Tuesday, June 18, 2013

Betul ke kita?

Kita selalu rasa kita betul, walhal sebenarnya tidak.  Kita selalu cari salah orang, padahal sebenarnya kita yang bermasalah. Bila bertelagah, kita selalu nak menang dan tak nak mengalah.  Paling teruk bila kita tidak mahu bermuhasabah.

 Stop pointing finger at people but please look deeply inside you. Berhenti pusing-pusing belit-belit macam ular.  Letih layan orang gila meroyan ni, dah la putar belit fakta, lepas tu siap kung-fu, tai-chi sana sini nak menangkan diri. Hrmmmm ... ce fikir. ce fikir .. betul ke tindakan kita? Betul ke sikap kita boom baamm boom bamm pukul canang sini sana? Iskkkk .. sakit la orang camni. Mental got problem kot? Hehehe.

Hakikatnya, yang kita war-war, gembar gemburkan tu tak semestinya betul.  Manusia kan, bila terlalu ikut emosi, memang lupa nak kawal diri.  Main serbu je dengan kata-kata, tak sedar kata-kata itu buat orang terasa.  Bila tersedar ada yang terasa, mula la pasang strategi tolak kat orang tu orang ni nak cover kesilapan diri. Haihh ... Kita yang melihat ni jadikan pengajaran ye.  Jangan kita jadi macam dia.  

Monday, June 17, 2013

Entry Santai Hari Selasa


Bihun Goreng memang 'favorite' dalam rumah ni.  Makan banyak kali pun tak jemu-jemu.  Sila la .. sila. Sila jamu mata sahaja ye. Hihihi.

Haiiii ..  Saya Misz-ella.  Saya tuan punya @ author blog ni.  Blog ni blog peribadi tak da gossip, tak da isu-isu hot n spicy di sini. Penulis hanya mahu berkongsi dengan readers semua dan menulis juga untuk rujukan dan kenangan hari tua.  I hope you do enjoy reading my journey ye kawan-kawan. 

Sabun Pure Marine Collagen sudah restock.  So far customer happy dan ramai yang sudah order lagi.  Meh-meh-meh sapa yang nak.  Misz-ella pun guna tau sabun ni.

Vitamin C 1000mg/100 tabs/Rm66 termasuk pos.  Dah less than 10 dah stock i.  Alhamdulillah .. most of my customer dah repeat order.  Sapa la tak suka bila kulit cantik dan paling penting ada extra protection menentang selsema.  Selsema merimaskan, kan.  Bila makan Vitamin C, takat sakit tekak manja-manja je, tak berpanjangan sampai ke selsema.  Lega, kan.

Kapsul PMC Gred AAA.  Baru-baru ni Isteri Pakar Bedah order Pmc kapsul ni untuk Mak mertua dia.  Alhamdulillah dia serasi dan dah repeat order lagi.  Sakit-sakit sendi dah tak da katanya.  Alhamdulillah, i am very happy. RM55 cukup supply untuk sebulan ni.

Ni la offis i sekarang. Hehehe.

Hari tu makan kat McD Puncak Alam.  Punya la ramai orang especially Student UiTM kat situ.  Nak dapat tempat duduk kena sabar tunggu.  Ada sorang abang ni siap sound staff McD, tak boleh ke awak letak signboard Di Larang Jadikan Tempat Ini Sebagai Ruang Pejabat. Tehehehehe .. Misz-ella senyum simpul kat dia sambil gelak dalam hati.

Misz-ella sekarang makin syok pakai Koyok Kaki ni.  Lepas seminggu pakai selera makan macam boleh control je.  Wahhhhh .. apakah ini petanda gue bakal kurus? Hahaha .. orang nak bagi lega tapak kaki lah, tapi kalo tetiba terkurus itu bonus la kann.  Misz-ella tak jual ni but if you want i can help you to get this.

Vege Salad kat Restoran Nasi Lemak Habibi Alam Jaya sangat best.  RM5 semangkuk besar puas makan.

Ok dah, takmo cite lagi.  Nak gi buat benda lain lak.  Petang nanti kita cerita lagi ye. Bye korang, Tq baca.  Sebelum tu, this is my e-mail add :- kakchik_ella@yahoo.com.  


Sunday, June 16, 2013

Cookies Raya 2013

Sikit je lagi dah nak puasa, lepas tu raya.  Misz-ella dan famili kan, baju raya nampak gayanya tak tempah tahun ni. Orang sibuk bertema warna kami carca marba. Sukatik la kan, asalkan berbaju baru di pagi raya In Sha Allah dapat pahala.

Hari ni Misz-ella nak share dengan korang tentang perihal Cookies raya di rumah Misz-ella yang tersangat lah hot, laris dan diperkatakan ramai tahun lepas.  Licin, habis, sikit pun tak membazir, Alhamdulillah.  Ada satu geng ni, dok makan Biskut Chocolate Heaven rebut-rebut sampai habis sebekas.  Pastu diaorang tanya Kakchik, ada lagi tak? Sedap la Cookies ni. Hehehe .. suka la i tengok dorang makan.  Tak da malu-malu dan segan silu. Funn!!

Chocolate Heaven ni memang HEAVEN.  Biskut rangup dicelup Coklat dan disalut Badam cincang.  Omakaihhhh .. bukan saja berebut-rebut dorang makan, Aiman siap simpan khas untuk dia sebekas.  Misz-ella kategorikan ini sebagai Biskut Mewah sebab badam sekarangkan mahal.  Sepenuh bekas empat segi ni Akak ni jual RM26 .00 je. Orang kata bahan mentah naik harga tapi dia jual harga tetap macam biasa.  Wokeyyy ... konfemmmm bakal jadi penyeri Bekas Kue Raya Misz-ella tahun ni.

Yang ni Biskut Gila glamer sebab nama dia Malatops Crispy. Hasil gandingan bersama tepung, butter, gula, coklat cip, badam cincang dan cornflakes pastu dihias dengan coklat putih.  Oh My .. My .. memang malatops korangggg ... Kawan Misz-ella si Fiza order sampai 4 bekas dan bila ditanya jawapannya Orang-orang yang meletop macam Fiza haruslah makan yang malatops ni KC. Watever, asal kau bahagia daku pun gembira adikku tapi yang benornya, Cookies ni memang sedap gila. Kalau tak, takkan dia order sampai 4, kannn dan sejujurnya, this cookies is also in my favorite list. Ngap .. ngap daku makan. Perghhhh .. bertepek lemak.

Yang ni Chocolate Waka-Waka nama dia. Wahkauuu .. nama ke main 'world' eh. Biskut coklat rangup bulat ditepek sebelah gajus dan ditabur cornflakes.  Perghhhh ..  kategori mewah gak dia ni sebab tengok la gajus dia tu .. hamboiiii .. tak danya dia potong-potong .. ambik kau sebelah. Tahun ni kan, Biskut ni dah masuk dalam kategori antara yang paling ramai order sebab kerangupan dan kesedapannya. Yeahhhh .. mari kita Ber Waka-waka together. Hahaha.

Alahaiiii .. sedapnyaaa .. alahai .. comelnyaaa .. gilanya kat dia. Alahaiii .. nama dia. Nama dia memang Alahai ok. Memang nama dia camtu. Tu yang i dok repeat-repeat Alahai tu. Tehehehe. Yang ni best, dalam ada kuaci, badam cincang, coklat cip, nestum pastu dihias coklat masakan. Tengok la si Alahai ni .. macam-macam ada dia. Very the berbaloi membelinya, kan.

Blueberry Tart .. sapa la yang tak kenal, kan.  Satu kelebihan cookies-cookies yang dibuat oleh akak ini selain dari kesedapan rasanya ialah kekemasan hasil tangannya.  Kemas sangat cookies ni, siap ada coklat putih berselang-seli. Cantik dan sedap. Inti nya banyak dan padat. Bukak je bekas, hrmmmm .. semerbak aroma dia keluar. Walaupun demand Blueberry Tart ni tak sehebat Malatops, Chocolate Heaven,  Alahai dan Waka-Waka tapi not bad jugak la, ada peningkatan dibanding dengan tahun lepas.

Sebelah tu pulak ialah 2 Tone Tart.  Nama pelik tapi sebenarnya dia ni Spesis Tart Nenas. OK la, not bad rasa Tart dia. Yang Misz-ella kagum ialah kesabaran si pembuat cookies mengadun dua warna dalam satu acuan.  Kalau i, ala-ala ku tepek-tepek je la.  Ku tak cukup sabar. Hahaha.

Bubble Chocolate ~  Ini badam hiris, bubble rice, coklat hitam dan coklat putih tau, bukan Cornflakes.  Misz-ella peminat Kacang Badam.  So makan kacang badam bersalut coklat is a big heaven for me.  Rangup-rangup dan mengasyikkan. Sedaplah korang.  

Kesemua 7 jenis Cookies diatas adalah dibuat oleh Orang yang sama. Misz-ella tolong jual je.  Tak kesah la kalau dia kaya i tak kaya even i tolong dia, kan. Setiap sebalang cookies ni ada lebih dari 50 pcs dan dijual pada harga RM26 sahaja.  Murah, kan.  Ekceli akak ni buat berbelas-belas jenis Cookies tapi offkos la Misz-ella pilih yang od-good quality je.  Yang mewah, yang banyak bahan, yang meriah, yang sedap dan menawan ~ yang tu la pilihan i.  

Korang-korang-korang .. kalau nak orderkan, sila la e-mail Misz-ella kat kakchik_ella@yahoo.com ye.  Tempahan diorder sekarang dan ditutup pada hari pertama puasa.  This Akak is very strict.  Dia takkan layan sebarang order lebih masa.  Sebabkan, kalau ambik juga order last minit, bekalan bahan mentah pun dah tak da lagi, tenaga dan masa pun dah tak mencukupi so dia punya style memang kena order awal-awal.  So sila cepat-cepat sebelum terlambat.  Quality dan harga confirm marvellous punya lah. 




Last but not least, walaupun saya tolong jual 2 Tone Tart, saya tetap minat dan suka dan order Jem Tart Tina kawan saya sepertimana yang saya promot di sini tahun lepas.  Misz-ella suka sebab .. sebab .. sebab .. sebab Misz-ella sukalah!! Hahaha. Elelele .. jangan marah ye korang .. korang baca je entry lama tu ye. Kalau suka then boleh la order Cik Puan Tina kat no tu ye.  Cakap je Kakchik-ella rekomen.  In Sha Allah dia ok punya. 

OK dah-dah.  Cukup la kita berkongsi cerita Al-kisah Cookies Raya idaman hati yang malatops di rumahku tahun lepas.  Sapa nak order meh e-mail kita kat sini eh :- kakchik_ella@yahoo.com.  Got to go lah.  Have a great week frens. Bye.







Saturday, June 15, 2013

Satu hari Sabtu

Sabtu i meriah ok even i bangun pukul 10 pagi gara-gara senggugut menyerang lagi.  Dah bangun sibuk la pulak 'tour' dapur tengok-tengok apa boleh dibuat makan tengahari.  Baru nak masak Ben sms, nak jumpa sekejap katanya.  I ok je. Pastu main masak-masak. Sambil masak sambil dorang tanya .. Dah siap belum?? Japppp .. sikit lagi, kejap lagi siap.  I tipu ok .. sebab i punya sekejap tu paling kurang pun sejam. Hihihi.

Daging Masak Nasi Kandar, Sup Sayur, Ikan Siakap Goreng + Sambal Kicap danbIkan Terubuk Masin Goreng.  Punya la syok masak sampai tetiba tengok dari Ben je ada 3 Miss Kol, tak jadi jumpa Kakchik, barang yang mau diberi ada 'defect" katanya.  OK .. jawab saya.

Elok habis makan jiran depan rumah telefon ajak makan kenduri.  Oh My-my, peyut den ketat lagi so lepas sejam dia kol baru i sampai.

Lepas Asar, kami ke Ikea untuk beli barang yang dah lama dikehendaki.  Berjalan fibhadapann sambil diiringi dua orang lelaki tolak troli adalah sangat best.  Tetiba rasa macam 'Mem Besar' berjalan dengan 2 orang Bodyguard dan dikawal rapi. Cehhhhh .. over!!
Swedish Meatball - memang kegemaran ramai kalau ke sini.  15 ketul dah memadai untuk 3 perut comel kami.

Misz-ella ambik ni - Chicken with Rosemary.  Mula-mula nak Salmon tetiba nak Chicken.  Elehhhh .. apa nak heran, Misz-ella memang sokmo gitu.

Dah settle our Early dinner, terus ambik barang kat Ruang pameran dan pulang. Dah sampai rumah belek itu godek ini sudahnya ku tidur pukul 1:30 pagi.  Bab tidur ku memang spesis batman lah, suka sangat berjaga malam.  

Ok dah.  Dah habis cerita.  Selamat Hari Ahad korang. Byee ..

Friday, June 14, 2013

Minum petang

Kepala ada sikit ting tong, gara-gara lambat makan, berdenyut urat kepala. Tu la kau, nak makan pun malas, al-padan lah muka.

Cokodok air sejuk - Tepung gandum, bawang, cili, udang kering. Kalau ada ap-apa daun ijodalam peti es tu kita bubuh je la, kasi dia meriah. Campurkan dengan air paip bertapis, kacau rata bagi kental ye.  Pastu pecahkan sebijik telur dan gaul rata untuk rangupkan dia. Pastu ambil sedikit jintan putih *yang kecik tu*, tabur dalam bancuhan cokodok tu. Pastu korang goreng. Hmmmmm ... sedap.  Terima kasih pada Jiran ku Kak Ani untuk resepi Cokodok Air sejuk ni. 

Bubble Chocolate ni pun sedap untuk buat kudap-kudap.  Badam cincang dan Choco ball yang dicelup coklat pastu hias dengan Coklat Putih. Ya Ampunn ..berebut makan dengan Aiman.

Hahaha .. nak bagitau yang Misz-ella jual cookies ni untuk raya.  RM26 sebekas. Ok sangat harga dia sebab ni bukan Cornflakes tapi Badam salut coklat. Ok la tu kan sebab ramai kata badam naik harga tapi akak yang buat Cookies ni ok je rega dia, tak mahal sangat, kan. Kalau nak email kita kat sini eh :- kakchik_ella@yahoo.com. Cepat tau sebab hari puasa pertama dia dah tutup order.  Ok la ye, got to go. Mahu layan kepala ting tong. ByeBye kawan-kawan. Tenkiu baca.



Thursday, June 13, 2013

Teduhan Kasih

Dah tetiba addicted dan ter follow Drama Teduhan Kasih Adaptasi Novel ni.  Cerita tentang Iffa yang diceraikan suami kerana gilakan kawan baiknya si Ayu.  Wah kauu .. Si Nabila Huda kalo berlakon watak gatal gedik tahap melampau memang menjadi kauuu .. meletop gila lakonan dia.  Paling best  semestinya  lakonan Akak Zarina Zainuddin sebagai Along, kakak Tiri si Iffa (lakonan Sherry Ibrahim). Fuhhhh ... kelas gila lakonan dia sebagai Kakak tiri garang yang sokmo gila meroyan tak boleh tengok Iffa senang.  Misz-ella paling suka tengok dia maki mak dia, mak dia maki dia. Dua-dua jahat nak mampos tapi dorang tersangat la ngam. Kadang-kadang Misz-ella sampai gelak sorang-sorang tengok gelagat dorang berdua.  Skrip Along dengan mak dia memang sempoi dan spontan habis!! Kita yang tengok pun gelak, Tuan direktor n the team berapa kali 'Cut' la gamaknya ye? Mana tak nya, i'm sure dorang pun gelak terbahak-bahak.  Meletops ok lakonan Akak Zarina Zainuddin.  Tanpa watak Along dan mak dia, sure Drama ni kurang seri almaklum le ... Sherry tu kadang-kadang kita tak berapa suka dia pegang watak Iffa.  Cam kurang aura je .. Kena marah dengan mak tiri, patut dia sedih tapi airmuka dia tak nampak sedih tapi nampak geram. Masa dia marah orang mengata Si Adam, anak kandung dia dengan Rizal bekas suami, tak berapa berkesanlah di hati Misz-ella .. nak lakonkan watak Ibu kena ambil mak-mak yang betul-betul gamaknya ye .. baru la berkesan dan terserlah sifat keibuan, kot. 

Eh .. jap-jap.  Seriously, Misz-ella bukanlah terror or kenal sangat dengan Aktor/Aktress kat Malaysia ni.  Tengok Melodi atau rancangan hiburan pun entah-entah setahun sekali, baca Majalah Hiburan pun takkan punya lah unless dia depan mata and i'm free, Blog-blog hiburan confirm la bukan pilihan unless kalo dah meletops satu-satu isu, then dah terpinga-pinga macam Katak baru keluar tempurung, masa tu baru la nak gugel sana sini, so Sherry tu dah kawin ke belum ye? Kalau tak kawin lagi, OK la .. boleh dimaafkan la kalo rasa keibuan itu tidak meresap di kalbu ku. Ingat senang nak dapat rasa keibuan tu? Gifted from God ok, tidak datang dengan percuma tapi dengan Pakej mengandung 9 bulan dan bertarung nyawa masa sakit bersalin. Belum kira sakit luka jahitan, sakit dalam pantang, sakit pening tak tidur malam dan macam-macam lagi.  

Back to Teduhan Kasih, Drama ni memang best. Ada story, tak stereotype macam Drama-drama biasa.  So kawan-kawan kalo free, jom kita tonton sama-sama, pukul 7 malam, Isnin-Khamis, TV3.  Dah separuh jalan dah ni.  Kawan-kawan i ramai dah cair tengok lakonan Adi Putra sebagai Ehsan. I biasa je la .. takat suka tengok kulit-kulit lelaki yang 'tanned' ala-ala Latino gitu tapi lum cair lagi la .. mengada je korang yang dok cakap 'melting .. melting' .. cair tu ye .. Hahaha.

Paling enjoy tengok Akak Zarina Zainuddin dengan emak dia.  Terjerit-jerit kat satu sama lain, ko maki aku, aku maki ko tapi dorang satu kepala sebenarnya.  Gelak besar sorang-sorang i kat rumah. So-so-so .. tak nak cakap banyak, malam ni pukul 7 nak duduk depan TV lagi.  Byeeee kawan-kawan.



Wednesday, June 12, 2013

Anak Kecik Pegi Sekolah

Misz-ella hampir setiap hari hantar anak pergi sekolah.  Seronok dapat hantar anak pergi sekolah. Kembang kuncup rasa hati.  Tahun ni last dah Aiman sekolah .. gonna miss this activity next year.

What i want to highlight ialah tentang keselamatan anak kecik pegi sekolah.  Umur 8 tahun parents dah bagi dorang gi sekolah naik basikal.  Anak-anak tu, baru 8 tahun, what do they know about safety? Misz-ella sambil-sambil tunggu Aiman keluar sekolah, dok perhati je gelagat dorang. 8-10 tahun, yang diaorang tau seronok-seronok je, nak pulak kalau naik basikal berkumpulan.  2, 3 basikal sekali jalan.  Deep inside my heart, sambil perhati, i turut doakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.  

Parents, think many-many times before you agree to let them to go to school by bicycle especially at earlier age.  Walaupun sekolah agama kat surau, tak perlu ikut jalan besar, hanya lalu tepi-tepi rumah orang, fikir kan lah.  Diaorang kecik lagi, what do they know about safety?

Fikir ye. Kita fikir sama-sama.