Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hari Raya Gathering di rumah Puan Sri Nisa dan Tan Sri Bakri

Hello pembaca kesayangan,


Masih sibuk beraya lagi ke tu? Bukan you alls je Misz-ella pun tak ketinggalan berhari raya bersama kawan-kawan tapi bukanlah semua undangan dapat dipenuhi. Almaklumlah raya hanya sebulan tapi jumlah undangannya bertindih maka saya pun jadilah orang yang sangat selektif .. mana yang rapat dan dekat di hati kita utamakan. 


Baru-baru ini Misz-ella dijemput ke Hari Raya Gathering di rumah Puan Sri Nisa dan Tan Sri Bakri, sahabat baik Misz-ella yang sentiasa menyentuh hati dengan personalitinya yang tersendiri. Kalau bercakap, dengan kelembutan dan penuh kasih sayang. Kalau bagi nasihat, dia seperti kakak yang memahami, sampai menitis airmata Misz-ella dengan ayat-ayatnya. Selain dari itu,  dia juga penuh dengan kejutan .. sentiasa menunaikan impian Misz-ella tanpa disangka-sangka *sweet sangat!*




Kalau ke rumah Puan Sri Nisa, sila datang dengan perut yang kosong kerana she gonna pampered your tummy with her delicious home cooked food. Ye .. kawan saya ini sangat suka memasak. Misz-ella masih ingat cerita dia .. dari muda lagi dia suka menjamu kawan-kawan rapat dengan air tangan dia sendiri. Dia tak kisah bangun pukul 4 atau 5 pagi, semata-mata untuk memasak. Kalau happy dia masak, kalau stress pun dia akan turun ke dapur, potong bawang dan mula mereka-reka masakan baru. Cooking is her therapy and this is Nasi Beriyani with Ayam Betutu, my favourites!



Ketupat palas yang sangat sinonim dengan raya pun ada ..


Meh Misz-ella nak cerita .. Rendang Dendeng Puan Sri Nisa tersangatlah sedap. Misz-ella kalau beli .. setengah kilo terus *makan diam-diam sorang-sorang sebab tersangatlah sedap*

Yang ni special you all takkan jumpa di tempat lain kerana 100% dihasilkan oleh Puan Sri Nisa sendiri - Laksa Goreng Asam Pedas menggunakan Pes Asam Pedas Nisa Bakri. Yummy!

Teka apa ni? Ini Dodol you alls tetapi berperisa lemon. Haihhh .. creative betul kawan Misz-ella seorang ni .. ada saja idea dia. Ini kegemaran Dato Siti Nurhaliza ~ sekali makan 4 sudu terus you alls ...

Kami juga dikejutkan dengan satu lagi resepi terbaru Puan Sri Nisa iaitu Cokodok France. Amboi nama tak nak kalah, kan .. sedap Cokodok ni .. secucuk .. dua cucuk .. bercucuk-cucuk kami makan akhirnya ..

Kuih muih Melayu pun ada ..


Ye .. itu dia Dato Siti Nurhaliza, Aafiyah dan Puan Sri Nisa bersama Cokodok France nya .. seronok tengok Puan Sri Nisa melayan tetamu .. tak kekok dia ke sana sini bersama dulang Cokodok *dengan senyuman manis penuh ikhlas dan suara yang manja .. she is such a darling, sweetlah*


Majlis bermula jam 3 petang, Misz-ella sampai jam 3:20 petang. Ingatkan saya awal rupa-rupanya Dato Siti Nurhaliza dan keluarga lebih awal. Sweet sangat tengok Dato Siti sedang suap Aafiyah makan dan seronok sangat dapat main dengan Aafiyah ~ such a friendly and happy go lucky baby girl. Senyum sepanjang masa and she loves bright colour. Sikit-sikit tunjuk bibir pink Misz-ella *suka la tu, kan .. *


Lepas makan, kita posing ..



Ikutkan perancangan awal, Misz-ella nak duduk sejam je lepas tu terus ke tempat lain but more  kesayangan came after that .. Farah, Kak Putri, Fieda, the friendly Datin Sabrina and Kak Nani  ..


And then, more and more kesayangans came .. so Misz-ella duduk lagi. Tak lengkap lah hari kita kalau tak bergambar dengan puan rumah, kan .. Dato Rozzana, Dato A. Aida, Farah, Kak Putri, Fieda, Kak Nani, Datin Sabrina and nun di hujung paling kanan ialah Datin Sharmila yang cantik lawa.


Ini kita panggil Riang Ria Raya .. Ehh ada M Prada di situ. Kalau M ada mesti meriah sebab dia suka buat lawak ~ such a bubbly character he has, spreading positive vibes among us ...


Kemeriahan Raya bersama Puan Sri Nisa berterusan dan kami tak boleh stop berfotoan. This is called WeFie! It was so much fun when everyone try to fit into Puan Sri Nisa's small handphone screen  ~ My lovely Puan Sri Zainab (infront with Puan Sri Nisa), Datin Ana (left beside me), Datin Maria Farida and Datin Sharmila.

A shot with Puan Sri Zainab *I called her Tok Nab*, Datin Maria Farida and Datin Sharmila.  I love spending time with Tok Nab .. dengar cerita lama, dengar nasihat .. sejuk rasa hati bila bersama dia. 

Ingatkan dah habis rupanya ada lagi ~ one wefie from Julie's camera. Yeay! *happy*


All in .. all in .. we had so much fun spending quality times together during Puan Sri Nisa and Tan Sri Bakri's Hari Raya Gathering. Good time, delicious food, great bonding with kesayangans .. Thank You Puan Sri Nisa for the great moment. 

The moments may have ended but the sweet memories last forever *love*





FitHub By Women in Motion @ Sri Hartamas - Eksklusif untuk WANITA SAHAJA


Hello pembaca kesayangan,


Misz-ella kembali lagi dengan entry-entry kecergasan dan kesihatan. Dah lama Misz-ella tak berkata-kata tentang topik ini, kan.

Baru-baru ini Misz-ella telah ke gym baru yang diberi nama FitHub by Women In Motion yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas yang tak jauh dari rumah Misz-ella di North Kiara Hills, Kuala Lumpur.




Menariknya gym ini adalah ianya khusus untuk WANITA sahaja. Sebagai seorang wanita yang suka bersenam, Misz-ella faham perasaan wanita lain yang agak segan nak ke gym yang bercampur perempuan dan lelaki. Ada sedikit segan-segan atau serba salah nak lalu kerana ramai 'Abang Sado' berada di situ sedang ber exercise, kan .. 


FitHub by Women in Motion ini mula dibuka kepada orang ramai pada 17hb Jun 2019 yang lalu dan merupakan cawangan yang ke 3 selepas kejayaaan cawangan pertama dan kedua di Teluk Intan dan Kuala Kangsar.

Bersempena dengan pembukaan cawangan ke tiga FitHub by Women in Motion ini, pihak pengurusan menawarkan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM90 sahaja (harga biasa ialah RM120). Selain dari itu, anda layak mendapat satu kemasukan percuma ke mana-mana kelas pilihan anda dan gym kit turut diberikan secara percuma. Best, kan!



Gym dua tingkat yang terletak bersebelahan dengan Restoran Nasi Kandar Bistari ini lengkap dengan pelbagai peralatan. Di tingkat bawah  ada gelanggang yang luas untuk aktiviti-aktiviti kecergasan yang high impact seperti circuit training ataupun 'HIIT' ~ dumbbell,  fitness rope, fitness ball, stepboard, weight plates, barbells semua ada. Paling menarik di sini juga  ada tyre untuk mereka yang mahu mencabar diri melakukan tyre challenge. Best you alls tyre challenge ni, Misz-ella pernah cuba di Fitness First dulu .. betul-betul mencabar!


Buat mereka yang mahu membina otot-otot badan agar lebih ketat dan 'sado, bermacam jenis weight training machine ada *tak sabar Misz-ella nak bermain dengan mesin-mesin ni*


Sit-up bench pun ada untuk mereka yang mahu mengetatkan otot perut 


Di tingkat atas ada dance hall untuk aktiviti berkumpulan seperti fitness dance, yoga dan sebagainya manakala di sebelah dance hall pulak ada ruang yang menempatkan pelbagai jenis cardio machine buat mereka yang ingin membakar lebihan calories seterusnya menurunkan berat badan.

Misz-ella memang suka cycling maka saya pun cuba ..

Ada juga rowing machine yang sangat eksklusif dan jarang didapati di gym-gym lain *yang ni saya belum cuba dan sangat teruja nak cuba*


FitHub by Women in Motion sangat selesa dan lengkap dengan locker dan tandas


Buat mereka yang perlukan personal trainer jangan risau kerana personal trainer wanita yang terlatih turut ada di sini untuk memastikan anda semua bersenam dengan betul dan target goal achieved. Tak perlu ragu-ragu tentang betul ke cara kita guna mesin ni kerana ada mentor mengawasi senaman kita. Best, kan!



 
Oopss .. selain dari itu, ada satu lagi berita baik buat mereka yang menyertai FitHub By Women in Motion ~ You all boleh tempah class yang ingin disertai dengan cara muat turun applikasi FitHub Malaysia di Google Play atau Apple Store. Baru nak daftar? Nak tau jadual class dan nak sertai class .. semuanya dihujung jari anda. Mudah, kan.

So buat wanita-wanita di kawasan Sri Hartamas dan kawasan sekitarnya, sekarang you all tak perlu lagi rasa malu, segan dan ragu-ragu untuk ke Gym kerana FitHub by Women in Motion khusus untuk WANITA SAHAJA.

 Sertai FitHub by Women in Motion dan mulakan gaya hidup sihat anda hari ini. Seperti yang Misz-ella selalu pesan, kita orang perempuan ni perlu sihat tau ... kerana kita lah ibu kepada anak-anak kita, kita lah isteri kepada encik suami dan kitalah anak perempuan kepada mak kita .. kalau kita tak sihat, macamana kita nak jadi mak yang terbaik, isteri yang terbaik dan anak yang baik. Betul tak?

OK you alls .. Misz-ella dah habis kongsikan tentang FitHub by Women in Motion yang terletak di D-0-1 & D-1-1, Plaza Damas, No. 60, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. No. telefon untuk dihubungi adalah +603-6211 1128 dan +603-6211 1127

Maklumat lanjut untuk FitHub by Women in Motion @ Sri Hartamas  boleh didapati di :-
Facebook: @FitHubByWIM
Instagram: @fithubbywim

Berhari Raya dengan Buffet Seloka Aidilfitri di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur


Hello pembaca kesayangan,

Kita masih lagi di dalam 'mood' Raya. Tiap hujung minggu kita sibuk dengan jemputan rumah terbuka atau menjemput tetamu datang ke rumah kita.




Buat mereka yang masih mencari lokasi untuk mengadakan keraian sempena dengan Syawal ini, Misz-ella nak cadangkan you all ke Hotel The Pearl Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.



Nak tau kenapa Misz-ella cadangkan hotel ini sebagai lokasi majlis menyambut Syawal kita?  Kerana Hotel The Pearl sedang menjalankan promosi buffet Seloka Aidil Fitri bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Syawal.


Buffet Seloka Aidil Fitri ini hanya bernilai RM49 (bersih) untuk seorang Dewasa dan RM30 (bersih) untuk seorang Kanak-kanak dan hanya boleh didapati untuk 'Dinner'/Makan malam dari hari Isnin hingga Khamis dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam.

Manakala pada hari Sabtu dan Ahad, pengunjung boleh menikmati Buffet Seloka Aidil Fitri ini pada waktu tengahari kerana pada hari Jumaat hingga Ahad, Buffet Sesuci Lebaran akan diadakan dengan tambahan 'Seafood BBQ' pada harga RM69 (bersih) untuk seorang Dewasa dan RM30 (bersih) untuk seorang Kanak-kanak.

Pelbagai juadah menanti pengunjung termasuklah menu 'wajib' di Hari Raya seperti Ketupat, lemang dan rendang.




Kaunter hidangan utama penuh dengan lauk pauk yang membuka selera

Kaunter juadah 'wajib' di hari raya ~ Lemang, Rendang dan Serunding







Manakala LIVE STATION counter di sebelah luar berdekatan dengan kolam renang ada pelbagai jenis hidangan seperti Nasi berperisa, Noodle station, Satay station, goreng-gorengan dan bermacam lagi

Sate tu sedap sangat .. bertambah Misz-ella makan ..


Cold section ada salad *sesuai lah untuk mereka yang ingin berdiet, kan .. hehe*



Dessert counter ada pemanis mulut moden dan kuih muih tradisional


Samada berseorangan atau berkumpulan, The Pearl Hotel Kuala Lumpur sememangnya dalah tempat yang sesuai untuk kita berkumpul bersama kesayangan dan keluarga bari meraikan bulan Syawal yang mulia ini. 

So pembaca kesayangan, jangan tunggu lagi .. tak usah pening-pening fikirkan catering atau nak sewa khemah untuk Majlis rumah terbuka anda, buat sahaja jamuan rumah terbuka anda di Hotel The Pearl Kuala Lumpur kan. Lebih mudah, selesa dan semuanya tersedia untuk kita dan harga RM49 seorang itu pun tersangatlah berpatutan, kan.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon 03-7983 1111 sambungan 3205 atau 016-331 9375.


Meriahnya Raya 2019

Hello pembaca kesayangan,

Kita masih berada di dalam bulan Syawal dan semestinya lah masing-masing sedang sibuk menyambut Hari Raya. Almaklumlah, warga KL kan raya sebulan. Misz-ella pun tak ketinggalan turut memeriahkan suasana hari raya dengan amalan kunjung mengunjung dan menerima tetamu. Kalau tak raya, kita tak pergi rumah orang, kan .. 



Rakan-rakan dari ofis lama - sudah hampir 30 tahun kita bersahabat, dari zaman anak dara sampailah anak kita dah dara dan teruna. Walaupun tidak lagi bekerja di tempat yang sama, sillaturrahim tetap kami jaga. Dalam setahun, kami pasti 4, 5 kali kami jumpa. Terima Kasih sudi datang .. Misz-ella masak Nasi putih dengan lauk-pauk kampung, lepas makan nasi, kami jamu selera pulak dengan Laksa yang dibawa oleh Cik Fiza. Lepas tu kita minum my homemade Latte *yummy*


One of my friends came at night and I cooked Mee Soto for her.

Daging Black pepper, Crispylicious Fried Chicken, Masak Lemak Kacang panjang + Tempe + Suhun dan Sambal Telur for my guests who came all the way from Bukit Beruntung. Thank you for coming.

Beraya di rumah kak Nani Rostam, kawan lama Misz-ella dan bertemu dengan Puan Sri Nisa yang cantik manis di sana .. 

Macam-macam Kak Nani masak .. Ya Ampun ... sedapnya!

Sempat ke Tanah Aina Fareena untuk beraya dengan sahabat kesayangan, Puan Sri Shariffa Sabrina. It's always good to see her ..

Seronok bila dapat datang sini kerana Tanah Aina Fareena selalu di hati



Tambah happy raya ni bila cik Rafidah kita datang rumah dengan anaknya Si Arissa. Rafidah is such a bubbly person, always laugh, always smile and the most touching part is she always remember me .. regardless Raya or not, dia selalu call Misz-ella for coffee-coffee,.


And I cooked Chicken Chop with Black Pepper Sauce for her 


Met my friend Nora at The Pearl International Hotel for Hari Raya ..



From Sungai Buloh to North Kiara with love ~ Bermaaf-maafan sesama kita di hari raya. Thank you my exercise buddies for coming, all the way from Sungai Buloh. Some of them even took leave to visit me .. 


Lepas makan kita posing ..


Another group photo at my house area before they left my house. Due to our  hectic schedule, we hardly meet but a strong friendship doesn't need daily conversation. Doesn't always need togetherness, as long as friendship lives in the heart, true friends will never apart. Love them to the moon and back.


Had a great time with Dato Vincent, Datuk Grace and Mr. Lee at MACEOS Malaysia Raya Open House. Thank you, my dear Datuk Grace.


Hari Raya Open House di rumah Red Rosses, my asistant masa masih bekerja dulu. Terima Kasih Ros kerana menjemput. Macam-macam ada .. makan sampai kenyang kita semua.

Today, 23th June 2019 is 20th Syawal. I am sure you all masih sibuk berhari Raya. Selamat Hari Raya semua. Makan elok-elok ye .. jangan over tau!