Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dendeng bakar Cik Midah - sedap dan the best!

 Hai pembaca kesayangan,

Pernah dengar tentang Dendeng bakar tak? Masa mula-mula Misz-ella dengar dulu .. dalam hati .. APA KAH itu? Rendang Dendeng makan dengan ketupat lemang masa Raya i tau lah.

Agaknya saya lah blogger terakhir setuju untuk review dendengbakarcikmidah ni sebab it's very new to the Malay community tapi akhirnya saya cabar diri untuk cuba. Bila Dendeng bakar sampai .. umm .. macamana nak makan ni?


Maka saya pun kaji dan kaji lagi dan lepas tu saya mula main masak-masak di dapur comel saya tu, maka jadi lah :-

Nasi putih berlaukkan dendengbakarcikmidah

Sandwich dendengbakarcikmidah





Bihun goreng dengan dendengbakarcikmidah


Sandwich lagi




Dendeng bakar adalah kepingan daging yang diperap dengan lebih dari 15 rempah ratus dan disalai dengan kayu api. Ada ayam, daging, kambing dan arnab. Ada perisa original, madu dan spicy.

Saya suka ayam, daging dan perisa spicy. Tahniah founde@dagingbakarcikmidah kerana berani kenalkan Dendeng bakar ke masyarakat Melayu.

@dendengbakarcikmidah sesuai untuk ibu yang sentiasa sibuk, wanita atau jejaka bujang yang taknak rumitkan diri di dapur tapi nak makan sedap2 .. sebab masaknya tak lama dan sudah secukup rasa. Tak perlu tambah apa2. Dalam satu peket ada lebih kurang 11 keping daging bakar dan harga sangat mampu milik. You all jangan lupa "chekidaut" di Instagram dendengbakarcikmidah di sini, k 

Bombola - Your must have bestie!

 Hai pembaca kesayangan,

Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang Bombola. Bombola is your new bestie! your must have companion ! Kena ada dalam setiap handbag. Nak tau tak kenapa Misz-ella cakap macam tu? Jom check it out!

Bombola ialah face mist yang dicipta khusus menggunakan bahan-bahan terbaik, selamat dan tidak bahaya untuk kulit seperti :

Aqua
Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer
Ceramide 2
Colloidal Silver
Sodium Chloride
Hypochlorous Acid
Ascorbic Acid
Melaleuca Alternifolia (tea tree) leaf oil


Kali pertama diperkenalkan dengan Bombola, di fikiran Misz-ella adalah "Ohhh facial mist .. boleh lah spray kat muka bila letih nanti tetapi di dalam hati terfikir "anti-bacteria" .. bagus ni. Selain dari spray kat muka, boleh jugak spray di tapak tangan untuk basmi kuman .. memang pelbagai guna Bombola ni.



Bombola adalah face mist yang bersifat anti bakteria dan tidak membahayakan kulit. Misz-ella sendiri sudah gunakan 3 botol Bombola. Ada masanya Misz-ella jadikan Bombola sebagai toner. Lepas tu bila dah siap mekap, nak keluar rumah, spray muka dengan Bombola dulu. Penat driving ke sana sini, cuaca panas dan mengantuk .. spray Bombola. Terus rasa segar. Kalau kat luar tiba-tiba rasa kulit kering atau gatal-gatal sikit, spray Bombola. Lega you alls. Ehh tetiba baru perasan lupa nak bawak hand sanitizer, jangan panik you alls .. spray sahaja Bombola. Bombola kan anti-bacteria. Paling best, Bombola sangat mesra kulit .. spray banyak kali sehari pun tak apa .. tak bahayakan kulit langsung. Kalau ada jerawat-jerawat manja kat muka, spray la Bombola sikit, InshaAllah mati kuman dan kecut jerawat tu. 

Dengan bahan-bahan berkualiti dan terpilih, dah semestinya Bombola is a MUST HAVE ITEM in your handbag.


Saya suka Bombola sebab packaging nya sangat cantik dan Bombola sangat handy. Senang dipegang dan senang diselitkan di celah-celah bag

Harga Bombola juga sangat berpatutan iaitu RM28 sahaja (50ml). Bombola juga ada kelulusan KKM (no. rujukan : NOT201300001K). Jom you all kita semua ber BombolaUntuk maklumat lanjut tentang Bombola yang best ni, you all boleh lawati :-

Facebookhttps://www.instagram.com/bombola.co/

Instagramhttps://www.instagram.com/bombola.co/

Hashtag: #bombola #bombsquad #facemist #bombolaantibacfacialmist #bombolagemstonescandles #bombolabathbombs #antibacterial #antibacfacialmist #facialmistmalaysia #candles #candlesmalaysia #lilin #lilinmalaysia #bathbombs #beauty #bathbombsmalaysia








Nazrai face mask extender buat penampilan lebih glam dan anggun

Hai pembaca kesayangan,

Hari-hari kita dengar peningkatan kes covid 19, nampaknya masih lama lagi kita perlu hidup dengan virus ini dan masih perlu gunakan face mask. Ditambah dengan kehadiran varian virus baru yang dikatakan penyebarannya lebih cepat dan laju, kita digalakkan memakai dua lapis face mask.

Kebanyakan face mask adalah dari jenis ear loop dan menyukarkan pemakai yang berhijab .. maka muncullah pelbagai jenis face mask extender bagi membolehkan kami mengenakan face mask tersebut.



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang ..... NAZRAI face mask extender yang dibuat dari cubic zirconia, batu bergemerlapan yang cantik dan sangat menawan. Bukan extender biasa-biasa ye .. ia ibarat pelengkap penampilan wanita berhijab iaitu boleh merubah face mask kita yang biasa-biasa itu menjadi luar biasa, lebih anggun dan menawan ... dalam ertikata yang lain .. walaupun pakai face mask kita masih boleh melaram dan mencuri perhatian ramai. 



NAZRAI bukanlah nama baru dalam bidang aksessori wanita kerana ia telah wujud di tahun 2013 lagi iaitu dengan menampilkan koleksi tudung chiffon premium yang berkualiti tinggi dan hijabpin yang disematkan dibahu atau ditepi tudung.  

Tudung chiffon premium NAZRAI

Kelebihan koleksi tudung NAZRAI adalah dibuat dari bahan yang sangat "mesra" si pemakai .. kainnya selesa .. pakai berjam-jam pun tetap tidak panas dan tidak merimaskan (saya dah cuba). Selain dari itu, saya juga sukakan sentuhan corak mewah yang diberikan pada tudung chiffon premium NAZRAI ini. Kelebihan hijabpin NAZRAI pulak adalah pada ketajaman hujung pin tudung yang tidak merosakkan kain tudung khususnya yang dibuat dari kain sutera.

Kalau you all nak tau, NAZRAI adalah gabungan nama pengasasnya iaitu Nazli dan isterinya Zuraidah. Kedua-dua mereka mendapat ilham untuk mengeluarkan face mask extender yang anggun ini pada tahun 2020, berikutan dari penularan wabak pandemik COVID-19. Ilham muncul saat pasangan ini melihat para hijabista menggayakan face mask extender yang biasa-biasa .. apa kata kita bantu serlahkan penampilan wanita berhijab agar tetap anggun meskipun ketika mengenakan pelitup muka.


Maka dengan itu muncullah NAZRAI face mask extender yang dibuat dari bahan berkualiti iaitu batu cubic zirconia gred AAA yang berkilauan dan bersinar-sinar *shine bright like a diamond you alls .. kelas gituuu* Klip atau cangkuk face mask extender pula dibuat dari tembaga aloi yang tahan karat. Ada banyak rekaan menarik .. ada yang comel-comel, manis-manis ala-ala "gigirl gitu" .. ada motif bunga dan ada jugak yang bermotifkan geometrik. Yang pasti semuanya cantik dan membuatkan mata bahagia melihatnya (I teruja sampai terus beli 3 you alls ...)

Panjang setiap face mask extender ini ialah antara 17 hingga 18.5cm tetapi bagusnya ialah ia boleh dipanjangkan lagi mengikut kesesuaian pemakai tanpa tambahan kos. Ia juga boelh dipendekkan mengikut keselesaan si pemakainya.


Cantik, kan


Disebabkan NAZRAI face mask extender ini cantik, saya lipat dua face mask dan letakkan ia di belakang dan tadaaaa .. ala-ala pakai choker gitu. 


NAZRAI face mask extender ini juga menjadi pilihan penyanyi nombor satu negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza yang merupakan pemakai tegar koleksi aksesori NAZRAI hijabpin. 




NAZRAI juga berkolaborasi dengan penyanyi lagenda tersohor Aishah dan perunding perkahwinan terkenal, Rekateemor. Hey you all jangan taktau, NAZRAI dah masuk pasaran Singapura, Narobi, Fiji, Canada, Brazil, Amerika dan UK tau. Hebat!

OK Misz-ella dah kongsi panjang lebar tentang NAZRAI face mask exender ni .. mesti ada yang nak tau harga, kan. Harga NAZRAI face mask extender ini bermula dari RM96 hingga RM200.00. Ada banyak pilihan rekaan dan semestinya ada yang sesuai dengan budget you alls!

Untuk maklumat lanjut, you all boleh lah ikuti:



Akhirkata, selamat cuci mata di Instagram & FB Nazrai dan terima kasih baca! Jumpa lagi di blogpost seterusnya ye. Bye!

Pizza Kari Raya satukan kita semua di hariraya

Hai pembaca kesayangan,

Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang pizza. Pizza Hut Malaysia telah melancarkan  Pizza Kari Raya untuk dinikmati oleh kita semua.


Pizza Kari Raya dibuat khas bagi meraikan kedatangan hari raya. Pizza Kari raya ini sangat unik kerana berintikan bergedil, lepas tu ditabur ayam perap dan didatangkan dengan kuah kari pekat untuk kita cicah bersama denga pizza tersebut. Hummmm .. yummy!



Meski kita tak dapat ziarah raya dan dalam keadaan kita ber "PKP", kita masih boleh raikannya denga cara berbeza iaitu dengan mengirim Pizza Kari Raya ini kepada orang tersayang.


Kirimkan Pizza Kari Raya sebagai pengganti diri dan titipkan ucapan khas pada "Kad Salam" yanng disertakan dengan setiap pembelian.

Pizza Kari Raya ini boleh didapati melalui pembelian di laman web https://www.pizzahut.com.my/ atau di applikasi Pizza Hut sehingga 21hb Jun 2021. 

Harga bermula dari RM38.90 untuk hidangan 'A-La'Carte' manakala harga untuk hidangan kombo buat 2 hingga 4 orang bermula dari RM44.90. Dapatkan pizza terbaru ini melalui khidmat penghantaran, bawa-pulang serta melalui Foodpanda, Grabfood dan sebagainya. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my Selamat makan Pizza Kari Raya you alls dan selamat ber PKP. Jaga diri baik-baik, k.