Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Janna Nick cintai Baim Wong - Bukan Cinta Aku


Hello pembaca kesayangan,



Slot Akasia jam 7 malam di TV3 sudah ada drama baru iaitu Bukan Cinta Aku. Drama terbitan Rumah Karya Citra arahan Ejump Mohd ini mengisahkan Rania (Janna Nick), yang baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali.

Rania jatuh cinta dengan Arjuna (Baim Wong), pemandu keluarganya. Ini adalah kerana kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat kepada Rania. Pada awalnya, Arjuna hanya memendam rasa dan tidak berani untuk membalas cinta Rania kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Rania. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan kedua-dua mereka meluahkan perasaan cinta. Tetapi,d dalam waktu yang sama, mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Rania.

Suatu hari, Rania sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Rania merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Rania sepanjang mereka di Itali. Berita itu menggembirakan Rania kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna tanpa mengetahui bahawa ibu bapa Rania sudah ada rancangan lain untuk Rania. Mereka ingin menjodohkan Rania dengan Tengku Isma (Syafiq Kyle), anak kenalan mereka.

Apabila mengetahui rancangan kedua ibu bapa nya, Rania membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma. Rania lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih.

Rania membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju. Malangnya, perhubungan antara Rania dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Rania. Mereka kecewa kerana Rania mengkhianati kepercayaan mereka.

Rania dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania. Pernikahan antara Rania dan Tengku Isma dipercepatkan. Meskipun sudah bernikah, Rania tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Rania dengan baik, memenuhi segala permintaan Rania tetapi dia tidak mampu membuka pintu hati Rania agar menerimanya.

Apakah terjadi selanjutnya? Adakah Rania akan bertemu kekasihnya Arjuna dan masihkan ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Rania?

Jangan lupa ikuti perjalanan cinta penuh liku di antara Rania, Arjuna dan Tengku Isma ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan juga portal video tonton! Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda!

0 comments: