Teringin ~ Satu Keperluan Atau Hanya Nafsu?

Wednesday, December 05, 2012

Manusia ada banyak keinginan.  Nak itu .. Nak ni. Macam-macam nak .. sampai lupa tanya diri ~ 'Keperluan ke Kehendak ni?'

Kalau keperluan .. harus kita utamakan. Kalau sekadar kehendak .. means  kalau tak ada pun tak menjejaskan apa-apa, maka harus berkali-kali kita fikirkan sebelum membeli. Misz-Ella ada sorang kawan yang baru beli TV 42 inchi.  Teringin, katanya. Laaaa .. ada ye orang teringin benda-benda camni?  Kawan sorang lagi pulak gi rumah kawan sorang lagi.  Ternampak Sofa Set kat rumah kawan dia balik terus sound laki mahu Sofa yang sama.  Teringin nak sofa macam dia, katanya. Laaaaaa ... lagi??

Kalau Misz-ella la kan .. jarang ada symptom teringin seperti itu. Teringin makan itu ini adalah .. tu pun sekali sekala.  Kadang-kadang terfikir .. aku kah yang tak normal atau mereka yang tinggi nafsunya? Aku kot yang tak betul? KahKahKah.


You Might Also Like

8 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail