Hai pembaca kesayangan,
Baru-baru ini Misz-ella ke Melaka dan menjamu selera di Restoran Kashmir yang terletak di Bukit Beruang, Melaka. Bila sebut Kashmir, Misz-ella terus teringat kenangan bercuti di Kashmir, beberapa tahun yang lalu. Tak sangka kali ini saya berpeluang untuk repeat makanan yang sama di Melaka. Konsep Restoran Kashmir adalah santai-santai - makan, minum sambil bersantai dengan kawan-kawan. Restoran sangat selesa, bersih dan parking pun banyak.
Menu pertama yang Misz-ella cuba adalah roti canai, roti paratha dan capati. Kat Restoran Kashmir ni ada beraneka jenis roti yang disediakan sendiri oleh Chef Syed Ansar, bukan roti frozen ye you alls
Roti capati yang lembut dan sedap ni hanya berharga RM2.00 sahaja. Saya bukanlah peminat roti capati sebab capati rasanya tawar dan agak kering tetapi capati kat Restoran Kashmir ni sangat sedap, lembut. Secubit demi secubit akhirnya habis sekeping roti capati tu Misz-ella kerjakan.
Roti canai! Hanya RM1.20 .. lembut dan gebu. Walaupun dah sejuk, tetap tak liat *I LIKE*
Paling special bila Chef Syed Asnar jamu kami dengan roti paratha yang beliau sediakan sendiri. Ya Allah .. sedap gila! 1000 kali ganda lebih sedap dari roti paratha frozen yang Misz-ella selalu beli tu*I rasa nak import Chef Ansar bawak balik KL la you alls ... *
Cicah dengan Chicken Kalahari (RM7.00). Menurut kata Chef Ansar, resepi Chicken Kalahari ini adalah dari Pakistan, menggunakan rempah yang diimport dari Pakistan. Keunikan Chicken Kalahari ini adalah aromanya yang lain dari yang lain. You all nak tau bagaimana rasanya? Luarbiasa! Boleh repeat menu ni kalau ke Melaka lagi.
Keema daging cincang (RM8.00). Saya peminat keema. Suka sangat dengan keema sebab senang nak makan. Yang ni sedap .. sesudu demi sesudu kami makan. Balik KL teringat-ingat. Jom you alls kita pergi Melaka cari Restoran Kashmir ni lagi sekali
Opsss .. selain dari masakan dari benua Kashmir yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi *Kashmir is paradise on earth you alls .. cantik sangat, orang-orang Kashmir cantik-cantik, handsome-handsome dan makanan nya sedap-sedap belaka* di Restoran Kashmir juga ada Asam pedas. Kami order set asam pedas ikan siakap dan ikan pari. Harga asam pedas adalah dari RM10.00 ke atas *bergantung pada harga semasa ikan* Tak perlu risau kalau you all tak dapat makan asam pedas viral Melaka sebab rasa asam pedas di Restoran Kashmir ni tak kurang hebatnya. Pedas nya terasa, rasa asamnya pun ada .. superb!
Nasi goreng USA (RM9.00) pun ada
Nasi goreng paprik ayam (RM8.50)
Nasi goreng ayam goreng kunyit (RM8.50)
Air buah RM5.00 & Air buah jumbo (RM7.00)
Restoran Kashmir dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dari jam 4:30 petang hingga 12 tengah malam untuk eat-in dan take away. Kalau rasa nak malas nak keluar rumah, boleh telefon atau Whatsapp 017-2255786 (Chef Syed Ansar).
Alamat Restoran Kashmir adalah 8A Jalan Bukit Beruang Utama 2, Taman Bukit Beruang Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Lokasi restoran sangat strategik. Kalau ke Melaka, you all kena cuba, k.
Misz-ella nak ucapkan jutaan Terima Kasih kepada Datin Zurinah, yang rekomen Restoran Kashmir pada Misz-ella. InshaAllah kami akan repeat lagi.
Sekian perkongsian saya untuk pembaca kesayangan semua. So, pembaca kesayangan, kalau tak buat apa-apa hujung minggu ni, jom start enjin kereta dan makan malam di Restoran Kashmir. Jom!
0 comments:
Post a Comment