribadi (PPE)

Ia adalah 3-ply mask yang memberi perlindungan sehingga tahap 3

Ia menyediakan perlindungan filtrasi bakteria sehingga 99%

Ianya flexible dan boleh dilaras mengikut saiz dan bentuk muka

Ia memberi perlindungan yang tinggi terhadap debu-debu di udara, habuk dan titisan cecair jangkitan

Ia bersifat hypoallergenic, bebas dari getah dan gentian kaca - dimana ianya akan meminimumkan tindakbalas kepada mereka yang allergik terhadap bahan tersebut 

Ia dibuat menggunakan bahan yang selesa membolehkan kita mudah bernafas

lembut, tidak menyakitkan kulit dan ringan.



empro Hijab surgical face mask ini Misz-ella gunakan ke mana sahaja terutamanya ke tempat-tempat awam kerana ia memberi perlindungan yang maksima. 

empro Hijab surgical face mask yang selesa ini boleh didapati di Empro outlet di Sunway Pyramid dan Mid Valley. Selain dari itu, empro hijab surgical face mask juga ada dijual di Watsons, Caring dan Sasa Cosmetic.

Harga empro hijab surgical face mask adalah sangat berpatutan iaitu RM9 untuk pek yang berisi 10 keping dan RM39.90 untuk pek yang berisi 50 keping face mask. Sangat berpatutan dan mampu milik, kan.

Memandangkan kita berada di dalam PKPB dan kita digalakkan untuk membeli secara on-line, empro hijab surgical face mask juga boleh dibeli di shop.empro.my/shopee-empro. Senang, kan .. tak perlu keluar rumah. Duduk depan laptop pergi shopee dan cari lah kedai on-line empro.

OK lovely readers .. I have shared about my empro hijab surgical face mask with you. Stay safe. Stay at home and let's combat covid 19 together. Thank you for reading. See you on my next blog post. Bye!









EllaXLiza = Women's power

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak santai-santai je dengan you alls . Saja nak borak something light-light dengan pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. 

Dari dulu lagi Misz-ella suka tengok wanita yang berdikari. Misz-ella suka tengok wanita yang ada visi, yang berkereta memandu ke sana sini mengenepikan lelah demi kehidupan. Wanita yang berdikari selalu win my heart .. they inspired me in their own way. Misz-ella sentiasa kagum dengan dia orang.


Baru-baru ini Misz-ella ke Desa Park City untuk berjumpa dengan seorang wanita muda, berkerjaya dan berdikari. Liza bukanlah asing pada Misz-ella kerana dia ialah my rakan aerobic, rakan run, rakan gelak dan macam-macam lagi.

Mula-mula kita lunch bubur dulu .. not bad bubur nasi kat Kluang Station ni. Sedap! Sambil makan sambil bincang-bincang .. makin laju kita makan, kan.


Lepas tu kami sambung minum kopi di McDonalds Desa Park City sambil bincang lagi. Bila berpeluang duduk berjam-jam dengan Liza, baru lah I kenal Liza dengan lebih dekat lagi .. rupa-rupanya Liza sangat berbakat, malah bergiat aktif dengan beberapa kerja amal. Orang kata tak kenal maka tak cinta, kan. Bila kita dah betul-betul kenal, barulah kita tau siapa dia.





Selain dari tu, Liza juga seorang wanita yang mempunyai wawasan tersendiri. Ehemmm .. tak boleh lah Misz-ella cerita lebih panjang tentang future plan Liza ni, kan. Kita tunggu je masanya tiba. Sebagai kawan dan wanita, Misz-ella tumpang bangga bila kawan saya punya misi dan visi tersendiri. You definitely get my support, adikku.




All in .. all in .. I had a great time spending my time with Liza. Bukan sebarang borak kosong tapi borak yang ada isi .. you are one strong woman with mission, Liza. You can go far, In Sha Allah and always remember at any time, you have my back for support.










Kuatkan imunisasi badan dengan madu bunga Al-arissa #combatcovid19

 Hai pembaca kesayangan,

Hari ini 14/10/2020 ..  bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) buat Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya..

Ini adalah kali ke 2 Misz-ella dan semua yang berada di kawasan yang sama kena ber PKPB, semuanya gara-gara virus ganas bernama corona yang menyebabka penyakit Covid-19 ni.

Kita seringkali disuruh meningkatkan tahap kesihatan, menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penyebaran penyakit covid-19 ini.

Ada banyak cara untuk tingkatkan imunisasi badan dan salah satu daripadanya ialah dengan mengamalkan makanan sunah iaitu madu.

Madu bunga liar Al-Arissa

Baru-baru ini Misz-ella dikenalkan dengan madu Al-Arissa, madu dari bunga liar yang datang dari Ukraine.


Saya memang suka minum madu sebab madu sedap dan terkenal dengan pelbagai khasiat semulajadi. Dah bermacam-macam madu Misz-ella cuba tapi madu bunga liar jenama Al-Arissa ni Misz-ella suka sangat sebab packaging dia cantik, very hand-friendly .. senang nak dibawak ke mana-mana. Lepas tu label pada botol tu pun sangat cute! Gambar lebah terbang yang sangat comel dan mesra gitu.

Lebah adalah serangga terbang sosial yang hidup berkelompok. Kalau terbang biasanya secara berkumpulan dan lebah sangat dikenali dengan peranan mereka dalam mengahwinkan bunga dan menghasilkan madu. Lepas tu madu tu kita makan untuk jaga kesihatan. Sweet lah kau wahai lebah tapi awas, jika rasa terancam, lebah akan menyerang manusia dan sengatan lebah boleh menyebabkan kematian jika lambat dirawat.



Hanya perlu ambil sesudu sehari madu Al-Arissa ini sebaiknya di waktu pagi iaitu ketika perut kosong kerana ketika ini kadar penyerapan adalah lebih berkesan. Look at the bottle, senang nak dibawa ke mana-mana *selit celah handbag pun boleh* dan mudah dipegang, kan.



Walau cuma sesudu, madu bunga liar boleh meningkatkan imunisasi badan. Bila sistem pertahanan atau 'askar-askar' di dalam badan kita kuat, maka kita dapat mengurangkan risiko diserang penyakit. Ini sangat penting kerana pada masa ini virus corona ini sudah ada dalam komuniti kita. Sesiapa pun boleh kena virus ini selagi vaksin tidak dijumpai. Kita tak da pilihan selain dari terpaksa jaga diri kita sebaiknya, kan. So ambillah madu bunga liar Al-Arissa sekali sehari untuk tingkatkan imunisasi badan kita. 

Selain dari itu, banyak lagi khasiat madu yang lain. Madu bersifat anti-oksidan yang membantu menstabilkan tekanan darah dan kalau diamalkan secara berterusan, kulit akan semakin sihat dan berseri. Madu juga meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan mengurangkan LDL (kolesterol jahat). Madu juga mengurangkan luka dan mengubati batuk. Selain dari itu, amalan meminum madu secara konsisten boleh membantu menurunkan berat badan!


Image from Google

Malah di dalam Al-Quran sendiri ada disebut betapa madu itu adalah penawar yang menyembuhkan manusia. Begitulah bermanfaatnya madu di dalam kehidupan, anugerah Allah SWT buat kita semua. Alhamdulillah.




So pembaca-pembaca kesayangan, mari kita minum madu sekurang-kurangnya sekali sehari. Dah lah rasa nya sedap, khasiatnya .. MashaAllah .. nikmat serta anugerah Allah SWT kepada kita semua, kan. Satu botol madu 420gm ini hanya berharga RM65.00 sahaja. Jom kita sama-sama amalkan madu supaya kita lebih sihat, demi kita dan kesayangan kita. Kalau nak beli, sila whatsapp nombor 016-6223138 ye. Kami akan uruskan penghantaran sehingga ke pintu rumah anda! OK terima kasih baca. Jumpa lagi di blog post yang lain ye. Bye.


#combatcovid19
#staysafe
#stayathome
#dudukrumah