Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ahad last 2012

Pagi Ahad yang Misz-ella terpaksa lupakan hasrat ber 'aero' sebab urusan Aiman harus didahulukan.  Keluar jam 9:30 pagi, kedai Buku Sekolah destinasi. Hmm .. tutup pulak harini.  Orang dah cakap dah kat abah dia semalam Ahad tutup tapi dia degil .. dia suruh Misz-ella pegi jugak. OK lah kita bagi 'chance' kat dia.  Afterall jangan kata tidak sebelum cuba, kan.  Tapi tak pe ... tak marah dan tak rasa buang masa pun .. i always enjoy moment that i spend with my kesayangan.  Then kita gi Sarapan.  Nasi Lemak Daun Pisang, Tosei Bawang dan Nescafe O sarapan kami di Ahad last 2012.  Lepas sarapan kita pegi My Mydin konon mahu beli Mineral Water.  Akhirnya harus 'spend' RM22.75 walhal air mineral tu RM4.59 je.  Tu la pasal  .. lain kali urusan beli barang sebutir dua ni lebih baik serah kat orang lelaki, sebab diaorang lurus.  Kalau pesan beli 'A', maka 'A' lah sahaja.  Misz-ella kreatif terlebih ... konon nak beli air tapi Santan Kotak ku capai jugak .. nampak Cadbury Chocolate hati terus nak .. Aiman nak gula-gula ku kata ambik je le.  Betul kan part-part spending ni orang perempuan lebih hebat dari lelaki?

Lepas tu gi Shell Petrol Station.  On the way tu nampak kuda.  Aiman babai-babai penunggang kuda tu sikit tak balas *the Rider usually smile*.  Hmmmmm .. memang berjodoh dengan haiwan kita harini. Keluar rumah pagi tadi dah bertegur sapa dengan Si Putih Cik Yam.  Manja gila kucing tu .. pantang nampak Misz-ella .. non-stop dia mengiyau.  Otw ke Restoran jumpa lembu melintas .. sekarang kuda pulak?  Saujana memang happening la beb .. macam-macam Ada.

Lepas tu kita gi Kedai Rambut for Aiman's Haircut. Belum bukak rupanya.  OK .. jom hantar Collagen rumah Syafeera. Memang 'Anak Mak' la Aiman ni .. pandai Aiman jual Collagen kat Classmate ye.  Lepas borak seminit lima dengan mak Syafeera .. kita balik ke Kedai rambut.  Upsssss .. ada Notis kat pintu. Tutup hingga 3/1 rupanya. OK Aiman .. jom kita balik. Mama nak masak, nak rebus Collagen, nak kemas rumah.  Ehhh Ma .. bukan nak gi SCM jumpa Kak Cath ke jap lagi? Buat pe mama nak masak? Mama masak untuk makan malam korang lah .. tak la korang terfikir-fikir nak makan apa nanti. Laaaa .. rajinnya Mama ni.  Aiman takut Mama penat je.  In Sha Allah mama kuat dan tak penat.  Aiman doakan Mama ye.  OK Ma .. Aiman doakan Mama. Mamakan Syurga Aiman. Wahhhh .. sejuk hatiku  pagi Ahad last 2012. I told you kan .. i'm the kind of person who like to plan. Makan tengahari belum lagi makan malam udah ku rancang. 

Pagi Ahad last 2012

Sambil masak-masak, sambil mop lantai, sambil rebus Collagen ~ My 3rd months with Seaweed Pure Marine Collagen (PMC) and i am very happy with it. Alhamdulillah.  RM26@100gm sahaja plus Posting.  Kalau nak e-mail Misz-ella kat kakchik_ella@yahoo.com.

Dont forget to mark the place you park. Perghhh .. perjalanan dari SU ke Setia Alam 20 minit jer. I suka lah tempat tinggal i ni. Semalam jumpa Kak Shima kat Aeon Rawang pun 10 minit jer ikut Guthrie. Hai kak Shima .. nice to meet you. Hopefully kita dapat jumpa lagi ye.  In Sha Allah.

We had our lunch at Sweet Chat @ Setia City Mall. Scone tu Misz-ella punya.  Spagetthi dan Roti tu Aiman yang punya.


Pastu kawan Misz-ella yang kecik molek dan berpipi comel bernama Catherrine ni datang. Perghhhh .. geram gila kat pipi dia .. rasa nak cubit-cubit bawak balik. Bertuah kau ada pipi cantik, Cath.

Cantik kan Cath. Dia ada 2 Boboi ~ sorang 6 tahun sorang 2 tahun so korang jangan pandang lebih-lebih ye. Hihihi. I end up with her till 4pm before Misz-ella decided untuk balik. Malam tu pulak, Misz-ella pegi rumah Kak Zah jiran sebelah untuk hand deliver 2 packs of Collagen to her. Perghhhh .. baru seminggu dah habis 100gm sebab satu famili 6 orang sume makan. Sekali buat se jug air, Collagen nya dua senduk. Fuhhhh .. dapat title "Famili Awet Muda" la satu hari nanti harapnya ye. So far my customer  puashati dengan Gorgeous PMC. Kak Senah cakap otot-otot pipi dia makin tegang dan naik.  Alin cakap kulit dah makin cerah, berat badan dah turun dan pipi makin tegang.  Fiza cakap badan aku dah putih padahal aku sawo matang.  Dee cakap sakit eczema dia dah hilang. Fiza Tokey Rempah cakap .. jeragat mak dia dah kurang .. tone badan dia pun dah sekata. Alhamdulillah .. atas izin Allah SWT. RM26 per month of Collagen which makes my customer happy. I pun hepi bila diaorang hepi. Kita kan kawan-kawan .. so kita sihat dan cantik sama-sama eh. Wahhh .. sehati sejiwa!!

Hmmm .. OK lah. Got to go. Sekian sahaja entry Ahad Last 2012 dan kongsi cerita gembira Customer PMC Misz-ella ye. Tq Baca.  Selamat Tahun 2013, korang.  Pahit manis 2012 kita tinggalkan dengan seribu kenangan dan pengajaran.  What i learned most in 2012 is ~ Hargai apa yang kita ada harini  sebab kita tak tau bila dia akan pergi tinggalkan kita. Sobs *sedih*




11 comments:

Izzah said...

Assalam kakchik
Walla...lama dah dah masuk sini
rindu kat kakchik walaupun tak kenal...makin cantik izzah tgk !

Izzah said...

Assalam kakchik..
lama dah izzah tak masuk blog...tgk2 kakchik lagi cantik la sekarang! walla!

Cik Ina Do Do Cheng said...

sama-sama cantik. selamat tahun 2013 pada kak chik dan family.Semoga tahun ni memberi seribu satu kebahagian pada kak chik dan family.

IMA SALSUZAIMA said...

salam kak.first time terjah blog akak.wah.nampak dah bujang2 anak akak.tapi akak masih nampak awet muda.suke2..hihi.

suri solehah said...

selamat tahun baru utk kc....moga berbahagia selalu

gadisBunga™ said...

KC lagi la bertambah gojes dengan PMC. :D

gb pun rasa kulit satu badan makin halus dan kulit pipi apatah lagi. cuma sekarang gelap sebab asyik berjemur tgh panas. harap2 lagi 2-3 bulan boleh lawan burn tu pulak. hihihi~

♥MAMASYAZA♥ said...

patut le muka akak makin berseri seri

Kniedaz said...

Wah...sehari yang penuh agenda la...

marina said...

kakchik, na suka sgt2 ngan collagen iteww!!! eventho bfast ngan susu saje, still tak rasa lapar! kulit pon rasa lembab jek..pasal weight tu tak sure la sbb tak timbang pon before makan...tapi badan rasa ringan n tak penat..tnggu na buat entry ye! thank u kakchik! muahh!

Anonymous said...

seronok bila dapt gader2 ni kan

Dayang Deno said...

selamat tahun baru kakchik! semoga tahun ini akan menjadi lebih baik :)