Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

FitHub By Women in Motion @ Sri Hartamas - Eksklusif untuk WANITA SAHAJA


Hello pembaca kesayangan,


Misz-ella kembali lagi dengan entry-entry kecergasan dan kesihatan. Dah lama Misz-ella tak berkata-kata tentang topik ini, kan.

Baru-baru ini Misz-ella telah ke gym baru yang diberi nama FitHub by Women In Motion yang terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas yang tak jauh dari rumah Misz-ella di North Kiara Hills, Kuala Lumpur.




Menariknya gym ini adalah ianya khusus untuk WANITA sahaja. Sebagai seorang wanita yang suka bersenam, Misz-ella faham perasaan wanita lain yang agak segan nak ke gym yang bercampur perempuan dan lelaki. Ada sedikit segan-segan atau serba salah nak lalu kerana ramai 'Abang Sado' berada di situ sedang ber exercise, kan .. 


FitHub by Women in Motion ini mula dibuka kepada orang ramai pada 17hb Jun 2019 yang lalu dan merupakan cawangan yang ke 3 selepas kejayaaan cawangan pertama dan kedua di Teluk Intan dan Kuala Kangsar.

Bersempena dengan pembukaan cawangan ke tiga FitHub by Women in Motion ini, pihak pengurusan menawarkan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM90 sahaja (harga biasa ialah RM120). Selain dari itu, anda layak mendapat satu kemasukan percuma ke mana-mana kelas pilihan anda dan gym kit turut diberikan secara percuma. Best, kan!



Gym dua tingkat yang terletak bersebelahan dengan Restoran Nasi Kandar Bistari ini lengkap dengan pelbagai peralatan. Di tingkat bawah  ada gelanggang yang luas untuk aktiviti-aktiviti kecergasan yang high impact seperti circuit training ataupun 'HIIT' ~ dumbbell,  fitness rope, fitness ball, stepboard, weight plates, barbells semua ada. Paling menarik di sini juga  ada tyre untuk mereka yang mahu mencabar diri melakukan tyre challenge. Best you alls tyre challenge ni, Misz-ella pernah cuba di Fitness First dulu .. betul-betul mencabar!


Buat mereka yang mahu membina otot-otot badan agar lebih ketat dan 'sado, bermacam jenis weight training machine ada *tak sabar Misz-ella nak bermain dengan mesin-mesin ni*


Sit-up bench pun ada untuk mereka yang mahu mengetatkan otot perut 


Di tingkat atas ada dance hall untuk aktiviti berkumpulan seperti fitness dance, yoga dan sebagainya manakala di sebelah dance hall pulak ada ruang yang menempatkan pelbagai jenis cardio machine buat mereka yang ingin membakar lebihan calories seterusnya menurunkan berat badan.

Misz-ella memang suka cycling maka saya pun cuba ..

Ada juga rowing machine yang sangat eksklusif dan jarang didapati di gym-gym lain *yang ni saya belum cuba dan sangat teruja nak cuba*


FitHub by Women in Motion sangat selesa dan lengkap dengan locker dan tandas


Buat mereka yang perlukan personal trainer jangan risau kerana personal trainer wanita yang terlatih turut ada di sini untuk memastikan anda semua bersenam dengan betul dan target goal achieved. Tak perlu ragu-ragu tentang betul ke cara kita guna mesin ni kerana ada mentor mengawasi senaman kita. Best, kan!



 
Oopss .. selain dari itu, ada satu lagi berita baik buat mereka yang menyertai FitHub By Women in Motion ~ You all boleh tempah class yang ingin disertai dengan cara muat turun applikasi FitHub Malaysia di Google Play atau Apple Store. Baru nak daftar? Nak tau jadual class dan nak sertai class .. semuanya dihujung jari anda. Mudah, kan.

So buat wanita-wanita di kawasan Sri Hartamas dan kawasan sekitarnya, sekarang you all tak perlu lagi rasa malu, segan dan ragu-ragu untuk ke Gym kerana FitHub by Women in Motion khusus untuk WANITA SAHAJA.

 Sertai FitHub by Women in Motion dan mulakan gaya hidup sihat anda hari ini. Seperti yang Misz-ella selalu pesan, kita orang perempuan ni perlu sihat tau ... kerana kita lah ibu kepada anak-anak kita, kita lah isteri kepada encik suami dan kitalah anak perempuan kepada mak kita .. kalau kita tak sihat, macamana kita nak jadi mak yang terbaik, isteri yang terbaik dan anak yang baik. Betul tak?

OK you alls .. Misz-ella dah habis kongsikan tentang FitHub by Women in Motion yang terletak di D-0-1 & D-1-1, Plaza Damas, No. 60, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. No. telefon untuk dihubungi adalah +603-6211 1128 dan +603-6211 1127

Maklumat lanjut untuk FitHub by Women in Motion @ Sri Hartamas  boleh didapati di :-
Facebook: @FitHubByWIM
Instagram: @fithubbywim

0 comments: