Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Peluang untuk serlahkan bakat seni dengan The Audition 2021

 Hello pembaca kesayangan,

Peserta The Audition 2021

Bertempat di hotel Hilton Kuala Lumpur pada 17hb Oktober 2021, Misz-ella berpeluang menyaksikan proses ujibakat The Audition 2021 yang dihadiri  seramai 120 peserta. Dalam hati sudah terfikir Apakah The Audition 2021? The Audition 2021 adalah  pertandingan mencari bakat baru dalam bidang lakonan, tarian, nyanyian dan lawak di Malaysia yang diterbitkan oleh Armani Entertainment Group (AEG).


Datuk KK Chua

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua, The Audition 2021 berbeza dari pertandingan cari bakat yang lain kerana peserta yang memenangi The Audition 2021  akan mendapat laluan ekspress untuk terus bersinar dalam bidang seni melalui platform yang disediakan oleh AEG. AEG memiliki syarikat produksi yang menghasilkan filem dan drama, syarikat rakaman muzik dan juga syarikat pengurusan artis.


Antara peserta The Audition 2021

The Audition 2021 bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram dan peserta yang videonya disenarai pendek akan dipanggil untuk menjalani uji bakat secara langsung di hadapan juri professional.


Juri professional The Audition 2021

Sistem penjurian The Audition 2021 adalah 100% menggunakan kuasa juri dimana juri professional The Audition 2021 adalah Michael Ang, Nabila Razali, Datuk Rosyam Nor, Rozita Che Wan, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam, Dynas dan MK of K Clique.

Pemenang The Audition 2021 akan menerima kontrak dari AEG bernilai RM50,000 dan diberi bimbingan kelas vokal serta lakonan bernilai RM10,000. Juara pertandingan The Audition 2021 bakal merakamkan single ciptaan komposer terkenal berserta dengan muzik video lagu tersebut.

Bagi mereka yang berbakat dalam bidang lakonan, mereka akan mendapat tawaran berlakon dalam drama terbitan dan arahan Michael Ang.

Ujibakat The Audition 2021 seterusnya akan diadakan pada tarikh dan lokasiberikut:

24.10.2021 - Kuantan

31.10.2021 - Johor Bahru 

14.11.2021 - Kota Kinabalu 

20.11.2021 - Terengganu

28.11.2021 - Pulau Pinang

12.12.21 - Final


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti Instagram Armani Entertainment di https://www.instagram.com/armanientertainment/

CHARMS COSMETIC SKINCARE lancarkan Morphosis 2021 dan pek baru Hydra Fresh Tinted Moisturiser

Hai pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella telah dijemput untuk menghadiri pelancaran program Morphosis 2021 oleh pihak CHARMS Cosmetic Skincare. Melalui program Morphosis 2021 Raise you life! ini, CHARMS mengajak orang ramai yang terjejas gara-gara pandemik ini agar meningkatkan taraf hidup masing-masing bersama CHARMS.

Seramai 220 peserta menyertai program yang diadakan secara maya melalui applikasi zoom dan juga Facebook LIVE.  Melalui program selama 30 hari ini, peserta dibimbing oleh 12 jurulatih perniagaan dengan module latihan yang lengkap merangkumi sesi latihan dan pembangunan diri, pelan pemasaran di media social dan pelbagai lagi.



Majlis pelancaran gamat dengan kehadiran pengasas CHARMS Cosmetic Skincare, Mommy Syira yang berkongsi kisah inspirasi susah payah beliau dalam meningkatkan potensi diri seterusnya berjaya menaiktaraf ekonomi keluarga. Perkongsian penuh semangat Mommy Syira menyuntik lagi semangat di kalangan peserta-peserta.

Selain dari itu, Encik Khairul Nazuan Khairuddin, jurulatih serta perunding dalam penutupan jualan turut hadir dan berkongsi pengetahuan tentang ilmu keusahawanan sepanjang majlis ini berlangsung.




Sempena pelancaran Morphosis 2021, CHARMS Cosmetic Skincare turut melancarkan CHARMS Hydra Fresh Tinted Mosturiser Broad Spectrum SPF50, salah satu killer product CHARMS Cosmetic Skincare yang diberi sentuhan saiz baru iaitu 30gm. Dengan saiz baru ini, ianya lebih menjimatkan pengguna sejajar dengan slogannya "Lebih besar, Lebih nilai, Lebih impak"

CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser Broad Spectrum SPF50  ini telah diuji secara klinikal dan dematologi bagi membuktikan ramuan yang digunakan semuanya terbaik dan selamat digunakan. Formulasi ini juga hasil daripada penyelidikan daripada penyelidik Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). 


Charms Hydra berkesan untuk melembapkan kulit dengan lebih efektif di samping memelihara kulit dari radikal bebas seterusnya membantu memperbaiki keadaan kulit. Penggunaan Charms Hydra secara konsisten menjadikan kulit lebih lembap dan cerah. Ini kerana kandungan bahan-bahannya seperti aloe vera yang bersifat anti-oksidan dan glicerin yang terbukti berkesan dalam penjagaan wajah.


Misz-ella sangat bertuah kerana berpeluang mendekati Mommy Syira, pengasas CHARMS Cosmetic Skincare di majlis tersebut.

CHARMS Cosmetic Skincare telah berada di pasaran sejak tahun 2012 atas minat serta cinta yang mendalam beliau dalam bidang kecantikan. Mommy Syira pernah menjawat jawatan sebagai Pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi dan amat menitikberatkan kualiti produk CHARMS. Produk CHARMS dicipta sesuai dengan kulit wajah masyarakat Asia lebih-lebih lagi di waktu perubahan iklim yang menjadikan keadaan sekarang lebih panas dari biasa.


 
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 5G: RM 39.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 10G: RM 59.00
CHARMS Hydra Fresh Tinted Moisturiser 30G: RM 99.00


Produk CHARMS boleh didapati melalui CHARMS angels. Jom pembaca sekalian kita jaga dan rawat kulit kita dengan CHARMS cosmetic skincare. Sambil-sambil tu boleh juga tambah pendapatan dengan menyertai ahli keluarga CHARMS .. cantik dapat, duit pun dapat. Siapa lah yang tak nak, kan.

Maklumat lanjut tentang CHARMS cosmetic skincare boleh didapati di :


Skybridge Petronas Twin Tower. Lunch at Malaysian Petroleum Club.

Bila sebut Kuala Lumpur, automatik KLCC dan KL Tower muncul di minda. Orang luar khususnya pelancong asing sangat teruja nak tengok KLCC, nak ambik gambar dengan Petronas Twin Tower .. sanggup diaorang panjat tembok supaya nampak Sky bridge (jambatan penghubung ke dua-dua Menara Petronas) dalam gambar diaorang. Balik dari bercuti nanti boleh tunjuk kat orang kampung .. I dah sampai KLCC okay!

 

Bila berada di skybridge (Level 43), kita akan nampak Menara berkembar Petronas ini dengan lebih dekat. Ya Allah ... sungguh hati Misz-ella terpesona! Terpesona dengan keindahan rekabentuk menara tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004 ini (selepas tahun 2004 Menara Taipei 101 tertinggi di dunia). Walaubagaimanapun Menara berkembar Petronas kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia sehingga kini.

Menara setinggi 88 tingkat ini dibina sebahagian besarnya dari konkrit bertetulang (Steel), dengan fasad besi dan kaca yang direka mengikut motif yang terdapat dalam senibina Islam bagi mencerminkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam. Rekabentuk struktur Menara berkembar Petronas adalah tube in a tube. Sungguh Misz-ella kagum dan terpesona dengan rekabentuk bongkah-bongkah cylinder tu. Terasa yang menara ini sangat kukuh dan gagah.

Sebenarnya saya gayat dan nervous tapi mula-mula je. Keluar je dari pintu tingkat 43, Menara 2 bangunan berkembar Petronas tu saya rasa macam berbuai-buai. Eh eh .. kenapa niiii .. terhenti sekejap langkahku disitu *hehehe*

Nak masuk ke skybridge ni kena ada access card kerana jambatan ini adalah jalan keluar pekerja menara ini sekiranya berlaku kecemasan. Maksudnya, jika berlaku kecemasan, pergi ke skybridge dan lari ke bangunan sebelah.

Skybridge dibuka kepada pelawat pada hari :

Selasa hingga hari Ahad
 dari pukul 10 pagi hingga 6 petang 

Dengan harga berikut:
RM80 - Dewasa (Bukan My Kad holder)
 RM28 -  Dewasa, 13-60 tahun (My Kad holder) 
RM14 - Kanak-kanak 3-12 tahun 
RM14 - Warga tua
Kanak-kanak bawah 2 tahun (PERCUMA)

Pengunjung boleh beli tiket secara online di sini atau beli tiket di Concourse level, Menara Berkembar Petronas.


Concourse level, Menara berkembar Petronas. Disini kita perlu tunjukkan Sijil lengkap vaksinasi.

Jangan lupa ambil gambar kenangan ramai-ramai di tengah-tengah skybridge ini.

Kami juga tak lepaskan peluang makan tengahari di Temana Brasserie, Malaysian Petroleum Club.

Kami order 2 set makanan tengahari iaitu Chinese Set dan Western Set




Sedap-sedap masakan di sini terutamanya Steam Cod Fish


Terima kasih Malaysian Petroleum Club for the hospitality given. We had a great time!






Kuali NUYEO - Jimat masa memasak, kualiti makanan terjaga

Hai pembaca kesayangan,

Waktu memasak di dapur adalah antara waktu yang paling penting. Kita tertunggu-tunggu nak masuk dapur untuk sediakan juadah bagi keluarga kita. Bila sebut sahaja perkataan memasak, yang pertama kita kena ada ialah menu .. lepas tu bahan-bahan membuatnya dan paling penting ialah peralatan memasak yang sesuai .. periuk? Kuali? Senduk dan lain-lain lagi .. semuanya sama penting, kan.

Dalam entry ini Misz-ella nak share tentang kuali jenama NUYEO kuali bersaiz 28 inchi yang sering Misz-ella gunakan di dapur.

Siapakah NUYEO? NUYEO ditubuhkan pada 20 tahun yang lalu dan adalah peneraju utama dalam produk peralatan memasak di Korea. Produk-produk peralatan memasak NUYEO berkualiti tinggi dan telah lulus ujian makmal. Ianya disahkan sebagai “non-toxic” dan selamat digunakan oleh pelbagai lapisan umur.


Peralatan memasak NUYEO menggunakan teknologi “marble plus coating” di mana lapisan di permukaan kuali atau periuk keluaran NUYEO adalah 3 kali lebih tebal dari teknik “coating” biasa. Teknik ini menjadikan lapisan tersebut tahan lebih lama dan bertahan dua kali lebih lama berbanding dengan lapisan berasaskan PTFE biasa.

Teknologi canggih “marble plus coating” ini menjamin kerja-kerja memasak menjadi lebih mudah, manakala kerja-kerja pembersihan juga menjadi lebih senang.

 





Terdapat dua jenis peralatan memasak NUYEO iaitu yang jenis ultra light pan dan deepest frying wok.

Misz-ella dah gunakan kuali NUYEO ini dan antara ciri-ciri istimewa produk NUYEO adalah :-

 

Sesuai semua jenis dapur

Kuali dan periuk NUYEO boleh digunakan di semua jenis dapur samada dapur gas, hot plate, dapur elektrik mahupun induction cooker.

 

Senang menyerap haba 

Kuali dan periuk NUYEO menggunakan teknologi terkini dimana ia dapat menyerap haba dengan lebih cepat menjadikan ia cepat panas (walaupun menggunakan api yang sederhana). Ini dapat menjimatkan waktu memasak. Proses memasak yang lebih cepat ini menjadikan khasiat makanan kita lebih terpelihara kerana makanan tidak “over cooked”

 

Tidak melekat (Non-stick)

Meskipun ia adalah non-stick pan tetapi kita digalakkan menggunakan sedikit minyak bagi menjaga permukaan kuali NUYEO agar tidak terdedah kepada haba panas secara langsung.

 

Senang dibersihkan

Saya suka memasak menggunakan kuali NUYEO ni sebab kualinya senang dibersihkan. Hanya perlu guna span lembut biasa dan sedikit sabun. Tak perlu sental dengan kuat kerana permukaan kuali NUYEO yang licin memudahkan segala kotoran dibersihkan. Jangan sesekali gunakan penyental yang dibuat dari besi kerana ia akan merosakkan permukaan kuali atau periuk NUYEO tersebut.

 

Cara-cara gunakan kuali NUYEO

Panaskan suhu dapur dan terus masukkan sedikit minyak. Tidak digalakkan memanaskan kuali tanpa minyak dan jangan gunakan suhu yang tinggi (saya guna kekuatan suhu no. 2 sahaja). Teknologi canggih yang digunakan oleh NUYEO mampu menyerap haba dan memanaskan kuali atau periuk pada suhu yang rendah dan dalam waktu yang singkat.


Sebaik sahaja kuali sudah sedikit panas (tak perlu tunggu suhu naik terlalu tinggi) kerja-kerja memasak boleh diteruskan. Gunakan senduk atau sudip yang dibuat dari kayu atau plastic tahan panas sahaja. Jangan guna senduk atau sudip besi kerana ia akan merosakkan permukaan kuali.

 

Pengalaman memasak saya menggunakan kuali NUYEO ini .. proses memasak lebih cepat, kualiti makanan lebih baik .. masakan tak “overcooked” kerana kita guna suhu/api kecil sahaja ketika memasak. Kerja-kerja mencuci peralatan memasak sangat mudah.  Saya suka!

 


Peralatan memasak NUYEO boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu 26cm, 28cm dan 30cm. Semuanya cantik-cantik. Lepas masak boleh terus hidang kerana periuk dan kuali NUYEO “are so presentable”. 



Harganya sangat berpatutan iaitu sekitar RM189.00 tetapi sekarang ada harga promosi iaitu RM89.00 SAHAJA! Buat mereka yang ingin memasak dengan lebih mudah, cepat dan berkhasiat, sila dapatkan satu peralatan memasak NUYEO hari ini!

 

Maklumat lanjut tentang produk-produk NUYEO boleh didapati di :-

NUYEO website : https://nuyeo.com/

NUYEO IG: nuyeokr

NUYEO FB: Nuyeo Kitchenware


Buat mereka yang mahu shopping produk NUYEO, boleh lah layari :

NUYEO LazMall: https://bit.ly/3D2P0J2

NUYEO Shopee Mall: https://bit.ly/3mbLEwF