Dalam hidup ini, kita memang kena lalu macam-macam. Untuk kita mensyukuri nikmat bahagia, kita terlebih dahulu perlu rasai kecewa dan luka.
Featured Post
Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise
Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...
Kena lalu macam-macam
PDRM tingkatkan kemudahan di sekatan jalan raya (SJR) dengan teknologi solar
Hai pembaca kesayangan,
Polis sedia berkhidmat! Polis dan masyarakat berpisah tiada .. itu adalah antara motto Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tidak dinafikan yang masyarakat dan polis saling memerlukan.
Baru-baru ini telah berlangsung Lawatan Kerja KOP MANTAP Berhad Ke Kontinjen Zon Selatan (membabitkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) bersama pihak Munawwareen Holdings Sdn Bhd, yang juga merupakan salah satu penaja utama lawatan berkenaan.
Didalam program berkenaan, pihak Munawwareen Holdings Sdn Bhd melalui KOP MANTAP Berhad telah mengedarkan pelitup muka dan air mineral kepada petugas PDRM yang bertugas di sekatan lebuh raya.
Berikutan dari peningkatan sekatan jalan raya sepanjang pandemik Covid-19, Polis DiRaja Malaysia berhasrat menambah kemudahan logistik dengan penggunaan teknologi solar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata, selain ianya praktikal, murah dan mudah, teknologi itu boleh dijadikan aset di setiap balai Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
“Teknologi ini amat berguna sekiranya dapat dibekalkan kepada setiap balai PDRM untuk kemudahan pelbagai guna, bukan sahaja untuk sekatan jalan raya, Bahkan ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan yang selain waktu SJR.
“Salah satunya contoh terputus bekalan elektrik di balai. Sungguhpun terdapat genarator, saya melihat penggunaan solar ini lebih efisien, paling praktikal, mudah disimpan dan murah,” katanya.
Beliau ketika ditemui sebaik Majlis Makan Malam dan Kunjung Hormat Bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, yang diadakan di Hotel Mutiara Johor Bahru, turut menzahirkan hasrat untuk berbincang dengan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Kop Mantap Berhad (KMB) bagi mendapatkan teknologi solar itu yang dibekalkan oleh syarikat Munawwareen Holdings Sdn Bhd.
“Kita akan mengadakan satu pertemuan dengan KOP Mantap Berhad dan pihak pembekal untuk membuat pembentangan, perbincangan, demo dan kita akan pertimbangkan keperluan ini, seterusnya membentangkan bajet kepada Kementerian Dalam Negeri,” ujarnya lagi.
Semoga penggunaan teknologi solar di semua balai dan sekatan jalan raya dapat memudahkan lagi kerja-kerja anggota petugas PDRM.
Buffet Ramadan 2021 - Semarak Rasa Ramadan @ WTCKL
Assalamualaikum pembaca kesayangan,
Tak lama lagi kita akan menemui bulan Ramadan, bulan yang sangat kita nanti-nantikan.
Meskipun perjuangan menentang virus corona masih belum tamat, syukur Alhamdulillah tahun ini kita diberi kelonggaran untuk meraikan bulan Ramadan dengan berbuka puasa di luar dan bersolat tarawikh. Bagi menyemarakkan bulan Ramadan tahun ini, WTCKL membawakan buffet Semarak Rasa Ramadan berkonsepkan makanan tradisi Melayu kepada warga kota yang tidak bepeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta di kampung halaman.
Terdapat juga kiosk-kiosk yang menyediakan juadah-juadah lain seperti Nasi ayam, aneka masak lemak, bubur lambuk, kambing golek dan berbagai lagi.
Udang galah sedap di Restoran D'Empangan Udang Galah
Restoran D'Empangan Udang Galah terletak di Presint 5, Putrajaya, bandar pentadbiran kerajaan kita yang terkenal dengan landskap yang menarik serta bangunan-bangunan berkonsepkan futuristik yang sangat menawan hati.
I'm Misz Ella. I am a Lifestyle Blogger. I share my thought about the Beauty products that I used, my travelogue, the food that I enjoyed and my healthy living routine. Email me at kakchik_ella@yahoo.com if you have any enquiries
Followers
POPULAR POSTS
-
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 36 sahabat baik Misz-ella, Puan Sri Shariffa Sabrina dan suami kesayangan beliau, Tan Sri Syed Yusu...
-
Hmmmm ... Cerita minggu lepas ni. Petang tu Misz-ella gi daftar Tution Aiman dekat Tution Center berdekatan dengan rumah. Aiman was among ...
-
Hello pembaca kesayangan, Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang satu kafe best yang terletak di kawasan rehat dan rawat Genting Sempah i...
-
Wehhhh .. pagi ni kita terlebih rajin. Terlebih rajin sebab kita bangun awal. Nak sahur. Eleehhh .. sahur la sangat .. Takat Nescafe 3 in 1...
-
Hello pembaca kesayangan .. Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK), sebuah Tadika is...
-
Hello pembaca kesayangan, Kali ini Misz-ella nak kongsikan sebuah kisah inspirasi. Misz-ella sentiasa rasa bersyukur dan bertuah kerana...
-
Hai! Masih ingat lagi tak Restoran Mee Tarik Jalan Sultan yang viral sehingga menyebabkan pengunjung terpaksa beratur panjang sebelum dapat ...
-
Sedih tak apa. Kerana itu adalah salah satu dari rasa kurniaan Allah kepada kita. Tapi jangan lama-lama. Orang putih kata ‘EVERY CLOUD HAS A...
-
Pejam celik pejam celik .. dah berbelas tahun blog ni. Tak sedar masa berlalu. Niat asal tulis blog sebab nak tinggal kenangan untuk anak tu...
-
Hello lovely readers, Time to travel , either for pleasure or business is usually the moment that we always look forward too. However, ...