Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hospital, Cake Stand, 1U dan Pasar Malam

Bermula dengan Appointment dengan Tuan Doktor, menghantar "Cake Stand" Si Pembuat Kek, beli baju sekolah Aiman dan ter 'shop' pulak yang bukan-bukan dari pagi sampai lah ke malam ~ WaWaWa .. satu hari yang indah tapi penat.

 Klinik Neurology/Neurosurgeri 19/12. Minggu depan aiman masuk wad lagi untuk repeat CBA. At the moment, spot contact memang Doktor tak benarkan langsung. Tapi biasa la .. naluri remaja. Tengok kawan main bola, teringin. Teringat zaman main ragbi, sedih. Sudahnya dia main bola pakai helmet. Tapi seriously, Doktor tak bagi dia involve with any kind of sport.  Pembuluh darah yang pecah disambung dengan jahitan.  Ambik masa untuk jahitan tu kuat dan bila dah fully recover pun, ia takkan sekuat yang asal.  It will remain as a Weak Spot in his body. As a mom, i understand how Aiman feel. Masa mula-mula disingkirkan dari Team Ragbi gara-gara pembedahan di kepala, dia sedih. Misz-ella pujuk dia .. Tak pe Aiman.  Rahmat Tuhan datang dengan bermacam cara. He has his own plan for us.  Believe me.  God is fair. Dia sayang semua hambaNya. Asalkan kita sabar dan redha diduga, pasti ada 'reward' untuk kita. Sabar eh Aiman.

Sempat la duduk kat kerusi ni 3 minit untuk hilangkan stress. Stress ok gi Hospital. Lama tunggu giliran jumpa Doktor Pakar. Tapi tak pe .. Doktor sini muda-muda ..lawak-lawak boleh buat kawan. Terubat duka menunggu terlalu lama. Kan Aiman kannn.

 Mana-mana hospital mesti ada masalah parking, kan. Haaa .. buh je la mana-mana .. janji tak block orang.  Tak da orang saman pun .. diaorang faham parking kat sini memang kurang.

Lepas tu kita gi Kepong hantar Cake Stand kat Shilla. Sambil tunggu Shilla diaorang masuk KFC makan ayam .. Misz-ella duk dalam keta layan WatssApp. Dah settle dengan Shilla Misz-ella masuk dalam, ayam pun dah habis diaorang "Ngap". Tak pe .. i beli wedges. Elele .. dapat makan 2 ketoi je yang lebih  diaorang berdua makan. Bagus arr jalan dengan diaorang.  Selamat 'diet' i. Hihi. Lepas tu kita gi 1U. Nak beli baju sekolah Aiman konon .. last-last macam-macam diaorang beli. Misz-ella jugak yang tengok jer. Malas arr nak membeli .. fikiran gue ada A, B, C, D dan macam-macam lagi. So hari ni Misz-ella hanya melayan .. tolong tengok dan pilih. Jap-jap angguk. Jap-jap geleng. Dah boring .. Eh sukati koranglah. Ikut la mana korang selesa. Hihihi.


Seriyus teringin. Tapi kerana hati tidak ingin memiliki .. pandang-pandang jeling-jeling dan cuba-cuba sahaja.  Lagipun, I have a lot of rollingsssss this few months so tak pe .. benda-benda camni .. kita lupakan.  Kalau ada jodoh, lambat atau cepat dapat la Misz-ella beli wedges HP 3 inchi feveret Misz-ella tu. Yang ada sekarang dah mintak Pencen. Rilek arrr .. tunggu arr ada pengganti baru dulu. 

Tetiba rasa lapar .. tengok jam Oh Myyyy .. dah pukul 4 petang and i belum lunch. Jom. Jom. Jom cepat gi makan. Mama dah "Parkinson" ni. Hihihi.  Dan itu lah dia .. Mix Noodles Cantonese for me. Diaorang share makan Yong Tau Foo sebab masih kenyang makan Ayam. Lepas makan sambung shopping dan shopping lagi. Ya Rabbi Anak-Bapak ni .. shopping mengalahkan Mem Besaq. Tapi tak pe .. i layan jer.  Tapi bila dah pukul 5 .. pastu pukul 6 .. orang makin ramai. Maka Misz-ella semakin tak selesa. Eh dah lah .. Jom balik .. keluar pagi balik malam .. macam orang pegi kerja pulak dah. Jom. Jom.

OTW back home. Seperti dijangka .. jalan jem dari LDP nak balik ke rumah kita. Dah bosan .. meh Aiman kita ambik gambar. Tadaaaa .. gitu la rupa Anak-Mak pada 19hb Disember ni. Muka penat + pucat. Beg mekap tinggal kat rumah. So dari pagi sampai petang .. berpucatan lah Misz-ella ye. Tak pe .. comot pun tak pe .. janji bahagia. Kann.

Sampai rumah dah lepas pukul 7 maka singgah la kami ke our Night Market yang sentiasa meriah dan best. Tengok tu .. tengok ni .. macam-macam ada tapi rasa nak membeli tak ada.  Sudahnya Misz-ella hanya mintak Bubur Jagung dan Putu Bambu ni. Bubur Jagung makan suku .. Putu Bambu makan 2 ketol tu pun bila en asben dah tanya .. Nape tak makan makanan yang dia beli tu? Sejak makan Pure Marine Collagen ni kan, serius selera makan kurang. Nasi kadang-kadang sekali sehari .. kadang-kadang tak makan langsung. Korang agak kan, Misz-ella kurus tak lepas ni. Ecece .. nak kurus konon .. tak sedar yang awak tu dah memang pakai baju saiz S!! Bersyukur Ella .. jangan over ok. Haha. Eh ok lah. Got to go. Sekian sahaja Entry mengenang Tarikh 19/12 yang mana di tarikh itu Misz-ella bizi buat tu buat ni dan ada di sana sini. Terima Kasih Baca. Bye.

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Makanan yang Ella tayang nampak sedap sangat bagi kakcik yang mulutnya masih payau ini... :)

Kniedaz said...

seronoknya jalan dengan anak & suami..sekali sekala jalan bersama, penat pun takpe ^_^

JunAina said...

KC dah cukup le cantik cam tu kalau lagi2 kurus takut nanti angin tiup melayang pulak.

faraherda.razalan said...

Cake stand? KC jual cake stand ke?

el said...

cun kc..kasut boot tu...belikan bley haha

sisdee said...

lawanya kasuttt hihihi...

cian aiman..betul tu..ada hikmah yg mnunggu..my nephew pun sejak limpa dibuang dah terbantut segala minat..sbb segala bnda kena pantau..huhu

Anonymous said...

kc

tak mekap pun cantik je, tulah byk review kata makan collagen tu kurang selera makan kan

nanti nak try lah