Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

PDRM tingkatkan kemudahan di sekatan jalan raya (SJR) dengan teknologi solar

Hai pembaca kesayangan,

Polis sedia berkhidmat! Polis dan masyarakat berpisah tiada .. itu adalah antara motto Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tidak dinafikan yang masyarakat dan polis saling memerlukan.

Baru-baru ini telah berlangsung Lawatan Kerja KOP MANTAP Berhad Ke Kontinjen Zon Selatan (membabitkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) bersama pihak Munawwareen Holdings Sdn Bhd, yang juga merupakan salah satu penaja utama lawatan berkenaan. 

Didalam program berkenaan, pihak Munawwareen Holdings Sdn Bhd melalui KOP MANTAP Berhad telah mengedarkan pelitup muka dan air mineral kepada petugas PDRM yang bertugas di sekatan lebuh raya.


Pengasas Munawwareen, Aliza Abu Bakar (dua dari kiri) semasa demonstrati solar light di sekatan jalan raya Ayer Keroh, Melaka

Berikutan dari peningkatan sekatan jalan raya sepanjang pandemik Covid-19, Polis DiRaja Malaysia berhasrat menambah kemudahan logistik dengan penggunaan teknologi solar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata, selain ianya praktikal, murah dan mudah, teknologi itu boleh dijadikan aset di setiap balai Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Teknologi ini amat berguna sekiranya dapat dibekalkan kepada setiap balai PDRM untuk kemudahan pelbagai guna, bukan sahaja untuk  sekatan jalan raya, Bahkan ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan yang selain waktu SJR.

“Salah satunya contoh terputus bekalan elektrik di balai. Sungguhpun terdapat genarator, saya melihat penggunaan solar ini lebih efisien, paling praktikal, mudah disimpan dan murah,” katanya.


Dari kiri Datuk Yatimah Sarjiman Pengarah EPU, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara, Dato' Mohd Asri Bin Haris Ketua Pegawai Eksekutif KOP Mantap Berhad, Dato' Seri Ayob Bin Yaakob Pengerusi KOP Mantap Berhad

Beliau ketika ditemui sebaik  Majlis Makan Malam dan Kunjung Hormat Bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, yang diadakan di Hotel Mutiara Johor Bahru, turut menzahirkan hasrat untuk berbincang dengan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan  Kop Mantap Berhad (KMB) bagi mendapatkan teknologi solar itu yang dibekalkan oleh syarikat Munawwareen Holdings Sdn Bhd. 

“Kita akan mengadakan satu pertemuan dengan KOP Mantap Berhad dan pihak pembekal untuk membuat pembentangan, perbincangan, demo dan kita akan pertimbangkan keperluan ini, seterusnya membentangkan bajet kepada Kementerian Dalam Negeri,” ujarnya lagi.

Semoga penggunaan teknologi solar di semua balai dan sekatan jalan raya dapat memudahkan lagi kerja-kerja anggota petugas PDRM.




0 comments: