Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Madu 'SUBUR' di Arabian Village

Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang madu. Madu ye pembaca kesayangan .. bukan bermadu. Bermadu itu lain tapi madu .... Yes! semua orang suka, kan.

Walaubagaimanapun, madu yang ingin Misz-ella kongsikan di sini bukan lah madu biasa-biasa sebaliknya adalah madu yang sangat istimewa, luarbiasa tetapi banyak khasiat serta kelebihannya dan madu ini boleh didapati di kedai menjual produk barangan dari Arab favourite Misz-ella iaitu di Arabian Village.



Sebaik melangkah masuk ke Arabian Village, kita pasti tak kan terlepas pandang akan deretan madu-madu berkualiti tinggi yang terdapat di sini terutamanya madu Sidr dan madu Sumur.  Bermacam-macam jenis madu ada sampai kita terpaku dibuatnya.

Kedua-dua madu yang terdapat di sini (Sidr dan Sumur) adalah madu dari Negara Yemen dan merupakan madu termahal di dunia. Ini adalah kerana madu-madu ini dihasilkan di Pergunungan Hadramawt, Semenanjung Arab yang bebas dari pencemaran.

Kedua-dua pokok ini (sidr dan sumur) dipercayai adalah pokok tertua di dunia dan hampir semua bahagian pokok ini boleh digunakan untuk tujuan kesihatan dan perubatan kerana mempunyai khasiat yang sangat tinggi.

Madu dari kawasan pergunungan yang bebas pencemaran, bukan dari hutan dan madu dari pokok tertua di dunia ... Wow! The best in the world, kan!


Antara madu yang paling istimewa dan menarik perhatian adalah Madu 'Subur' yang diformulasikan oleh pihak Arabian Village sendiri. Madu ini dicampur dengan 9 bahan yang lain menjadikan rasanya lain dari yang lain *Misz-ella dah rasa .. sedap!* 

Kenapa madu ini istimewa?


Untuk mereka yang sudah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat berikutan dari beberapa masalah seperti kesuburan dan kurang nafsu seksual .. maka madu ini dipercayai dapat mengatasi kedua-dua masalah tersebut. Malah Arabian Village mempunyai rekod pelanggan yang berjaya mengatasi masalah tersebut selepas mengamalkan madu subur ini. So cubalah! Rasanya sedap, khasiatnya banyak paling penting lepas ni makin bertambahlah umat Nabi Muhammad SAW hendaknya. InshaAllah.

Bagi wanita yang berumur mencecah 40an, ianya juga bagus untuk menyeimbangkan hormon. Bila hormon seimbang, emosi kita lebih stabil, hidup jadi lebih ceria kerana masalah gara-gara gangguan hormon ini telah diatasi.

Selain dari itu, madu subur ini juga bersifat anti-penuaan. Amalkan makan madu, maka akan awet muda lah kita selalu.

Disebalik semua khasiat buat sasaran tertentu yang Misz-ella sebutkan diatas, madu 'subur' ini juga boleh diamalkan oleh semua golongan serta lapisan umur kerana pelbagai khasiat kesihatan yang terdapat di dalamnya.


Lihatlah madunya, pekat, kan. Almaklumlah, campurannya macam-macam.


Madu 'Subur' ini berharga RM350/sekilogram tetapi tak perlu beli 1 kilogram sebaliknya pelanggan boleh memilih untuk membeli samada 100gm, 200gm dan sebaliknya. Ianya boleh disimpan untuk satu jangkamasa yang lama. Tak perlu simpan dalam peti sejuk .. 'room temperature' sahaja sudah memadai.

Buat mereka yang sedang mencari penawar buat masalah-masalah diatas, Misz-ella cadangkan you all cuba .. banyak khasiat madu, kan.

Sila lah ke Arabian Village yang terletak di No. 95-G Block E, 289 Kuala Lumpur Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur tanpa ragu-ragu atau Whatsapp no. 011-11119585.

Layari juga website Arabian Village di www.arabianvillage.my.
Atau ikuti Instagram Arabian Village di sini


0 comments: