Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK) di Sungai Penchala, Kuala Lumpur

Hello pembaca kesayangan ..



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK), sebuah Tadika islam yang terletak di Sg. Penchala, Kuala Lumpur.




Misz-ella ke MTIK kerana dijemput oleh Pengarah Urusan Tadika tersebut, Puan Nur Natasha Binti Tan Sri Rozali Ismail untuk menghadiri Majlis Graduasi anak-anak sekolah tersebut. Terima Kasih Natasha, dapat saya tambah ilmu hari ini dan boleh saya kongsi dengan pembaca semua.





MTIK diasaskan oleh Y Bhg Tan Sri Rozali Ismail yang terlebih dahulu telah membuka Ma'ahad Tahfiz Ismail buat anak-anak di peringkat menengah yang terletak di Puncak Alam, Selangor. 

MTIK terletak di Lot 2746, Jalan Sri Penchala 2, Off Jalan Damansara, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, sebuah kawasan pinggir bandar yang bersempadan dengan kejiranan elit seperti Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Utama, Damansara dan pelbagai lagi.

Lokasi Sungai Penchala adalah sangat strategik dan boleh dihubungi melalui pelbagai lebuhraya-lebuhraya utama seperti Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya DUKE dan juga NKVE.

Menariknya, MTIK dikelilingi oleh persekitaran hijau berbukit bukau yang membuatkan sejuk mata kita memandangnya. 



Sebaik tiba, Misz-ella teruja dengan warna-warna ceria yang menyambut kedatangan tetamu di majlis itu *terserlah aura positif tadika ini*



Sementara itu tetamu turut disambut dengan kehijauan persekitaran halaman tadika ini. Besar, selesa, bersih dan selamat untuk anak-anak beriadah. MTIK memulakan operasi pada awal tahun 2019 dan menerima anak-anak dari usia 3 tahun hingga ke 6 tahun.







Misi utama MTIK adalah untuk menerapkan pendidikan Islam di kalangan anak-anak kecil dengan cara menyediakan konsep pembelajaran yang lebih moden,  mudah dan ceria. Anak-anak di sini diberi pendidikan pra-sekolah dengan penekanan asas pendidikan Islam. Mereka dididik agar boleh membaca, memahami bahasa Arab, menghafal Al-Quran dan mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. 

Dalam erti kata yang lebih mudah, anak-anak ini diberi pendedahan bahawa Islam itu adalah ad-din ataupun peraturan hidup (way of life), maka di sini, anak-anak dididik agar mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam sedari kecil lagi. 








Walaupun berasaskan pendidikan Islam, MTIK turut menitikberatkan pengisian pendidikan yang lain di mana anak-anak disini turut diberi pendedahan ilmu Sains, Bahasa Melayu dan Matematik. Aktiviti-aktiviti berkumpulan di dalam kelas dijalankan secara interaktif bagi membolehkan anak-anak ini ber-reaksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. 

Misz-ella tertarik dengan susunatur dan hiasan dalaman bilik-bilik darjah dan bilik aktiviti di MTIK ini. Sentuhan 'ceria' warna-warna terang serta lukisan-lukisan kreatif di dinding digunakan bagi membangkitkan semangat belajar dan suasana pembelajaran yang 'sihat' di kalangan anak-anak di sini.

Gambar dari laman web MTIK

Anak-anak kecil di sini dididik oleh "Murabbi" (cikgu) yang terlatih dan berkelayakan. Di MTIK, anak-anak memulakan pembelajaran seawal jam 8:30 pagi dan mereka dibenarkan berada di tadika berkenaan sehingga jam 5:30 petang di bawah pengawasan rapi oleh "Murabbi" mereka. Apa yang menarik ialah sessi pembelajaran anak-anak ini dibahagikan kepada beberapa sessi bagi membolehkan mereka kekal aktif, ceria dan bersemangat sepanjang berada di sini.  




Selain dari itu, pelbagai kemudahan lain turut disediakan di MTIK seperti kelas belajar berenang di bawah pengawasan jurulatih renang bertauliah, aktiviti berkebun, aktiviti riadah di taman permainan, aktiviti berkuda yang dijalankan di Felda Bukit Cherakah dan bermacam lagi. 

So, buat pembaca kesayangan, sekiranya anda sedang mencari Tadika Islam yang berkualiti dan seimbang dalam memberi pendidikan Islam dan pendidikan moden yang lengkap dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk anak anda seperti mengaji Al-Quran, kelas berenang dan lain-lain lagi, boleh lah you all consider Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden ni. Dari pagi sampai ke petang anak you all berada di sini menuntut ilmu sambil dijaga rapi oleh "Murabbi" berpengalaman, boleh la mak-mak semua bekerja dengan senang hati, kan.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan dengan MTIK, you all boleh layari laman web MTIK dengan menekan link ini atau hubungi nombor telefon 03-7733 2598 dan 019-354 4836.

Kepada pihak pengurusan MTIK, Tahniah Misz-ella.blogspot.com ucapkan di atas usaha murni ini. Nasib baik i tak da anak kecik, kan ..

OK pembaca kesayangan .. Misz-ella dah habis kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Terima Kasih baca. Bye.

0 comments: