Buta Warna

Tuesday, December 25, 2012

Ada 1 malam tu Misz-ella nak gi Supermarket depan rumah nak beli barang sikit-sikit.  Aimannnn .. siap cepat.  Teman Mama gi Supermarket. OK Ma.  Sebab nak cepat, Misz-ella main ambik je Gaun hijau tak da lengan cover dengan T-shirt kaler pink-merah.  Ehh .. kaler tak kena ye?  Bior le .. dah pukul 9 malam.  Seberang jalan depan rumah je pun, bukan jauh.

Muka polos Si Pemalas. Bedak ke .. celak ke .. lansung tak ada.
Mama sapa la tu?

Dah siap-siap nak keluar .. Ehhh .. Aiman, sandal brown mama Aiman letak kat belakang, kan? Alaaa .. malas la Mama nak pi belakang ambik.  Selipar biru ni pun ok lah. Bukan ada orang nak tengok pun. Ehh Ma .. jangan.  Nanti Aiman gi ambik kan.  Mama tunggu jap eh.  Iyolah.

Haaa .. Mama pakai yang ni. Yang ni OK. Elololo .. Tshirt merah jambu, seket ijo dan selipar biru? Wahhhh .... kemain bergaya kau!! Buta warna la sangat. Haha.

You Might Also Like

8 comments

Follow by Email

Like My Facebook

put your fb fan page like here