Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Lawan Covid 19 - makan Vitamin C, madu, lemon setiap hari

 Hai pembaca kesayangan,

Virus corona yang mengakibatan penyakit covid19 ni dah tersebar merata-rata sekarang ni. Semakin ramai orang yang kita kenali atau kita ketahui dijangkiti penyakit ini. Malah dikatakan virus ini akan lebih mengganas di tahun 2021 ini berbanding di tahun 2020. Haihhh .. bersiap sedia lah kita. 

Lepas tu ada kawan kongsikan dengan Misz-ella yang satu wabak akan mengambil masa dalam tiga tahun untuk reda. Kata dia lah, Misz-ella tak pasti akan kesahihannya. Hummmm .. kita baru masuk tahun ke 2. Bertabah you all. Jaga kesihatan dan keselamatan masing-masing ye.



You all makan apa untuk kuatkan imunisasi badan? Misz-ella ambil Vitamin C, makan madu, minum air panas + hirisan lemon dan juga gabungan habbatussauda dan buah zaitun.




Vitamin C
Saya jual vitamin C ni ye. Dalam setiap botol ni ada 100 tablet. Kalau makan seorang macam Misz-ella, boleh tahan 3 bulan 10 hari sebab kita ambil sehari sebiji je. Dah hampir 10 tahun Misz-ella ambil Vitamin C dari jenama Pahang Pharma ni. Alhamdulillah sangat berkesan untuk menangani masalah selsema dan batuk. Kalau sesiapa nak beli, sila Whatsapp Misz-ella di 0166223138. Misz-ella nak jual murah-murah sempena PKP ni.

Madu
Sememangnya madu itu sudah ditulis khasiat nya di dalam Al-Quran dan merupakan makanan sunnah. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan madu. Ada banyak madu di pasaran yang you all boleh pilih. Misz-ella rekomen madu yang dijual di Arabian Village ni.




Air panas + Hirisan lemon
Lemon baik untuk kesihatan. You all hiris je lepas tu campur dengan air panas. Minumlah berulang-ulang kali.

Kapsul habatussauda, zaitun dan madu asli
Ini juga adalah antara makanan sunnah yang patut kita amalkan. Juga boleh didapati di Arabian Village.


Sebenarnya Misz-ella ada banyak perkara nak kongsikan dengan you all semua tapi sejak kebelakangan ni, masalahnya adalah masa tapi percayalah, walaupun saya busy, saya sangat hargai setiap pelawat yang datang ke blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Ok .. dah selesai berkongsi. Kita jumpa lagi di next blog post, k. Terima Kasih baca. Bye.





Madu 'SUBUR' di Arabian Village

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang madu. Madu ye pembaca kesayangan .. bukan bermadu. Bermadu itu lain tapi madu .... Yes! semua orang suka, kan.

Walaubagaimanapun, madu yang ingin Misz-ella kongsikan di sini bukan lah madu biasa-biasa sebaliknya adalah madu yang sangat istimewa, luarbiasa tetapi banyak khasiat serta kelebihannya dan madu ini boleh didapati di kedai menjual produk barangan dari Arab favourite Misz-ella iaitu di Arabian Village.



Sebaik melangkah masuk ke Arabian Village, kita pasti tak kan terlepas pandang akan deretan madu-madu berkualiti tinggi yang terdapat di sini terutamanya madu Sidr dan madu Sumur.  Bermacam-macam jenis madu ada sampai kita terpaku dibuatnya.

Kedua-dua madu yang terdapat di sini (Sidr dan Sumur) adalah madu dari Negara Yemen dan merupakan madu termahal di dunia. Ini adalah kerana madu-madu ini dihasilkan di Pergunungan Hadramawt, Semenanjung Arab yang bebas dari pencemaran.

Kedua-dua pokok ini (sidr dan sumur) dipercayai adalah pokok tertua di dunia dan hampir semua bahagian pokok ini boleh digunakan untuk tujuan kesihatan dan perubatan kerana mempunyai khasiat yang sangat tinggi.

Madu dari kawasan pergunungan yang bebas pencemaran, bukan dari hutan dan madu dari pokok tertua di dunia ... Wow! The best in the world, kan!


Antara madu yang paling istimewa dan menarik perhatian adalah Madu 'Subur' yang diformulasikan oleh pihak Arabian Village sendiri. Madu ini dicampur dengan 9 bahan yang lain menjadikan rasanya lain dari yang lain *Misz-ella dah rasa .. sedap!* 

Kenapa madu ini istimewa?


Untuk mereka yang sudah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat berikutan dari beberapa masalah seperti kesuburan dan kurang nafsu seksual .. maka madu ini dipercayai dapat mengatasi kedua-dua masalah tersebut. Malah Arabian Village mempunyai rekod pelanggan yang berjaya mengatasi masalah tersebut selepas mengamalkan madu subur ini. So cubalah! Rasanya sedap, khasiatnya banyak paling penting lepas ni makin bertambahlah umat Nabi Muhammad SAW hendaknya. InshaAllah.

Bagi wanita yang berumur mencecah 40an, ianya juga bagus untuk menyeimbangkan hormon. Bila hormon seimbang, emosi kita lebih stabil, hidup jadi lebih ceria kerana masalah gara-gara gangguan hormon ini telah diatasi.

Selain dari itu, madu subur ini juga bersifat anti-penuaan. Amalkan makan madu, maka akan awet muda lah kita selalu.

Disebalik semua khasiat buat sasaran tertentu yang Misz-ella sebutkan diatas, madu 'subur' ini juga boleh diamalkan oleh semua golongan serta lapisan umur kerana pelbagai khasiat kesihatan yang terdapat di dalamnya.


Lihatlah madunya, pekat, kan. Almaklumlah, campurannya macam-macam.


Madu 'Subur' ini berharga RM350/sekilogram tetapi tak perlu beli 1 kilogram sebaliknya pelanggan boleh memilih untuk membeli samada 100gm, 200gm dan sebaliknya. Ianya boleh disimpan untuk satu jangkamasa yang lama. Tak perlu simpan dalam peti sejuk .. 'room temperature' sahaja sudah memadai.

Buat mereka yang sedang mencari penawar buat masalah-masalah diatas, Misz-ella cadangkan you all cuba .. banyak khasiat madu, kan.

Sila lah ke Arabian Village yang terletak di No. 95-G Block E, 289 Kuala Lumpur Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur tanpa ragu-ragu atau Whatsapp no. 011-11119585.

Layari juga website Arabian Village di www.arabianvillage.my.
Atau ikuti Instagram Arabian Village di sini


Kuku cantik dengan Inai cantik by Honey Bella

Hai pembaca kesayangan,

Siapa suka kuku yang cantik? Saya!! Yes!! Misz-ella suka tengok kuku yang cantik dan bersih, bukan untuk ditunjuk kepada orang lain tetapi untuk diri sendiri. 

Walaubagaimanapun, agak susah nak berkuku cantik kalau guna pewarna kuku. Kalau gunakan yang 'water base' dan mesra solat, ianya akan terkopek dengan sendirinya apabila kita kerap basuh tangan maka kuku kita akan nampak bercapuk-capuk .. macam pelik je rupa dia masa tu, kan. Kalau guna yang 'peel off' pulak, kadang-kadang ia terkopek dengan sendirinya lepas tu bila satu kuku terkopek maka Misz-ella akan kopek yang lain-lain juga supaya semua jadi sama. Haaa .. masalah, kan.


Baru-baru ini Misz-ella telah mewarnakan kuku dengan menggunakan inai. Terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan pokok inai atau nama bahasa Latin nya Lawsonia Inermis. Daun inai tak asing dalam masyarakat Melayu kita. Ingat lagi masa kecik dulu, kalau ada orang nak kahwin maka adalah orang yang akan menumbuk daun inai sampai halus dan merah-merah tangan *ahahahaha .. nostalgia sungguh!*

Penggunaan inai tidak haram ye kerana Rasulullah SAW sendiri menggunakan inai sebagai pewarna untuk mewarnakan rambut, jari dan janggut. Manakala untuk perubatan pula, Rasulullah SAW menggunakan inai untuk sembuhkan luka, bisul, sakit kaki dan sakit kepala. Ada hadis-hadisnya, you all rajin-rajinlah google ye. OK tak nak cerita panjang-panjang pasal inai sebab inai sangatlah sinonim dengan masyarakat Melayu.

 


Baru-baru ini Misz-ella telah beli inai dari instagram @inaicantikbyhoneybella. Masa tu kita tengah IG walking, maka terjumpa lah page ni. Lepas tu kerana tergoda Misz-ella pun order. Warna pilihan Misz-ella ialah merah dan maroon *dia ada banyak pilihan warna*


Bila sampai tu, rasa blurr jugaklah .. macamana nak pakai ni? Bagusnya produk ni ialah, ianya turut disertakan dengan cara-cara memakainya lengkap dengan cotton bud bertujuan untuk memudahkan kita meratakan inai di kuku. Caranya ialah :- Goncang dulu tiub inai tu supaya air dan inai di dalam tu bercampur rata. Lepas tu kita buka tiub dan Misz-ella picitkan sedikit inai ke dalam penutup tiub. Guna cotton bud untuk ambik inai tu dan letakkan di atas kuku. Kena letak tebal-tebal ye you all kalau tak warna inai tu tak lekat. Tekan-tekan sikit dan kemaskan sekeliling tapi kalau comot sikit-sikit tu biasalah kerana jari Misz-ella ni bila bab kerja-kerja seni ni dia jadi 'kerastangan'. Biarkan selama 15 minit. Kalau tak da pedih-pedih boleh biarkan lama lagi iaitu 20-25 minit .. ikut suka you all lah. Katanya kalau keliling kuku kita tu ada luka ke atau kulit terkopek ke, mungkin akan rasa sedikit pedih kerana antara campuran bahan inai honeybella ni ialah kapur untuk bagi tahan lama. Alhamdulillah kuku saya sihat tak da masalah kepedihan berlaku.

Cukup 20 minit Misz-ella pun basuh dekat sinki. Perkataan pertama yang keluar .. cantiknya kuku ku!! *sukaaa sangat* Lepas tu Misz-ella sambung pulak tangan sebelah lagi.


Inilah dia inai merah by honey bella yang Misz-ella guna. Cantik, kan.


Ini adalah pilihan warna yang ada dan harga inai Honeybella (ada 2 saiz ye)

So you all, kalau nak kuku cantik macam kuku di hujung jari-jari halus Misz-ella ni, cepat-cepat dapatkan inai homemade ni dari Inai cantik by Honey Bella. Tel atau whatsapp no. 017-2385490 dan sila ikuti akaun intagram inai cantik by Honey Bella di sini.

OK Misz-ella dah habis sessi berkongsi dengan pembaca kesayangan semua, nak pergi buat kerja lain pulak. ByeBye you all. Terima Kasih baca. Jumpa lagi lain kali ye.




NIASE Premium Crying Tiger Beef - Sedap gila!

Hello pembaca kesayangan,

Rakyat Malaysia suka makan, kan, nak pulak makanan dari negara Thailand sebab ianya pedas, masam, manis dan menepati citarasa Melayu kita. Tomyam, Somtam, Paprik, Kerabu Mangga dan macam-macam lagi adalah antara makanan Thailand yang tak asing lagi pada kita.

Baru-baru ini Misz-ella berpeluang untuk merasa daging bakar atau Premium Crying Tiger Beef dari jenama NIASE. Biasalah, I pantang nampak makanan, terus teruja dan cepat-cepat order.


Begini lah rupa 'packaging' NIASE Premium Crying Tiger Beef. Sebutannya ialah Ni-as. Satu peket seberat 480gm ini (hampir setengah kilo) harganya adalah RM38.00 sahaja.

Didalamnya ada :-

100% Daging 'tenderloin' atau batang pinang (480gm) yang telah diperap dengan 13 ramuan asli termasuklah Halia Thailand, Sos Ikan, Sos Tiram,Thai Palm Sugar dan bawang putih. Tak da lada hitam ye.

Sos istimewa NIASE

Bijan & beras yang telah disangai


CARA-CARA MEMASAKNYA :-

Panaskan kuali.
Bila kuali dah betul-betul panas, masukkan daging (tak perlu letak minyak)
Balik-balikkan supaya ianya masak dengan rata.
Well, it's up to you all nak buat well done ke, separuh masak ke .. Misz-ella suka 3/4 masak.
Senang sangat memasak daging crying NIASE ni .. dalam 7-8 minit settled!

Lepas tu kita potong lah daging tu ikut suka kita nak nipis ke nak tebal. Misz-ella suka nipis -nipis so here we go ..

Lepas tu tabur bijan atas daging dan beras di dalam sos. Wow! Very authentic! Tak sabar nak makan *excited you alls ....* Misz-ella tambah salad, timun dan tomato .. haruslah kita amal pemakanan seimbang, kan.


Bila kita dah potong kecik siap-siap, senang nak makan. Guna satu tangan pun boleh *garfu je you alls*

Rasanya :- Mula-mula Misz-ella ratah daging tu dulu sebab nak tau rasa sebenar daging tu. Kunyahan pertama ~ ummmm .. Lembutnya daging NIASE ni dan sangat juicy. Mungkin sebab daging dia besar dan tidak dipotong awal-awal so bahagian dalam daging masih fresh dan daging pun tak hancur. Oh ye .. 100% daging tenderloin atau batang pinang ye. Tak da lemak walau sikit pun.

Perapannya tidak manis dan sangat sedap sampai taktau nak describe macam mana.
Bila celup dengan sos .. wow .. double sedap ~ rasa masam, manis dan pedas, special betul sos NIASE ni nak pulak bila dah ditabur beras sangai .. ada rangup-rangup sikit rasa dia. Exactly rasa macam original Thai *I LIKE*

Misz-ella dah rasa betapa sedapnya NIASE Premium Crying Tiger Beef ni dan nak la you alls pun rasa jugak. Baru lah sehati sejiwa namanya, kan. So you all kalau nak, cepat-cepat whatsapp 0166-6223138 ye.

Untuk lebih info dan gambar-gambar menarik, you all boleh lah follow https://www.instagram.com/niaseofficial/





Orang-orang yang ada "Narcisstic personality disorder"

Hai pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku,

Baru-baru ini viral tentang selebriti terkenal Neelofa yang dikatakan mempunyai masalah "Narcissistic personality disorder" atau dalam bahasa Melayunya ialah gangguan keperibadian narsistik hasil daripada kajian yang dijalankan oleh seorang pengguna facebook bernama Putera Nur Muhammad Raihan. Panjang lebar dia menulis. Misz-ella baca berulang-ulang kali sampai betul-betul faham.

Yang ingin Misz-ella kongsikan di sini bukan lah tentang Neelofa tetapi tentang "Narcisstic personality disorder" tersebut. Jom kita sama-sama baca.

"Narcissistic personality disorder" atau gangguan keperibadian narsistik adalah satu keadaan mental di mana seseorang itu mempunyai rasa taksub pada diri sendiri yang sangat tinggi, mempunyai keinginan mendalam mahu di beri perhatian dan mahu dikagumi oleh orang lain secara berlebihan. Orang yang mempunyai "narcissistic personality disorder" juga kurang rasa empati terhadap orang lain. 

Walaubagaimanapun, di sebalik topeng keyakinan yang melampau ini terdapat harga diri yang rapuh yang rentan terhadap kritikan sedikit pun.

OK mari kita huraikan dengan ayat yang lebih mudah :-

1) orang narcisstic ni dia taksub pada diri sendiri - dia rasa dia betul, dia paling cantik, paling pandai, paling bagus, paling disayangi. Dalam apa juga keadaan, dia lah yang "Paling". Orang narcisstic ini juga suka dipuja puji dan mempunyai keinginan mahu dikagumi oleh orang lain. Means he or she needs validation from others, bukan jenis orang yang I dont give a damn if no one like me or no one follow me or I have to be alone" means dia bukan lone ranger lah. Almaklumlah, nama pun dia nak orang bagi attention kat dia, suka dipuja puji,  dan mahu orang kagum pada dia, kan.

2) Kurang empati pada orang lain - Empati bermaksud kemampuan untuk merasakan apa yang dialami dan difikirkan oleh orang lain sehingga muncul rasa kasih, sayang, hiba dan mahu menolong. Maksudnya kita senang rasa emosi orag lain. Orang narcisstic kurang rasa empati pada orang lain. Ini bermaksud mereka adalah orang yang selfish. Dia tak da 'emotional attachment', dia kira perasaan dia je, perasaan orang lain .. Ada Aku Kisah?

Orang narcisstic juga bijak sembunyikan perasaan. Dia nampak macam tak kesah tapi deep inside, dia sangat kisah. Dia nampak cool tapi dalam hati sebenarnya berkecamuk. Kenapa dia jadi macam tu? Sebab personality disorder lah, kan dia nak nampak paling hebat, bagus, di depan orang lain ..

Orang narcisstic ada banyak masalah dalam pelbagai aspek kehidupan samada alam percintaan, kerjaya, persekolahan dan lain-lain lagi kerana mereka percaya yang mereka layak dapat perhatian, pujaan atau keistimewaan yang berlebihan.  Kalau orang lain yang dapat perhatian, dia tak dapat, dia jadi unhappy.

Dalam percintaan pun macam tu, kalau pasangan mereka tidak dapat memenuhi apa yang dia ingini, upset dan unhappy lah. Almaklumlah dah dia rasa dia istimewa dari yang lain-lain, terbaik dari yang lain, tercantik dari yang lain, terpandai dari yang lain dan patut disanjung, dipuja puji .. bila tak dapat, upset lah. Not difficult to understand, right.

Orang narcissistic perlukan terapi rawatan iaitu rawatan Psychotherapy. Jom check .. kita ada tak simptom-simptom tu? Kalau ada bahaya you alls .. kerana selama-lamanya lah kita takkan bahagia kerana asyik nak berlumba-lumba menjadi "Yang Paling" dalam semua aspek kehidupan. OK Done sharing. Misz-ella nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca. Bye.