Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kombo baju raya Bulan Bintang dan jersi Choii dibawakan oleh Specta Event Sdn Bhd

Sempena hari raya 2024, dua jenama paling viral iaitu baju melayu Bulan Bintang dan jersi Choii buat pertama kali bergabung dalam satu sesi jelajah festival raya yang dibawakan oleh Specta Event Sdn Bhd. 



Kedua-dua jenama besar ini bakal bergabung mengadakan j
ualan kombo istimewa iaitu 4 item pada harga RM289 sahaja semasa sesi jelajah festival raya tersebut akan diadakan di tiga lokasi iaitu di perkarangan parking A stadium Putra Bukit Jalil dari 21hb Mac 2024 hingga 24hb Mac 2024 dan Raia Hotel Convention Center di Alor Setar, Kedah dari 28hb Mac 2024  hingga 31hb Mac 2024. Jualan kombo 4 item Bulan Bintang X Choii pada harga RM289 ini hanya boleh didapati semasa jelajah festival Specta yang akan diadakan selama 96 jam tanpa henti di lokasi-lokasi terbabit.




Festival raya Bulan Bintang X Choii ini akan menampilkan artis serta influencer popular seperti Ella, Shaheizy Sam, Syatillah Melvin, Faris Asri, Erma Fatimah, Shuib, Achey, Cat Farish, Shikin Maembong, Fauzi Nawawi, Yasin Yahya, Lisdawati, Aizat Sha dan ramai lagi. Festival raya ini akan dihost oleh pengacara festival negara, Kelly Azman.




Jom bergaya di hari raya bersama jersi Choii dan baju melayu Bulan Bintang. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti media social berikut:

1 comments:

Lydia Miza said...

lawa kebaya putih kain pink tu