Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Piloxing @ Concorde Shah Alam Hotel


Hello readers! Baru-baru ni Misz-Ella sertai sessi Piloxing di Hotel Concorde Shah Alam, Selangor.




Sessi Piloxing selama 45 minit anjuran Kilos Fitness Centre itu dibawakan khas untuk memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri bagaimana dan apakah rasanya melakukan senaman piloxing iaitu senaman yang menggabungkan pilates, kick boxing dan tarian yang popular di abad ini. 



Hampir 50 orang hadir dalam sessi Piloxing yang dipimpin oleh Ady.

Piloxing mengubah persepsi bahawa kick boxing itu bukanlah senaman ‘ganas’ malah ia boleh dilakukan dengan anggun dan bergaya, tanpa mengurangkan kesan-kesan baik kepada pengamalnya.

Piloxing bukan sahaja membakar lemak dan meningkatkan metabolisma malah pergerakan-pergerakan pilates yang merupakan sebahagian daripada Piloxing boleh memperkemaskan tubuh badan seseorang. Piloxing is also fun kerana di dalamnya terdapat gerak badan yang menghiburkan. Ditambah pula dengan pilihan lagu-lagu popular kegemaran ramai .. Fun! Fun! And Fun! Itu lah yang berlaku di Sessi Piloxing bersama Ady di Hotel Concorde Shah Alam yang lalu. Lagu best, step-step yang tidak membebankan tetapi sangat efektif dan berkesan .. 45 minutes full of fun! 


Sessi perkenalan pilates oleh Kilos Fitness Centre, Hotel  Concorde Shah Alam ini dikendalikan oleh Adi dan rakan-rakannya. Adi is young, energetic and fun! Pilihan lagu-lagu yang sangat dekat di hati dan pergerakan tarian yang tidak terlalu sukar membuatkan kami tak sedar yang 45 minit telah berakhir. FUN!



Pilates baik untuk regangan dan memperkemaskan tubuh badan. 

 
Squad and punch ! Itulah kickboxing! Oops belum kick lagi. Kick, squad, punch adalah antara gerakan-gerakan wajib di dalam



More Pilates steps!


Twist and turn - ohh yang ni memang step kesukaan Misz-ella. Terus rasa pinggang kurang 2 inchi selepas sessi Piloxing bersama Ady. 




All in .. All in .. we had a blast on Piloxing introduction class led by Adi specially organised by Kilos Fitness Centre, Hotel Concorde Shah Alam. 

Thank you to Irene, the manager of Kilos Fitness Centre for having me. Kita seronok sangat dapat cuba Pilates bersama Adi dan rakan-rakan yang lain.

Kelas pilates bersama Adi di Kilos Fitness Centre akan diadakan bermula bulan Ogos, 2024. Untuk maklumat lanjut sil ikuti :

Instagram Hotel Concorde Shah Alam di :
Facebook Hotel Concorde Shah Alam di :

Atau hubungi nombor telefon 03-55208000 ext 281. Bulan Ogos tak lama lagi .. can’t wait to hit Kilos dance floor with Pilates (excited)!

0 comments: