Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Restoran Kashmir - makanan Pakistan sedap di Melaka

Hai pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella ke Melaka dan menjamu selera di Restoran Kashmir yang terletak di Bukit Beruang, Melaka. Bila sebut Kashmir, Misz-ella terus teringat kenangan bercuti di Kashmir, beberapa tahun yang lalu. Tak sangka kali ini saya berpeluang untuk repeat makanan yang sama di Melaka. Konsep Restoran Kashmir adalah santai-santai - makan, minum sambil bersantai dengan kawan-kawan. Restoran sangat selesa, bersih dan parking pun banyak.


Menu pertama yang Misz-ella cuba adalah roti canai, roti paratha dan capati. Kat Restoran Kashmir ni ada beraneka jenis roti yang disediakan sendiri oleh Chef Syed Ansar, bukan roti frozen ye you alls 


Roti capati yang lembut dan sedap ni hanya berharga RM2.00 sahaja. Saya bukanlah peminat roti capati sebab capati rasanya tawar dan agak kering tetapi capati kat Restoran Kashmir ni sangat sedap, lembut. Secubit demi secubit akhirnya habis sekeping roti capati tu Misz-ella kerjakan.


Roti canai! Hanya RM1.20 .. lembut dan gebu. Walaupun dah sejuk, tetap tak liat *I LIKE

Paling special bila Chef Syed Asnar jamu kami dengan roti paratha yang beliau sediakan sendiri. Ya Allah .. sedap gila! 1000 kali ganda lebih sedap dari roti paratha frozen yang Misz-ella selalu beli tu*I rasa nak import Chef Ansar bawak balik KL la you alls ... *


Cicah dengan Chicken Kalahari (RM7.00). Menurut kata Chef Ansar, resepi Chicken Kalahari ini adalah dari Pakistan, menggunakan rempah yang diimport dari Pakistan. Keunikan Chicken Kalahari ini adalah aromanya yang lain dari yang lain. You all nak tau bagaimana rasanya? Luarbiasa! Boleh repeat menu ni kalau ke Melaka lagi.


Keema daging cincang (RM8.00). Saya peminat keema. Suka sangat dengan keema sebab senang nak makan. Yang ni sedap .. sesudu demi sesudu kami makan. Balik KL teringat-ingat. Jom you alls kita pergi Melaka cari Restoran Kashmir ni lagi sekali


Opsss .. selain dari masakan dari benua Kashmir yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi *Kashmir is paradise on earth you alls .. cantik sangat, orang-orang Kashmir cantik-cantik, handsome-handsome dan makanan nya sedap-sedap belaka* di Restoran Kashmir juga ada Asam pedas. Kami order set asam pedas ikan siakap dan ikan pari.  Harga asam pedas adalah dari  RM10.00 ke atas *bergantung pada harga semasa ikan* Tak perlu risau kalau you all tak dapat makan asam pedas viral Melaka sebab rasa asam pedas di Restoran Kashmir ni tak kurang hebatnya. Pedas nya terasa, rasa asamnya pun ada .. superb!


Nasi goreng USA (RM9.00) pun ada

Nasi goreng paprik ayam (RM8.50)

Nasi goreng ayam goreng kunyit (RM8.50)


Air buah RM5.00 & Air buah jumbo (RM7.00)


Restoran Kashmir dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dari jam 4:30 petang hingga 12 tengah malam untuk eat-in dan take away. Kalau rasa nak malas nak keluar rumah, boleh telefon atau Whatsapp 017-2255786 (Chef Syed Ansar).

Alamat Restoran Kashmir adalah 8A Jalan Bukit Beruang Utama 2, Taman Bukit Beruang Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Lokasi restoran sangat strategik. Kalau ke Melaka, you all kena cuba, k.


Misz-ella nak ucapkan jutaan Terima Kasih kepada Datin Zurinah, yang rekomen Restoran Kashmir pada Misz-ella. InshaAllah kami akan repeat lagi.


Sekian perkongsian saya untuk pembaca kesayangan semua. So, pembaca kesayangan, kalau tak buat apa-apa hujung minggu ni, jom start enjin kereta dan makan malam di Restoran Kashmir. Jom!








Bihun goreng vegetarian. Maggi Asam Laksa.

Hello pembaca kesayangan,

Kita buka tirai hari ke 11 tahun 2022 ni dengan blog post tentang makanan.

Bihun goreng vegetarian - tak da ayam, daging atau seafood. Yang pasti kalau makanan Misz-ella kena ada banyak sayur dan mesti ada rasa pedas! Baru lah bersemangat nak makan.



Maggi asam laksa. Maggi perisa asam laksa ni bukanlah favourite Misz-ella. Saya lebih suka maggi perisa kari tetapi sejujurnya saya nak pesan ... Kalau boleh elakkan lah makan maggi. Maggi ada banyak kesan sampingan yang tak bagus untuk kesihatan. Mungkin kita tak nampak sekarang tapi untuk jangkamasa panjang. Kalau terpaksa makan maggi, rendam dan basuh dulu maggi tu sebelum masak. Jangan basuh dengan sabun tau. Lalukan bawah air mengalir je. Lepas tu jangan lupa masukkan banyak sayur-sayuran macam i. Sayur bagus untuk kesihatan la you alls ..

OK Done sharing tentang makan-makan dengan you all. Jumpa lagi di next post ye!


PABJ satukan anak bangsa Johor di bawah satu bumbung

Hello pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella telah  ke majlis 'soft launch' Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) dan perasmian Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PABJ. 

(Dari kanan) Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, Presiden PABJ Dato' Mohsen Hasbolllah, Presiden PABJ, dan Datuk Nash, duta PABJ

Majlis yang diadakan di Sri Bayu Lounge, Bukit Jalil Golf & Country Resort itu telah dirasmikan oleh Presiden PABJ, Dato' Mohsen Hasbollah bersama Datuk Musa Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Johor adalah negeri yang sangat dekat di hati Misz-ella. Bila hari raya, tiap-tiap tahun mesti balik Johor kerana 6 dari 11 orang adik beradik Misz-ella berada di Johor, arwah Abah dikebumikan di Johor. Johor ibarat kampung kedua kami .. bila dijemput ke majlis perasmian ini, saya teruja ...

PABJ telah didaftarkan pada 30 Mei 2021 di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor dengan misi dan visi untuk menyatukan perpaduan dan memperkasakan anak bangsa Johor walau dimana mereka berada tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa. 


(Dari kanan) Pengerusi PABJ, Datuk Hj. Abdullah Md Ali, Duta PABJ, Datuk Nash, Datuk Musa Yusof, Dato' Mohsein Hasbollah, Penasihat PABJ, Mej. Jen. Dato' Oseman Chik (B) dan Naib Presiden PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail (lebih dikenali sebagai Lady Rose)

Dengan slogan BANGSAKU, MASA DEPANKU, PABJ adalah platform yang mengukuhkan hubungan kemanusiaan, perpaduan dan persaudaraan anak-anak bangsa Johor. 

Presiden PABJ, Dato' Mohsen Hasbollah berkata, PABJ ditubuhkan dengan tujuh matlamat utama bagi memperkasakan bangsa Johor dalam bidang pendidikan, pelancongan, seni dan budaya, ekonomi dan keusahawanan, keahlian, multimedia dan komunikasi, sosial, kebajikan dan agama, keselamatan dan kesihatan serta sukan dan rekreasi.

Kita menyeru lebih ramai anak-anak Johor menyertai persatuan ini. Keahlian dibuka kepada mereka yang tinggal di luar negara bagi menyumbang dan berkongsi idea memajukan PABJ, kata beliau.

Penaung DiRaja PABJ adalah Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dan Penaung YAB Menteri Besar Johor. PABJ diterajui oleh Presidennya, Dato’ Mohsen Hasbollah yang berpengalaman selama 35 tahun dalam mempimpin pelbagai NGO dan dibarisi oleh barisan EXCO yang berkaliber dalam bidang masing-masing.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, PABJ turut melancarkan MEMBER - GET - MEMBER CAMPAIGN. Keahlian PABJ dibuka kepada semu bangsa Johor yang berusia 18 tahun dan ke atas. PABJ menetapkan sasaran mencapai 1000 orang ahli bangsa Johor yang berdaftar bermula dari bulan Disember 2021 hingga 26 Mac 2022 dengan tagline Bersatu ke Merdu Dunia.

Keahlian dibuka untuk beberapa kategori iaitu:

Ahli biasa 
Lahir di Johor 
Yuran pendaftaran RM50.00, yuran tahunan RM50.00 

Ahli Bersekutu
Bukan lahir di Johor tetapi ayah atau ibu mahupun pasangan lahir di Johor
Yuran pendaftaran RM50.00, yuran tahunan RM50.00

Korporat
Untuk syarikat yang ahli lembaga pengarahnya berasal dari negeri Johor. 
Yuran pendaftaran RM250, yuran tahunan RM250

Pelajar
Yuran pedaftaran RM25, yuran tahunan RM25
(PERCUMA sepanjang tempoh kempen berlangsung).


 

Pada majlis soft launch, PABJ turut memperkenalkan penyanyi lagenda, Dato’ Nash sebagai selebriti pertama yang menyertai PABJ.


(Dari kanan) Fariza Saidin, Lady Rose, Dato' Mohsen, Misz-ella

So, kepada semua pembaca-pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku yang berasal dari Johor atau layak menjadi ahli mengikut kategori yang disenaraikan di atas, ini adalah peluang anda untuk berada di bawah satu bumbung dengan tujuan dan matlamat yang sama iaitu memperkasakan bangsa Johor. Keahlian dibuka sekarang. Jangan tunggu lagi, sila daftarkan diri anda hari ini. 

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan keahlian mahupun maklumat lanjut yang lain  mengenai PABJ, sila hubung talian 03-80687788 atau 011-3144 0227 (Encik Lutfi)/011-12315242 (Cik Syafiqah).


Sila ikuti :-
Laman web
www.pabj.my
Instagram
Facebook
Youtube

Fish & Salad

 

If others choose Fish & Chips, i changed the chips to Salad, because I don't like chips ~ all homemade from misz-ella's kitchen.