Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bufet Ramadan 2024 - Iftar di Taman Dahlia hanya RM59!





Tempat paling best untuk buka puasa masakan Melayu yang betul-betul authentic, asli dan cukup rasa adalah di I'Dahlia Corner. Puas makan kat situ. Tambah best bila bermula dari 12 Mac 2024 hingga 7 April 2024, kita boleh buka puasa dengan bufet Ramadan di I'Dahlia Corner dengan hampir 40 juadah Melayu asli hanya berharga RM59 (Dewasa dan Warga Emas) dan RM39 (Kanak-kanak) seorang sahaja! Dengan lokasi I'Dahlia yang sangat strategik iaitu di Persiaran Stonor, KLCC ... mana nak dapat harga tu, kan.



Bertemakan IFTAR DI TAMAN DAHLIA, kualiti serta rasa masakan di sini tak perlu dipertikai lagi.













Masak lemak cili api daging salai, Asam pedas ikan pari, Sambal udang petai, Ayam goreng berempah, Masak lemak siput sedut, Sup daging meletop, Jering berlado, Ikan bakar bersambal, Ikan keli berlado, Paru goreng berempah, Pecal, Sayur nangka masak lemak
dan macam-macam lagi .. setiap juadah di I'Dahlia Corner dimasak dengan teliti mengikut resipi Melayu Asli.



Dewan makan I'Dahlia sangat cantik dihiasi bunga-bunga indah, luas dan selesa, boleh muat sehingga 150 orang dalam satu masa.  Tempat parkir hanya 30 meter dari restoran, kemudahan tempat solat dan tandas juga ada.




Sambil buka puasa, sambil dihiburkan oleh persembahan kumpulan buskers. Santai dan rilek betul vibes buka puasa kat sini.



Hanya RM59 seorang! Untuk tempahan sila hubungi 012-3526397 dan 017-9913907. You all jangan walk in ye sebab takut takda seat nanti. Untuk lebih info, jangan lupa ikuti Instagram I'Dahlia Corner di https://www.instagram.com/idahlia.corner/



0 comments: