Hai pembaca kesayangan,
Hari ini 14/10/2020 .. bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) buat Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya..
Ini adalah kali ke 2 Misz-ella dan semua yang berada di kawasan yang sama kena ber PKPB, semuanya gara-gara virus ganas bernama corona yang menyebabka penyakit Covid-19 ni.
Kita seringkali disuruh meningkatkan tahap kesihatan, menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial bagi mengekang penyebaran penyakit covid-19 ini.
Ada banyak cara untuk tingkatkan imunisasi badan dan salah satu daripadanya ialah dengan mengamalkan makanan sunah iaitu madu.
Madu bunga liar Al-Arissa
Baru-baru ini Misz-ella dikenalkan dengan madu Al-Arissa, madu dari bunga liar yang datang dari Ukraine.
Saya memang suka minum madu sebab madu sedap dan terkenal dengan pelbagai khasiat semulajadi. Dah bermacam-macam madu Misz-ella cuba tapi madu bunga liar jenama Al-Arissa ni Misz-ella suka sangat sebab packaging dia cantik, very hand-friendly .. senang nak dibawak ke mana-mana. Lepas tu label pada botol tu pun sangat cute! Gambar lebah terbang yang sangat comel dan mesra gitu.
Lebah adalah serangga terbang sosial yang hidup berkelompok. Kalau terbang biasanya secara berkumpulan dan lebah sangat dikenali dengan peranan mereka dalam mengahwinkan bunga dan menghasilkan madu. Lepas tu madu tu kita makan untuk jaga kesihatan. Sweet lah kau wahai lebah tapi awas, jika rasa terancam, lebah akan menyerang manusia dan sengatan lebah boleh menyebabkan kematian jika lambat dirawat.
Hanya perlu ambil sesudu sehari madu Al-Arissa ini sebaiknya di waktu pagi iaitu ketika perut kosong kerana ketika ini kadar penyerapan adalah lebih berkesan. Look at the bottle, senang nak dibawa ke mana-mana *selit celah handbag pun boleh* dan mudah dipegang, kan.
Walau cuma sesudu, madu bunga liar boleh meningkatkan imunisasi badan. Bila sistem pertahanan atau 'askar-askar' di dalam badan kita kuat, maka kita dapat mengurangkan risiko diserang penyakit. Ini sangat penting kerana pada masa ini virus corona ini sudah ada dalam komuniti kita. Sesiapa pun boleh kena virus ini selagi vaksin tidak dijumpai. Kita tak da pilihan selain dari terpaksa jaga diri kita sebaiknya, kan. So ambillah madu bunga liar Al-Arissa sekali sehari untuk tingkatkan imunisasi badan kita.
Selain dari itu, banyak lagi khasiat madu yang lain. Madu bersifat anti-oksidan yang membantu menstabilkan tekanan darah dan kalau diamalkan secara berterusan, kulit akan semakin sihat dan berseri. Madu juga meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan mengurangkan LDL (kolesterol jahat). Madu juga mengurangkan luka dan mengubati batuk. Selain dari itu, amalan meminum madu secara konsisten boleh membantu menurunkan berat badan!
Malah di dalam Al-Quran sendiri ada disebut betapa madu itu adalah penawar yang menyembuhkan manusia. Begitulah bermanfaatnya madu di dalam kehidupan, anugerah Allah SWT buat kita semua. Alhamdulillah.
So pembaca-pembaca kesayangan, mari kita minum madu sekurang-kurangnya sekali sehari. Dah lah rasa nya sedap, khasiatnya .. MashaAllah .. nikmat serta anugerah Allah SWT kepada kita semua, kan. Satu botol madu 420gm ini hanya berharga RM65.00 sahaja. Jom kita sama-sama amalkan madu supaya kita lebih sihat, demi kita dan kesayangan kita. Kalau nak beli, sila whatsapp nombor 016-6223138 ye. Kami akan uruskan penghantaran sehingga ke pintu rumah anda! OK terima kasih baca. Jumpa lagi di blog post yang lain ye. Bye.
#combatcovid19
#staysafe
#stayathome
#dudukrumah
0 comments:
Post a Comment